Usul bincang penggantungan Aziz Bari ditolak

Harakahdaily  Muhammad Faizal   
KUALA LUMPUR, 24 Okt: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) yang meminta isu penggantungan Profesor Dr Abdul Aziz Bari agar dibincangkan di parlimen.

Salahuddin memberitahu pada satu sidang media di parlimen bahawa usul tersebut telah ditolak oleh Yang Dipetua di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) yang mengatakan ia tidak perlu disegerakan.

“Saya telah mengemukakan usul pada Jumaat lepas yang meminta isu penggantungan Abdul Aziz dibincangkan di parlimen kerana ia melibatkan maruah pendidikan negara ini.

“Tetapi usul tersebut telah ditolak di dalam kamar dengan alasan ia tidak perlu disegerakan dan mengatakan urusan penggantungan terhadapa Abdul Aziz adalah merupakan urusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta menyatakan perkara ini dalam siasatan pihak universiti,” jelasnya yang juga Naib Presiden PAS.

Tambahnya lagi, isu pengantungan ini sangat penting dan ia tidak boleh dipandang remeh oleh perlimen dan juga pihak kerajaan, selain itu juga beliau melihat pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh Abdul Aziz itu telah dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Abdul Aziz dari sudut perundangan adalah satu yang baik tetapi ada pihak-pihak tertentu mempolitikkan apa yang beliau nyatakan dan menyebabkan beliau menjadi mangsa pada keadaan tersebut.

“Pandangan beliau yang telah mendapat pengikhtirafan antarabangan tetapi di Malaysia ia menjadi satu kesalahan yang besar. Adakah adil bagi kita jika pendapatnya yang diiktiraf di luar negara tetapi negara ini bertindak menggantung perkhidmatan beliau.

“Kenyataan yang disentuh olehnya adalah berkisarkan kepada Raja Berperlembagaan dan ia berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan adakah itu menjadi satu kesalahan,” sambungnya lagi.

Salahuddin juga memberitahu kalau kenyataan itu merupakan satu kesalahan besar kenapa sebelum ini pernah ada pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan yang amat teruk tidak dikenakan tindakan.

“Kita akan terus memberi pembelaan kepada beliau dan akan membawa isu ini di dalam parlimen melalui sesi perbahasan di peringkat jawatkuasa, Kita tidak mahu pendapat yang telah mendapat perhatian diperingkat antarabangsa tetapi di Malaysia ia menjadi satu kesalahan yang besar,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu penggantungan yang dikenakan oleh UIAM kepada Abdul Aziz adalah umpamakan seperti kesalahan jenayah yang mana beliau tidak dibenarkan masuk ke kawasan kampus menyebabkan pelajarnya telah tergendala pembelajarannya.

“Kita tengok penggantungan beliau umpama satu jenayah besar, kalau penyiasatan ingin dilakukan ia boleh dijalankan tanpa pengantungan beliau.

“Pelajar sekarang berada dalam suasana peperiksaan dan kesan pengantungan ini menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan sepenuhnya tunmpuan kepada subjek yang diajar oleh Abdul Aziz itu,” kata Dr Dzulkefly.

Beliau juga kesal kenapa Abdul Aziz yang merupakan seorang pensyarah serta ahli akedemik yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dikenakan tindakan sedemikian rupa.

“Intitusi pendidikan negara ini telah disekat dan mereka yang mempunyai pengalaman dalam dunia pendidikan serta perlembagaan negara telah disekat dari menyatakan pendirian mereka sendiri,” sambungnya lagi.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut serta dalam sidang media tersebut menyatakan institusi pendidikan negara ini perlu bebas dari segala kekangan politik dan setiap ahli akedemik perlu ada kebebasan untuk menyatakan pendapat mereka tersendiri.

“Pendidikan negara perlu bebas tidak kira diperingkat pendidikan biasa mahupun peringkat tertinggi, usaha mengekang mereka yang berpengalaman dalam sesuatu bidang untuk menyatakan pendapat adalah merupakan budaya menggelapkan intitusi akedemik serta pendidikan negara,” jelasnya lagi.


2 thoughts on “Usul bincang penggantungan Aziz Bari ditolak

  1. Isu ini dipolitikkan oleh PR dan Prof Aziz Bari (penyokong PAS) sendiri untuk mempalitkan imej buruk kepada kerajaan dan juga untuk menarik sokongan pelajar-pelajar yang rata-ratanya dilihat lebih suka berpolitik berbanding menimba ilmu.

    Prof Aziz digantung oleh pihak pengurusan UIAM. Mereka menggantung beliau berdasarkan undang-undang universiti. Isu pihak UIAM ditekan oleh kerajaan tidak timbul kerana UIAM merupakan institusi yang diberi kuasa autonomi di dalam pentadbirannya.

    Sebagai seseorang yang professional, Prof Aziz dan juga ahli-ahli politik PR perlu menghormati tindakan pihak pentadbiran universiti dan menunggu dengan sabar akan keputusan siasatan ke atas Prof Aziz.

    Sekiranya kita lihat, campur tangan politik dari pihak PAS lah yang dapat dilihat kerana desakan parti itu akhirnya membuatkan pihak pengurusan universiti serba salah dan terpaksa menarik kembali penggantungan Prof Aziz. Lihat bagaimana pihak pengurusan UIAM dihina sebegitu rupa oleh pihak-pihak yang kononnya memperjuangkan kebebasan akademik.

  2. Di mana Dr Dzul ketika UNISEL diarahkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memecat kakitangannya? Di mana Dr Dzul ketika Dr Rosti Saruwono meletak jawatan atas tekanan politik dari kerajaan negeri? Atau kebebasan akademik bagi Dr Dzul dan PAS hanyalah untuk mereka yang sememangnya penyokong kepada PR dan anti kerajaan (Prof Aziz)?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s