Skip to content

PM perlu isytihar Kelantan berhak dapat royalti

November 24, 2011
Nazri Abdullah   (Harakahdaily)
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli parlimen PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat satu perisytiharan bahawa Kelantan berhak mendapat bayaran royalti petroleum.

Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika membahaskan usul pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat berkata, dengan pembatalan Ordinan Darurat 1969, bermakna sekatan royalti kepada Kelantan juga perlu dihentikan.

Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.

“Inilah hujah yang digunakan Datuk Seri Nazri Aziz sewaktu menggulung perbahasan kami dalam isu royalti bahawa Kelantan tak berhak mendapat royalti.

“Jadi dengan pembatalan ordinan ini pada pagi tadi, jelas PM mesti kembali isytiharkan bahawa Kelantan berhak mendapat royalti,” katanya pada sidang media selepas itu.

Turut serta pada sidang media itu, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Membuat desakan lanjut, Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, tidak ada guna pembatalan tersebut jika perkara-perkara yang diwartakan dibawahnya masih kekal dikuatkuasa.

Pagi tadi Najib membentangkan usul membatalkan Proklamasi Darurat yang masih berkuat kuasa selepas lebih daripada 40 tahun ia digubal.

Ianya adalah Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak, Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan dan Perisytiharan darurat 1977 di Kelantan.

Suruhanjaya siasatan

Sementara itu, Dr. Dzulkefly menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi mengkaji semula kesan penggubalan ordinan darurat itu sejak 40 tahun lalu terhadap hak asasi manusia.

Selain itu, beliau turut meminta kerajaan khususnya menteri di jabatan perdana menteri menyenaraikan ordinan yang digubal sepanjang tempoh darurat itu dikuatkuasakan.

Advertisements
One Comment leave one →
  1. Black Arrow permalink
    November 25, 2011 2:04 am

    Inilah Kerajaan BN yang zalim yang menindas rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: