Skip to content

Krisis air Selangor di musim hujan?

July 20, 2012

HARAKAHDAILY 20 Jul 2012


Dengan musim hujan mutakhir ini, sukar bagi kerajaan Pusat untuk meyakinkan rakyat bahawa negeri Selangor akan bakal berdepan dengan krisis bekalan air. Cukup ironis, namun itulah sajian media BN saban hari kepada rakyat.

Memang benar. Yang dibicara bukannya air mentah atau air dipermukaan bumi (surface water) yang dianugerahkan Allah melimpah ruah dalam bentuk hujan. Simpanan lebih besar lagi dari 7 empangan Selangor adalah air bawah tanah (ground water) yang jauh lebih lumayan yang juga belum dimanafaatkan.

Mengapa kerajaan Pusat menganggu dan mencabar kedamaian hidup pengguna dan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dengan isu ini? Mengapa mereka mahu cetus rasa takut, gundah-gulana serta keluh kesah rakyat? Mengapa mereka berhajat bagi menerbitkan rasa krisis di negeri di bawah Pakatan Rakyat ini?

Sekali lagi AIR cuba dijadi modal politik dan isu untuk menjatuhkan kredibiliti dan wibawa kepimpinan Pakatan Rakyat di bawah menteri besarnya. Berdepan dengan pelbagai kebejatan urus-tadbir yang serba dipertikaikan, khasnya pendedahan pelbagai kes rasuah dan salahguna kuasa elit pemerintah, kerajaan BN sememang mahu mengalehkan pandangan rakyat.

Apakah pemimin Umno-BN terlupa bahawa air dan penswastaannya di seluruh negara, khasnya di Selangor, adalah ‘jenayah’ dan ‘dosa’ yang belum lagi mereka tebus dan bertaubat? Ceritanya terlalu panjang untuk diziarahi kembali.

Tegasnya, umum sedar bahawa penswastaan air yang dilakukan dalam zaman Tun Mahathir gagal. Seperti mana gagalnya kebanyakan penswastaan utiliti dan perkhidmatan awam yang dulunya dikendali oleh kerajaan, kegagalan penswastaan air, cuba dirungkaikan dengan satu dasar bernama “Penstrukturan Semula Industri Air”. Terlalu banyak yang diselamatkan atau ‘bailout’. 

Setelah hampir enam tahun selepas penubuhan Suruhanjaya Perkihdmatan Air Negara (SPAN, 2006) dan Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA, 2006) diperkenalkan bersama dengan pengenalan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB, 2006) bagi melaksanakan matlamat ‘penstrukturan’ dan ‘migrasi’ dari ‘regim konsesi’ ke ‘regim pajakan’, kerajaan Persekutuan masih gagal untuk menyempurnakan dasar ini untuk negeri Selangor. Mengapa?

Negeri-negeri lain termasuk negeri Pakatan seperti Pulau Pinang dan Kedah turut berjaya dilakukan ‘migrasi’ dan pemindahan asset-aset negeri kepada PAAB dan berakhir dengan Kementerian Pusat memberi hak pajakan bagi ‘merawat dan mengurus pengedaran’ air samada kepada kerajaan negeri atau pihak swasta. Contohnya, Johor pihak swasta yang dapat. Melaka dan Negeri Sembilan diberikan kepada kerajaan negeri.

Isunya ialah mengapa dalam kes negeri Selangor, kerajaan Persekutuan mengambil sikap yang berbeza? Mengapa kerajaan Persekutuan tidak mahu membuat keputusan untuk memberikan lesen pajakan kepada salah satu entiti ini: Kerajaan Negeri atau Pihak Swasta?

Nah, inilah isu besarnya yang kerajaan Pusat cuba mengelak untuk buat keputusan! Ia sekaligus membayangkan kedudukan serba–salah kerajaan Pusat dan khasnya Menteri KTTHA itu. Tidak sukar untuk membuat telahan mengapa sedemikian jadinya. Nak bagi kat swasta akan dituduh memberi kepada kroni yang telah jelas gagal, antara lainya; mengurangkan NRW atau “Air Tak Berfaedah” hasil kebocoran paip dan sebagainya serta juga gagal memenuhi beberapa terma konsesi tentang perolehan atau ‘procurement’.

Di Selangor NRW masih pada paras melebihi 30%. KPI atau targetnya ialah pengurangan kepada 20%. Pulau Pinang terbaik pada 18.8%. Singapura 5%. Manila Timur berjaya mengurangkan dari 67% pada tahun 1997 kepada paras 11% pada 2010.

Untuk mereka keluarkan lesen ‘Pajakan’ dan diberikan kepada kerajaan negeri pula, jelas bertentangan dengan kepentingan membela kroni yang sememang hidup dengan ‘pemberian kontrak dan konsesi’ seperti ini.

Umum juga tahu bahawa sudah hampir 4 tahun kerajaan negeri mengemukakan pelbagai cadangan yang terbaik bagi menangani kemelut air di Selangor akibat air penswastaan air yang ‘menswastakan sektor yang untung’ yakni ‘rawatan air’ dan ‘merakyatkan’ sektor yang rugi yakni ‘pengedaran’.

Umum masih ingat tabiat ‘kecurangan dan pengkhianatan’ ini yang menyaksikan bagaimana Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) pertama-tama diswasta aspek rawatan kepada Puncak Niaga, Abbas dan Splash. Sementara itu ‘aspek pengedaran’ yang ‘tak menguntungkan’ dikekalkan dengan JBAS yang kemudian dikorporatkan menjadi Perkhidmatan Uruan Air Selangor (PUAS) dan akhirnya juga diswastakan menjadi SYABAS (2005).

Syabas dalam pada itu menanggung kerugian sebanyak hampir RM1 bilion atas kos pembanguan (Capex dan juga Opex) sementara pihak pemilik konsesi mengaut keuntungan tetapi masih juga memerlukan hutang bagi kegiatan kos pembangunan atau Capex mereka. Sejumah RM6.4 bilion adalah hutang konsesi kepada pemegang bon.

Cerita untung dan rugi dan banyak mana dividen yang telah diagihkan serta hutang yang ditanggung oleh pemilik konsesi air Selangor ini, sarat di bawa dalam media, hal tentang gaji pengerusi, pengarah-penagarah dan kemewahan pejabat dan kereta dan sebagainya. Berita tentang dakwa-dakwi mahkamah satu yang cukup lumrah. Majalah ‘The Edge’ yang terkemuka itu sahaja telah banyak menjadikan isu ‘Air Selangor’ ‘lead story’ mereka beberapa kali. Jenuh dan bosan rakyat membacanya.

Bagi menggemparkan rakyat dan pengguna terkini, Syabas dan sekutu-sekutu NGOnya mendedahkan bahawa keperluan terkini rakyat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah meningkat ke paras 4329 MLD (juta liter sehari) sementara keupayaan kesemua pihak konsesi rawatan air hanya mampu membekalkan maksimum sebanyak 4371 MLD termasuk, kononnya, loji di empangan Sungai Labu yang baru.

Ini macam pendekatan “Shock Doctrine’ buku karangan Naomi Klien bagi mengejutkan lawan dan seteru politik. Cumanya, Menteri Besar Selangor ini bukan calang-calang lawan yang boleh dijatuhkan begitu sahaja. Bukankah beliau yang merancang strategi menggunakan ‘shock doctrine’ dalam ‘morning raid’ di Bursa ‘London Stock Exchange’ bagi mendapatkan 51% saham untuk PNB ke atas syarikat gergasi British Kumpulan Guthrie dalam tahun 1981? 

Lalu belum sempat sampai kejutan tentang krisis air itu dapat dirasakan rakyat Selangor, MB ini telah menyerang balas atau ‘ambush’ seterunya dengan ‘pengistiharan mengambilan pengurusan Syabas’. Mengikut perjanjian konsesi penswataan air, kerajaan negeri melalui peruntukan klausa 32, berhak mengambil balik pengurusan pengedaran air sekiranya pihak konsesi gagal memenuhi dan komplian kepada terma-terma perjanjian.

Persoalan samada kerajaan negeri mampu mengambil alih secara teknikal pengurusan pengedaran air yang selama hari ini dikendalikan oleh Syabas menjadi isu kedua. Ramai kakitanagn Syabas dengarnya bersedia berkhidmat dengan kerajaan negeri. Pokoknya, kerajaan negeri punya kuasa yang termeterai dalam peruntukan perjanjian konsesi.

Nah, masakan tak gelabah pihak Syabas. Hampir nak terkencing pengerusinya agaknya. Penulisan ringkas ini tidak berupaya menyenaraikan pelbagai aspek polemik dan pertikaian isu air ini. Ini bukan pentas dan forumnya. Cumanya nak dikatakan bahawa pihak kerajaan Umno-BN tersasar dalam membuat congakan dan percaturannya meleset.

Kini kerajaan negeri mencabar Syabas bahawa mereka akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor itu, bagi mengenalpasti keadaan semasa air terawat di negeri ini.

Putar-belit isu Langat 2 dalam menggarap isu ‘krisis kerkurangan air’ di Selangor ini, lebih menampakkan kebobrokan dan pengkhianatan Umno-BN kepad rakyat. Projek yang menelan RM8.65 bilion seluruhnya itu, pada asasnya adalah untuk menangani bekalan air mentah (dan juga rawatan kemudiannya), sebagai projek perpindahan antara negeri yakni bekalan dari Pahang. Isu di sini bukan bekalan air mentah! Kenapa nak belanja sampai RM8 bilion?!

Tentunya lebih banyak tandatanya dan persoalan yang menerjah pemikiran rakyat. Bingung rakyat. Kenapa kerajaan Persekutuan mahu menambah statistik hutang yang sudah mencecah RM456.3 bilion itu dan menghampiri 53.5% KDNK? Lebih penting lagi, apakah itu prioritinya?

Paling memalukan terkini adalah penubuhan sebuah jawatankuasa Kabinet bagi menangani ‘krisis air’ ini. Lebih ‘aib lagi adalah keanggotaannya! Sudahlah TPM yang mempengerusikannya, anggota macam Menteri Pertanian itu tak payahlah. Menteri Wilayah itu menasabah juga sebab menyangkut kepentingan rakyatnya. Tetapi Menteri Senator di JPM itu buat apa dimasukkan juga kerana kalaulah hanya untuk ‘power’ penyampaian power-pointnya itu, boleh di koop kemudian sahaja.

Umum terus bertanya perwakilan kerajaan negeri Selangor dan pakar-akar air dari pihak NGO yang bi-partisan atau tak berpihak dan juga pihak profesional kenapa tak dilibatkan? Jangan nampakkan sangat niat sebenar mewujudkan JK Kabinet ini. Habis duit ‘tax-payers’ satu hal. Yang sakit hati sangat rakyat ialah masalah berpanjanganan. TOR dan KPInya tak ditetapkan.

Kesilapan-kesilapan maha besar kerajaan Umno-BN dihujung-hujung parlimen ke-12 ini semakin terdedah dan terserlah. Apakah begitu nasibnya di saat nazak pemerintahan ini, yang telah terlalu lama berkuasa – lebih 5 dekad!. Cukuplah!

—————————————————————-
Penulis adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

Advertisements
4 Comments leave one →
  1. Black Arrow permalink
    July 22, 2012 2:36 am

    They want to ration water but God has sent the rain even during this hot season. God does not want their evil intention to succeed. With these rainy days, the people will know that there is no reason to do water rationing.

    • Rozaimi Maidin permalink
      January 10, 2013 3:38 am

      CEO of SYABAS has at least answered calmly and professionally on the water crisis. Apparently, Khalid Ibrahim will give his ‘100 years’ answer to the rakyat without any technical knowledge. The people’s know how to evaluate their MB, Khalid Ibrahim has failed the rakyat

  2. July 27, 2012 6:55 am

    I think Malaysian politicians on both sides of the divide are playing a dangerous game of brinksmanship with regard to the water needs of the Klang Valley. I can say if ever there is a shortage in the forthcoming years for wharever reason all of them should be held responsible for playing Russian Roullete base on the bullets of the public need for water. Let it be reminded to all and sundry politician of both sides of the divide water is not a game for politicisation. Your will definitely lose public confidence on your ability to govern. For BN politicians perhaps it may be the end of your control of politics in the country. For Pakatan it may also involve a loss for you too. But the biggest loser will be the Malaysian public who will be bereft with the right people to administer the country.

    Let me first summarise the salient points of the current issues;
    1. Selangor thanks to the BN govt are stranded with three privatisation of treated water whose terms and conditions do not do justice to the Malaysian public. A too generous a rate, high bloated so call capital expenditure, inefficient and contentious procurement policies of concessionaires that lack transparency, poor enforcement and monitoring of terms and conditions, too mention just a few.
    2. we are stranded with a privatisation of distribution concession via Shabas that is plagued with the same symptoms as water treatment as outline above. Thanks again to the BN govt.
    3. we are stranded with a new Pakatan Administration that is more keen to politicise the issues rather than finding a solution to it. The first thing the new Administration of the state to do was to legally and proffessionally resolve the matter which is very complex but needs great political will to execute.

    Whether it is right or wrong the perception on the three concessions is a bloated sometime fictitious capital expenditure that ultimately the public has to pay for it. On top of that is the excess profits deem to be made by the concessionaires.

    The new pakatan govt that came on board must start by setting up a Commission of Inquiry on all aspects of the concessions.There must be independent members in the concession even international members if need be to enhance credibility. The commisssion
    establish the following key issues:
    1. The actual capital expenditure incurred by all the concessionaires base on the capacities both production and distributive that was incurred. These should be compared with the standard that is normal for the industry. This is purely a technical issue and can be easily established from the accounts of the concessionaires and proffesional opinions. At least we can get rid of once and for all this notion of profiteering and excess capital expenditure. Surely a more objective judgement call can be made to put all the concessionaires to shame. Perhaps from there proper legal action can be taken to terminate or revise the agreements.
    2. to actually study whether the concessionaires have complied with the terms and conditions of the various agreements. There are many aspects to it like progress of works per schedule, the NRW targets, operating costs, procurement policies. This will enable an objective assessment of the operational performance of each concessionaire.

    From this report the state should then take the necessary steps to rectify the situation via concessionaires rectification efforts, renegotiations of the contracts etc.
    As at todate all we have heard is accusation and counter accusations. That was followed by legal actions countered by legal action. The public is at a total loss as where the dispute will drag and has been going on for years.
    The state has stopped the tarriffs hike. following that the concessionaires retaliated by getting with capital expenditure. plants may not be properly maintained and hence plants under performed hence the so call shortage of treated water. But the public is still not clear where we are going.
    This inquiry will spell once for all the issues at stake. It may embarrass many parties. But i guess with an objective inquiry all parties concern can go back to the negotiating table to find remedial solutions.
    This should have been done by the Pakatan state govt when they took over from BN. Draw the line so to speak. If Mandela can do the same thing to draw the line between the atrocities created pre apartheid and current situation the same can be done on issues facing the water crisis in Selangor. If Pakatan talks about Anwar Ibrahim as the Malaysian Mandela, they should set up all these inquiries and move on from there.
    But alas it is not so. They politicise it. They are no different from the BN goons.

  3. Rozaimi Maidin permalink
    January 10, 2013 3:23 am

    Saya betul2 rasa sedih dengan sikap kerajaan negeri S’gor yang sengaja mempolitikkan isu air ini tanpa menjaga kepentingan rakyat. Tindakan kerajaan negeri S’gor yang sengaja menyekat dana modal (CAPEX) SYABAS merupakan satu tindakan yang tidak beretika yang memaksa SYABAS melepaskan pegangannya dalam industri air selangor. Saya turut menjangkakan keadaan akan menjadi lebih dahsyat sekiranya kerajaan negeri S’gor ambil alih industri air negeri nanti. Tak sabar nak tunggu rasanya bila pakar air, Tan Sri Khalid urus air negeri nanti. Makin terbeban rasanya. Percayalah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: