10 Soalan MP Kuala Selangor Untuk Kerajaan Najib-BN Jawab

(i)             Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon penjelasan apakah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri dengan penggunaan istilah subsidi sebagai ‘candu-opium’ yang rakyat telah ‘ketagihan’ kerana berlawanan kebolehgunaannya ketika perlu dalam intervensi Polisi Fiskal –cukai dan subsidi, sesebuah kerajaan sebagai langkah pengimbangan atau ‘stabilising measures’ bagi menentukan pendapatan dan perbelanjaan dalam belanjawan negara.   

(ii)          Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Kewangan menjelaskan, sementara langkah meningkatkan simpanan SRR (Statutory Reserve Requirements) adalah menasabah dilakukan, Kuala Selangor memohon penjelasan mengapa BNM turut meningkatkan OPR dengan 0.25 percentage point ke 3% yang pasti akan meningkatkan BLR dan kos pinjaman serta berpotensi menjejaskan proses pemulihan (recovery) ekonomi negara.

(iii)         Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon penjelasan dari Menteri Kewangan apakah punca inflasi yang melonjakkan CPI (food and non-alcoholic beverages) kepada 4.7% pada bulan April lalu di sebab oleh faktor ‘demand pull’ atau ‘cost-push’ dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menangani beban yang ditanggung oleh rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

(iv)         Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Perdana Menteri (Menteri Kewangan) menjelaskan rasional kerajaan mengizinkan ‘internationalisation of ringgit’ atau mengizinkan ringgit digunakan dalam transaksi perdagangan‘offshore’ dan apa langkah-langkah konkrit kerajaan bagi mengelakkan kesan buruk risikonya atau ‘downsides risk’nya dengan izin.

(v)          Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Perdana Menteri menjelaskan tentang dakwaan pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi bahawa ETP dan EPP hanyalah projek-projek besar-mega, yang antara lainya, tidak menangani masalah struktural ekonomi negara sekaligus tidak mampu mengeluarkan Negara dari perangkap ‘pendapatan sederhana’ dan menjana ekonomi berpendapatan tinggi dan pendapatan per kapita seperti yang disasar dalam Model Ekonomi Baru (NEM).

(vi)         Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Perdana Menteri menerangkan mengapa Malaysia jatuh 6 tangga dalam kajian ‘Dayasaing-Competitiveness’ yang dibuat oleh ‘The Institute of Management Development (IMD) World Competitive Rankings meskipun lebih baik dalam kajian yang dibuat oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC).

(vii)       Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)  meminta Perdana Menteri menjelaskan dakwaan kajian “The 2010 Prices and Wages report by Swiss bank UBS AG” yang menunjukkan bahawa warga Kuala Lumpur hanya mempunyai 33.8% dari kuasa membeli (purchasing power) berbanding warga New York, 42% kuasa membeli warga London, 33.7% warga Sydney dan 31.6% warga Zurich sekaligus melenyakan persepsi bahawa kos dan saraan kehidupan di negara ini adalah murah.

(viii)      Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon penjelasan dari Perdana Menteri, dengan tidak menggunakan peruntukan ISA dan Akta Hasutan, apakah langkah-langkah yang telah difikirkan kerajaan bagi menangani kegiatan jahat yang sengaja mengapi-api pertentangan kaum dan agama di negara ini, khususnya yang dilakukan Perkasa dan Utusan Malaysia.

(ix)         Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menerangkan kedudukan projek Langat 2 yang bakal menelan belanja RM8.65 bilion bagi menampung kekurangan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putajaya yang dikatakan akan menghadapi margin simpanan yang kritikal pada tahun 2014.

(x)          Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon Perdana Menteri menerangkan kedudukan terkini projek Empangan Bakun khasnya jumlah tenaga yang benar-benar mampu dijana setelah RM12.5 bilion di laburkan, isu keselamatan (safety) empangan itu sendiri, pembeli tenaga dan apakah langkah-langkah penyelesaian yang telah dirumuskan oleh kerajaan bagi mengatasinya.


38 thoughts on “10 Soalan MP Kuala Selangor Untuk Kerajaan Najib-BN Jawab

  1. Yang Berhormat Dr. Dzul,

    10 soalan yang amat bagus sekali, kebanyakan daripada soalan itu adalah mengenai isu kewangan dan ekonomi.

    Saya amat pasti bahawa Kerajaan BN khususnya Perdana Menteri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan tidak mampu menjawab satu soalan pun.

  2. Itu kena tanya Perdana Menteri sendirilah. Tapi pada pemahaman saya, kenyataan Perdana Menteri itu adalah bermaksud rakyat terlalu selesa dalam keadaan subsidi hinggakan tidak mempedulikan keadaan kewangan negara yang sedang diuruskan oleh kerajaan. Tetapi saya tidak menyalahkan rakyat dalam hal ini kerana saya pun rakyat juga. Ini berlaku kerana hasutan Pakatan Rakyat untuk merosakkan pemikiran rakyat supaya rakyat jadi benci pada Kerajaan Barisan Nasional sedangkan Kerajaan Barisan Nasional tidak bersalah kerana berbuat sesuatu atas dasar kemampuan kerajaan, lebih-lebih lagi, kenaikan harga barang bukannya di Malaysia sahaja, malah di seluruh dunia. Walaupun minyak petrol di Arab Saudi lebih murah dari Malaysia, tapi air di Arab Saudi lebih mahal dari Malaysia, begitu juga dengan barangan elektronik, sayur-sayuran dan buah-buahan serta berbagai benda lain lebih mahal di Arab Saudi berbanding di Malaysia. Pakatan Rakyat tidak bersikap adil dan benar dalam berbicara berkenaan subsidi dan harga barang ini kerana mereka mahu mengelirukan rakyat. Ini adalah satu sikap yang tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab lebih-lebih lagi dari parti yang kononnya perjuangkan Islam, parti yang kononnya perjuangkan keadilan, dari parti yang kononnya perjuangkan semua kaum, tapi hakikatnya parti-parti dalam Pakatan Rakyat adalah terlalu tamakkan kuasa hingga tak tahu bersabar, ibarat tak mahu naik tangga, tapi nak terbang, lihatlah kemampuan diri dan kesudahan dan penderitaan orang lain kerana sikap tamak sedemikian. Insaflah wahai Pakatan Rakyat. Sekian, terima kasih.

  3. Mana dia komen saya Drs. Dzul? Profesional dan intelekkah kalau memadam komen saya? Kalau nak padam komen lebih baik tutup saja blog ini dan humbankan peralatan komputer anda ke tempat pembuangan sampah sajalah. Kalau siarkan balik, tak apalah, teruskan berblog. Sekian, terima kasih.

  4. Nampaknya Drs. Dzulkefly telah bimbang dengan pendedahan yang saya lakukan untuk menyelamatkan Barisan Nasional dari dizalimi oleh Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan betapa pimpinan Pakatan Rakyat memang teruk dan keji dalam tindakan hingga sanggup menipu demi kepentingan peribadi. Kalau komen-komen saya disekat, apakah anda mengamalkan demokrasi yang sebenarnya sebagaimana yang Pakatan Rakyat melalak dalam demontrasi seperti BERSIH, tapi sebenarnya PENIPU. Inikah sikap intelek pimpinan PAS? Patutnya pimpinan seperti ini tak payah bertanding dalam pertandingan parti PAS dan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor. Malahan tak payahlah anda nak berblog kerana anda penakut dan bersikap penipu. Patutnya segala kelengkapan komputer anda untuk berblog itu dihumbankan ke tempat pembuangan sampah. Saya telah berikan peringatan kepada anda sebelum ini supaya bersikap adil dan bersikap profesional kerana anda mengaku kononnya anda profesional dan intelek, tapi inikah sikap seorang yang profesional dan intelek? Memadamkan komen yang memberikan jawapan dan pertanyaan adakah itu profesional dan intelek? Itu umpama orang yang tidak bersekolah, tiada pelajaran, tiada pendidikan. Ini menunjukkan anda tidak layak menjadi pemimpin dan tidak layak menjadi ahli parlimen kerana hanya merapu di dalam parlimen dan bersikap semberono di luar parlimen dengan bersekongkol dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain untuk mengkucar kacirkan negara ini dengan politik tidak bermoral anda. Insaflah, sedarlah, sekian, terima kasih.

  5. Nampaknya komen-komen saya menjawap persoalan yang dipersoalkan oleh Drs. Dzul dalam artikelnya kinit tidak disiarkan kerana beliau takut dengan hakikat bahawa Pakatan Rakyat itu teruk dan tiada kualiti. Kalau berani silalah siarkan komen-komen saya itu. Sehingga kini sudah banyak kali komen saya menjawab pertanyaan Drs. Dzul seperti di artikel di atas telah dipadam dan disekat, tetapi komen lain pula yang disiarkan. Inikah keadilan? Inikah sikap amanah sebagai pemimpin? Inikah sikap seorang ahli parlimen? Anda tidak layak jadi ahli parlimen kerana anda tidak layak jadi pemimpin disebabkan anda tidak berani berhadapan dengan kebenaran. Kalau sebelum ini Anwar Ibrahim yang kononnya gah dengan slogan “Kalau Takut Dikritik, Usah Bicara Soal Perjuangan” telah menyekat dan memadam komen saya yang mengkritik dan membidas sikap dan artikel-artikel beliau dalam Blog Harapan Baru Malaysia yang tidak boleh diharap itu. Kini Drs. Dzul pun telah menjadi seperti Anwar Ibrahim, penakut kerana tidak mampu untuk menjawab soalan saya, terus padam dan sekat, tapi komen lain disiarkan pula. Mana dia Dinsaujani, mana di Kamal AB, mana dia Abu Usman, mana dia Emanuel Joseph, mana dia Sputjam, begitu juga mana dia Black Arrow yang selalu menuduh kerajaan Barisan Nasional dengan tuduhan melulu. Lihatlah sikap pimpinan anda yang anda sanjung sebagai baik sangat ini, memadamkan komen saya yang mana beliau tak berani berhadapan dengannya. Insaflah, sedarlah diri. sekian, terima kasih.

      1. Apahal ini Encik Kamal AB, mengapa fitnah saya sedemikian? Apakah anda tidak sedar akan dosa pahalakah? Patutnya orang yang menyokong PAS patutnya lebih tahu akan hal ini kerana maklumlah PAS kononnya parti Islam. Tetapi tidak apalah, saya maafkan anda kerana saya ini bukanlah orang yang suka berdendam. Tetapi agak mendukacitakan kerana anda tidak profesional dalam perbahasan ini. Tidak payahlah nak babitkan TV 3 dan Utusan Malaysia kerana mereka tidak terlibat dalam membayar saya untuk memberi komen di blog ini, malahan tiada sesiapa yang membayar saya untuk beri komen di blog ini. Saya adalah sukarela memberi komen di blog ini. Anda patutnya malu dengan sikap sendiri, insaflah. Sekian, terima kasih.

  6. Dengan sikap begini, maka Pakatan Rakyat akan mendedahkan dirinyayang sebenar kepada rakyat bahawa mereka memang tiada kualiti dalam pentadbiran kerana sanggup memadam dan menyekat komen-komen yang menjawab pertanyaan mereka kerana mereka tidak berani berhadapan dengan kebenaran. Kononnya mereka ingat dengan menyekat komen saya mereka dapat menidakkan kebenaran. Insaflah kerana kebenaran akan terserlah sekiranya kebenaran itu dizalimi sebagaimana yang berlaku terhadap komen-komen saya. PAS akan menerima padahnya pada PRU 13 akan datang di atas sikap mereka yang tidak berhemah ini. Insaflah. Sedarlah diri. Sekian, terima kasih.

  7. Kamal AB, Dinsaujani, Sputjam, Emanuel Joseph, Black Arrow, Abu Usman, dan lain-lain penyokong tegar Pakatan Rakyat, lihatlah sikap pemimpin kamu yang sanggup padam komen saya kerana tidak sanggup berhadapan dengan kebenaran. Pergilah tolong Drs. Dzul yang terkial-kial hendak memutar belitkan kenyataan saya dan tidak sanggup berhadapan dengan kebenaran yang dibongkar oleh saya melalui komen-komen saya. Kalau berani siarkanlah komen-komen saya kerana saya tidak peduli samada orang memaki hamun saya kerana komen-komen saya itu kerana saya berpendapat saya dipihak yang benar, buat apa saya nak takut? Seperti kata pepatah orang tua-tua, “Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah”, kalau tak puas hati dengan komen saya sila jawab balik, sekiranya saya sebagai rakyat biasa boleh terima kritikan, bagaimanakah seorang Ahli Parlimen seperti Drs. Dzul tidak dapat menerima kritikan dan cabaran dari komen-komen saya? Nak jadi pemimpin macam mana kalau beginilah sikapnya? Malahan sekiranya Drs. Dzul terkinja-kinja menanyakan 10 soalan terhadap Perdana Menteri, patutnya Drs. Dzul melihat apakah sumbangan beliau terhadap negara ini jika dibandingkan dengan sumbangan Perdana Menteri terhadap negara ini, setidak-tidaknya sumbangan Drs. Dzul kepada Kuala Selangor, apakah sumbangannya? Tak payahlah nak berbangga diri nak menghina orang sedangkan diri sendiri lebih buruk dan tidak bekelayakan dari orang yang dihina itu. Insaflah, sedarlah diri. Sekian, terima kasih.

  8. Drs. Dzul, macam mana pula dengan isu Majlis Bandaraya Shah Alam yang dipaksa oleh DAP untuk membatalkan larangan jualan arak dan judi di kawasan pentadbirannya? Inikah perjuangan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS sekiranya PAS terpaksa menjadi pecacai kepada DAP hingga nak membela Majlis Bandaraya Shah Alam pun dari dizalimi oleh DAP yang zalim itu apahal pula? Apa ini PAS, cakap dalam ceramah berapi-rapi dan berdegar-degar tentang arak dan judi, tapi bila DAP jeling supaya jangan cakap banyak pasal arak dan judi PAS boleh terkucil, terketar-ketar dan menggigil ketakutan. Nampaknya PAS telah menjadi balaci suruhan DAP sahaja. Apa guna pimpinan PAS sekiranya mereka menjadi balaci suruhan DAP? Itulah, terkinja-kinja macam beruk gatal menuduh itu dan ini, tapi diri sendiri teruk dan tidak berkelayakan. Sedarlah diri, insaflah. Sekian, terima kasih.

    1. Komen ini adalah dibatalkan kerana tertinggal perkataan, sila rujuk komen yang telah dibetulkan seperti di bawah. Sekian, terima kasih.

      1. Komen di atas tertinggal beberapa perkataan dan dibatalkan. Berikut dikemukakan komen yang telah dibetulkan.

        Drs. Dzul, macam mana pula dengan isu Majlis Bandaraya Shah Alam yang dipaksa oleh DAP untuk membatalkan larangan jualan arak dan judi di kawasan pentadbirannya? Inikah perjuangan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS sekiranya PAS terpaksa menjadi pecacai kepada DAP hingga nak membela Majlis Bandaraya Shah Alam pun dari dizalimi oleh DAP yang zalim itu pun PAS tak dapat buat, apahal pula? Apa ini PAS, cakap dalam ceramah berapi-rapi dan berdegar-degar tentang arak dan judi, tapi bila DAP jeling supaya jangan cakap banyak pasal arak dan judi PAS boleh terkucil, terketar-ketar dan menggigil ketakutan. Nampaknya PAS telah menjadi balaci suruhan DAP sahaja. Apa guna pimpinan PAS sekiranya mereka menjadi balaci suruhan DAP? Itulah, terkinja-kinja macam beruk gatal menuduh itu dan ini, tapi diri sendiri teruk dan tidak berkelayakan. Sedarlah diri, insaflah. Sekian, terima kasih.

  9. Komen di atas tertinggal beberapa perkataan dan dibatalkan. Berikut dikemukakan komen yang telah dibetulkan.

    Drs. Dzul, macam mana pula dengan isu Majlis Bandaraya Shah Alam yang dipaksa oleh DAP untuk membatalkan larangan jualan arak dan judi di kawasan pentadbirannya? Inikah perjuangan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS sekiranya PAS terpaksa menjadi pecacai kepada DAP hingga nak membela Majlis Bandaraya Shah Alam pun dari dizalimi oleh DAP yang zalim itu pun PAS tak dapat buat, apahal pula? Apa ini PAS, cakap dalam ceramah berapi-rapi dan berdegar-degar tentang arak dan judi, tapi bila DAP jeling supaya jangan cakap banyak pasal arak dan judi PAS boleh terkucil, terketar-ketar dan menggigil ketakutan. Nampaknya PAS telah menjadi balaci suruhan DAP sahaja. Apa guna pimpinan PAS sekiranya mereka menjadi balaci suruhan DAP? Itulah, terkinja-kinja macam beruk gatal menuduh itu dan ini, tapi diri sendiri teruk dan tidak berkelayakan. Sedarlah diri, insaflah. Sekian, terima kasih.

