PR Cadang Tujuh Jawatankuasa Khas Bahas Belanjawan

Ditulis oleh Sharifah Azmawati Syed Abd Aziz
09/09/2011

 

 

PETALING JAYA 9 Sept : Pakatan Rakyat mencadangkan sekurang-kurangnya tujuh jawatankuasa untuk membahaskan secara terperinci belanjawan yang akan dibentangkan awal bulan depan, sama seperti amalan yang dilakukan oleh negara berparlimen yang lain.

Jawatankuasa itu nanti bakal membariskan semua ahli parlimen Pakatan Rakyat, kerajaan dan menteri-menteri mengikut kepakaran masing-masing.

Cadangan itu dinyatakan secara bersama oleh Sekretariat Pakatan Rakyat yang terdiri daripada ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong dan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

“Kami cuba rasionalisasikan dengan tujuh jawatankuasa ini supaya ianya dapat dipertahankan bersama-sama YB dan kumpulan pakar dan pihak yang boleh kita manfaatkan dari akademik, industri, di mana kelompok yang kami rasakan dapat membantu negara dan akhirnya dapat melihat pada unjuran ekonomi akan datang sekali gus kita mempunyai kepakaran untuk negara.

“Dengan setiap ahli jawatankuasa nanti, kita akan mampu untuk memiliki tenaga pakar dan pengalaman untuk jangka masa panjang, “ jelas Dr Dzul.

Menurut Jawatankuasa Belanjawan pakatan Rakyat, cadangan untuk mewujudkan jwatankuasa khas ini berikutan kaedah yang diguna pakai sekarang kurang berkesan.

Oleh itu, penubuhan tujuh jawatankuasa yang dipecahkan kepada Hal-Ehwal Kebangsaan dan Antarabangsa, Jawatankuasa Ekonomi dan Kewangan, Jawatankuasa Keselamatan, Jawatankuasa Pendidikan, Bakat dan Pekerjaan, Jawatankuasa Pembangunan Pertanian dan Serantau, Jawatankuasa Infrastruktur, Pengurusan Sumber, dan Alam Sekitar, dan Jawatankuasa Kebajikan Masayarakat wajar dipertimbangkan.

Manakala semua 25 kementerian sedia ada akan ditempatkan di bawah jawatankuasa-jawatankuasa yang sepatutnya.

Dalam pada itu, Dr Dzul juga memberitahu, Sekretariat Pakatan Rakyat juga turut mencadangkan agar setiap ahli parlimen diberi peruntukan RM10,000 sebulan untuk melantik seorang penyelidik dan seorang pembantu untuk meningkatkan keupayaan ahli-ahli parlimen dalam tugas menggubal undang-undang.
 
“Dan apa yang lebih penting daripada itu, kami mengharapkan supaya dalam peruntukan nanti ada peruntukan untuk setiap ahli yang berhormat atau parlimen diberikan peruntukan sebanyak RM10, 000 sebulan untuk pegawai dan pembantu penyelidikan supaya dapat meningkatkan keupayaan mereka dan membuat persiapan dalam perbahasan serta debat dalam rang-rang undang khususnya bajet,” katanya.

Belanjawan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk 2012 dilihat penting dalam carta ekonomi negara ketika kebimbangan kemelesetan ekonomi global disebabkan oleh krisis hutang di Amerika Syarikat dan Eropah.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia juga telah hilang momentum selepas pulih kepada 7.2 peratus tahun lepas menurun kepada 4.9  dan 4 peratus dalam tempoh dua suku pertama tahun 2011 masing-masing.

Sementara itu, naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar Ibrahim berkata, memandangkan iklim ekonomi dan keperluan untuk mengurangkan defisit, penggubal undang-undang juga perlu menyokong panggilan untuk pemantauan yang lebih ketat bagi peruntukan menteri.

“Kami zahirkan keprihatinan atas hal ini terutamanya bagaimana peruntukan bajet itu dibelanjakan, jadi secara teliti saya katakan semua pihak harus sedar hal ini dan daripada sibuk dengan hal politik pemimpin hari ini, kita perlu memberi fokus kepada apa yang anggaran penting yang diberi rintangan ekonomi negara sedang menghadapi,” katanya dengan tegas.

PR akan membentangkan bajetnya sendiri pada 4 Oktober ini untuk memberikan masa kepada media untuk mengulas.

Dalam tempoh 48 jam selepas itu pula, rakyat Malaysia akan pula mendengar dan membandingkan bajet 2012 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini oleh Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan.

 


9 thoughts on “PR Cadang Tujuh Jawatankuasa Khas Bahas Belanjawan

  1. Pakatan Rakyat politik saja lebih, tapi untuk kepentingan rakyat mana mereka peduli. Lihatlah mereka hanya pedulikan ceramah maki hamun, hasutan, demontrasi liar, itu semua boleh beri manfaat apa pada negara dan rakyat, menjadi perosak adalah Pakatan Rakyat ini. Pakatan Rakyat penipu, PAS penyokong komunis.

  2. Pakatan Rakyat sibuk berpolitik saja, mana tahu urusan negara, negeri tadbiran mereka pun tunggang langgang, cakap saja lebih, tapi hasil, langsung tak ada. Pakatan Rakyat akan bertekak dengan sesuka hati mereka menentang itu dan ini. Ekonomi negara telah dirosakkan oleh Pakatan Rakyat, mereka sibuk berpolitik hingga mengheret negara ke dalam jurang kemelesetan ekonomi. Lihatlah demontrasi liar yang mereka buat, pelabur ramai takut nak melabur, kesannya, peluang kerja untuk rakyat menjadi sempit, kemudian demontrasi liar dan ditambah pula dengan kegiatan pimpinan Pakatan Rakyat memburuk-burukkan kerajaan, negara dan rakyat negara ini sebagaimana ucapan Anwar Ibrahim di Indonesia yang menuduh Malaysia mencuri seni batik dari Indonesia, begitu juga tuduhan bahawa kerajaan Malaysia menyokong penderaan terhadap pendatang asing Indonesia, malahan rakyat Malaysia juga dituduh sebagai zalim oleh Anwar Ibrahim, ini boleh menyebabkan kurangnya eksport, malahan bukan saja Indonesia, malahan negara-negara lain juga akan memulaukan eksport Malaysia, maka perusahaan tempatan akan gulung tikar, pekerja-pekerja kehilangan kerja, sekaragn baru puas hati Pakatan Rakyat yang bukan saja dapat memburuk-burukkan kerajaan, tetapi telah menyebabkan negara mengalami kerugian, malahan pekerja-pekerja kehilangan kerja dan hidup melarat. Pakatan Rakyat nak cakap ekonomi kepala otak merekalah, cakap saja lebih, tapi dasar perosak. Pakatan Rakyat penipu, PAS penyokong komunis, PAS dan Pakatan Rakyat perosak negara dan menyusahkan rakyat.

  3. Lihat lagi kelentong oleh Pakatan Rakyat: http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5323-lebuh-raya-wang

    PAS kata nak buat lebuh raya bertol, sekarang dia tuduh kerajaan zalim adakan lebuhraya bertol pula, apa cerita ini semual, lidah bercabang macam akar pokok pula, macam-macam kenyataan bercanggah oleh Pakatan Rakyat untuk rosakkan imej kerajaan. Kalau jensi muk tak tahu malu itu, memang beginilah, buat sesuka hati mereka. PAS berperangai pandir, tapi berlagak pandai. Itulah ingat nak buat sesuatu perkara itu mudah. Isu PLUS yang dimain dalam Harakah itu, perlu sedar, PLUS sering melakukan pembaikkan berkala terhadap lebuhraya di bawah seliaan mereka, malahan bayaran kepada perondo lebuh raya, bayaran telefon di setiap kilometer lebuh raya, itu semua ingat boleh buat dengan percumakah? Tapi jenis pandir macam PAS ini mana tahu menilai apa, sibuk berpolitik saja. PAS penyokong komunis, Pakatan Rakyat pembela komunis.

  4. BN sekarang hanya pentingkan satu perkara sahaja iaitu: bagaimana boleh menang Pilihanraya Umum Ke-13. Isu-isu penting yang lain boleh dimasukkan ke dalam tong sampah.

    1. Sebenarnya Pakatan Rakyat yang berfikiran sebegitu Black Arrow, kalau tidak, masakah mereka sanggup berbuat apa saja hatta merosakkan negara dan memusnahkan perpaduan rakyat. Pakatan Rakyat hanya sibuk berpolitik sepanjang masa, mereka mana ada pernah peduli terhadap kepentingan negara dan rakyat, sebab itulah Pakatan Rakyat berpolitik secara gila babi hingga menyusahkan rakyat dan merugikan negara. Black Arrow, saya nak tanya, di saat negara mengalami masalah ekonomi yang juga dialami di seluruh dunia, mengapakah Pakatan Rakyat masih sibuk berdemontrasi liar, hasutan dan ceramah maki hamun sahaja, Pakatan Rakyat hanyat tahu mengata orang itu dan ini, kemudian timbulkan berbagai-bagai masalah hingga menjejaskan usaha pembangunan negara, ini sikap jenis apa ini? Sungguh memalukan, bukannya nak membantu negara keluar dari masalah ekonomi, tapi Pakatan Rakyat lebih sibuk bagaimana hendak mengeruhkan keadaan dengan mencetuskan berbagai masalah untuk mengaut keuntungan politik tanpa mempedulikan kemusnahan yang bakal dialami oleh negara dan rakyat. Sungguh keji dan hina perlakuan Pakatan Rakyat, tapi biasalah Pakatan Rakyatkan berfikir guna nafsu serakah, mana dia peduli kesan dan akibat, mereka hanay mempedulikan bagaimana nak menang pilihanraya walaupun dengan cara yagn keji (mereka sering menuduh Barisan Nasional menipu dalam pilihanraya, sedangkan Pakatan Rakyatlah yang berbuat sedemikian) hingga boleh menjahanamkan negara dan rakyat.

      Black Arrow, rakyat sekarang ini telah jelas dengan mainan politik kotor Pakatan Rakyat ini, ketika ini sokongan yang padu diberikan oleh rakyat terhadap Barisan Nasional, malahan sekiranya pilihanraya raya diadakan pada hujung tahun ini atau pada tahun hadapan, malahan pada tahun 2013 sekalipun, insyaAllah, Barisan Nasional akan menang besar dan Pakatan Rakyat terutama PAS akan tersungkur dan terguling ke dalam longkang dan dihanyutkan ke tempat pelupusan sampah. Black Arrow, ingatlah bahawa Allah Taala sentiasa memihak kepada kebenaran. Pakatan Rakyat perlu ingat, selepas hilangnya penguasaan mereka di negeri-negeri yang mereka tadbir sekarang ini, satu persatu salah laku, penipuan dan penindasan mereka akan dibongkar hingga ke lubang cacing demi menegakkan kebenaran dan keadilan untuk agama, negara dan rakyat. Jangan ingat orang tidak tahu apa yang diperbuat di negeri tadbiran Pakatan Rakyat yang kononnya dijaja sebagai baik sangat itu, tunggulah pembalasannya nanti pada PRU 13 akan datang sekiranya diizinkan oleh Allah Taala, Barisan Nasional akan memenanginya dengan kemenangan besar, insyaAllah. Bak kata watak Syawal dalam filem Ahmad Albab, “kekayaan, kebahagian rumah tangga bukannya datang daripada bapak, tapi daripada Allah”, begitu juga dengan Pakatan Rakyat, kamu semua boleh berbuat apa saja untuk memenangi pilihanraya hatta menyogokkan kepalsuan kepada rakyat, tetapi Allah juga yang akan memberi kemenangan kepada pihak yang dikehendakinya. Ingatlah, kebenaran akan sentiasa mengatasi kebatilan.

    1. Pakatan Rakyat mana tahu mentadbir, mereka hanya sibuk berpolitik sepanjang masa. Malahan mereka ini, cakap saja lebih itu dan ini, apa pun tak ada hasil. Lihat menggaji Anwar Ibrahim untuk jadi Penasihat Ekonomi Selangor, apa sudah jadi, Anwar lebih sibuk berpolitik, isu ekonomi Selangor pun tidak dipedulikan. Inilah Pakatan Rakyat, cakap saja lebih, tapi pembohong dan penipu. Pakatan Rakyat hanya tahu merosakkan dan mencetuskan masalah, hari-hari ada masalah baru yang dibuat oleh Pakatan Rakyat untuk populariti murahan tahap longkang. Juak-juak buta kayu Pakatan Rakyat akan terus angguk dan ikut segala apa yang dibuat oleh pimpinan mereka yang tamak dan pengkhianat itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s