Skip to content

Batal SBPA: Dari mana dapat RM3.4 bilion?

March 15, 2012
Anis Nazri, HARAKAHDAILY 14 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Pelaksanaan Skim Saraan Malaysia (SSM) dilihat akan melebarkan defisit belanjawan negara apabila penambahan sebanyak RM3.4 bilion diperuntukkan bagi skim baru itu.

Ini kerana peruntukan tersebut tidak terkandung dalam Bajet 2012, dan juga tiada sebarang bajet tambahan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justeru, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad, mempersoalkan dari mana sejumlah RM3.4 bilion itu diambil bagi penambahbaikan SSM bagi menggantikan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

“Ketika kerajaan ingin melaksanakan SBPA, sejumlah RM2.6 bilion diperuntukkan bagi tujuan tersebut. Apabila dibatalkan SBPA dengan penambahbaikkan SSM, kerajaan memerlukan RM6 bilion.  Dalam erti kata lain dari mana sejumlah RM3.4 bilion itu diambil sedangkan tiada bajet tambahan dibentangkan Perdana Menteri?” soal beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Dzulkefly juga mempersoalkan bagaimana sebuah kerajaan boleh melanggar kontrak yang dimeterainya sebelum ini berhubung pelaksanaan skim itu.

Soalnya, apabila kerajaan melanggar kontrak tersebut, di manakah wibawanya sebuah kerajaan dalam menunaikan janji-janjinya kepada rakyat.

Sehubungan itu, beliau meminta Najib memberikan penjelasan berkaitan sejumlah wang yang diperuntukkan bagi tujuan penambahbaikan SSM. Tegas beliau lagi ini pasti akan membengkakkan lagi defisit fiskal negara.

Pada 8 Mac lalu, Najib mengumumkan pembatalan pelaksanaan SBPA setelah mendapat pelbagai reaksi negatif di kalangan Pakatan Rakyat dan kesatuan sekerja.

Pembatalan itu kemudiannya digantikan dengan penambahbaikan SSM.

Advertisements
3 Comments leave one →
  1. aziz osman permalink
    March 15, 2012 3:41 am

    Asmk, yb ianya 3.4B not 3.4m…. correct me if i’m wrong.

    Rgds,

    Aziz, kuang.

    • Dr. Dzul permalink*
      March 15, 2012 4:35 am

      Salam Sdra Aziz, you are dead right…and clearly i must be half-asleep when uploading it from Harakahdaily..bcz my eyes just want to see RM3.4bilion..even written as RM3.4 million, my eyes just read it RM3.4 bilion…thnx again..

  2. Black Arrow permalink
    March 17, 2012 9:47 am

    As usual BN is securing their vote bank. This is a rogue govt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: