Skip to content

Dr Dzulkefly: Mentaliti ‘Politik Longkang’ Dalam Umno-BN

April 2, 2012

– APRIL 1, 2012 POSTED IN: AHLI PARLIMENBARISAN NASIONALBERITAFOKUSPAKATAN RAKYATPOLITIK & BERITA NASIONALWAKIL & INSTITUSI KERAJAAN

 

SHAH ALAM 01 APRIL : Tuduhan dan serangan setiap hari terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai mentaliti ‘politik longkang’ (Gutter Politics) yang diamalkan oleh Umno-BN.

MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata tuduhan dari bekas-bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan media Umno secara bertali arus itu hanya mahu mengalih perhatian dan tumpuan rakyat berhubung isu kelemahan pentadbiran Umno-BN.

“Rakyat semakin bosan dengan amalan Umno-BN yang menyalahgunakan kuasa, rasuah, ugutan dan sebagainya. Oleh kerana mereka takut hilang kuasa, mereka mengambil jalan untuk menyerang peribadi pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Mereka juga takut apabila kemampuan PR mendedahkan banyak kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran mereka,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, rancangan jahat itu ditimbulkan oleh pembodek-pembodek baru yang dilihat hanya untuk menjatuhkan pemimpin PR.

“Cukuplah dengan politik longkang itu, kalau berani bertarung dan bersaing secara bersih dan adil berdasarkan prestasi dan kepimpinan bukan hanya pandai memfitnah serta melaga-lagakan pihak lain,”katanya.

Dr Dzulkifli yang juga mengulas tuduhan Senator, Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini menyifatkan senator itu sebagai ‘Bapak Ayam’.

“Ini kerana ketika beliau (Nalla) membuat tuduhan, mengatur dan menyusun perbuatan jahat secara tidak langsung beliau tidak sedar mengakui diri sendiri bapak ayam,”katanya.

Dr Dzulkifli juga mempersoalkan mengapa Nalla dipilih menjadi senator.

“Amat pelik dan aneh, mengapa beliau dilantik sebagai Senator? Mengapa bapak ayam itu dilantik sebagai Senator? Bukankah Senator dilantik berdasarkan integriti dan personaliti yang baik? Jadi dimana teladan yang baik bagi Nalla.

“Ianya dilihat hanya mahu mengaibkan seseorang, membuat pengakuan bagi tujuan menjatuhkan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas informasi (hearsay) sahaja,”katanya.

Sebelum ini, Datuk S. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti India Malaysia (MUIP) mendakwa pelbagai fitnah jahat bertujuan mengaibkan Ketua Umum PKR tersebut.

Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nalla dan Utusan Melayu (M) Bhd atas tuduhan itu.

Advertisements
3 Comments leave one →
  1. Haji Umar permalink
    April 2, 2012 10:37 am

    Cukuplah membuat fitnah terhadap Dato’ Seri Anuar tu sejak Tahun 1998 hingga sekarang tak habis-habis menceritakan keburukan Anuar dengan tujuan untuk menjatuhkan beliau ,pagi petang semua berita baik TV ke Surat khabar ke asik cerita Anuar sahaja buatlah cerita lain meluat mendengarnya Rakyat sekarang bukannya tak sekolah tak tahu berita ,Rakyat sekarang boleh berfikir mana baik dan mana yang tak baik rakyat tahu mana hendak dipilih BN atau PR apabila pilihan raya nanti.

  2. Black Arrow permalink
    April 3, 2012 1:24 am

    BN mengamalkan politik najis!

  3. tarmizi permalink
    April 8, 2012 5:01 am

    the basic point in any democracy leaders must be not tainted in anyway real , perceptions or otherwise. the problem with our political leaders both side of the fence have tainted image in one form or another. in the normal democracy they should leave the scene. we see that clearly that in Western democracies.
    The problem of the current govt. we have many tainted leaders. the problem with the opposition they too have many tainted leaders. and most frighthening thought is the moment they are in power especially in the states they are running now power corrupts.
    The problem with our democracy we did not unearth enough leaders to replace so call tainted leaders. This is particular so with Pakatan. DSAI is tainted in one way or another. whether he is guity or not is another issue. While he was DPM his cronies amass fortunes. Even his private sec eaning $5000 per month can buy shares by the millions. His cronies control MRCB, Readycare from nothing. His private lives only his wife and Nalla can tell us. But he is tainted . Pakatan must set the standards right, the benchmark lofty . Dsai should quit for the sake of the country. But Pakatan seem obsessed as if he is the only leader or saviour like Moses to the Hebrews in the fight with the Pharoah.
    There are many others. There is Hadi, Nik Aziz, Zaid Ibrahim, and many others. For the next line up there is Rafizi, Phua, DSAI daughter, Nik Razmi. Why this obssesion with anwar. He is already 66. too late to run the country.
    If Pakatan cannot offer an alternative other than Anwar, i think there is something wrong with Pakatan. the wrong part is to accomodate a tainted leader to run the country. That is fundamentally wrong. that is UMNO BN politics. It should not be the colors of Pakatan. But what to do when we have leaders like Dr Zulkifli, Khalid samad, the lying Nizaruddin, the noisy mahfoz omar in control of PAS . All they want is power at all costs to the extent they sacrifice unity, race, religion etc to have dsai as their leader despite being tainted.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: