Dua anggota polis dilihat mengawasi perkarangan pejabat Bersih di Petaling Jaya hari ini. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 29 Jun – Naib Presiden PKR N. Surendran hari ini mendakwa bahawa penahanan pra-Himpunan Bersih 2.0 yang bermula hujung minggu lalu adalah tidak sah, sambil menambah, mereka yang ditahan boleh menyaman kerajaan.
Peguam hak asasi manusia ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa tiada undang-undang di negara ini yang membenarkan penahanan pencegahan atau hanya kerana kemeja-T yang diisytiharkan haram hari ini.
Pagi tadi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan kemeja-T Bersih 2.0 sebagai satu bahan haram.
Dalam mengisytiharkan kemeja-T sebagai haram, kata Surendran, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein cuba memainkan peranan sebagai raja mutlak dalam mengeluarkan perintahnya.
“Tiada undang-undang mengatakan bahawa anda tidak boleh mengenakan kemeja-T dengan perkataan Bersih padanya.
“Tiada undang-undang yang membolehkan penahanan individu-individu yang tidak melakukan sebarang kesalahan,” kata beliau sambil berkata perhimpunan Bersih masih belum diadakan lagi.
“Mereka tidak boleh menahan orang hanya kerana menjemput orang ramai menghadiri satu-satu perhimpunan atau mengecam niat mereka untuk menyertai perhimpunan,” kata beliau ketika dihubungi.
Menurut Surendran, polis hanya boleh menahan seseorang yang dilihat menghadiri perhimpunan haram ketika ia sedang diadakan dan buknannya sebelum itu.
“Ini semata-mata dari sudut perundangan. Tetapi, di sini anda ada situasi di mana polis melakukan kesalahan menahan orang setiap hari…
Daulat Hishamuddin (yeah right!)