Skip to content

Sukuk kekal: PAS mohon penjelasan pelaburan KWAP

June 13, 2012

Harakahdaily,
13 Jun 2012
KUALA LUMPUR: PAS memohon penjelasan kerajaan terhadap tindakan membenarkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melanggan sepenuhnya bahagian pertama RM1.0 bilion Sukuk Juniro Kekal terbitan Malaysian Airline System Bhd (MAS).

AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoal bagaimana pelaburan itu boleh dibuat sedangkan sangat berisiko apatah lagi melibatkan wang pencen rakyat.

“Bon ini tidak ada penarafan, tidak ada jaminan, tiada tempoh masa dan sangat berisiko tinggi.

“Sebab itu kita mintak penjelasan kerajaan kenapa KWAP melanggan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.
MAS sebelum ini menerbitkan Program Sukuk Juniro Kekal RM2.5 bilion, dengan bahagian pertama sebanyak RM1.0 bilion dilanggan sepenuhnya oleh KWAP.

Sukuk itu yang merupakan tunggak pelan pembiayaan syarikat penerbangan itu bagi meningkatkan modal asas, diurus oleh Maybank Investment Bank Bhd.

Sukuk kekal ini membolehkan syarikat memperbaiki lembaran imbangan dan nisbah hutang memandangkan ia diperakui sebagai modal ekuiti dalam standard perakaunan Malaysia, dan menyediakan kadar pembiayaan jangka panjang yang munasabah sebanyak 6.9 peratus setahun, katanya.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata ini adalah kali pertama sukuk kekal diterbitkan di negara ini.
Menurutnya lagi, biarpun dibayar dengan kadar 6.9 peratus, namun ianya sangat berisiko apatah lagi ianya tiada tempoh matang dan tiada had masa.

Beliau juga mengingatkan bahawa MAS telah tiga kali diselamatkan atau ‘bailout’ oleh kerajaan. Meskipun sukuk kekal tidak datang dengan jaminan oleh kerajaan, beliau amat khuatir bahawa ia akan berakhir dengan dana KWAP berdepan dengan risiko kerugian dan bakal sekali lagi diselamatkan oleh kerajaan atas nama menjaga kepentingan dana rakyat.

Justeru beliau mahukan semua terma dan syarat-syarat perjanjian pelaburan sukuk itu didedah kepada umum atas tuntutan ‘disclosure’ atau ‘keterbukaan’. Beliau juga membangkitkan sejauhmana ‘komplian-syariah’ produk ‘perpetual bond’ ini dan bertanyakan akan ‘struktur kontrak’ manakah yang digunakan dalam syariah.

Tambah beliaulagi kedudukan ‘sukuk juniro’ produk ini mendedahkan lagi KWAP kepada risiko tidak mendapat balik pinjamanya andainya MAS berdepan dengan masalah ‘liquidation’.

 

Advertisements
2 Comments leave one →
  1. Ishak permalink
    June 13, 2012 1:55 pm

    Dzul.You cannot use Money raise under Sukuk to finance working capital.Sukuk money only for buying fixed asset.This is against Islamic bank compliance.

    • Dr. Dzul permalink*
      June 13, 2012 2:46 pm

      Salam Ishak, frankly i’m not quite sure but i don’t see why it couldn’t be used for working capital as long as it is specified and it is made clear and not specifically prohibited in the disclosed document of the sukuk. But i wish to know of the ‘contract’ used in structuring the sukuk. More importantly, ifee that this forced on KWAP to purchase – a forced white knight of sort..onnational service again..sigh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: