Skip to content

Akademi Undang-undang ‘sabotaj’ demokrasi

May 16, 2012

Harakahdaily,  16 Mei 2012

KUALA LUMPUR: Cadangan Kerajaan menghidupkan kembali Malaysian Academy of Law Bill sebagai organisasi baru selain Majlis Peguam untuk mewakili golongan itu dilihat cubaan mensabotaj demokrasi.

Bagi Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar), beliau melihat cadangan itu tidak ubah seperti penubuhan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) oleh pusat, di negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat selepas PRU 2008 lalu.

Menurut Dzulkefly, biarpun diperingkat negeri sudah ada Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK), namun kerajaan tetap juga mewujudkan JKKKP yang dilihat cuba ‘mengambil kuasa’ JKKK yang dilantik kerajaan negeri.

“Begitulah cara Umno, bila ada benda yang dikeluarkan tak sebulu dengan dia, dia buat yang lain. Ia sama dengan tindakan tubuh JKKKP bila BN kalah di negeri ditawan Pakatan.

“Ini ialah tabiat jelek untuk lakukan ‘subversion’ atau ‘sabotaj’ demokrasi dan institusinya,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kelmarin yang bersetuju jika agensi baru seperti Akademi Undang-undang ditubuhkan selain Majlis Peguam sedia ada.

Cadanagn Nazri itu dipercayai dibuat ekoran 12 usul tergempar yang diluluskan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) Majlis Peguam pada 11 Mei lalu berhubung himpunan Bersih 3.0.

Antara lain, usul itu mengutuk tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih terhadap peserta.

Selain itu mereka juga menyalahkan polis kerana tidak memberikan masa yang secukup untuk perserta bersurai secara teratur dan selamat dengan mendakwa ia kemudian mendorong kepada penahanan yang tidak wajar.

Mengulas lanjut Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, cadangan Nazri itu berbaur politik dan cuba untuk ‘undermine’ wibawa Majlis Peguam.

Sedangkan katanya Majlis Peguam ditubuhkan secara sah di bawah Akta Profesion Guaman 1976 bagi mengawal amalan, standard, etika dan lesen amalan peguam.

“Usaha ini telah dua kali mereka lakukan dahulu tetapi terpaksa dihentikan.

“Tindakan kerajaan untuk menghidupkan kembali cadangan akademi ini dilihat umum sebagai langkah memadamkan suara perbezaan ‘legitimate dissent’ yang menyemak imbang suara eksekutif,” katanya.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: