Skip to content

Dzulkefly: Khairy, Nazri tidak layak beri penghukuman terhadap Bersih

July 25, 2012

Oleh Mohd Farhan Darwis July 25, 2012 (TMI)

KUALA LUMPUR, 25 Julai ― Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad hari ini mempersoalkan kenyataan Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengatakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) masih belum bebas sepenuhnya walaupun mahkamah semalam telah memutuskan kumpulan yang menuntut pilihan raya adil dan bersih itu bukanlah pertubuhan haram kerana mereka masih lagi melakukan kesalahan ekoran menjadi penganjur perhimpunan haram.

Jelas Dzukefly (gambar), kedua-dua pemimpin Barisan Nasional (BN) itu masing-masing “tidak berhak untuk mempertikaikan salah betulnya Bersih” dalam perhimpunan pada 28 April lalu kerana hanya Peguam Negara yang berhak menentukan siapa yang benar dan bersalah.

“Siapa mereka untuk meletakkan penghukuman terhadap Bersih?” soal Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

“Mahkamah telah putuskan Bersih bukan organisasi haram, dan ia sangat besar maknanya kerana Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) pada 1 Julai lalu telah isytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram”, katanya.

Beliau turut menambah, “keputusan mahkamah ini adalah menjadi sumber undang-undang selagi ia tidak disanggah oleh mana-mana akta.”

Khairy yang merupakan Ketua Pemuda Umno ketika Program Berbuka Puasa malam tadi berkata, Pemuda Umno menghormati apa jua keputusan mahkamah tetapi itu bukan bermakna mereka menerima perbuatan yang dilakukan oleh penunjuk perasaan pada perhimpunan Duduk Bantah di Dataran Merdeka 28 April lalu.

Sementara itu, Nazri selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata, Bersih seharusnya tidak terlalu gembira dengan keputusan mahkamah semalam kerana mereka masih lagi melakukan kesalahan sebelum ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu turut menjelaskan, Bersih telah melanggar peruntukan di bawah Seksyen 27 Akta Polis yang kini telah di mansuhkan kerana menganjurkan perhimpunan haram pada 9 Julai lalu, dan melanggar peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2011 dengan perhimpunan 28 April mereka.

Dzulkefly bagaimanapun menggesa kedua-dua pemimpin itu juga perlu melihat sebab mengapa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi belum megeluarkan video ketika perhimpunan Bersih pada 28 April lalu.

“PDRM masih lagi tidak keluarkan video Bersih. Sebab apa?

“Adakah sebab takut untuk menerima penelitian umum kerana Bersih itu dirakam pelbagai pihak?” soalnya lagi.

Beliau turut menegaskan, Putrajaya seharusnya tidak memaksa rayuan dibuat terhadap keputusan mahkamah itu kerana ia bakal membuktikan “campurtangan pihak eksekutif dalam sistem kehakiman negara.”

“Ia seterusnya akan merosakkan imej judiciary yang memperlihatkan penguasaan kerajaan.

“Paling tidak, berilah ruang mahkamah untuk buat keputusan sendiri,” katanya dan menambah, “jika ia berlaku, kereputan sistem judiciary tidak akan dibaiki.”

Bersih semalam diisytiharkan sebagai pertubuhan yang sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: