Skip to content

Lynas: PSC lebih sudu dari kuah

June 24, 2012

Dr. Dzulkefly Ahmad (Harakahdaily)

22 Jun 2012
1.Laporan JK Pilihan Khas (PSC) Lynas semacam telah membuat keputusan bahawa apa pun dapatan dari penelitian dari isu-isu perhatian awam dan pihak yang berpengetahuan tentang keselamatan projek ini, PSC ini mahukan projek ini diteruskan dan kelulusan yang diberikan oleh AELB pada 17 Ogos, 2007 untuk lesen kelas A (Mengilang Penempatan Tapak dan Pembinaan) sekarang ini diminta supaya dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk “Lynas Advanced Material Plant” (LAMP) mula beroperasi.

2. Dalam ‘Rumusan Jawatankuasa’ di muka surat 69 – tercatat: Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau Temporary Operating Licence (TOL) dikeluarkan supaya projek LAMP dapat mengilang bahan mentah pekatan lantanid secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agensi penguatkuasa.

3. Cadangan ini adalah jelas bercanggah dengan kefahaman bahawa LAMP mesti memenuhi antara lain 7 syarat yang dikenakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebelum AELB boleh pertimbangkan untuk mendapat lessen TOL yang disebut-sebutkan diberikan sebelum hujung tahun.

4. Antara 2 syarat terpenting adalah pertama –pengurusan penyimpanan residu atau sisa radioaktif samada sementara di ‘Residue Storage Facility’ – RSF atau kekal di ’Permanent Disposal Facility’ – DPF. Kedua – pelan menjamin perlindungan keseluruhan RSF supaya debu tidak berterbangan keudara secara bebas atau dalam keadaan menangani kes kecemasan atau emergency berlaku ketirisan kebocoran ke dalam tanah.
5. Dalam perbahasan, saya telah mengingatkan sekeras-kerasnya bahawa pengalaman dalam Kes Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah tercetus akibat ketiadaan pelan pengurusan sisa (long term waste management plan) yang telah berakhir dengan penyelenggaraan ‘ad-hoc’ sehingga tutupnya tempat pelupusan di Papan dan pembuangan sisa radioactive secara tidak bertanggungjawab di Menglembu, Pengkalan, Jelapang, Buntong dan Simpang Pulai dan kini mesti dipantau kerana dalam proses ‘Dibubar dan Dinyahkontaminasi’ (Decommissioning and Decontamintion) di bawah Akta 304, seliaan AELB untuk selama 300 tahun.

6. Sementara PSC berpuas hati menyokong pentakrifan MITI dan AELB bahawa kilang LAMP adalah sebuah kilang kimia dan bukan kilang memproses pengeluaran torium atau uranium, umum kini juga di beritahu oleh laporan bahawa antara 3 jenis residu yang akan dihasilkan oleh LAMP, residu Water Leach Purufication (WLP) adalah paling bahaya.

7. Kepekatan keradioaktifannya toriumTh- 232 dalam residu WLP dinyatakan dalam laporan Lynas adalah 5.87 Bq/g dan 0.30 Bq/g untuk Uranium U238. Persoalannya sekarang ialah berapakah jumlah radioaktiviti dalam tempoh 10tahun LAMB yang dianggarkan dalam jumlah 32,000 ton setiap tahun yang dihasilkan dalam sisa WLP LAMP itu? Wajar juga dingatkan bahawa bahan torium dan uranium yang wujud secara normal yang dipanggil sebagai NORM (Naturally Occurring Radioactive Material) diketahui menjadi lebih aktif apabila melalui proses kimia dan etraksi yang disebutkan sebagai TENORM atau “Technically Enhanced Naturally Occurring Radioactive Materials”.

8. Untuk peringatan semua, khasnya pihak PSC, AELB dan rakyat di Balok-Gebeng dan diseluruh negara, anggaran jumlah radioaktiviti dalam 1 tahun adalah seperti berikut, berdasarkan sedikit maklumat jumlah sisa residu yang dapat diketahui penulis. Untuk peringatan juga 1 unit Bacquerel adalah pecahan (decay) satu nucleus pada setiap saat (second) menghasilkan particles. Torium menghasilkan alpha-particles yang 20 kali lebih bahaya dari gamma atau beta dalam mencetuskan kerosakan (damage) kepada bahan genetic (DNA Materials) dalam sel apabila berada di adalam tubuh badan dan bertindak sebagai ‘internal emitters’. Ini dijadikan sebab utama sebagai pencetus kanser oleh pandangan sebuah badan pakar di United Kingdom mengkaji risiko kanser dan toksikologi dari radioaktiviti (CERRIE- Committee Examining Radiation Risks for Internal Emitters).

9. Mengikut laporan Lynas sendiri, 32,000 ton WLP dihasilkan setahun bersamaan dengan 32 x 106 kg atau 32 x 109 g. Ini memberi jumlah anggaran radioaktiviti pada para 5.87x 32 x 109 = 155.6 x 109Bacquerel (Bq) bersamaan dengan 155.6 x 103 Megabacquerel (MBq) bersamaan dengan 155.6 Gigabacquerel (GBq) atau 3 Curie! Jumlah radioaktiviti yang amat besar yang terkumpul di sesuatu tempat. Namun lebih bahaya adalah bentuk atau ‘debu atau dust’ yang diakui oleh AELB khususnya kepada pekerja yang andainya dihidu akan tersimpan dalam paru-paru, pancreas dan tulang. Tentu SPF bukan caranya mengendali sisa radioaktif ini secara mapan, maka ia memerlukan PDF yang masih lagi dalam alam teori dan penyelidikan.

10. Ingat apa makna 1 unit Bacquerel! Memang Lynas adalah sebuah kilang kimia dan bukan kilang pepasangan nuklear atau pengeluaran torium seperti disebut dalam laporan PSC. Akan tetapi kalau jumlahnya setahun adalah 155.6 MBq, bayangkan 10 kali ganda dalam 10 tahun dan torium mempunyai separa hayat yang panjang selama 74,000 tahun dalam emisi alpha particlenya, maka dalam setahun sahaja telah terkumpul sebanyak yang mesti disimpan di dalam simpanan sementara ‘Residue Storage Facility (RSF)! Sebab itu persoalan mempersiapkan PDF (Permanent Depository Facility) adalah penting sekarang dan bukan seperti Lynas dakwa 17 tahun lagi.

11. Disamping itu, laporan PSC juga mengakui bahawa proses kilang Lynas melibatkan tindakbalas kimia dan fizikal (cracking, leaching, extraction and finishing) dalam menghasilkan lanthanum dan nadir bumi oksida dan karbonat (rare earth carbonat oxide) Namun masih tidak dapat dikenalpasti lagi tindakbalas kimia ini samada menghasilkan ‘logam berat atau heavy metals’ seperti plumbum, mercury, arsenic, cadmuim dan nickel dalam proses dan perlu dikaji sebab ketiga-tiga ‘heavy metals’ yang terakhir adalah logam karsinogenik kepada manusia.

12. Kajian di peringkat ‘makmal’ atau ‘lab-scale’ wajar dilakukan untuk mengenalpasti keseluruhan residutoksik, samada radioaktiviti dan logam berat, patut dilakukan seperti dicadang oleh Prof Jamal Hashim (Environmental Health) dan Dr Che Rosli, pakar nuclear PAS yang kenyataannya kerap diselewengkan maksud sebenarnya. Kini Dr Che Rosli telah mempertegaskan pendirian beliau. Prof Jamal juga mencadangkan kajian HIA(Health Impact Assessment) dan HRA (Health Risk Assessment) dan amat khuatir dengan tergesa-gesa PSC dan kini PSC mendesak supaya LAMP diberikan TOL.

13. Isu pengendalian pengurusan residue adalah paling membimbangkan sebab ia tidak dapat ditentukan sehingga kini oleh pihak Lynas. Ini mengingatkan kita kepada kes pengurusan sisaradioaktif di ARE, Bukit Merah. PSC mahukan Lynas mengemukakan hasil penyelidikan pengkitaran semula, pengurangan sisa (waste minimization), penggunaan dan pengkomersialan residu dalam tempoh 10 bulan selepas TOL dikeluarkan. Ia agak tersasar.

14. PSC mengesyorkan sekiranya penyelidikan pengkitaran semula serta lokasi tidak dapat di kenalpasti atau diluluskan, Lynas hendaklah membawa residu yang dihasilkan oleh LAMP keluar dari Malaysia dan akan dihantar ke Negara. AELB seperti yang saya tegaskan di atas tadi sebenarnya meletakkan ini sebagai syarat untuk LAMP mendapat TOL.

15. Paling malang, terkini, kerajaan Australia, mengikut Menteri Lombong dan Petroleumnya, telah menekankan bahawa mereka tidak mahu menerima dan tidak bertanggungjawab untuk menerima sisa toksik LAMP oleh Lynas.

16. Masihkah PSC boleh merumuskan bahawa mereka berpuashati untuk mengesyorkan agar lesen Kelas A (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan supaya projek LAMP dapat mengilang bahan mentah pekatan lantanid secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agen si penguatkuasa. PSC juga secara selektif hanya menonjolkan aspek sinaran 2mSv setahun (sebenar 5.61 mSv setahun) untuk pekerja dan 0.002 mSv kepada awam, lantas mengatakan bahawa projek LAMP selamat.

Dengan keputusan di buat oleh PSC dalam laporanya, maka PSC mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat Gebeng, Kuantan khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Penulisan ini tidak meninjau aspek ‘cost-benefit analysis’ yang tidak juga dilakukan secara ‘professional’ , lebih bersifat ‘anecdotal’ berapa banyak yang kononnya akan Malaysia untung di segi pulangan ekonomi dan pemindahan teknologi sebagainya.
12 tahun ‘pengecualain cukai’ atau ‘tax-break’ itu sudah cukup mengecewakan umum pada pelaburan yang begini besar risiko dan impak negatifnya kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk. Sekali lagi tragedy ARE, Bukit Merah yang telah merakamkan insiden leukemia dan kecacatan bayi (yang meskipun tidak dikaji secara kaedah ‘Epidemiology’sehingga kini) mengingatkan kita supaya mempastikan kerajaan yang bertanggungjawab mesti memacu erti sebenar “Pertumbuhan Mapan-Hijau-Green Growth’ yang bertentangan dengan konsep” Brown Growth- Pertumbuhan Membawa Kemusnahan” kepada manusia dan alam sekitar.

(Penulis adalah mantan Pensyarah di Fakulti Sains Perubatan USM dalam bidang Toksikologi).

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: