Skip to content

Najib: BN akan rampas negeri-negeri di bawah pembangkang pada PRU ke-13

March 19, 2012

March 19, 2012 (TMI)

PETALING JAYA, 19 Mac — Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata beliau yakin BN akan merampas negeri-negeri di bawah pembangkang PRU ke-13 yang akan datang.

Dipetik Bernama Online, Najib telah berkata ia berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah baik dan penerimaan dasar kerajaan ketika ini yang memberi tumpuan kepada usaha mentransformasikan negara.

Najib (gambar), Pengerusi UMNO Selangor, telah menyuarakan keyakinan bahawa negeri Selangor akan kembali ke pangkuan BN, oleh kerana pembangkang telah gagal menunaikan banyak janji di negeri itu.

Tambah Najib, mengikut kehendak dan aspirasi rakyat hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan dan beliau akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN.

Di hadapan lebih 20,000 orang yang telah menghadiri perhimpunan ‘Perdana Menteri Bersama Rakyat’ di SM Putra Perdana Puchong semalam, beliau berkata, “Asalkan BN menang, negara berjaya, rakyat Malaysia makmur dan negara maju jadi kenyataan, transformasi dapat dilaksanakan, baru dapat buat transformasi besar.”

Turut menghadiri ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Ahli Parlimen Sepang merangkap kodinotor BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas dan Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau juga telah mengumumkan pemberian bantuan RM100,000 untuk Surau Al-Sakinah di Taman Perdana Putra, dan RM200,000 untuk SMK Perdana Putra.

Advertisements
3 Comments leave one →
  1. March 19, 2012 12:41 pm

    rAMPAS TAK APA TETAPI CARA MERAMPAS MESTI ADA MARUAH DAN BERPRINSIP.JANGAN RAMPAS DENGAN CARA MENJUAL NEGARA KEPADA PATI YANG DIBERI KERAKYATAN “MEE MAGGI- 2 MINIT”

  2. ksr permalink
    March 19, 2012 5:33 pm

    People support PM but not the Goverment

  3. Black Arrow permalink
    March 20, 2012 12:58 am

    Ya, BN akan berjaya rampas sebab dibantu oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: