Skip to content

Najib dinasihat henti cakap soal Negara Berkebajikan

February 10, 2012
Harakahdaily, 09 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 9 Feb:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan supaya berhenti dari bercakap soal agenda Negara Berkebajikan PAS kerana beliau jelas tidak faham apa yang dimaksudkan PAS.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, nampak jelas sangat Najib tidak faham “samada tak membaca atau tidak diberikan maklumat yang betul  tentang hal tersebut.”

Bagi beliau, tindakan Najib yang mengulangi lagi bahawa negara berkebajikan PAS itu sama dengan Welfare State di negara Barat atau Scandinavian kerana beliau mengulangi lagi bahawa negara akan mengalami masalah kewangan dan kegawatan ekonomi kalau dilaksanakan bahkan boleh bankrap.

“Najib wajar diperingatkan bahawa Negara Berkebajikan PAS mempunyai falsafah, prinsip, program dan cara perlaksanaan yang jauh berbeza dengan Welfare State di Barat yang seluruhnya berteraskan sistem pencukaian pendapatan yang tinggi.

“Meskipun di sudut-sudut kebajikannya ada persamaan namun ia tidak serupa – sama tapi tak serupa!” tegas Dr Dzulkefly yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Bagi beliau, Najib sewajar memberi perhatian terhadap laporan terkini ekonomi dan kewangan negara seperti yang disiarkan dalam The Edge Financial Daily semalam. Najib lebih wajar menumpu kepada bagaimana mengurangkan kos saraan hidup yang terus meningkat dan menghempit rakyat.

(Dr Dzulkefly nasihatkan Najib agar jangan komen kalau tidak faham)

“Para penganalisa cemas dengan persoalan hutang awam dan juga hutang swasta di negara kita. Ya , kita mungkin sahaja boleh bankrap dengan beban hutang ini, dan bukan kerana perlaksanaan Negara Berkebajikan PAS atau Pakatan Rakyat!” tegas beliau yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor.

Bagi beliau, kemungkinan bankrap itu ditambah dengan urus-tadbir yang tempang, tiris dan bocor sarat dengan rasuah dan amalan kronisme, monopoli yang kesemuanya menjadikan pasaran tidak efisien atau atau ‘market distortion”.

Ia ditambah lagi dengan campurtangan atau intervensi kerajaan dalam bentuk penglibatan kepentingan kerajaan melalui GLCs yang mengherotkan lagi pasaran dan persaingan (overcrowding-effect) katanya.

“Najib wajar diperingatkan bahawa setelah banyak yang dislogankan dengan GTP, ETP dan MEB sebagainya, ekonommi negara masih di ambang ancaman besar kerana urus-tadbir tempang kelembapan ekonomi global khasnya dan krisis kewangan Amerika dan zon Euro,” katanya berhujjah dengan tuduhan Najib kepada dasar PAS itu.

Fakta Hutang Negara 

Mengikut Laporan IMF (International Monetary Fund – “Ëconomic Outlook) bulan September 2011, kedudukan hutang negara sangat membimbangkan.

1. Hutang awam kerajaan Malaysia (gross) adalah 56 % dari KNDK adalah tertinggi berbanding dengan negara ASEAN-5  iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia, purata ASEAN adalah 30 % dari KDNK.

2. Hutang isi-rumah Malaysia telah melonjak dari 69 % KDNK dalam tahun 2006 ke paras 76 % dalam tahun 2010 dan kini melonjak terus keparas 78 %  KDNK. 

Dalam jumlah absolutenya, hutang isi-rumah adalah 47 % atau RM583.3 bilion dalam tahun 2010 berbanding RM395.5 bilion pada 2006.

Namun yang melegakan sedikit adalah kerana hutang tak berbayar (NPL) masih pada paras rendah iaitu 2.3 % dalam tahun 2010 berbanding 7.1 % pada tahun 2006.

3. Pinjaman Kerajaan Pusat dalam tahun 2010 adalah 53.2 % KDNK dan terus meningkat ke paras 55 % dengan defisit fiskal dalam lingkungan 4-5 % setiap tahun. 

Dalam laporan yang sama Defisit Fiskal Asean-5 adalah pada paras 2.4 % KDNK. 

Sekali lagi Malaysia adalah tertinggi dari segi Fiskal Defisitnya berbanding ASEAN-5! Sementara negara Asean yang membangun yang lain juga adalah pada paras 2 % KDNK!

Advertisements
One Comment leave one →
  1. Selena Tay permalink
    February 11, 2012 7:52 am

    Yes, he must stop talking about the Negara Berkebajikan mooted by PAS. He has to take note that it is not Negara Kebajikan, therefore it is different. It is similar but not the same. Najib must see the ‘Ber’ – the 3 letters in front of ‘kebajikan’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: