Kemenangan Erdogan ‘untungkan’ Hadi, bukan Anwar

(Untuk kesekelian kalinya, kami dari pimpinan PAS Pusat, khususnya yang baru dipilih semula oleh  para perwakilan di Muktamar ke-57 baru-baru ini, memohon supaya pihak media, khasnya Media Baru, supaya hentikan penggunaan istilah “Erdogan” atau kumpulan “Pro-Anwar” bagi mewakili kami. Kami yang didakwa sedemikian, adalah sebahagian dari pimpinan PAS Pusat yang memahami erti tuntutan meletakkan wala’ (allegiance-ketaatan tidak berbelah bagi) kami kepada prinsip-prinsip perjuangan Islam kami dan penghormatan (ihtiram) kami kepada pimpinan tertinggi parti Islam SeMalaysia, PAS. Kami bukannya ‘Erdogan’ dan bukan juga “Anwaris” atau pun apa jua istilah yang dilabelkan ke atas kami. Harap maklum. Kalau anda gunakan juga istilah ini, selepas dari ini, maka sah anda punya motif yang bersifat  ‘mala-fide’ terhadap kami. – Dr Dzul)
 
June 06, 2011

Hadi (kanan) bersama Nik Aziz sewaktu muktamar parti 3 Jun, 2011. — Gambar oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Meskipun kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menguasai kepimpinan pusat PAS, kini barisan pimpinan sekular beliau dilihat berhadapan dengan ancaman daripada lapisan tengah yang akan menerajui parti Islam itu dalam pilihan raya umum akan datang. 

Pemimpin-pemimpin Erdogan – rujukan kepada Perdana Menteri Turki Recep Erdogan yang rapat dengan Anwar – menguasai kerusi timbalan presiden dan naib presiden serta 12 daripada 18 kerusi ahli jawatankuasa kerja yang dipilih.

Dalam ucapan penggulungannya semalam, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, barisan kepimpinan pusat PAS sesi 2011-2013 bukan kumpulan Erdogan sebagaimana dilabel musuh-musuh politiknya ketika setiap kali diadakan pemilihan.

Sebaliknya Presiden PAS itu berkata, “ini adalah pasukan (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) dan Abdul Hadi Awang.”

“PAS adalah parti Islam, parti AKP bukan parti Islam. Ini Malaysia, bukan Turki,” kata Presiden PAS itu yang dilihat merujuk kepada label-label bahawa PAS kini dikuasai oleh kumpulan profesional atau Erdogan ekoran keputusan pemilihan pusat parti yang berlangsung Jumaat lalu.

Penganalisis-penganalisis dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menjangkakan peranan PAS yang lebih “bersifat dominan” dalam perikatan tiga komponen Pakatan Rakyat.

PAS, rakan junior di Parlimen, kini disebut-sebut membuat persiapan untuk mengambil alih kedudukan PKR dalam menerajui ke arah Putrajaya.

“Ia adalah kepimpinan yang sudah bersedia untuk peranan lebih dominan dalam Pakatan.

“Sebuah PAS yang kuat dalam Pakatan adalah baik bagi Hadi, bukannya Anwar,” kata ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Dzulkefly Ahmad, antara pemimpin dilabel Erdogan, kepada The Malaysian Insider.

Mursyidul Am PAS  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pemimpin berpengaruh, menyokong kepimpinan Anwar dalam Pakatan Rakyat.

Nik Aziz sendiri menyifatkan Mohamad Sabu, timbalan presiden yang baru sebagai enjin, manakala Hadi pula sebagai pemandu dan “kami semua penumpang” dalam usaha menuju ke Putrajaya.

Pakar strategi DAP Liew Chin Tong berkata, ucapan dasar Hadi yang menekankan pendekatan negara berkebajikan akan diterima baik oleh khalayak Melayu berbanding agenda negara Islam.

“Sejak 12 tahun lalu, PAS bekerja keras untuk memperdanakan kedudukannya,” kata Ahli Parlimen Bukit Bendera ini kepada The Malaysian Insider yang mengibaratkan tindakan PAS ke tengah sebagai pendekatan Parti Buruh Britain yang memperkenalkan pergerakan “Buruh Baru” pada 1997.

Penganalisis politik Khoo Kay Peng juga bersetuju bahawa PAS kini lebih kredibel di kalangan orang Melayu berbanding PKR.

“PKR perlu melakukan sesuatu. Bukan Melayu kini melihat ke arah DAP dan orang Melayu kepada PAS,” katanya.

Dzulkefly, yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor mengakui bahawa akan ada sahaja masalah “apabila kami berusaha melebarkan” kedudukan.

“Tetapi ini adalah masa bagi kami untuk bertindak sebagai parti nasional perdana,” katanya lagi.


10 thoughts on “Kemenangan Erdogan ‘untungkan’ Hadi, bukan Anwar

  1. AMARAN.
    Sila buang perkataan berikut dari blog anda, pro ulamak, non ulamak, pro UG, anti UG, Erdogan. Perkataan kotor dan cemar ini tidak sepatutnya wujud dalam blog yang tidak BANGANG.

  2. Betulkah sebegitu? Apa yang saya dapat berdasarkan pemerhatian saya, PAS akan menerima masalah pada PRU 13 akan datang mungkin lebih teruk dari PRU 1986 dan PRU 2004. Dengan Pakatan Rakyat yang makin caca marba, PAS pula tunggang langgang menjadi lembu yang dicucuk hidung, ditunggang, permain-mainkan oleh DAP dan PKR, sudah tentu kredebiliti PAS akan tergugat dan ini akan memberi kesan kepada PAS pada PRU 13 akan datang. Kononnya bumiputera cenderung kepada PAS, itu mungkin nak sedapkan hati saja, kerana sebenarnya sokongan bumiputera kepada UMNO dan parti-parti bumiputera dalam Barisan Nasional adalah kukuh kerana pada PRU 12 yang lalu pun, UMNO masih unggul dalam menguasai undi-undi bumiputera, begitu juga dengan PBB yang menang semua sekali 35 kerusi DUN PRN Sarawak 2011 sedangkan PAS terkontang kanting dihanyutkan apabila tewas semua 5 kerusi yang ditandingi. Malahan sejak PRK Bagan Pinang, kedudukan PAS makin goyah kerana sokongan bumiputera kepada UMNO dan parti bumiputera adalah begitu kukuh kerana dalam PRK Bagan Pinang dan selepasnya, UMNO bukan saja dapat memenangi kerusi DUN berkenaan, malahan undi untuk UMNO juga meningkat berkali ganda, sedangkan undi untuk PAS pula makin merosot. Bumiputera sedar bahawa adalah tidak boleh diharapkan kepada PAS yang kini menjadi lembu dicucuk hidung yang diseret ke sana ke mari dan ditunggang ke sana sini oleh DAP dan PKR. Malahan PKR sendiri pun walaupun kononya parti bumiputera juga, tapi sikap dan kelakuan PKR menunjukkan mereka tidak serius dengan agenda bumiputera, maka ketika ini sokongan kepada PKR saya lihat hanya dari kelompok bukan bumiputera, itu pun makin merosot teruk. PKR juga akan rebah pada PRU 13 akan datang, DAP pula nampaknya makin kuat kerana politik perkauman yang mereka amalkan, kerjasama DAP dengan PKR dan PAS adalah untuk memecah undi bumiputera supaya DAP lebih dominan dari PAS dan PKR supaya segalanya ditentukan oleh DAP dan PKR serta PAS menjadi kerbau dan lembu yang dicucuk hidung untuk diseret ke sana sini saja. Walaupun begitu dengan sokongan yang kuat kepada Barisan Nasional dari kalangan masyarakat bumiputera, nampaknya Pakatan Rakyat akan kalah teruk pada PRU 13 akan datang terutama PAS, ini kerana DAP dan PKR ada juga kerusi dari kawasan bukan bumiputera, tapi PAS mungkin akan menerima padah lebih teruk dari PRU 1986, masa itu mereka hanya menang 1 kerusi parlimen saja, tapi pada PRU 13 akan datang, mungkin PAS akan menerima nasib sebagaimana PRN Sarawak baru-baru ini, tewas semua kerusi parlimen dan kalau menang kerusi DUN pun, PAS nampaknya tidak dapat menguasai Kedah dan Kelantan kerana kedua-dua negeri berkenaan sedang kuat sokongan penduduknya kepada Barisan Nasional. Sekian, terima kasih.

  3. Dr, apakah ada perbezaan wala’ kepada Majlis Syura dengan wala’ kepada prinsip2 perjuangan Islam?

  4. Pasukan baru PAS kali ini lebih mantap dan saya yakin akan mempunyai kebolehan untuk menjana transformasi scenario politik masa kini. Negara berkebajikan adalah konsep yang akan menguntungkan semua rakyat Malaysia kerana polisi ini adalah satu polisi yang peramah-rakyat ataupun disebut people-friendly dalam Bahasa Inggeris.

    Rakyat Malaysia yang inginkan keadilan dan masa depan yang cerah harus memilih PAS dan Pakatan Rakyat!

    1. Mantapkah? Lihat sajalah pada PRU 13 akan datang, PAS sekarang ibarat melukut ditepi gantang atau ibarat tisu untuk lap hingus DAP dan PKR saja dalam Pakatan Rakyat. Masyarakat bumiputera sudah tidak suka dengan sikap PAS yang dari dulu hingga sekarang tidak habis-habis menjadi perosak negara sendiri, asyik berpolitik setiap masa sedangkan pembangunan entah ke mana. Macamlah dengan ceramah maki hamun, demontrasi liar dan hasut menghasut itu dapat memajukan negara ini, sedarlah diri, kalau tidak dapat memberi kesenangan kepada orang pun, paling kurang jangan jadi perosak yang menyusahkan orang pula. Pimpinan PAS yang baru dengan kaki demontrasi liar serta ceramah maki hamun berkuasa, makin rancaklah ‘pembangunan’ ceramah maki hamun dan demontrasi liar, sedangkan pembangunan entah ke mana, makan dan kunyahlah puas-puas ceramah maki hamun dan demontrasi liar itu. Sedarlah diri, insaflah. Sekian, terima kasih.

    1. Tak relevan apanya, dulu kononnya kepimpinan ulama lebih baik, UMNO dituduh teruk kerana tak dipimpin oleh ulama oleh PAS. Sekarang ini lihatlah juara maki hamun dan demontrasi liar jadi Timbalan Presiden PAS dan Naib Presiden PAS, lebih teruk dari itu, golongan ulama dalam PAS telah ditendang ke tepi apabila hanya menjadi melukut di tepi gantang dalam PAS yang kini dikuasai oleh kelompok yang pro PKR dan DAP. Nampaknya PAS akan bermasalah nanti kerana kepimpinan PAS nampaknya makin bermasalah bila orang bermasalah yang suka bertindak liar seperti ceramah maki hamun dan berdemontrasi liar diangkat jadi pemimpin. Inilah PAS, semakin diserap oleh pengaruh PKR dan DAP, nanti retorik negara Islam PAS dan perundangan hudud akan berubah kepada negara sekular dan perundangan sekular dengan menghapuskan kedudukan istimewa agama Islam dalam perlembagaan dan menghapsukan kedudukan istimewa bumiputera dalam perlembagaan, PAS akan jadi pak turut PKR dan DAP, malahan PAS akan menjadi sejarah saja lepas ini. PRU 13 akan datang, bersiap sedialah untuk hukuman rakyat sebagaimana pada PRU 11 yang lalu apabila PAS memerintah Terengganu dengan sembarangan semborono dengan merosakkan kebun-kebun penduduk, kononnya ceroboh tanah, kemudian menindas kanak-kanak tadika yang dihalang bersekolah menggunakan balai raya, lepas itu Majlis Syura yang berperangai macam samseng bertindak sesuka hati terhadap penduduk, akhirnya PAS rebah di Terengganu, malahan tsunami politik 2008, PAS masih ditolak oleh majoriti pengundi di Terengganu. Kini dengan menjadi balaci dan pecaci PKR dan DAP, maka PAS akan lebih menjadi buruk, dibenci oleh pengundi yang melihat PAS adalah tidak relevan kerana tidak ubah seperti PKR dan DAP yang liberal dan bersikap menentang keistimewaan Melayu dan Islam sebagaimana yang ditetapkan dalam perlembagaan. Kamal AB, anda lihatlah sendiri dalam PRU 13 akan datang. Sekian, terima kasih.

      1. Begitulah hakikatnya Abu Usman, sepandai-pandai Pakatan Rakyat mengelirukan rakyat, akhirnya tembelang mereka terdedah di sana sini juga. Abu Usman, pertanyaan saya berkenaan penyelewengan, penipuan, salahlaku, salah guna kuasa dan penindasan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat, bila anda nak jawab? Jangan asyik nak larikan diri dari kenyataan Abu Usman? Tak guna serban sebesar bakul, jubah putih melepak, kononnya ulama dan tok guru, tapi perangai menjadi pemecah belah masyarakat dan menjadi penipu kerana ceramah saja lebih, kononnya negara kebajikan, tapi menindas dan menjadi perosak negara sebagaimana dalam pertanyaan yang hingga kini juak-juak Pakatan Rakyat takut nak jawab kerana mereka lebih rela bersekongkol dengan kemungkaran kerana tamakkan kedudukan dan kuasa? Nanti bila nak mati pesan pada anak cucu supaya kuburkan sekali kedudukan dan kuasa serta pangkat di dunia ini sebab itulah yang disayangi oleh anda semua di dunia ini hingga sanggup menjadi perosak negara dan perosak masyarakat. Sekian, terima kasih.

  5. Sdr Mohamad

    Sdr, antara lain berkata, “Masyarakat bumiputera sudah tidak suka dengan sikap PAS yang dari dulu hingga sekarang tidak habis-habis menjadi perosak negara sendiri, asyik berpolitik setiap masa sedangkan pembangunan entah ke mana. Macamlah dengan ceramah maki hamun, demontrasi liar dan hasut menghasut itu dapat memajukan negara ini, sedarlah diri, kalau tidak dapat memberi kesenangan kepada orang pun, paling kurang jangan jadi perosak yang menyusahkan orang pula. Pimpinan PAS yang baru dengan kaki demontrasi liar serta ceramah maki hamun berkuasa, makin rancaklah ‘pembangunan’ ceramah maki hamun dan demontrasi liar, sedangkan pembangunan entah ke mana, makan dan kunyahlah puas-puas ceramah maki hamun dan demontrasi liar itu. ”

    Sdr kena ingat Kerajaan UMNOBN bukan sahaja menguasai Kerajaan Pusat, bahkan, lebih penting lagi, menguasai dasar2 awam persekutuan membabitkan perihal undang2, belanjawan, projek, rancangan dan program dari segi cengkaman, kawalan dan penguatkuasaan, khasnya; melainkan dasar2 mengenai tanah yang meliputi hasil bumi dan agama yang kuasanya di bawah kerajaan negeri.

    Jika ditakdirkan Kerajaan BN ditumbangkan oleh pembangkang PR suatu masa nanti seperti tumbangnya Kerajaan Negeri BN di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah seperti yang kita saksikan sekarang, apa yang ahli UMNO dan para pendokongnya, khasnya seperti sdr boleh lakukan terhadap dasar2 awam persekutuan berkenaan pada ketika itu nanti, jika sdr marah sangat dengan parti PAS yang sdr kata tidak habis2 menjadi perosak negara, asyik berpolitik, cermah maki hamun, demontrasi liar dan hasut menghasut.?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s