Risik anak kahwin: Diam jika tiada bukti, kata KJ

(Persoalan yang ingin ditanya rakyat ialah: Mampukah Najib menyenaraikan segala expenses atau perbelanjaan yang dibuat atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri dalam menjalankan tugas rasminya dan berapakah pula yang daripada jumlah itu yang (agaknya) yang digunakan untuk melunaskan tugasnya selaku ayah (termasuk perbelanjaan isterinya dll) dalam urusan risikan-perkahwinan anaknya? Bagaimana pula dengan konvokesyen di Washington dulu pun satu kebetulan? Dengan lebih tepat lagi kalau rakyat tuntut pertanggungjawaban, formulanya secara mudah adalah seperti berikut:

Waktu bersabitan urusan pertunangan-perkahwinan (A) /Jumlah seluruh urusan rasmi (B)  X Jumlah kos seluruh trip (C).

Kalau benar-benar Najib mahu memerangi penyalahgunaan kuasa, rasuah dan ketitiran, beliau sewajarnya mencontohi ‘peperangan’ ini dengan dirinya sendiri. Jangan hanya sekadar slogan dan retorik sahaja. Sejauhmanakah ketelusan dan pertangungjawaban  dapat ditunaikan dalam hal-hal di negara kita sendiri yang sarat dengan pelbagai kebejatan urus-tadbir yang  buruk, sebelum PM berucap sekali lagi atas tajuk Good-Governance dalam persidangan WIEF tersebut.

Kalau ini tidak dapat dijawab , Ketua Pemuda yang dilihat bermati-matian cuba mempertahankan bossnya wajar faham bahawa perkara yang didakwa sebagai ‘despicable lies-pembohongan keji’ yang saya lakukan itu benar-benar mempunyai unsur ‘moral’ dan mencecahi ruang “conflict-of-interest” yang wajar dilaporkan kepada rakyat sepertimana seorang pengarah perlu mengisytiharkan ‘kepentingannya’ dalam mesyuarat BOD apabila perkara tersebut adalah releven dan pertinent (wajar). Barulah terlunas tuntutan ‘Pertanggungjawaban-Ketelusan’. Kalau tidak mahu isytihar, pilih waktu risikan-perkahwinan waktu lain, bawa semua ‘entourage’ sebesar manapun, keluarkan belanja sendiri, nak naik ‘first class’ semuanya atau charter ‘private jet’ pun tak apa, tetapi mesti atas perbelanjaan sendiri! Harapnya tidak akan berulang perkara yang sama lagi. Kita, rakyat pun tak sukalah nak sebut-sebut perkara ini selalu, tak manis. Tetapi pemimpin pun wajar faham, sepatutnya. – Dr Dzul)

Jun 8, 11 6:02pm

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan bagi menghadri Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) di Astana telah dirancang setahun lebih awal dan tidak kena mengena dengan lawatan peribadinya, dakwa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

NONESambil membidas ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang membuat dakwaan itu, Khairy berkata dalam twitter adalah lebih baik pemimpin PAS itu “mendiamkan diri kecuali jika beliau mempunyai bukti”.

Dzulkefly yang juga adalah ahli Majlis Jawatankuasa Pusat PAS pada sidang medianya semalam berkata adalah salah dari segi moral bagi Najib dan keluarganya menggunakan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan mereka merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan.

“Perancangan lawatan PM ke Kazakh dibuat lama sebelum pertunangan anak perempuannya. Malah ia sebagai lawatan balas lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia semasa zaman Pak Lah,“ katanyanya merujuk kepada lawatan President Nursultan Abishuly Nazarbayev ke Malaysia pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad badawi menjadi perdana menteri.

NONEAnak gadis Najib, Nooryana Najwa dijadual berkahwin dengan seorang pembesar Kazakhstan.

Menjawab tweet lain, yang menuduh Khairy cuba mempertahankan salah laku Najib, beliau berkata “ Saya tidak bercakap bagi pihak sesiapa. Saya pegawai kanan Umno dan bercakap bagi pihak parti saya.”

Dzulkefly pada sidang akhbar semalam berkata tindakan Najib itu tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

Katanya, ini pula bukan pertama kali dan semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika Najib dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

ucsi integrity congress 160910 dzulkeflyKhairy juga berkata tindakan Dzulkefly menyebarkan pembohongan keji itu adalah tindakan yang terdesak.

“Saya sangka Dr Dzul lelaki baik. Tak sangka beliau sanggup buat pembohongan yang sebegitu keji dan sebegitu terdesak memutar-belitkan cerita,” tulisnya.

Dzulkefly (kanan) yang kemudiannya menyertai ‘perang’ di twitter itu menggesa Khairy supaya “menyoal gerak hatinya” jika beliau tidak faham isu yang ditimbulkannya.

Beliau juga mengulangi cerita khalifah Umayyad Umar Abdul Aziz, yang pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya dan hanya menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam untuk urusan rasmi manakala jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.

Isu itu “dari segi moral amat jelas,” kata Dzulkefly sambil mempertahankan hujah yang diluahkannya semalam.


21 thoughts on “Risik anak kahwin: Diam jika tiada bukti, kata KJ

  1. Dr. Dzul,

    Pendedahan Dr. perihal perkara ini hanyalah ‘tip of the iceberg’. Di Sarawak, ahli-ahli ‘Yang Berhormat’ dan kuncu-kuncunya dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan harta kerajaan untuk urusan perbadi. Terima kasih kerana mengetengahkan isu ini. Mudahan dengan pendedahan ini penjawat awam akan lebih berhati-hati sekiranya mereka ingin menggunakan harta kerajaan atau apabila membuat tuntutan perbelanjaan.

    1. Betulkah begitu? Ada bukti pergilah buat laporan polis atau SPRM atau kedua-duanya sekali dan kalau nak lapor pada Yang DiPertuan Agong atau Yang DiPertua Negeri berkeanan perkara tersebut. Isu PKR menggunakan wang kerajaan negeri Selangor untuk perhimpunan agung PKR macam mana pula? Itulah isu berkenaan tambang dan penginapan ahli PKR dari Sabah dan Sarawak ke perhimpunan agung PKR itu, apa sudah jadi? Colin, jangan nak tuduh sembarangan kerana dalam Pakatan Rakyat memang banyak penyelewengan sesama mereka menggunakan dana awam bagi kerja-kerja parti sampaikan DAP boleh dapat komisen projek kerajaan negeri di Seri Kembangan macam mana pula? Isu-isu balak yang dikaut atas alasan Ladang Rakyat di Kelantan sedangkan akhirnya Ladang Rakyat menjadi Ladang Swasta kerana mainan politik Pakatan Rakyat termasuklah PAS yang kononnya ulama dan tok guru itu. Begitu juga dengan kelab malam, rumah urut dan spa homoseks seperti di Pulau Tikus yang sudahlah tak berlesen, melanggar undang-undang serta menjalankan aktiviti maksiat, boleh bebas beroperasi sesuka hati, sedangkan kedai-kedai bumiputera/Islam dan India dirobohkan, apa ini semua? Negara kebajikan apakah yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat? Pakatan Rakyat bukannya perjuangkan negara kebajikan untuk rakyat, tapi menindas rakyat untuk kepentingan peribadi mereka. Untuk alihkan perhatian rakyat terhadap salah laku, penyelewengan, penipuan, penindasan dan salah guna kuasa oleh Pakatan Rakyat, mereka buat isu-isu baru untuk menimbulkan masalah hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat bila isu-isu hasutan perkauman bergema dalam kempen politik, hasut menghasut rakyat hingga berpecah belah, hingga keluarga dan masyarakat sekampung, setaman perumahan pun boleh berkelahi dan porak peranda kerana politik keji Pakatan Rakyat ini, tidak cukup dengan itu menjalankan demontrasi liar hingga merosakkan ekonomi negara, begitu juga dengan politik kotor dan keji hingga negara menjadi bermasalah telah merosakkan ekonomi, perpaduan dan merosakkan akhlak masyarakat terutama golongan muda bila ceramah makin hamun, caci mencaci, demontrasi liar, hasut menghasut diadakan setiap hari, setiap bulan, tanpa rasa malu, sungguh tidak berakhlak orang sedemikian berkelakuan tidak senonoh menjadi perosak negara. Sedarlah, insaflah. Sekian, terima kasih.

  2. Najib, be a man and deny the allegation if it is not true, lodge a police report even. If you do not deny it yourself, denial by others would not even be worth a cent!

    1. Kamal AB, berkenaan isu Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya melancong ke luar negara hingga berpuluh-puluh kali setahun macam mana pula? Dari mana dapat duit kerana elaun sebagai Ahli Parlimen Permatan Pauh dan elaun Penasihat Ekonomi Selangor yang hanya RM 1.00 itu, mampukah nak melancong hingga berpuluh-puluh kali ke Amerika dan Eropah serta di tempat-tempat jauh yang lain? Nak ke tempat berkenaan sudah tentu naik kapal terbang, takkan berjalan kaki dan berenang di tengah laut kot? Tambang saja sudah beribu-ribu sekali pergi dan balik, kemudian penginapan sudah tentu di hotel mewah yang sewa sebilik beribu-ribu ringgit semalam, takkan nak merempat tidur di perhentian bas atau di kandang lembu kot? Ini adalah mencurigakan, malahan pemergian mereka adalah untuk melancong, apa ini semua? Dari mana dapat duit sampai sebanyak itu? Apakah ini ada kena mengena dengan kelab malam, rumah urut, spa maksiat di negeri tadbiran Pakatan Rakyat yang tak berlesen,melanggar peraturan pihak berkuasa, sudahlah itu ada aktiviti maksiat pula, kemudian kilang-kilang yang dibina tanpa kebenaran dan tak berlesen, pusat besi buruk yang tiada lesen yang bersepah-sepah di Selangor? Ataupun dengan bantuan ‘tangan ghaib’ di luar negara yang mempunyai niat buruk terhadap negara ini? Kamal AB, ini macam mana pula? Tak mahukah buat demontrasi di Permatang Pauh dan di Gombak serta Lembah Pantai untuk adakan suruhanjaya diraja untuk menyiasat dana yang diperolehi oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang begitu mewah sedangkan mereka hanyalah ahli parlimen dan orang politik biasa saja?

      Isu-isu Ladang Rakyat yang mana balaknya disapu oleh ‘tangan ghaib’ sedangkan Ladang Rakyat menjadi Ladang Swasta pula, macam mana? Tak mahukah buat demontrasi di depan rumah Nik Aziz untuk buat suruhanjaya diraja? Begitu juga dengan isu penyelewengan projek kerajaan negeri di Seri Kembangan, dan mungkin banyak hingga berpuluh malahan beratus projek lain yang diselewengkan hingga DAP boleh dapat komisen dari projek tersebut, apakah ini pun tak nak buat demontrasi di pejabat DAP Selangor? Begitu juga dengan isu kedai-kedai bumiputera/Islam dan India yang dirobohkan walaupun hanya menjual makanan dan barangan keperluan harian, dengan alasan tak berlesen, sedangkan rumah urut, spa homoseks, kelab malam yang sudahlah tak berlesen, melanggar syarat kegunaan bangunan, kemudian ada aktiviti maksiat pula, apakah ini tidak mahu buat demontrasi di depan rumah Lim Guan Eng bagi menubuhkan suruhanjaya diraja? Banyak isu penindasan, penyelewengan dan salah guna kuasa serta salah laku pimpinan dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang kalau ditulis akan panjang berjela hingga tak larat nak ditulis berlaku, sedangkan Pakatan Rakyat pula terus menjadi petualang negara dengan menjadikan isu-isu baru rekaan mereka sensasi walaupun ia merosakkan negara dan masyarakat kerana mahu menyelindungkan perbuatan keji mereka itu.

      Berkenaan lawatan Perdana Menteri itu, ianya dibuat bukanlah kerana urusan peribadi, ia dibuat kerana urusan rasmi kerajaan, apakah Forum Ekonomi Dunia Islam dan perjumpaan dengan pimpinan negara asing perlu mengikut telunjuk Perdana Menteri? Ia dibuat mengikut kesesuaian masa, tempat dan tarikh majlis berkenaan. Malahan PAS menyalahgunakan masjid dan surau untuk ceramah politik semasa Khutbah Jumaat dan kuliah selepas solat fardhu, apakah itu mendatangkan pahala yang besar hingga tidak perlu dihisab keran terus diterbangkan menggunakan helikopter dari Padang Mahsyar ke Syurga Firdaus? PAS sendiri menyalahgunakan ibadat untuk jadi kempen politik, itu bukankah perbuatan yang berdosa, perbuaatn mungkar, lebih-lebih lagi dalam Khutbah Jumaat yang dipolitikkan oleh PAS itu diselitkan dengan caci maki, apakah itu nasihat yang dianjurkan oleh Islam dalam Khutbah Jumaat? Lihatlah bukan sekadar hal dunia saja disalahgunakan oleh Pakatan Rakyat, hal-hal agama pun disalahgunakan untuk kepentingan dunia iaitu untuk kempen politik semasa Khutbah Jumaat dan kuliah selepas solat fardhu di masjid-masjid dan di surau-surau. Tak takutkah akan dosa berbuat perkara berkenaan? Nanti di alam barzah dan di Padang Mahsyar kalau ditanya mengapa berpolitik dalam Khutbah Jumaat dan kuliah selepas solat fardhu? Apa pimpinan PAS nak jawab? Itulah saya sebutkan sebelum ini, serban saja sebesar bakul, jubah saja putih melepak, kain tudung labuh hingga ke kaki, janggut hingga ke kaki, kononnya alim dan warak, tapi haprak dan penipu, salagunakan ibadat dan penyeleweng serta penghasut pemikiran masyarakat hingga masyarakat menjadi buruk perangai terikut-ikut kelakuan tok guru yang menggalakkan perbuatan keji seperti demontrasi liar, maki hamun dan menghasut sesuka hati. Sedarlah diri, insaflah, tapi apa pun Kamal AB, silalah jawab persoalan saya ini, apa ini, satu pun tak berjawab, penakutkah? Maruah seorang yang berani adalah lebih tinggi walaupun kalah dari seorang yang tiada harga diri dan tak bermaruah menggunakan penipuan untuk menang. Ingatlah berani kerana benar, takut kerana salah, malahan dalam alam barzah nanti pun bukannya ditanya apakah anda ini ahli PAS cawangan mana? Ketua Pemuda PAS cawangan, bahagiankah? Atau apakah jawatan anda dalam PAS untuk membebaskan anda dari soal jawab di alam barzah? Malahan anda sendiri pun tahu bahawa amalan di dunia ini yang akan menjadi peguam bela kita di alam barzah kelak. Bagi saya kalau penyelewengan itu berlaku, tidak kiralah di pihak Pakatan Rakyat atau di pihak Barisan Nasional, ianya perlu diadili, tidak bolehlah kalau kena pada puak sendiri dibela habis-habisan, hinggakan video yang ada gambar bergerak pun tak boleh jadi bukti, begitu juga bukti klinikal yang dibuktikan secara saintifik pun tak boleh jadi bukti, ini semua hukum hakam sesat yang PAS buat demi kepentingan politik mereka hingga menyesatkan rakyat dan merosakkan negara. Sedarlah diri, insaflah. Sekian, terima kasih.

      1. Ish3….jika begitu En. Mohamed, mengapa Khir Toyo tidak dipenjarakan? Sedarlah diri, insaflah. Sekian, terima kasih.

      2. I am still waiting for Najib’s denial… waiting and waiting. You can say whatever or stray wherever you want En Mohamad but the fact is Najib has yet denied the issue. So what possible value can your arguments bring, honestly?

      3. Abu Usman, kamu ini bengongkah ataupun memang jenis manusia yang tidak berpelajaran? Kes Khir Toyo itu dalam tindakan mahkamah, nak penjarakan macam mana kalau kes pun belum dijatuhkan hukuman, anda berfikir guna otak atau otak anda tertinggal dalam tandas hingga berfikiran macam orang tak bersekolah sedemikian rupa?

        Berkenaan Kamal AB pula, kalau kamu baca Harakah perosak akhlak, itu, hanya cerita menipu dan fitnah saja, kononnya perjuangkan Islam, tapi tukang fitnah, serban saja sebesar bakul, tak pedulikan dosa pahala. Datuk Seri Najib dan rombongannya yang mengikuti dalam sesi lawatan ke Kazakhstan untuk tujuan hubungan kerjasasama antara Malaysia dan Kazakhstan telah beberapa kali beri kenyataan dalam media samada media cetak atau media elektronik, tapi kalau cari dalam Harakah, Suara Keadilan, Roket dan lain-lain akhbar perosak akhlak milik Pakatan Rakyat, memang tak akan jumpa kerana akhbar pemfitnah seperti itu tak akan siarkan kenyataan dari Perdana Menteri dan rombongan yang mengikuti beliau itu.

        Pakatan Rakyat perangai dan sikap macam perangai dan sikap Yahudi, semua orang lain buat semuanya salah, sampaikan urusan negara pun boleh dipolitikkan dan difitnah dengan tuduhan melulu, tapi kejahatan Pakatan Rakyat menjadi penindas, penipu, penghasut, pemecah belah masyarakat, penyeleweng, salah guna kuasa, salah laku buat-buat tak nampak pula. Sikap ini samalah dengan sikap Israel Zionist yang sesuka hati menindas penduduk Palestin, kononnya penduduk Palestin pengganas, sedangkan sebenarnya penduduk Palestin mahu mempertahankan tanah air mereka. Sudah terserlah bahawa sikap dan perangai Pakatan Rakyat adalah sama seperti Israel Zionist perosak itu. Kamal AB, dan Abu Usman, kalau kamu nak pertahankan Pakatan Rakyat yang perangainya sama macam Israel Zionist ini, sila berikah hujah anda untuk menentang komen saya ini. Sekian, terima kasih.

  3. Dalam gambar-gambar yang disiarkan dalam blog ini, tak ada satu pun ada menunjukkan gambar Perdana Menteri sedang berbincang dengan bakal besannya berhubung hal pertunangan anak mereka tersebut? Drs. Dzul tiada gambarkah berkenaan perkara berkenaan untuk dijadikan bukti? Ini kerana gambar-gambar yang menunjukkan Perdana Menteri menjalankan tugasan rasmi kerajaan adalah. Malahan Drs. Dzul sendiri pun, ada bersama dengan Perdana Menteri sekalikah pada waktu itu? Atau adakah telah datang 4 lelaki beriman yang menyaksikan perkara itu datang memberitahu Drs. Dzul berhubung perkara tersebut hingga boleh sesuka hati Pakatan Rakyat termasuklah Drs. Dzul sendiri buat cerita itu dan ini walaupun tak ada bukti? Di manakah nilai seorang pemimpin yang menjadi ahli parlimen dan kononnya profesional dan intelektual hingga sanggup menuduh sesuka hati tanpa bukti kukuh? Kalau sebelum ini kononnya kena ada 4 saksi lelaki beriman yang menyaksikan perbuatan itu, baru boleh jadi bahan bukti, malahan video dan bukti klinikal yang dibuktikan secara saintifik pun dianggap bukan bukti oleh tok guru PAS. Sungguh hebat tok guru PAS yang boleh buat hukum sesuka hati untuk kepentingan politik walaupun kepentingan ummah ditendang ke tepi longkang begitu sahaja oleh tok guru PAS yang serban sebesar bakul dan jubah putih melepak. Sedarlah diri, insaflah, sekian, terima kasih.

  4. en mohamad banyak idea nk tulis, silalah buat blog sendiri. Janganlah menyemak kat sini tumpang populariti yb dr.

    1. Seorang lagi juak dan kuncu Pakatan Rakyat yang tidak tahu menjawab soalan saya datang menyemak untuk membela kelakuan buruk Pakatan Rakyat yang dasar perosak itu. Saudari Noraini, anda patutnya menjawab segala pertanyaan saya berkenaan salahlaku, penyelewengan, penipuan, salahguna kuasa, dan penipuan oleh Pakatan Rakyat yang saya utarakan hingga menyebabkan pimpinan Pakatan Rakyat, kuncu-kuncu dan juak-juak mereka kegelisahan hingga seorang demi seorang datang dan pergi kerana satu orang kuncu Pakatan Rakyat yang komen dalam blog ini guna hingga 4 hingga 5 nama, nak kelirukan rakyatlah katakan. Saya tidak peduli samada Drs. Dzul popular atau tidak, kerana patutnya sebagai ahli parlimen dan kononnnya golongan profesional dan intelek, menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat, bukannya bersekongkol dengan perbuatan keji dan mungkar oleh Pakatan Rakyat seolah-olah orang tidak punya akhlak dan tidak punya pelajaran. Saudari Noraini atau juak Pakatan Rakyat yang tukar nama, saya tidak peduli dan jangan haraplah saya akan mengaku kalah terhadap anda semua kerana saya memberikan kebenaran, sedangkan Pakatan Rakyat menyebarkan fitnah dan kekejian hingga merosakkan masyarakat dan negara. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, adalah menjadi tugas saya membersihkan segala anasir jahat dan keji serta tidak sedar diri yang menjadi perosak negara dan rakyat seperti Pakatan Rakyat ini. Saudari Noraini, kalau sekadar melalak henak mengecam saay yang menerangkan kebenaran ini, lebih baik anda terangkan segala pertanyaan yang saya utarakan berkenaan Pakatan Rakyat itu, Kalau tak reti nak beri pnerangan , anda lebih baik pergi kutip sampah di tepi jalan,kerana dapat juga pahala berbanding menjadi kuncu-kuncu Pakatan Rakyat yang tidak berguna ini. Sedarlah diri, insaflah. Sekian, terima kasih.

      1. Kamal AB, pertanyaan saya berkenaan isu penyelewengan, salahguna kuasa, salah laku, penipuan dan penindasan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat pun kamu tak jawab hingga sekarang, apa cerita? Ajaklah sekali si Noraini atau si penyamar itu untuk sama-sama bantu anda untuk jawab pertanyaan saya itu. Sudah jelas, Pakatan Rakyat memang perosak sebab itulah mereka tak berani jawab. Berani kerana benar, takut kerana salah. Sekian, terima kasih.

  5. “PAS sendiri menyalahgunakan ibadat untuk jadi kempen politik, itu bukankah perbuatan yang berdosa, perbuaatn mungkar, lebih-lebih lagi dalam Khutbah Jumaat yang dipolitikkan oleh PAS itu diselitkan dengan caci maki, apakah itu nasihat yang dianjurkan oleh Islam dalam Khutbah Jumaat? Lihatlah bukan sekadar hal dunia saja disalahgunakan oleh Pakatan Rakyat, hal-hal agama pun disalahgunakan untuk kepentingan dunia iaitu untuk kempen politik semasa Khutbah Jumaat dan kuliah selepas solat fardhu di masjid-masjid dan di surau-surau. Tak takutkah akan dosa berbuat perkara berkenaan? ”

    1. Kat mana dosanya itu sdr Mohamad? Maksud saya, tunjukan saya nas alQuran, Hadis, Ijama dan qias yang terang yang menjelaskan ajaran Islam melarang penggunaan ibadah untuk kempen politik termasuk dalam Khutbah Jumaat.

    2. Boleh sdr huraikan apa yang sdr maksudkan sebagai kempen politik?

  6. “PAS sendiri menyalahgunakan ibadat untuk jadi kempen politik, itu bukankah perbuatan yang berdosa, perbuaatn mungkar, lebih-lebih lagi dalam Khutbah Jumaat yang dipolitikkan oleh PAS itu diselitkan dengan caci maki, apakah itu nasihat yang dianjurkan oleh Islam dalam Khutbah Jumaat? Lihatlah bukan sekadar hal dunia saja disalahgunakan oleh Pakatan Rakyat, hal-hal agama pun disalahgunakan untuk kepentingan dunia iaitu untuk kempen politik semasa Khutbah Jumaat dan kuliah selepas solat fardhu di masjid-masjid dan di surau-surau. Tak takutkah akan dosa berbuat perkara berkenaan? ”

    Kat mana dosanya itu sdr Mohamad? Maksud saya, tunjukan saya nas alQuran, Hadis, Ijama dan qias yang terang yang menjelaskan ajaran Islam melarang penggunaan ibadah untuk kempen politik termasuk dalam Khutbah Jumaat.

    1. Encik Subahir Taib, Kalau berceramah politik dalam khutbah Jumaat hingga ada caci mencaci dan memaki hamun serta menghasut hingga rakyat menjadi pecah belah, apakah ini mendapat pahala? Anda belajar dari mana dan dengan siapa berkenaan perkara ini, kitab apa yang anda baca? Sikap suka berbuat apa saja mengikut nafsu serakah hingga menyusahkan orang lain adalah sikap Yahudi, ini kerana Yahudi, dia buatlah apa saja hingga menyusahkan orang lain pun dia anggap tak berdosa dan boleh pula. Pakatan Rakyat pun perangai lebih kurang sama macam perangai Yahudi, kerana kalau Pakatan Rakyat buatlah apa saja, tak berdosa dan dapat pahala walaupun perbuatan keji dan menjadi perosak masyarakat dan perosak negara. Itulah kalau berfikir dengan nafsu serakah, maka jadi macam perangai Yahudilah, kerana Yahudi berfikir guna nafsu serakah, bukannya menggunakan akal yang bersih. Sedarlah diri, insaflah. Sekian, terima kasih.

      1. Politik sebahagian kecil dalam Islam. Jika pemimpin UMNO yg memegang tampuk kerajaan semenjak merdeka sudah ambil pengajaran dan betul2 cuba memahami Islam, isu2 berpolitik dalam masjid yg asyik di “highlight” kan oleh UMNO akan berkurangan. Secara langsung, pemahaman masyarakat umum terhadap Islam akan lebih jelas. Maka pemimpin PAS tidak perlu berkhutbah/ceramah mengenai konsep kerajaan Islam yg sebenar. Secara teorinya, barulah kestabilan Masyarakat Muslim Malaysia akan lebih “improve”.

        Kita sedia maklum setiap diri antara kita bukanlah insan yg terbaik, tetapi adakah kita mampu memperjuangkan nasib rakyat sehinggakan ade pemimpin yg dihumban dgn kejam ke ISA dan sanggup berjuang menjadi pemimpin pada hari ini. Jika ada individu yg sanggup lakukan pengorbanan seperti itu, manakala diri kita pula tidak mampu berbuat demikian, bukankah dgn sikap jumud dan kurang matang kita sekadar berkomen tanpa berfikir dgn teliti dan “wise”, adalah sikap “selfish” @ mementingkan diri?

        Tidakkah kita harus hormat orang2 yg sanggup lakukan pengorbanan spt Tan Sri Ani dan Tun Mahathir pada permulaan dia menjadi PM (ketika dia masih amanah menjadi PM)?

        Maka En. Mohamad sokong Tun Mahathir umpama beliau seorg yg maksum? Jika begitu sokongan En. Mohamad kepada Tun Mahathir, mengapa pemimpin UMNO skrg tidak menyokong Tun Mahathir merealisasikan perjuangan Dinar utk kebaikan Masyrakat Muslim Malaysia secara khususnya dan masyarakat Malaysia secara amnya?
        Mengapa pemimpin UMNO skrg tidak mengambil berat tentang hal ini?

        Selain itu kita juga maklum, org2 yg berkempen dan beri ceramah sama ada PR/BN, tidaklah sama hebat, masing2 mempunyai kelebihan dan kelemahan. Jika kita asyik mengambil faktor yg negatif, mmg perkembangan Muslim Malaysia akan terbantut….maka En. Mohamad sokong UMNO lah jika generasi Muslim Malaysia akan makin “suffer” dan makin susah hendak “survive” menghadapi liku2 hidup….begitukah En. Mohamad?

        Jike En. Mohamad persoal ketidakbaikan PR, sama juga mengapa ketidakbaikan BN sudah berdekad2 masih tidak dapat diadli? Manakah keseimbangan di lambang dacing BN itu?

        Yang AMAT penting ialah pemimpin Muslim sedia ada di tampuk PIMPINAN KERAJAAN perlu perbaiki diri, sentiasa terbuka terima teguran dan pandangan. Begitu juga terhadap pemimpin Muslim PR.

        Katakan En. Mohamad hendak katakan bahawa hanya sistem Khalifah yg paling adil, kita harus mulakan usaha ke arah itu, bukannya mengeruhkan keadaan.

      2. Politik memang dibenarkan oleh Islam, tapi ceramah politik hingga jadi hasutan dalam Khutbah Jumaat dari mana pula kamu belajar Abu Usman? Tok Guru dan Ulama PAS kutip ‘hadis’ dari mana membolehkan Khutbah Jumaat dipolitikkan dengan unsur-unsur maki hamun dan memecah belah masyarakat?

        Berkenaan pemimpin yang kononnya ‘dihumban dengan kejam ke penjara’ kerana ISA itu, apakah kerajaan suka-suka hati menghumban orang begitu sahaja? Ada anda pernah tengok mana-mana orang yang tidak pernah buat salah, hanya makan nasi dikedai, tiba-tiba ditangkap oleh polis dan terus dihumban ke penjara? Kalau menjadi tukang demontrasi liar, menjadi penghasut, menjadi subversif pihak musuh, apakah itu patut dilayan bagaikan maharaja? Malahan di kalangan pimpinan yang pernah kena tahan di bawah ISA itu, mempunyai pemikiran yang mahu merosakkan negara ini samada mereka itu terpedaya atau memang jenis kaki perosak negara sendiri. Malahan sebagaimana yang diterangkan oleh Presiden JUST, Dr. Chandra Muzaffar, beliau insaf setelah ditahan dibawah ISA, mungkin beliau terpedaya dengan hasutan pembangkang yang memainkan isu sensitif untuk membakar emosi rakyat bagi mencetuskan kekacauan. Tapi bagi gologan seperti Mat Sabu dan Lim Kit Siang, dan kuncu-kuncu mereka, tahanlah berapa kali dan berapa tahun pun dalam ISA, mereka ini jenis susah nak insaf, malahan hingga kini masih galak nak berdemontrasi liar walaupun sudah tua ganyut. Patunya sudah tua ganyut seperti itu, jadi manusia yang lebih baik kerana sudah hampir dekat dengan kematian, tapi kerana tamakkan kuasa di dunia, gilakan jawatan dan pangkat, apa peduli dengan tua ganyut, yang penting sebelum mati, dapat pegang kuasa dan ada pangkat. Orang sedemikian sudah nak diajar, kerana sudah tua ganyut, diajar macam mana pun memang jenis tak boleh diajar. Mereka hanya perlu diajar melalui ISA saja, dihumbankan ke penjara Kemunting, biarkan mereka habiskan usia tua di situ kerana kalau dibiarkan bebas, si tua ganyut itu bukannya jadi orang baik, tapi menjadi perosak. Saya menyokong penuh kerajaan menggunakan ISA untuk menangkap dalang kekacauan yang menjadi perosak negara ini. Selalunya akhbar penipu dan perosak akhlak Pakatan Rakyat menunjukkan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat ditangkap dan dimasukkan ke Black Maria, tapi mereka tidak tunjukkan bagaimana dengan penuh nafsu serakah, pimpinan Pakatan Rakyatt itu menjadi dalagn menghasut masyarakat berkelakuan liar dalam demontrasi jalanan yang menyusahkan beribu-ribu peniaga kecil, dan berpuluh malahan beratus ribu penduduk di kawasan berkenaan. Begitu juga tidak ditunjukkan bagaimana anggota keselamatan yang sabar dikasari dengan kejam oleh perusuh yang sudah hilang pedoman akibat termakan hasutan jahat dari pimpinan Pakatan Rakyat tersebut. Abu Usman, memang layak sangatlah pimpinan Pakatan Rakyat yang jadi dalang demontrasi liar dan menjadi pemecah belah masyarakat dihumban ke penjara melalui ISA, saya menyokong penuh agar pengkhianat negara seperti itu dipenjarakan kerana di luar penjara pun mereka ini perosak saja. Tak payahlah nak tuding jari pada kerajaan kerana gunakan ISA, lihatlah kekejaman yang dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang menyebabkan beribu-ribu peniaga kecil kerugian pada hari berkenaan, berpuluh-puluh ribu pemandu dan petugas kenderaan awam kerugian besar pada hari berkenaan, beratus-ratus anggota keselamatan menjadi mangsa akibat diserang oleh pendemontrasi liar yang hilang pedoman itu. Abu Usman tak payah nak kelentonglah, Pakatan Rakyat memang teruk dan keji. Sekian, terima kasih.

  7. Sdr Mohamad, sebahayang mengadap ke Kiblat itu politik Islam jika sdr sanggup megkupasnya. Bbegitulah Khutbah Jumaat yang sdr jadi kan isu itu. Politik dalam syariah Islam diletakkan di bawah bab muamalat Islam yang hukum bermula dengan harus dan di antara harus dengan tidak harus. Bhakan ia boleh diijtihadkan untuk diubah2 demi menjaga kepentingan dan kemaslahatan seluruh umat manusia amnya dan umat Islam khasnya. Sdr Mohamad tahu apa masksud atau takrif harus dalam hirarki hukum Islam

    1. Subahir Taib, kamu ini faham bahasa atau tidak, saya bukannya nak lihat kamu berteori berputar belit di sana sini untuk membela Pakatan Rakyat yang jelas perosak itu. Apa yang menjadi persoalannya kini adalah sikap penghasut Pakatan Rakyat itu telah menyebabkan masyarakat berpecah belah, malahan dalam ibadat berpecah belah hingga ada sembahyang dua imam dalam satu waktu solat yang sama dalam masjid atau surau yang sama kerana perbezaan ideologi politik, ini apa cerita? Khutbah Jumaat nak cerita politik memang tak salah, tapi kalau Khutbah Jumaat dipolitikkan untuk dijadikan ceramah politik, apakah itu suatu yang dibenarkan oleh Islam? Anda perlu sedar menerangkan berkenaan politik dalam khutbah dan mempolitikkan khutbah adalah dua perkara yang berbeza. Apakah harus khutbah jumaat yang dipenuhi dengan cacian, makian, hasutan hingga rakyat berpecah belah? Apakah hukumnya khatib yang mempolitikkan khutbah jumaat hingga kosentrasi jemaah solat terganggu, kerana orang yang rasional tidak dapat menerima khutbah jumaat yang dipolitikkan itu, kerana nak ceramah politik kepartian, pergilah ke tampat lain. Memang dalam Islam dibenarkan berpolitik di masjid, tapi dalam ruang yang dibenarkan oleh syarak iaitu tidak mengandungi unsur-usur untuk memecah belah masyarakat dan tidak menggunakan perkataan keji yang tidak dibenarkan oleh syarak. Sekarang ini masjid dan surau dijadikan tempat politik hingga keamanan, dan perpaduan tergugat akibat dari khutbah jumaat diubah menjadi ceramah politik dengan memasukkan unsur-unsur memecah belah masyarakat dan menjadi perosak negara. Dalam PAS, untuk mencapai apa yang mereka hajati, semuanya boleh, bergabung dengan bukan Islam seperti DAP yang menentang hudud dan negara Islam pun boleh dan dapat pahala, sedangkan dulunya masa UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC yang boleh terima keistimewaan bumiputera dan kedudukan istimewa Islam, PAS kata haram, berdosa dan macam-macam tuduhan lagi. Maklumlah dalam PAS ada tok guru dan ulam, maka bolehlah buat hukum sesuka hati kononnya mereka adalah pewaris Nabi, malahan Subahir Taib ini pun mungkin salah seorang dari mereka, bermacam-macam topeng mereka ini pakai untuk halalkan apa saja yang mereka mahu buat, inilah PAS singkatan untuk Politikkan Apa Saja, walaupun merosakkan masyarakat dan memusnahkan negara semuanya dibolehkan untuk memenuhi nafsu serakah Pakatan Rakyat termasuk PAS.

    2. Subahir Taib, kamu ini faham bahasa atau tidak, saya bukannya nak lihat kamu berteori berputar belit di sana sini untuk membela Pakatan Rakyat yang jelas perosak itu. Apa yang menjadi persoalannya kini adalah sikap penghasut Pakatan Rakyat itu telah menyebabkan masyarakat berpecah belah, malahan dalam ibadat berpecah belah hingga ada sembahyang dua imam dalam satu waktu solat yang sama dalam masjid atau surau yang sama kerana perbezaan ideologi politik, ini apa cerita? Khutbah Jumaat nak cerita politik memang tak salah, tapi kalau Khutbah Jumaat dipolitikkan untuk dijadikan ceramah politik, apakah itu suatu yang dibenarkan oleh Islam? Anda perlu sedar menerangkan berkenaan politik dalam khutbah dan mempolitikkan khutbah adalah dua perkara yang berbeza. Apakah harus khutbah jumaat yang dipenuhi dengan cacian, makian, hasutan hingga rakyat berpecah belah? Apakah hukumnya khatib yang mempolitikkan khutbah jumaat hingga kosentrasi jemaah solat terganggu, kerana orang yang rasional tidak dapat menerima khutbah jumaat yang dipolitikkan itu, kerana nak ceramah politik kepartian, pergilah ke tampat lain. Memang dalam Islam dibenarkan berpolitik di masjid, tapi dalam ruang yang dibenarkan oleh syarak iaitu tidak mengandungi unsur-usur untuk memecah belah masyarakat dan tidak menggunakan perkataan keji yang tidak dibenarkan oleh syarak. Sekarang ini masjid dan surau dijadikan tempat politik hingga keamanan, dan perpaduan tergugat akibat dari khutbah jumaat diubah menjadi ceramah politik dengan memasukkan unsur-unsur memecah belah masyarakat dan menjadi perosak negara. Dalam PAS, untuk mencapai apa yang mereka hajati, semuanya boleh, bergabung dengan bukan Islam seperti DAP yang menentang hudud dan negara Islam pun boleh dan dapat pahala, sedangkan dulunya masa UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC yang boleh terima keistimewaan bumiputera dan kedudukan istimewa Islam, PAS kata haram, berdosa dan macam-macam tuduhan lagi. Maklumlah dalam PAS ada tok guru dan ulam, maka bolehlah buat hukum sesuka hati kononnya mereka adalah pewaris Nabi, malahan Subahir Taib ini pun mungkin salah seorang dari mereka, bermacam-macam topeng mereka ini pakai untuk halalkan apa saja yang mereka mahu buat, inilah PAS singkatan untuk Politikkan Apa Saja, walaupun merosakkan masyarakat dan memusnahkan negara semuanya dibolehkan untuk memenuhi nafsu serakah Pakatan Rakyat termasuk PAS. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s