Skip to content

‘Waterloo’ Najib bermula di Sabah?

August 1, 2012

Dzulkefly Ahmad

1 OGOS (TMI) ― Benarkah Najib Razak akan menemui “Peperangan Waterloo”-nya dalam PRU ke-13 ini setelah berperang kecil (skirmishes) termasuk 16 kali pilihanraya kecil (PRK) dalam sesi parlimen ke -12 ini?

Umum juga diingatkan bahawa kesemua PRK itu berkesudahan dengan keputusan seri terikat 6-6. Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak pula (April 2011) menyaksikan undi popular Najib dan Barisan Nasional menurun sebanyak 8 peratus (Pembangkang: 45 peratus, 2011 – 37 peratus, 2006).

Tidak siapa yang sangsi dengan penghakisan 8 peratus kerajaan BN di PRU ke-13, akan bakal saksikan tumbangnya diperingkat Persekutuan.

Maka cakap-cakap Najib semasa berucap di musim Euro Final baru-baru ini untuk membelasah lawannya dengan 14-0 hanyalah bersifat seorang jeneral perang berkeinginan untuk menyuntik semangat kepada bala-tenteranya meskipun sudah jelas petanda-petanda awal kekalahan dalam pertempuran terakhir “grand royale battle” yang sengaja ditangguh-tangguhkannya.

Mutakhir, tidak ada yang lebih mengerikan seorang jeneral perang yang di saat-saat akhir di medan bertarung, mendapati lieutenan-lieutenan atau panglima-panglima perangnya “memberontak” lantas meninggalkannya dan lebih parah lagi apabila kini mahu bersama dengan gerombolan lawan dan seterunya. Hampir sah tidak ada pilihanraya selepas Hari Raya ini.

Meskipun kononya didakwa diketahui lebih awal lagi, pengumuman untuk keluar parti dan BN, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin, juga seorang Timbalan Menteri serta menyokong Pakatan Rakyat (PR) tetap satu yang menggempar dan diluar jangkaan pelbagai pihak pengamat politik tanah air.

Di segi “timing”-nya ia amat menggugat kedudukan Najib yang sedang mencari-cari tanda positif untuk pembubaran parlimen selepas hari raya ini.

Tambahan Najib sedang berusaha untuk menubuhkan RCI mengenai isu pendatang tanpa izin dan perdamaian atas isu pertikaian kepimpinan Ketua Menteri dan adiknya. Amat sukar untuk beliau mencari penyelesaian terhadap kedua-dua isu yang membakar ini sekaligus menjejas persepsi keutuhan serta kawalan Najib terhadap politik Sabah. Lebih tepat lagi Najib sudah kehilangan atau paling tidaknya “kekurangan” “Simpanan Tetap”-nya.

Persepsi buruk terhadap “Janji Tidak Tertunai” di negari Borneo ini juga mencalar kepemimpinannya bersabitan kepimpinan Taib Mahmud di Sarawak. Isu ini turut menghempit dan menghantui slogan “Janji DiTepati”-nya.

Tambahan pulak dikatakan bahawa Taib akan terus kekal menjadi Ketua Menteri Sarawak. Taib cukup memahami bahawa Najib sangat berhajat sokongan dirinya dan tidak bersedia untuk berdepan dengan suasana tidak menentu seperti di Sabah.

Kejutan buat Najib bukan kepalang dan amat menyiksakannnya. Kembali menekannya adalah asakan tentang pendedahan pelbagai “skandal” yang melibat Ketua Menteri Sabah Musa Aman.

Perletakkan jawatan seorang Ketua Jabatan Komplian Global HSBC semalam telah mencetuskan “exposé” urus-tadbir yang sarat dengan rasuah transaksi balak dan pelbagai kegiatan “penyucian wang” atau “money laundering” di negeri terkaya tetapi punyai rakyat paling ramai termiskin diseluruh Persekutuan Malaysia itu. Jumlah mencecah nilai trillion disebut oleh beliau.

Sementara itu, umum masih ingat kes bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf yang mendakwa Peguam Negara Abdul Gani Patail telah mempergunakan SPRM memangsakan beliau dan pasukan penyiasatnya bersabit seorang lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan “Along”, loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah.

Apa pun, “Simpanan Tetap” Najib yakni 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini. Hari ini ramalannya ialah 14 kerusi dari Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan bakal tumbang kepada Pakatan Pembangkang.

Shafie Afdal yang menanti peluang mengambil alih juga bergelut menangkis tuduhan terlibat dalam “skandal perhubungan”. Pun begitu ia tidak semudah didakwa sebab formula kerjasama “pembangkang” juga belum muktamad.

Tetap dirasai umum bahawa kalau dulu Najib masih menaroh harap kepada kaum K-D-M dan Melayu di Sabah kini sudah semakin tercalar dan hambar. Bukan sahaja Melayu di Semenanjung sudah terbelah, kini juga di Borneo sementara kaum Cina dan India terus tidak mahu kembali menyokong BN kerana sangat kecewa dengan gelagat dan polisi Umno dan kuncu-kuncu NGOnya seperti Perkas dan Jeti yang melampau.

Baca seterusnya…….

Advertisements
One Comment leave one →
  1. Black Arrow permalink
    August 1, 2012 8:49 am

    Ya, masanya sudah tiba. Sama-samalah kita menunggu sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: