Skip to content

Dr Dzul: Unjuran KDNK Najib Tersasar

June 3, 2012

BY  MOHD EZLI MASHUT – JUNE 2, 2012

SHAH ALAM,2 JUN : Kegagalan kerajaan mencapai unjuran ekonomi dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 5.0 – 5.5 peratus untuk 2011 dan 5 – 6 peratus pada 2012 jauh tersasar kerana kerajaan tidak mengambil kira faktor-faktor ekonomi global ketika merancang unjuran tersebut.

“Pakatan Rakyat telah mengingatkan Najib Razak sebagai Menteri Kewangan supaya jangan membuat unjuran setinggi itu,kerana dalam tahun lalu lagi.

“Kita telah bercakap bagaimana ekonomi dunia akan mengalami penguncupan dan kelembapan ekonomi kerana krisis-krisis seperti Euro Zone,krisis ekonomi Amerika dan China yang kini telahpun disebut akan mengalami krisis,” kata Dr Dzulkefly ketika dihubungi TV Selangor.

Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata unjuran ini tidak akan tercapai disebabkan negara yang berasaskan eksport mengalami kesan lantaran pertumbuhan dan pemintaan yang berkurang daripada negara-negara pengimport disebabkan kemeruduman ekonomi global.

“Permintaan global akan mengucup maka ekonomi negara akan mengalami impak itu.

“Kritik kami pada tahun lalu terbukti benar,kita sedar dalam keadaan ekonomi yang lembab tetapi Najib Razak membuat unjuran ekonomi yang tinggi itu hanya kerana untuk mewujudkan keadaan ‘Good Feel Factor’ kepada rakyat,” ujar Dr Dzulkefly.

Dr Dzulkefly berkata tindakan kerajaan melaksanakan projek-projek bersaiz mega yang berjumlah berbilion ringgir hanya untuk menaikkan unjuran ekonomi namun ianya tidak bersifat mapan dan baik kepada pertumbuhan ekonomi.

“Dan jelas apa yang dipacu oleh ekonomi negara kita adalah apa yang dipacu oleh satu permintaan domestik dan perbelanjaan besar kerajaan dalam infrastruktur projek mega,” katanya.

Katanya, bagi memantapkan dan memacu ekonomi yang lebih mapan sewajarnya kerajaan menumpukan kepada pembangunan ekonomi yang mempunyai nilai tambah dalam pengeluaran sesuatu sumber ekonomi dan tidak hanya mengharapkan kepada pengimportan sumber-sumber alam.

“Kita memerlukan pengurusan ekonomi yang cekap yang meletakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan dan jangan dibuat perbelanjaan kerajaan yang tidak bersifat sustanaible dan juga pada akhirnya perbelanjaan seperti ini tidak akan membawa kepada ekonomi berpendapatan tinggi,”

Tambah Dr Dzulkefly,perbelanjaan yang besar dan kadar KDNK yang tinggi tidak boleh ditafsirkan sudah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.

“Negara berpendapatan tinggi hanya akan berlaku apabila industri dan sektor pembuatan dan segala kegiatan ekonomi itu bersangkut kepada ekonomi yang mempunyai nilai tambah.

“Seperti contohnya pembalakan sahaja,kita mesti mampu mengeluarkan perabot-perabot dan bukan hanya kayu sahaja yang tidak mempunyai nilai tambah ekonomi,”

Jelas Dr Dzulkefly,perbelanjaan boros dengan tidak meletakkan perbelanjaan kepada keutamaan seperti projek-projek mega meletakkan keadaan ekonomi dalam keadaan yang tidak menentu.

“Keutamaan yang sepatutnya diberi kerajaan adalah pembangunan yang seimbang di seluruh negeri-negeri khususnya negeri miskin,” katanya.

Ujar Dr Dzulkefly,Pakatan Rakyat dalam pembangunan ekonomi bukan sahaja untuk menaikkan kadar KDNK tetapi lebih kepada penumpuan kepada pendapatan yang boleh belanja rakyat, pembahagian ekonomi yang adil dan kecekapan ekonomi serta menghentikan monopoli ekonomi.

Sebelum ini,Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaan agar Belanjawan 2012 dibentangkan semula dan dibahaskan dalam Parlimen pada sesi Jun ini.

Menurut Anwar, pertumbuhan ekonomi yang lembap pada kadar 4.7 peratus dalam suku tahun pertama 2012 seperti yang diumumkan oleh Bank Negara baru-baru ini memberikan kesan serius terhadap kewangan negara.

Ini adalah kali kedua pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk mencapai sasaran penting ekonomi berdasarkan Belanjawan 2012.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: