Najib dikecam guna program rasmi untuk urusan pribadi

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 Jun:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menggunakan program pribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang.Tindakan ini disifatkan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad sebagai langkah yang ‘tidak ada kelas langsung’.Kecaman ini dibuat ekoran tindakan Najib menggunakan segala kemudahan kerajaan dan wang rakyat untuk memenuhi keperluan keluarganya di Kazakhstan sekarang.(Gambar: Laporan Harakahdaily semalam)”Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan pribadi,” kata Dr Dzulkefli kepada Harakahdaily.”Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.”Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari,” kata beliau.

Semalam Harakahdaily melaporkan, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Noryana Najwa dengan seorang anak pembesar negara itu.

Untuk memenuhi hasrat itu, beliau dikatakan meminta program rasmi kerajaan diatur untuk beliau dan rombongan ke sana. Perkara ini dikesali oleh pelbagai pihak termasuk wartawan yang menyertai program beliau itu.

Hasilnya, kerajaan terpaksa menanggung segala perbelanjaan bukan sahaja untuk beliau berdua bahkan juga menteri, wartawan dan pegawai kerajaan yang terpaksa mengiringi beliau ke sana.

Dalam sejarah Islam, kata Dr Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah memadamkan lilin milik negara apabila ada yang datang bertemu beliau untuk berbincang hal pribadi.

“Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau dan bakal menjadi suri tauladan kepimpinan BN dan pegawai kerajaan di bawah beliau,” katanya.

Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah dan kini ia berlaku lagi.

Dr Dzul yakin, jika perkara ini diodit oleh jabatan kerajaan tidak akan ditemui kesalahannya berdasarkan ianya mengikut prosedur biasa kerajaan iaitu mendapat kelulusan dari Perdana Menteri.

“Tetapi dari segi moralnya ia sangat salah,” tegas Dr Dzulkefly (gambar).

Bagi beliau, apa yang berlaku adalah Najib dan Rosmah mengatur program kerajaan ke Kazakhstan untuk memenuhi program pribadinya iaitu menguruskan perkahwinan anaknya.

“Di sinilah masalahnya akan timbul apabila kepimpinan tertinggi menunjuk sikap yang buruk, apa pula orang bawahnya nanti, menteri, ketua setiausaha, OCPD dan sebagainya …kalau bos kencing berdiri, anak buah kencing berlari,” kata beliau.

Jika Najib dan Rosnah benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan pribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.

“Hentikanlah,  cukuplah tu…..susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan….bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk,” kata beliau.

Najib mesti telus

Sementara itu, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat.

“Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.

“Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.,” kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menambah, rakyat boleh menerima sekiranya najib menggunakan wang kerajaan untuk urusan rasmi dan ada hasil terhadap negara daripada lawatan tersebut.

“Sekali lagi saya minta beliau berterus teranglah. Kalau pergi (ke Kazakhstan) atas urusan rasmi itu cerita lain dan kita harap akan dapatlah hasilnya terhadap negara daripada lawatan rasmi ini,” katanya.

LAPORAN BERKAITAN

Najib bakal berbesan dengan pembesar Kazakhstan?


23 thoughts on “Najib dikecam guna program rasmi untuk urusan pribadi

  1. Apakah benar tuduhan bahawa Perdana Menteri ke Kazakhstan untuk uruskan urusan kahwin anaknya dengan menyalahgunakan perjalan rasmi kerajaan? Ada mana-mana pimpinan PAS dan pimpian Pakatan Rakyat lihat Perdana Menteri tengah berpantun-pantun dengan bakal besannya itu? Dulu kata tuduh tanpa bukti berdosa dan boleh dihukum rotan 80 kali, kononnya ikut hukum qazaf, hukum hudud, tapi itu untuk orang lain saja, bukannya untuk pimpinan Pakatan Rakyat dan kuncu-kuncu mereka, fitnahlah puas-puas, tuduhlah bukan-bukan, maki hamunlah sesuka hati, tak apa, Pakatan Rakyat ada tok guru hebat untuk putar belit keadaan, nanti berjela-jela tok guru PAS kelentong dengan menggunakan hadis dan ayat Al-Quran yang dibaca separuh-separuh atau tak diterangkan maksud sebenar untuk mengelirukan rakyat. Macam isu kerjasama UMNO dengan MIC dan MCA dululah, kononnya haram dan berdosa berpakat dengan orang bukan Islam, dibacakan ayat Al-Quran yang menyatakan “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman; adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menghukum) kamu?” Surah An Nisaa, ayat 144. Tapi mengikut ayat itu, “janganlah kamu mengambil orang-orang kafir sebagai teman rapat dan meninggalkan orang-orang beriman”, persoalannya di sini apakah kerjasama UMNO dengan MIC dan MCA menyebabkan pimpinan UMNO dan ahli UMNO tidak mempedulikan agama, menyiksa golongan agama, membunuh para hafaz Al-Quran, dan menggalakkan perbuatan maksiat sewenang-wenangnya? Sudah tentu tidak kerana sejak kerjasama UMNO dan MIC dan MCA, ia adalah untuk perpaduan, tidak pun UMNO menindas agama kerana kerjasama tersebut. Sekarang ini lihatlah DAP yang terang-terang menolak Malaysia sebagai negara Islam dan tidak mahu menerima perundangan hudud yang dicita-citakan PAS itu boleh pula PAS bekawan rapat hingga sanggup bermusuh dengan UMNO. Inilah PAS adalah memang parti politik totok, hanya mempedulikan politik saja tanpa menghiraukan perkara lain. Kerja PAS berceramah, menghasut, memaki hamun, berdemontrasi liar, menimbulkan masalah-masalah baru supaya mereka boleh berpolitik, mungkin kalau tak berpolitik sekali dalam sehari, mungkin boleh jadi tertekan pimpinan PAS ini. Pembangunan pula PAS lihat seperti hantu, sebab itulah mereka tak pedulikan pembangunan, lihatlah sepanjang masa PAS hanya sibuk dengan ceramah politik maki hamun, poster-poster ceeramah politik maki hamun PAS kalau boleh dikumpulkan mungkin berlori-lori setiap tahun, kerana di pokok, di tempat perhentian bas, di stesen bas, di tiang elektrik di sana di sini penuh poster ceramah politik, berkenaan pembangunan tak adalah pula macam itu, nak nampak papan tanda pembangunan pun susah, malahan pembangunan pun tak ada, patutlah papan tanda pembangunan pun tak ada, itulah kerja berpolitik saja, macamlah rakyat boleh hidup senang dengan memakan dan mengunyah kempen politik maki hamun dan seolah-olah negara ini akan damai serta makmur dengan politik melampau dan perosak yang dibuat oleh PAS dan Pakatan Rakyat ini. Sedarlah, insaflah diri. Sekian, terima kasih.

  2. Drs. Dzul, berkenaan Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sering keluar negara berpuluh-puluh kali setahun hingga ada kalanya setiap minggu ke luar negara macam dari Kuala Selangor ke Sekinchan pula dibuatnya, apa cerita? Tak pernah selidikkah dari mana ada wang untuk ke sana ke mari di luar negara hingga berpuluh-puluh kali setiap tahun. Peniaga besar sangatkah mereka itu hingga boleh ke sana ke sini dengan kapal terbang ke luar negara terutama Amerika dan Eropah, ada berapa ribu syarikat dan kedai-kedai hingga boleh berbelaja mewah sebegitu rupa? Itu tak mahukah buat penyiasatan? Pakatan Rakyat kalau benar-benar jujur, apahal Perdana Menteri dituduh sebegitu rupa sedangkan Pakatan Rakyat sendiri bukannya pergi tengok di Kazakhstan apa yang Perdana Menteri sedang buat, tak tahulah kalau tok guru PAS ada ilmu untuk tahu serba serbi apa yang orang lain buat, maklumlah tok guru katakan. Berkenaan Anwar Ibrahim yang ke sana ke mari melancong ke luar negara sampai berpuluh-puluh kali setahun sedangkan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan elaun RM 1.00, apakah bekemampuan berbelanja sebegitu rupa? Ini patutnya Drs. Dzul ulas sama, nak tahu juga dari mana dapat wang banyak sangat sampai boleh melancong ke luar negara berpuluh-puluh kali setahun. Sekian, terima kasih.

  3. sedara, kalau anwar pergi melancong berpuluh kali ada orang sponsor, apa salahnya. selagi tak menggunakan wang rakyat sudahlah. tapi umco kalau buat sesuatu program mesti melibatkan jentera kerajaan dan ini sudah tentu secara tidak langsung adalah dari wang rakyat juga.

  4. ….bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk,” kata beliau. – Memetik kenyataan Drs. Dzul dari artikel di atas. Lihatlah sekarang ini siapa yang tunjuk sikap hodoh dan buruk sebenarnya? Yang berjubah dan serban sebesar bakul terkinja-kinja di jalanan dan melalak macam orang kerasukan hantu di jalanan semasa demontrasi liar itu teladan yang baikkah? Berceramah maki hamun dan menghasut itu teladan baikkah? Perdana Menteri pergi ke Kazakhstan atas urusan rasmi, bukannya nak buat kenduri kahwin anak dia di Kazakhstan masa tersebut kerana Perdana Menteri punya jadual yang padat dalam sesi lawatan ke Kazakhstan tersebut, nak berbincang denan kerajaan Kazakhstan bagi kerjasama antara dua negara dalam berbagai bidang, lepas itu ada Forum Ekonomi Islam Sedunia pula di Astana, ibu negara Kazakhstan, ada masakah nak berceloteh panjang hal kenduri kahwin anak semasa lawatan tersebut? PAS hanya tahu menuduh sesuka hati saja, kononnya kalau tuduh tanpa bukti berdosa, kena rotan 80 kali, hukum qazaf, tapi untuk orang lain saja sebab puak-puak Pakatan Rakyat adalah maksum termasuklah pimpinan DAP, maksum juga gamaknya? Apa ini semua? Tuduhan melulu hingga mencetuskan fitnah terhadap Perdana Menteri, tak rasa berdosakah buat demikian? Ada pergi tengokkah Perdana Menteri berpantun-pantun dan berseloka gurindam dengan bakal besannya tersebut semasa beliau dalam lawatan tersebut? Kalau tak nampak, main tuduh saja, itu fitnah namanya, berdosa, sedarlah, insaflah. Sekian, terima kasih.

  5. Ini perkara yang amat memalukan. Saya membayar cukai kepada kerajaan bukan untuk pegawai kerajaan guna duit rakyat untuk mengahwinkan anak. Sungguh dasyat. Tidak professional langsung. Saya berharap duit yang di bazirkan dapat digunakan untuk rakyat miskin tetapi ini tidak akan berlaku dengan BN. Memalukan rakyat Malaysia seperti saya.

    1. Sharma, ada kamu lihat Perdana Menteri pergi berbincang dengan besannya berkenaan hal perkahwinan tersebut? Malahan adakah benar Perdana Menteri menggunakan wang cukai yang anda bayar untuk kahwinkan anak beliau? Berkenaan duit yang dituduh dibazirkan itu, sebenarnya untuk tujuan pembangunan, Pakatan Rakyat memang tak reti mentadbir, pembangunan dituduh sebagai pembaziran. Lihatlah semasa penubuhan Proton, Jambatan Pulau Pinang dan macam-macam lagi pembangunan PAS, dan DAP tuduh itu pembaziran, kononnyalah, tapi kerana ‘pembaziran’ itulah dapat memberikan beribu-ribu peluang perniagaan yang juga mewujudkan beratus-ratus ribu peluang pekerjaan di peringkat huluan dan hiliran perusahaan berkenaan. Kalau membazir tak payahlah nak buat jalan raya, jambatan, rumah orang miskin, bantuan subsidi persekolahan, semua itukan kononnya membazir, konon kata Pakatan Rakyat. Tapi Kerajaan Barisan Nasional adalah mahir dalam pentadbiran negara, tidak akan mempedulikan cadangan-cadangan tolol berkenaan kerana pembangunan untuk negara dan rakyat adalah diutamakan, bukannya macam Pakatan Rakyat, lebih mengutamakan undi dan menang pilihanraya hingga sanggup menipu, menjadi perosak negara melalui Buku Jingga yang penipu kerana Menifesto PRU 12 pun 80% tak dibuat, inikan pula nak tambah itu ini dalam Buku Jingga berkenaan, nampak sangat penipu. Selain itu demontrasi liar, ceramah maki hamun, menghasut masyarakat hingga berpecah belah, apakah itu ‘pembangunan’ yang sebenarnya? Pergi jalanlah dengan kelakuan berkenaa. Sharma jangan nak berlagaklah, Pakatan Rakyat yang kamu dewa-dewakan itu adalah penipu, menghabiskan wang negeri untuk berdemontrasi dan menentang kerajaan, pembangunan pula mereka tak pedulikan. Berhubung tuduhan anda bahawa Perdana Menteri menyalahgunakan wang negara untuk perkahwinan anaknya, ada buktikah? Anda ada sekalikah dengan Perdana Menteri masa itu? Jangan melalut tak tentu pasal macam orang bengong, itulah kalau pimpinan Pakatan Rakyat kencing berdiri, juak-juak Pakatan Rakyat pula kencing berlari. Sedarlah, kalau pemimpin Pakatan Rakyat perangai macam penjahat, samseng dan macam orang tiada akhlak, juak-juak Pakatan Rakyat lagilah teruk, terkinja-kinja dan melalak di jalanan macam orang tidak siuman. Sedarlah diri, insaflah. Sekian, terima kasih.

  6. Kejadian perkara tersebut suatu kemungkinan kerana First Lady Rosmah tidak mahu hartanya cair dan minta his beloved suami menggunakan harta rakyat bagi mengatasi kos perkhawinan dan menghadiri konvokesyen anak-anaknya.

    1. Betulkah Cikgu Siva? Anda tahu dari mana perkara ini? Ada jin datang beritahu anda berkenaan perkara inikah? Itulah cikgu patutnya menjadi teladan, berfikir sebelum berbuat sesuatu, tak hairanlah kalau pelajar kini hanya pandai menghafal dan bergaduh serta jadi kurang ajar, tapi buatnya tak tahu kerana cikgu sekarang ini juga tak fikir sebelum buat dan menunjukkan teladan buruk dengan menyertai demontrasi liar, jadi burung kakaktua Pakatan Rakyat saja, jadi burung belatuk Pakatan Rakyat saja, angguk tak habis-habis,salah pun angguk, itu kerja pandir namanya. Sekian, terima kasih.

  7. salam dr. dzul, saya sungguh kesian terhadap sang mohamad yang tidak meneliti atau mengkaji sedikit pun kemungkinan perkara itu berlaku. terus menyokong najib. dia tidak berfikir yang dr. dzul membangkitkan isu ini untuk kebaikan seluruh rakyat malaysia termasuk si sang mohamad dan keluarganya. takkan ada asap tanpa berapi. kenapa nak terus menidakkan perkara ini. kita kaji dan siasat dulu. cari maklumat dan fahami kebenarannya dulu. kan salah dan merugikan rakyat kalau najib berlaku demikian. kita dikurniakan otak untuk berfikir dan menilai. Kita sebagai rakyat bertanggungjawab memilih pimpinan yang baik demi kemajuan dan kemakmuran negara. Tidak memperbodohkan diri dengan menjadi penyokong dan pembangkang.

    1. CintaMalaysia, tak payahlah kesian pada saya kerana anda patutnya kasihankan diri sendiri dulu, sebenarnya andalah yang tidak mengkaji dan meneliti sesuatu perkara, semberono menyokong apa yang dibuat oleh Pakatan Rakyat walaupun tindakan itu salah dan suatu yang keji, sikap sedemikian mencerminkan diri anda yang menyokong buta tuli seperti orang buta kayu. Berkenaan isu Perdana Menteri kononnya menyalahgunakan lawatan ke Kazakhstan untuk tujuan peribadi seperti urusan pertunangan anak beliau itu telah dijelaskan oleh Perdana Menteri dan orang-orang yang hadir ke lawatan berkenaan bahawa tiada perkara sedemikian yang berlaku, tapi si buta kayu yang tolol seperti anda masih juga percaya kata-kata penipu seperti Drs. Dzul ini. Lihatlah apa yang Drs. Dzul buat untuk parlimennya? Apa sumbangan beliau untuk mengatasi kemiskinan, penagihan dadah, gejala sosial, pendidikan dan lain-lain lagi yang diperlukan oleh rakyat? Beliau hanya asyik sibuk berpolitik ke sana ke mari seolah-olah orang yang undi dia itu nak dia jadi sedemikian? Beliau masih tidak tahu malu menuduh itu dan ini kepada Kerajaan Barisan Nasional sedangkan dirinya itu teruk dan keji kerana tidak menjadi ahli parlimen yang baik kepada penduduk di kawasan beliau wakili itu? Drs. Dzul, kalau kata saya tipu, sila jawab balik, jangan asyik nafi saja, berikan fakta, bukannya melalak menuduh itu dan ini sedangkan pertanyaan tidak pernah dijawab. Kalau berani tuduh orang sesuka hati, kalau orang persoalkan anda, patutnya beranilah jawab apa yang disoalkan, ingatlah berani kerana benar, takut kerana salah, tak guna jadi profesional dan intelektual kalau penipu dan menjadi perosak. Sekian, terima kasih.

  8. Saya setuju bulat dengan Mohamad, ini duit kecil sje compare dengan Toyo Disneyland trip.Mereka kan pemimpin? Mestilah boleh guna duit sewenangnya, kalau tidak buat apa jadi pemimpin, kerja untuk rakyat?Pergilah….

    1. Sabahan First, anda perlu sedar bahawa Kerajaan Malaysia memang berusaha untuk membantu rakyat dalam segala hal. Anda kalau berasa di anak tirikan, anda pergilah tinggal di United Kingdom atau di Amerika, lihatlah layanan yang bagaimana anda akan terima. Setiap negeri dari Perlis hingga ke Sabah, pembangunan rancak dan banyak memberi kemudahan kepada rakyat. Tentang masalah yang berkaitan dengan rakyat, banyak yang disebabkan oleh rakyat sendiri tidak tahu menghargai keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara ini. Lihatlah ada barangan subsidi, diseludup ke luar negara, kemudian bersekongkol dengan pendatang tanpa izin untuk menceroboh ke negara ini, ada kemudahan awam dirosakkan sesuka hati, kawasan persekitaran dicemarkan sewenang-wenangnya. Lihatlah dulu diri sendiri kalau nak menuduh orang lain, apakah kita adalah warga negara yang baik? Saya melihat generasi muda kini tidak tahu menghayati, tak tahu menilai akan keamanan, kesejahtaraan, kemakmuran negara ini hingga sanggup melakukan perkara yang saya sebutkan di atas. Malahan rakyat Malaysia juga ramai walaupun tidak majoriti tidak pedulikan akan negara ini, saya boleh beri contohlah, bendera Malaysia ‘Jalur Gemilang dijadikan kain lap meja, kemudian Jalur Gemilang pula kalau jatuh dalam longkang dibiarkan saja tanpa ada rasa hormat pada bendera negara sendiri, malahan kalau ada Jalur Gemilang jatuh dijalan, bukannya nak diambil untuk jaga maruahnya, tapi dilanggar pula Jalur Gemilang tanpa rasa bersalah, begitu juga dengan lagu Negaraku, tiada rasa hormat pada lagu kebangsaan negara sendiri, masa lagu negaraku dimainkan, ada yang boleh bersuka ria, bergelak ketawa tanpa rasa malu. Inikah nilai sebagai rakyat Malaysia? Tak guna melalak itu dan ini, sedangkan diri sendiri tiada jatidiri sebagai warganegara sejati. Saya melihat rakyat terlalu manja dan naik lemak dengan meminta itu dan ini dari negara, tapi sumbangan rakyat pada negara tak seberapa, malahan berkenaan Jalur Gemilang dan Lagu Negaraku, telah menunjukkan ada rakyat negara ini yang tidak patriotik dan tidak tahu menghargai negara sendiri. Saya tidak bercakap kosong, kerana perkara ini saya lihat dengan mata kepala saya sendiri, terutama penghinaan rakyat Malaysia sendiri terhadap Lagu Negaraku, di mana ada yang boleh main-main dan memperolokkan Lagu Negaraku. Sabahan First, nilailah diri anda dahulu sebelum menghina orang lain, sekiranya anda seorang rakyat Malaysia, apakah anda seorang warganegara yang sejati? Sebagai pelajar, apakah anda belajar bersungguh-sungguh dengan memanfaatkan bantuan subsidi kerajaan dalam bidang pendidikan? Sebagai pekerja apakah anda jujur dengan pekerjaan anda? Cermin diri dahulu, tidak guna tuduh orang itu dan ini, lebih-lebih lagi tuduh sesuka hati tanpa bukti sebagaimana Drs. Dzul ini. Sekian, terima kasih.

    1. Ikut sukalah anak Perdana Menteri nak berkahwin dengan orang Kazakh pun, kerana orang Kazakh pun orang Islam juga, ada pernah Perdana Menteri kamu berkahwin dengan sesiapa yang kamu suka? Inilah sikap Pakatan Rakyat dari pemimpin hinggalah ke juak-juak mereka yang tak habis-habis berdengki dan berkhianat terhadap Barisan Nasional. Tak malukah kamu semua, menuduh membuta tuli, menghasut masyarakat hingga berpecah belah, bukan saja dalam politik, dalam ibadat pun berpecah belah, malahan sembahyang dalam satu masjid atau surau pun sampai dua imam pada satu waktu solat, apa cerita ini semua? Zaman Nabi dan para sahabat dulu adakah macam ini? Ini adalah bidaah sesat (dholalah) yang dibuat oleh PAS kerana kepentingan politik, kenduri kendara pun ada pulau memulau kerana fahaman politik, sedangkan Nabi dahulu semasa hayat baginda, walaupun seorang wanita tua Yahudi menyakiti dan mengganggu Rasulullah dengan bermacam-macam cara, tapi bila wanita itu sakit, Rasulullah melawat dan mendoakan kesembuhan wanita berkenaan, tapi lihatlah sikap PAS sesama bangsa dan sesama agama pun digalakkan berpecah belah kerana ketaksuban berpolitik. Pimpinan PAS perlu sedar apa yang mereka buat di dunia ini akan dipertanggunjawabkan kepada mereka di alam barzah dan di hari pembalasan kelak. Itu adalah kebenaran. Kamu menuduh orang tanpa bukti, tanpa saksi, sekadar dengan kerana bisikan syaitan dan iblis yang menguasai diri untuk memburuk-burukkan orang lain kerana hendak populariti politik, apakah itu suatu yang baik? PAS berlagak dengan riak dan takbur kerana mereka itu kononnya ulama, ustaz, ustazah, tok guru dan lain-lain lagi, janggut hingga ke kaki, pakai serban sebesar bakul, jubah putih melepak, kain tudung labuh hingga ke kaki, kononnya alim dan warak, tapi apakah memaki hamun, mencaci sesuka hati, menghasut masyarakat hingga berpecah belah bukan saja dalam politik, tapi sampai dalam hal ibadah pun berpecah belah, berdemontrasi liar hingga menyusahkan orang ramai, kononnya hak asasi manusia, apakah Pakatan Rakyat saja manusia, orang lain bukan manusiakah? Apa peniaga kecil yang terinaya akibat demontrasi liar Pakatan Rakyat itu bukan manusiakah? Bangga diri adalah sikap Yahudi, memandang diri mereka bangsa pilihan Allah dan memandang rendah kepada bangsa lain hingga kesusahan bangsa lain untuk kesenangan bangsa Yahudi dianggap tak salah. Pakatan Rakyat berkelakuan semberono mementingkan diri sendiri, bangga diri kerana kononnya mereka ulama dan hak asasi manusia seolah-olah orang lain bukan manusia, perlakuan tersebut adalah mengikut kelakuan Yahudi. Saya tak tuduhlah Pakatan Rakyat itu Yahudi, tapi saya mengatakan kelakuan Pakatan Rakyat itu mengikut kelakuan Yahudi, lihatlah persamaan antara kelakuan dan sikap Pakatan Rakyat dengan sikap dan kelakuan Yahudi, persamaannya ada. Insaflah, sedarlah diri. Sekian, terima kasih.

    2. Pembetulan: Teringgal perkataan pernah pertikai pada ayat ada pernah Perdana Menteri kamu berkahwin dengan sesiapa yang kamu suka? Komen yang dibetulkan adalah seperti di bawah. Sekian, terima kasih.

      Ikut sukalah anak Perdana Menteri nak berkahwin dengan orang Kazakh pun, kerana orang Kazakh pun orang Islam juga, ada pernah Perdana Menteri pernah pertikai kamu berkahwin dengan sesiapa yang kamu suka? Inilah sikap Pakatan Rakyat dari pemimpin hinggalah ke juak-juak mereka yang tak habis-habis berdengki dan berkhianat terhadap Barisan Nasional. Tak malukah kamu semua, menuduh membuta tuli, menghasut masyarakat hingga berpecah belah, bukan saja dalam politik, dalam ibadat pun berpecah belah, malahan sembahyang dalam satu masjid atau surau pun sampai dua imam pada satu waktu solat, apa cerita ini semua? Zaman Nabi dan para sahabat dulu adakah macam ini? Ini adalah bidaah sesat (dholalah) yang dibuat oleh PAS kerana kepentingan politik, kenduri kendara pun ada pulau memulau kerana fahaman politik, sedangkan Nabi dahulu semasa hayat baginda, walaupun seorang wanita tua Yahudi menyakiti dan mengganggu Rasulullah dengan bermacam-macam cara, tapi bila wanita itu sakit, Rasulullah melawat dan mendoakan kesembuhan wanita berkenaan, tapi lihatlah sikap PAS sesama bangsa dan sesama agama pun digalakkan berpecah belah kerana ketaksuban berpolitik. Pimpinan PAS perlu sedar apa yang mereka buat di dunia ini akan dipertanggunjawabkan kepada mereka di alam barzah dan di hari pembalasan kelak. Itu adalah kebenaran. Kamu menuduh orang tanpa bukti, tanpa saksi, sekadar dengan kerana bisikan syaitan dan iblis yang menguasai diri untuk memburuk-burukkan orang lain kerana hendak populariti politik, apakah itu suatu yang baik? PAS berlagak dengan riak dan takbur kerana mereka itu kononnya ulama, ustaz, ustazah, tok guru dan lain-lain lagi, janggut hingga ke kaki, pakai serban sebesar bakul, jubah putih melepak, kain tudung labuh hingga ke kaki, kononnya alim dan warak, tapi apakah memaki hamun, mencaci sesuka hati, menghasut masyarakat hingga berpecah belah bukan saja dalam politik, tapi sampai dalam hal ibadah pun berpecah belah, berdemontrasi liar hingga menyusahkan orang ramai, kononnya hak asasi manusia, apakah Pakatan Rakyat saja manusia, orang lain bukan manusiakah? Apa peniaga kecil yang terinaya akibat demontrasi liar Pakatan Rakyat itu bukan manusiakah? Bangga diri adalah sikap Yahudi, memandang diri mereka bangsa pilihan Allah dan memandang rendah kepada bangsa lain hingga kesusahan bangsa lain untuk kesenangan bangsa Yahudi dianggap tak salah. Pakatan Rakyat berkelakuan semberono mementingkan diri sendiri, bangga diri kerana kononnya mereka ulama dan hak asasi manusia seolah-olah orang lain bukan manusia, perlakuan tersebut adalah mengikut kelakuan Yahudi. Saya tak tuduhlah Pakatan Rakyat itu Yahudi, tapi saya mengatakan kelakuan Pakatan Rakyat itu mengikut kelakuan Yahudi, lihatlah persamaan antara kelakuan dan sikap Pakatan Rakyat dengan sikap dan kelakuan Yahudi, persamaannya ada. Insaflah, sedarlah diri. Sekian, terima kasih.

  9. .ke washington atas urusan rasmi..teteapti sempat selitkan personal vist for anak’s graduation…jadi lwatan ke Khazakstan pun is palnned in time as the wedding is soon….
    abuse of power…tiada integrity

  10. Pembetulan: Teringgal perkataan pernah pertikai pada ayat ada pernah Perdana Menteri kamu berkahwin dengan sesiapa yang kamu suka? Komen yang dibetulkan adalah seperti di bawah. Sekian, teirma kasih.

    Ikut sukalah anak Perdana Menteri nak berkahwin dengan orang Kazakh pun, kerana orang Kazakh pun orang Islam juga, ada pernah Perdana Menteri pernah pertikai kamu berkahwin dengan sesiapa yang kamu suka? Inilah sikap Pakatan Rakyat dari pemimpin hinggalah ke juak-juak mereka yang tak habis-habis berdengki dan berkhianat terhadap Barisan Nasional. Tak malukah kamu semua, menuduh membuta tuli, menghasut masyarakat hingga berpecah belah, bukan saja dalam politik, dalam ibadat pun berpecah belah, malahan sembahyang dalam satu masjid atau surau pun sampai dua imam pada satu waktu solat, apa cerita ini semua? Zaman Nabi dan para sahabat dulu adakah macam ini? Ini adalah bidaah sesat (dholalah) yang dibuat oleh PAS kerana kepentingan politik, kenduri kendara pun ada pulau memulau kerana fahaman politik, sedangkan Nabi dahulu semasa hayat baginda, walaupun seorang wanita tua Yahudi menyakiti dan mengganggu Rasulullah dengan bermacam-macam cara, tapi bila wanita itu sakit, Rasulullah melawat dan mendoakan kesembuhan wanita berkenaan, tapi lihatlah sikap PAS sesama bangsa dan sesama agama pun digalakkan berpecah belah kerana ketaksuban berpolitik. Pimpinan PAS perlu sedar apa yang mereka buat di dunia ini akan dipertanggunjawabkan kepada mereka di alam barzah dan di hari pembalasan kelak. Itu adalah kebenaran. Kamu menuduh orang tanpa bukti, tanpa saksi, sekadar dengan kerana bisikan syaitan dan iblis yang menguasai diri untuk memburuk-burukkan orang lain kerana hendak populariti politik, apakah itu suatu yang baik? PAS berlagak dengan riak dan takbur kerana mereka itu kononnya ulama, ustaz, ustazah, tok guru dan lain-lain lagi, janggut hingga ke kaki, pakai serban sebesar bakul, jubah putih melepak, kain tudung labuh hingga ke kaki, kononnya alim dan warak, tapi apakah memaki hamun, mencaci sesuka hati, menghasut masyarakat hingga berpecah belah bukan saja dalam politik, tapi sampai dalam hal ibadah pun berpecah belah, berdemontrasi liar hingga menyusahkan orang ramai, kononnya hak asasi manusia, apakah Pakatan Rakyat saja manusia, orang lain bukan manusiakah? Apa peniaga kecil yang terinaya akibat demontrasi liar Pakatan Rakyat itu bukan manusiakah? Bangga diri adalah sikap Yahudi, memandang diri mereka bangsa pilihan Allah dan memandang rendah kepada bangsa lain hingga kesusahan bangsa lain untuk kesenangan bangsa Yahudi dianggap tak salah. Pakatan Rakyat berkelakuan semberono mementingkan diri sendiri, bangga diri kerana kononnya mereka ulama dan hak asasi manusia seolah-olah orang lain bukan manusia, perlakuan tersebut adalah mengikut kelakuan Yahudi. Saya tak tuduhlah Pakatan Rakyat itu Yahudi, tapi saya mengatakan kelakuan Pakatan Rakyat itu mengikut kelakuan Yahudi, lihatlah persamaan antara kelakuan dan sikap Pakatan Rakyat dengan sikap dan kelakuan Yahudi, persamaannya ada. Insaflah, sedarlah diri. Sekian, terima kasih.

    1. Abu Usman sudah nyata lagi bersuluh bahawa Pakatan Rakyat memfitnah Perdana Menteri kerana tiada langsung bukti lebih-lebih lagi bukti 4 orang lelaki beriman yang menyaksikan perkara Perdana Menteri berbual dengan kononnya bakal besannya itu. Ikut hukum hudud, patut dirotan 80 kali di khalayak ramai, jadi bila Drs. Dzul dan pimpinan serta juak-juak tukang fitnah ini nak dijatuhkan hukumannya? Kalau PAS sendiri pun tak dapat ambil tindakan hukuman hudud terhadap pimpinan dan juak-juak mereka yang tukang fitnah ini, macam macam mana nak jadikan hudud sebagai perundangan negara, kata orang mestilah ada teladan nak diikuti, kalau tak ada teladan macam mana nak ikut, malah lagi teruk teladan dasar perosak dan penipu nak ikut buat apa? Malahan hingga kini tiada siapa dari pimpinan Pakatan Rakyat termasuklah Drs. Dzul sendiri dan juak-juak Pakatan Rakyat yang berani menjawab soalan-soalan yang saya utarakan dalam entri ini dan entri sebelum ini dan juga entri yang selepas entri ini. Ini kerana mereka semua lebih gembira bergelumang dengan penipuan dan menjadi perosak kerana kepentingan dunia walaupun kononnya negara Islam dan perundangan hudud, sekarang negara kebajikan, boleh percayakah mereka ini, sudahlah hukum hudud terhadap pimpinan Pakatan Rakyat seperti Mahfuz Omar dan Drs. Dzul yang menuduh secara melulu tanpa bukti 4 saksi lelaki beriman terhadap Perdana Menteri dan Menteri Penerangan, PAS tak ambil apa-apa tindakan, malahan bela lagi mereka ini. Inilah sikap umpama sikap Yahudi, di mana Yahudi, kalau kaum mereka buat jahat macam mana pun dibela habis-habisan, tapi kalau bangsa lain, buat benda betul pun dianggap salah dan macam-macam propaganda jahat dibuat untuk merosakkan bangsa lain. Inilah perangai dan sikap Yahudi yang telah menjadi teladan Pakatan Rakyat termasuklah PAS yang mana tok gurunya serban sebesar bakul dan jubahnya putih melepak, tapi dasar perosak dan penipu. Sekian, terima kasih.

    1. Salah guna kuasa, penyelewengan, salah laku, penindasan dan penipuan Pakatan Rakyat di negeri-negeri tadbiran mereka macam mana pula Pelat? Begitu juga Pakatan Rakyat menjadi perosak negara sendiri melalui ceramah maki hamun, demontrasi liar, hasutan hingga memecah belahkan rakyat sampaikan dalam ibadat pun berpecah belah, sembahyang dua imam dalam satu surau pada waktu solat yang sama, kononnya imam yang menyokong Barisan Nasional tak sah sembahyang mereka, ini hadis dari mana yang mereka dapat? Hadis tok guru PAS yang menjadi perosak masyarakat itulah. Sedarlah diri, nak menuduh itu dan ini, tapi diri sendiri penuh dengan masalah. Sekian, terima kasih.

  11. Jangan layan tu mohamad gila tu.. dia memang daah dagingnya UMNO dulu kini dan selamanya tue..

    Ramai tu orang macam mohamad kt meloya sana, bukan ape sebab dia seumur hidup duduk depan TV1 rtm dan baca Utusan Meloya lagipun dia tiap tahun dapat projek dari pemimpin UMNO…. jadi memang dia jilat habis tu biji UMNO.. biarlah jgn layan manusia bernama mohamad tu

    1. Lihatlah anak didik Pakatan Rakyat, bercakap dengan perkataan keji dan menyumpah seranah tanpa rasa malu. Inilah didikan cara salah yang diajarkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang serban sebesar bakul dan jubah putih melepak, menghasut, mencaci, memaki hamun dan menuduh sesuka hati, sekarang anak didik mereka telah mengikut jejak langkah mereka.

      Borneo Man, siapa yang gila sebenarnya, kamu atau saya? Lihatlah perhimpunan haram BERSIH yang kotor itu, menyusahkan orang ramai di ibu kota Kuala Lumpur, seramai 21,000 pemandu teksi menjadi mangsa kerana kehilangan pendapatan akibat jalan-jalan ditutup dan disekat akibat perhimpunan haram yang didalangi oleh Pakatan Rakyat yang jahat itu. Begitu juga dengan beribu-ribu peniaga kecil menjual air di tepi jalan, menjual buah-buahan, menjual barangan di tepi jalan akan menjadi mangsa, akan mengalami kerugian kerana terpaksa tutup kedai, tak tahulah berapa hari pimpinan Pakatan Rakyat dan kuncu-kuncu mereka akan menggila di ibu kota Kuala Lumpur itu. Ini tindakan apa, ini kerja gila dan jahat yang dibuat oleh orang yang tidak punya hati perut, tak punya belas ihsan, dia hanya pedulikan dirinya saja, orang lain menderita dia tak pedulikan. Sekarang siapa yang gila sebenarnya Borneo Man? Anda nampaknya adalah buta kayu dan bengong kerana tak tahu menilai sesuatu perkara dengan jelas, tak lihat kesan dan akibat, bila jadi masalah baru nak terhegeh-hegeh nak baiki itu dan ini, tapi masa tengah elok jadi perangai bodoh dan bangang bersekongkol dengan petualang negara seperti Pakatan Rakyat jahanam itu.

      TV1, RTM, Utusan Malaysia adalah jauh lebih baik dari Harakah, Suara Keadilan, Roket dan lain-lain akhbar sampah perosak akhlak Pakatan Rakyat itu. Ini kerana dalam TV1, RTM dan Utusan Malaysia tidaklah segalak dan segila Harakah, Suara Keadilan, Roket dan lain-lain akhbar sampah perosak akhlak Pakatan Rakyat yang menjadi penghasut dan perosak akhlak masyarakat. Lihatlah bagaimana akhbar perosak akhlak Pakatan Rakyat yang dari muka hadapan hingga muka belakang sekali, penuh cerita politik, tuduh orang itu tak betul, orang ini salah, hanya Pakatan Rakyat saja betul sebab adanya tok guru dan alim ulama dari PAS yang boleh buat hukum sesuka hati, kononnya mereka pewaris Nabi, tapi tak pula Nabi ajar umatnya jadi perosak dengan menjadi penghasut dan pemecah belah keamanan? Ini semua politik oleh tok guru dan ulama politik yang mempolitikkan agama untuk kepentingan mereka, cakap saja lebih, tindakan pandir. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply to hmarican Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s