  10. Pakatan Rakyat melalui Harakah hari ini menyiarkan berita keji lagi dengan menuduh Utusan Malaysia menjadi batu api menghentam pimpinan MCA dan UMNO berkelahi dengan teruk dengan MCA. Inilah sikap Pakatan Rakyat yang makin hari makin teruk, makin keji hingga sanggup menjadi akhbar (Harakah itu akhbarkah?) sebagai alat perosak hubungan kaum demi meraih populariti politik murahan. Malahan kenyataan dalam akhbar berkenaan nampaknya ditulis secara keterlaluan seolah-olah UMNO memaki hamun MCA dan MCA memaki hamun UMNO dengan begitu teruk sekali sedangkan hakikatnya tidak begitu kerana berdasarkan media perdana termasuklah media di televisyen di mana kita boleh lihat percakapan antara kedua-dua pimpinan dari UMNO dan MCA tidaklah sebagaimana yang digambarkan oleh Harakah yang bersikap buruk itu. Sudah-sudahlah Harakah dan PAS, janganlah jadi alat syaitan untuk memburukkan hubungan antara manusia. PAS kononnya parti Islam, tapi kelakuan apakah mencerminkan Islam? Lihat Harakah sudahlah, macam alat syaitan untuk merosakkan hubungan manusia dengan berita-berita palsu dan berniat jahat. Inikah tuntutan Islam? Sudah tentu tidak sama sekali kerana perbuatan merosakkan perpaduan antara manusia adalah kesukaan syaitan dan iblis. Jadi PAS dan Harakah cerminlah diri mereka puas-puas di cermin yang besar supaya dapat lihat seluruh diri mereka kerana merek lihat di muka cantik sangat, tapi di tangan penuh kurap, di kaki penuh panau, di perut ada sopak dan lain-lain lagi, insaflah, sedarlah diri. Sekian, terima kasih.

  11. “Namun di Jalan Pahang Barat, kedai 7-Eleven yang bersebelahan dengan pejabat Harakah sendiri, minuman keras masih dijual di situ. Ini kerana kawasan ini bukan dikira kawasan penduduk Islam.” Dipetik dari Harakah bertarikh 25 Mei 2011.

    Harakah berpejabat di sebelah kedai arak. Encik Abu Usman ada ulasankah? Renungkanlah, sekian, terima kasih.

  12. Rakyat bermaklumat jadi ‘bom jangka’ Umno
    Harakahdaily  

    KUALA LUMPUR, 25 Mei: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Umno takut rakyat bermaklumat kerana ia akan menjadi bom jangka untuk menumbangkan Umno.
    Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas luahan Datuk Dr Fuad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi Umno selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Raja.
    Fuad berkata, pendekatan pembangkang boleh mempengaruhi pemikiran anak muda melalui media baru  seperti blog, Facebook dan Twitter.
    “PAS mengharapkan semua jentera penerangan parti perlu melipat gandakan usaha penerangan dan penyerangan supaya rakyat di peringkat akar umbi memahami perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat serta mengetahui penyelewengan BN,” kata Idris kepada Harakahdaily.
    Katanya, BN resah dengan teknologi maklumat tanpa sempadan.
    Beliau menambah, mereka hanya boleh kongkong media bercetak dan berlesen sahaja, tetapi mereka gagal membendung media baru yang mempunyai kuasa tersendiri.
    Katanya, segala fitnah yang mereka siarkan dalam media perdana, terus dijawab dalam beberapa minit sahaja dengan fakta dan data.
    Tegasnya, PAS yakin keresahan Fuad akan menjadi kenyataan jika jentera Penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mengoptimumkan penggunaan media baru untuk melakukan pencerahan minda rakyat yang rosak angkara media perdana yang tidak beretika.

    Dipetik dari Harakah Daily.net.

    Inilah sikap PAS sentiasa memutar belitkan kenyataan pimpinan UMNO untuk kepentingan diri mereka. Sebenarnya memang benar kenyataan dari Dr. Mohd Puad bin Zarkashi itu kerana Pakatan Rakyat sama PAS, PKR atau DAP memang menggunakan media untuk menghasut orang ramai supaya membenci kerajaan sedangkan kerajaan sebenarnya tidak bersalah. Misalnya macam isu kemelesetan ekonomi, Pakatan Rakyat menghasut rakyat supaya membenci kerajan, tak cukup dengan itu mengadakan demontrasi liar hingga menyebabkan keadaan ekonomi makin teruk. Sebenarnya Pakatan Rakyat adalah petualan perosak negara kerana sanggup berbuat apa saja untuk kepentingan peribadi. Tak malukah bersikap sedemikian. Hanya pandai tuduh itu dan ini, tapi cara penyelesaian tak ada. Macamlah dengan berdemontrasi liar itu boleh pulihkan ekonomi serta merta. Kemudian beri pula cadangan merapu untuk terus merosakkan ekonomi negara melalui Buku Jingga merapu itu. Macamlah kerajaan cap duit sesuka hati untuk dibelanjakan sewenang-wenangnya. Idris Ahmad patutnya sedar diri akan hal ini kerana sudahlah pakai kopiah putih atas kepala macam Ustaz, malahan dia sendiri kononnya Ustaz kerana membahasakan dirinya Ustaz, tapi lihatlah kelakuan diri apakah mencerminkan seorang Ustaz? Patutnya golongan yang lebih dewasan memberikan teladan baik kepada golongan muda, tapi sebaliknya golongan lebih dewasan memberikan teladan keji kepada golongan muda dengan mengajar golongan muda membenci kerajaan, menghasut golongan muda menjadi pendemontrasi liar, mengajar golongan muda berperangai biadap melalui ceramah maki hamun dan caci mencaci oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Sedarlah diri dan insaflah. Saya tidak kisah kalau orang nak caci saya berdasarkan komen saya ini. Cacilah sepuas hati dan saya akan balas balik sekiranya cacian yang dilemparkan itu berdasarkan nafsu serakah yang dipandu oleh syaitan dan iblis. Saya bersedia segalanya, sebab itulah saya berani berdebat dalam blog ini walaupun terpaksa menentang puluhan atau mungkin lepas ini ratusan malahan kalau ribuan penyokong tegar Pakatan Rakyat sekali pun saya tidak akan berganjak dari memberikan komen dan berdebat demi kepentingan negara dan rakyat. Sekian, terima kasih.

  13. Saya harap persoalan yang dibangkitkan Dr Dzul akan dijawab oleh Najib dan kerajaannya. Sekurang-kurangnya nampaklah kredibel sikit PM di mata masyarakat. Tapi janganlah jawapannya sekadar “kita kerajaan bertanggungjawab dan jika dilakukan (itu dan ini) negara akan bankrap”

    1. Kamal AB, apahal pula Drs. Dzul pergi padam dan sekat komen saya yang menjawab pertanyaan dia dalam artikel di atas? Perdana Menteri adalah sibuk, kerana ADUN dan Ahli Parlimen biasa pun sentiasa sibuk ke sana ke mari menguruskan kemudahan dan menyelesaikan permasalahan rakyat. Itu ahli parlimen dan ADUN dari BN di tempat saya tinggal sekarang inilah, ADUN dah ahli parlimen Pakatan Rakyat tak tahulah macam mana kerana di kawasan parlimen dan DUN mereka sendiri pun tak nampak muka, sibuk apa pun tak tahulah?

      Saya sebagai penyokong Barisan Nasional berasa terpanggil menjawab persoalan yang diutarakan oleh Drs. Dzul di atas. Apa takut jawapan yang dijawab oleh saya itu menampakkan kedangkalan sikap Pakatan Rakyat yang tidak tahu berfikir untuk kepentingan negara dan rakyat tetapi hanya sibuk mencetuskan isu-isu untuk memberikan masalah kepada kerajaan supaya kerajaan dihina dan dicaci maki kemudian Pakatan Rakyat boleh ambil kesempatan? Inilah sikap Pakatan Rakyat, cakap saja pandai, berdegar-degar bila berceramah politik, itulah sahaja, tapi tindakan pandir, dan sunyi sepi bila hendak diminta cara penyelesaian.

      Berkenaan Buku Jingga itu jelas adalah tidak munasabah mengikut kaedah dalam Buku Jingga itu kerana ia akan menyebabkan negara menjadi bermasalah dari segi kewangan sekiranya semua benda kerajaan tanggung tanpa melihat keupayaan kewangan negara. Nanti bila jadi macam sebuah negara di Mediterranean yang ketika ini bergelut dengan krisis ekonomi kerana berbelanja sewenang-wenangnya mungkin kerana hendak populariti politik, kesannya kewangan negara berkenaan menjadi begitu kritikal bukannya kerana kurang wang lagi, tapi sudah sampai tahap berhutang yang susah hendak dijelaskan, negara berkenaan berkemungkinan akan muflis sekiranya tidak dibantu oleh negara lain, tapi negara lain pun ada masalah kewangan juga, nak bantu negara berkenaan, silap-silap dua-dua bankrap. Itulah Pakatan Rakyat hanya pandir memainkan isu sahaja, mereka tak fikir kesan jangka panjang, melihat kesan jangka pendek semata-mata. Sedarlah diri. Insaflah. Sekian, terima kasih.

      1. “Berkenaan Buku Jingga itu jelas adalah tidak munasabah mengikut kaedah dalam Buku Jingga itu kerana ia akan menyebabkan negara menjadi bermasalah dari segi kewangan sekiranya semua benda kerajaan tanggung tanpa melihat keupayaan kewangan negara.”

        – Oh yes, text book BN respond. Wait-a-go Captain obvious! Just the very respond I have been waiting for.

      2. Memang benar, Buku Jingga itu memang tidak munasabah kerana ia adalah perkara kitar semula dari menifesto PRU 12 dan ditokok tambah dengan beberapa penipuan baru. Itulah, menifesto PRU 12 pun tak terlaksana, ada hati nak berjanji itu dan ini lagi. Sedarlah bahawa Pakatan Rakyat hanya pandai menipu dan menghasut tapi tak tahu buat kerja kerana mereka janji itu ini dalam menifesto PRU 12 yang lepas, tapi hingga kini lebih 80% tak dibuat kerana Pakatan Rakyat lebih sibuk berdemontrasi liar, menghasut masyarakat, ceramah maki hamun, sibuk merobohkan kedai bumiputera/Islam dan India, sibuk menguncikan balai raya hingga kanak-kanak tadika KEMAS tak dapat belajar. Sedarlah diri, jangan hanya dimulut berjanji macam-macam, tapi lain pula yang dibuatnya. Insaflah, sedarlah diri.

        Barisan Nasional walaupun dituduh menindas rakyat, dituduh zalim, tapi buat jalan raya, mansuhkan bayaran tol di beberapa lebuhraya, bina balai raya baru untuk kegunaan masyarakat, beri latihan kepada belia-belia untuk dapatkan kemahiran supaya mendapat pekerjaan dan perniagaan, bantu bina rumah golongan yang tidak berkemampuan dan macam-macam lagi. Tak mahulah saya senaraikannya semua kerana banyak sangat tak larat nak taip. Sedarlah Barisan Nasional banyak memberi khidmat bakti kepada rakyat walaupun dihina dan dicaci oleh Pakatan Rakyat yang jelas tak reti buat kerja itu. Insaflah, sedarlah diri. Sekian, terima kasih.

      3. Kamal AB, untuk makluman anda Kerajaan Barisan Nasional telah ada perancangan ekonomi yang tersendiri untuk mengatasi masalah ini. Misalnya Program Transformasi Kerajaan telah menggariskan cara-cara tertentu untuk mengurangkan pembaziran dan meningkatkan produktiviti serta hasil. Malahan program perancangan ekonomi negara yang jauh lebih baik dari Buku Jingga Pakatan Rakyat itu adalah Wawasan 2020 yang sedang dalam proses untuk dicapai. Tapi sekiranya ada gangguan dari Pakatan Rakyat yang menjadi perosak dalam pembangunan kerajaan, maka susahlah hendak mencapai pembangunan yang optimum. Sedarlah, sebenarnya Barisan Nasional telah punya perancangan yang lebih jelas, lebih realistik dan mempunyai kayu ukur untuk dinilai secara munasabah, bukannya macam Buku Jingga, belanja sesuka hati, biarkan hasil negara berkurangan, kalau begitulah keadaanya, macam mana kerajaan nak uruskan negara ini? Nak buat pembangunan, nak bayar gaji kakitangan awam, nak beri subsidi, dengan apa, dengan air liur? Atau dengan daun macam kanak-kanak main jual beli? Atau pergi mencuri dan merompak? Sedarlah bahawa kerajaan bukannya ada mesin cap duit di pejabat untuk mencetak wang sesuka hati kerana negara kita perlu mengikut tatacara pengurusan kewangan antarabangsa. Sedarlah diri, insaflah, ada lagi anda nak komen, nak bantah, boleh terus komen dan bantah, saya sedia menerimanya. Sekian, terima kasih.

    2. Kalau ditanya dalam Parlimen, insyaAllah akan dijawab oleh Perdana Menteri, kalau sekadar dalam blog ini saja, minta maaflah, Perdana Menteri terlalu sibuk untuk menguruskan negara. Bukannya macam Pakatan Rakyat, boleh berseronok dan bergelak ketawa walaupun negara dalam keadaan bermasalah, tak cukup dengan itu menambahkan lagi masalah-masalah lain hingga membebankan Kerajaan Barisan Nasional. Insaflah, sedarlah diri. Saya akan terus memberi komen di sini untuk membongkar keterukkan Pakatan Rakyat demi negara dan rakyat.

      Sekian, terima kasih.

    3. Begitu juga pertanyaan saya terhadap Drs. Dzul berkenaan perkembangan dan pembangunan di Parlimen Kuala Selangor, silalah jawab untuk menunjukkan kredibeliti anda sebagai ahli parlimen. Jangan asyik nak persoalkan itu dan ini saja, tapi diri sendiri lebih teruk dari orang yang dipersoalkan itu. Mungkin Kamal AB ada hujah nak jawab persoalan saya terhadap Drs. Dzul, dipersilakan, begitu juga dengan Abu Usman, Dinsaujani, Black Arrow, Sickening, Emanuel John, Serious Shepherd, Malaysia dan juga Dr. Amir silalah memberi hujah berkenaan persoalan saya terhadap Drs. Dzul ini. Meskipun begitu, Drs. Dzul hendaklah memberikan penjelasan berhubung perkara ini kerana sebagai ahli parlimen di Kuala Selangor, sekiranya tidak tahu apa perkembangan dan tiada pembangunan di Kuala Selangor, apa gunanya ada ahli parlimen di sana, dan ahli parlimen berkenaan patutnya letak jawatan sajalah, kalau setakat hanya tahu persoalkan itu dan ini, kemudian menghasut, tak cukup lagi ditambah pula dengan demontrasi liar hingga ditangkap oleh polis, apa punya pemimpin kalau begitu sikapnya? Saya bukannya membenci PAS kerana PAS, tetapi saya tidak suka dengan PAS kerana sikap pimpinan dan ahli-ahlinya (tidak semua, tapi kebanyakan) adalah ekstrem dan tidak tahu untuk bekerjasama dengan kaum lain bagi sama-sama menjayakan negara ini sebagamana yang dibuat oleh UMNO, PBB, PBRS dan lain-lain parti bumiputera dalam Barisan Nasional yang bekerjasama dengan MCA, MIC, Gerakan, dan lain-lain parti komponen bukan bumiputera dalam Barisan Nasional untuk menjayakan negara ini. Malahan kerjasama PAS bersama DAP adalah menipu diri sendiri kerana PAS dan DAP adalah berbeza dan satu tidak tahulah bagaimana pimpinan dan ahli PAS dapat menerima ideologi Malaysian Malaysia DAP yang mahu menghapuskan keistimewaan bumiputera dan tidak mahu mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam sebagaimana yang dimahukan oleh PAS. Malahan DAP juga sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, apakah dapat menerima konsep negara Islam PAS dan dapat menerima sistem perundangan hudud yang dicanang-canangkan oleh PAS? Tetapi pada ketika ini, nampaknya PAS terpaksa mengalah dengan DAP apabila konsep negara Islam dan sistem perundangan hudud yang dicanang-canangkan oleh PAS sebelum ini telah sunyi sepi, malahan pimpinan PAS makin galak menyokong DAP untuk menghapuskan keistimewaan bumiputera, saya yakin pimpinan PAS telah kelentong ahlinya kerana mustahil ahli PAS dapat terima penyingkiran keistimewaan bumiputera dan keistimewaan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Drs. Dzul adakah anda mempunyai jawapan untuk perkara ini? Silalah menjawabnya kerana saya begitu menantikan jawapan seorang ahli parlimen yang kononnya profesional dan intelek hingga sanggup menghina kerajaan Barisan Nasional yang dituduh macam-macam itu. Silalah jawab. Sekian, terima kasih.

  14. Sudah ke mana hilangnya juak-juak Pakatan Rakyat yang sebelum ini sesuka hati menghina kerajaan tanpa melihat kenyataan yang sebenarnya?

    Biarlah, adalah lebih baik saya memberikan penerangan yang lebih jelas tanpa gangguan juak-juak Pakatan Rakyat tersebut. Malahan sekiranya ada pengungjung baharu yang ingin sama-sama berkongsi maklumat untuk kepentingan negara, saya sedia berbincang. Tapi untuk kepentingan negaralah, kalau untuk kepentingan politik peribadi dengan penuh hasutan dan maki hamun, tak payahlah, saya akan bidas kembali. Insaflah, sekian, terima kasih.

  15. Tuduhan oleh Pakatan Rakyat bahawa kerajaan bertindak zalim menaikkan harga barang sesuka hati adalah tidak berasas kerana walaupun harga petroleum makin naik di pasaran antarabangsa, tetapi kerajaan tidak menaikkan harga diesel, petrol RON 95 dan gas memasak sebagaimana yang digembar gemburkan oleh Pakatan Rakyat dalam beberapa hari sebelum ini. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah perihatin kepada rakyat dengan mengekalkan harga diesel, petrol RON 95 dan gas memasak kerana melihat kepentingan negara dan rakyat adalah perlu diutamakan. Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan ikhlas untuk berkhidmat untuk negara dan rakyat, silalah pergi pantau stesen minyak petrol dan diesel di sempadan dan bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan dengan kegiatan penjualan petrol RON 95 dan diesel bersubsidi kepada kenderaan dari negara luar. Itu barulah ada usaha untuk bantu kerajaan kerana kakitangan kerajaan dari Kementerian Hal Ehwal Pengguna tidak dapat untuk memantau seluruh stesen minyak kerana banyak lagi kegiatan salah yang perlu mereka pantau dan pergi tangkap. Malahan di Kelantan, Kedah yang berhampiran dengan negara jiran di mana kegiatan seludup diesel dan petrol RON 95 yang bersubsidi berlaku dengan agak banyak, silalah tolong pantau, kalau sekadar melalak di kedai kopi atau ditengah jalan menuduh itu dan ini tanpa ada usaha untuk menolong, apa gunanya? Harapnya Pakatan Rakyat mengambil iktibar akan perkara ini dan janganlah terlalu mementingkan diri dengan menganggap semua kerja-kerja membenteras penyeludupan itu semua kerja kerajan Barisan Nasional semata-mata, malahan PAS di Kedah dan di Kelantan pun kerajaan negeri juga, sama-samalah bantu. Jangan hanya tahu berpolitik dan menyalahkan orang semata-mata tapi langsung tak reti nak menolong. Insaflah, sekian, terima kasih.

  16. Bolehkah Drs. Dzul dan Pakatan Rakyat berikan faedah yang didapati oleh negara dan rakyat dalam siri-siri demontrasi liar yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat pada setiap tahun itu? Sedarkah bahawa ramai peniaga kecil terpaksa menutup kedai dengan lebih awal kerana bimbang tindakan ganas pendemontrasi yang sudah lupa daratan itu. Begitu juga, pihak polis yang sebenarnya ada kerja lain yang lebih mustahak seperti menangkap pencuri, menangkap pengedar dadah yang jahanam itu, dan lain-lain kerja untuk membantu masyarakat telah dibazirkan masa mereka mengawal demontrasi liar Pakatan Rakyat tersebut. Begitu juga imej negara juga buruk di kalangan masyarakat luar negara yang melihat negara ini tidak aman hingga mengurangkan kedatangan pelancong dari luar negara dan negara luar menganggap negara ini zalim dan tidak mengimport barang dari Malaysia sebagai protes sedangkan sebenanya negara ini baik dan aman damai. Pakatan Rakyat telah mencemarkan imej negara dan merosakkan ekonomi negara dengan kegiatan tidak bermoral seperti demontrasi liar tersebut. Drs. Dzul dan Pakatan Rakyat boleh beri penjelasan akan perkara ini? Saya menunggu penjelasan dari anda, itu kalau tahu jawablah, kalau tak reti jawab itu saya fahamlah, bila anda tak jawab maka tak reti jawablah, betulkan? Saya menunggu jawapan dari anda. Sekian, terima kasih.

  17. Drs. Dzul dan PAS, apakah ceramah maki hamun dan mencaci dibenarkan dalam Islam? Apakah hukumnya menghina orang dengan perkataan Pandi Kutty atau dalam Bahasa Melayu disebut Anak Babi oleh seorang pimpinan tinggi dalam Pakatan Rakyat? Apakah Islam membenarkan ceramah politik sedemikian rupa? Bolehkah Drs. Dzul dan PAS jelaskan, maklumlah dalam PAS bukankah ramai tok guru, ustaz, ustazah, alim ulama yang ada ijazah berjela-jela dari Darul Uloom, Deoband, India, dari Universiti Madinah, Arab Saudi, dari Al-Azhar, Mesir dan dari lain-lain universiti yang kononnya terlalu pandai dan alim hingga digelar ustaz, ustazah, ulama, dan tok guru malahan yang digelar itu pun selalu menggelarkan dirinya tok guru, ustaz, ustazah dan ulama yang memakai serban sebesar bakul, jubah putih melepak, kain tudung labuh hingga ke pinggang (tak tahulah kalau lagi alim mungkin labuh sampai ke kaki kot). Saya harap Drs. Dzul dan PAS dapat menjelaskan perkara ini dengan menjawabnya di blog ini atau di Harakah, kalau tak reti jawab, maka tak payahlah jawab, maka tahulah saya anda dan PAS tak reti jawab soalan saya ini. Insaflah, sekian, terima kasih.

  18. ” Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon penjelasan dari Menteri Kewangan apakah punca inflasi yang melonjakkan CPI (food and non-alcoholic beverages) kepada 4.7% pada bulan April lalu di sebab oleh faktor ‘demand pull’ atau ‘cost-push’ dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menangani beban yang ditanggung oleh rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.” – Dipetik dari artikel di atas juga.

    Berhubung dengan kenaikan CPI (food and non-alcholic beverages) itu, Pakatan Rakyat perlu sedar bahawa bekalan-bekalan makanan yang tidak dapat dikeluarkan dalam negara ini perlu diimport. Misalnya roti memanglah dibuat oleh pengusaha tempatan, tapi bahan mentah roti iaitu gandum yang diproses menjadi tepung adalah diimport. Malahan umum mengetahui bahawa pengeluaran gandum dunia merosot kerana pengeluar-pengeluar gandum antarabangsa seperti Australia, Russia, Kanada serta Argentina mengalami cuaca yang keterlaluan iaitu kering yang berpanjangan serta banjir dan kejadian ribut. Ini akan meningkatkan harga komoditi berkenaan kerana pengeluaran kurang dan permintaan melebihi penawaran. Kemudian, harga minyak dunia juga meningkat meningkatkan kos operasi ladang gandum kerana gandum berkenaan dituai menggunakan mesin sebab luas beratus dan beribuh hektar satu ladang, ianya bukannya boleh dipetik dengan jari kerana mungkin sampai tahun hadapan pun mungkin tak selesai. Oleh kerana mesin penuai menggunakan petrol atau diesel yang mana harga meningkat, maka kos pengeluaran meningkat, kemudian kos pengangkutan gandum ke kilang untuk diproses menjadi tepung atau kos untuk membawa gandum belum diproses untuk dieskport dari negara asalnya juga menggunakan kenderaan seperti lori atau keretapi, ianya bukanlah boleh diangkut dengan menggunakan kudrat manusia semata-mata kerana setiap karung gandum itu sudah berapa puluh kilo beratnya, malahan dari ladang gandum ke kilang dan kemudian ke dermaga bukannya dua tiga meter untuk sampai, ada yang beratus-ratus kilometer. Kemudian kos untuk mengangkut gandum berkenaan mengunakan kontena yang disewa dan menggunakan kapal yang juga gunakan petrol atau diesel yang telah naik harga maka kosnya pasti akan meningkat. Kemudian bila tiba di pelabuhan negara ini kos pengangkutan lagi dan macam-macam kos yang lain mempengaruhi kadar harga roti yang dibuat dari tepung gandum berkenaan. Kerajaan Barisan Nasional tidaklah boleh pergi paksa petani gandum di Kanada, Australia, Russia, atau Argentina atau di negara-negara pengeluar gandum untuk pergi memetik gandum dengan untuk jimakan kos petrol dan memaksa petangi membawa karung-karung guni yang beratnya berpuluh kilogram itu dengan berjalan kaki ke kilang dan kemudiannya kemudian berenang ke negara kita semata-mata mahu menjimatkan kos perkapalan. Pakatan Rakyat perlu jelas akan hal ini kerana pelajar sekolah menengah pun tahu akan keadaan ekonomi berkaitan pasaran ini. Sedarlah janganlah nak politikkan isu yang bukan-bukan lagi. Patutnya Pakatan Rakyat pergi buat pembangunan di negeri mereka, dan bukannya mengarut tak tentu arah menghasut rakyat dengan perkara yang bukan-bukan. Sama-samalah bangunkan negara ini, insaflah. Sekian, terima kasih.

  19. ” Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Perdana Menteri menerangkan mengapa Malaysia jatuh 6 tangga dalam kajian ‘Dayasaing-Competitiveness’ yang dibuat oleh ‘The Institute of Management Development (IMD) World Competitive Rankings meskipun lebih baik dalam kajian yang dibuat oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC).” – Dipetik dari artikel di atas juga.

    Ini adalah kerana Pakatan Rakyat sibuk merosakkan negara sendiri dengan melakukan demontrasi liar hinggakan pelabur luar negara tidak mahu melabur di negara ini. Tidak cukup dengan itu, apabila pemimpin Pakatan Rakyat memburukkan keluaran negara sendiri seperti Batik Malaysia di luar negara, menyebabkan negara luar menganggap keluaran negara ini tidak elok, ini menjejaskan pemasaran produk keluaran Malaysia. Tidak cukup dengan itu Pakatan Rakyat telah menghasut rakyat supaya berdemontrasi ganas dan bersikap liar hinggakan produktiviti yang patutnya digunakan untuk membangunkan negara telah dibazirkan akibat hasutan dan demontrasi liar anjuran Pakatan Rakyat tersebut. Sedarlah, insaflah, ambil cermin besar dan cerminlah diri sendiri sebelum menghina kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa membangunkan negara dan rakyat negara ini. Sekian, terima kasih.

  20. “Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) meminta Perdana Menteri menjelaskan dakwaan kajian “The 2010 Prices and Wages report by Swiss bank UBS AG” yang menunjukkan bahawa warga Kuala Lumpur hanya mempunyai 33.8% dari kuasa membeli (purchasing power) berbanding warga New York, 42% kuasa membeli warga London, 33.7% warga Sydney dan 31.6% warga Zurich sekaligus melenyakan persepsi bahawa kos dan saraan kehidupan di negara ini adalah murah.” – Dipetik dari artikel di atas juga.

    Drs. Dzulkefly, anda lihatlah dengan pemikiran yang rasional berhubung pendapatan penduduk di tempat-tempat berkenaan. Begitu juga dengan nilai matawang mereka. Tak perlulah nak melalut tak tentu pasal kerana ada barangan tertentu murah di New York, tapi mahal di Kuala Lumpur, tapi ada juga barangan yang mahal di New York tetapi murah di Kuala Lumpur. Setiap perkara mengikut keadaan di tempat tersebut. Kalau anda pergi minum kopi di hotel 5 bintang di kuala lumpur, maka benarlah ia lebih mahal dari harga kopi di warung tepi jalan di New York. Tak payah nak melalut tak tentu pasal dengan perkara yang tidak sepatutnya. Adalah yang penting untuk membangunkan negara ini dengan lebih baik demi kepentingan negara dan rakyat, bukannya berpolitik tak tentu arah sebagaimana yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Insaflah, sekian, terima kasih.

  21. ” Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon penjelasan dari Perdana Menteri, dengan tidak menggunakan peruntukan ISA dan Akta Hasutan, apakah langkah-langkah yang telah difikirkan kerajaan bagi menangani kegiatan jahat yang sengaja mengapi-api pertentangan kaum dan agama di negara ini, khususnya yang dilakukan Perkasa dan Utusan Malaysia.” – Dipetik dari artikel di atas juga.

    Tak payahlah nak berpura-pura Drs. Dzulkefly, bukankah Pakatan Rakyat termasuk anda sendiri menuduh ISA zalim dan kejam? Sekarang ini apahal pula anda gesa untuk dikenakan terhadap Utusan Malaysia dan PERKASA pula? Jika dibandingkan apa yang dibuat oleh PERKASA dan Utusan Malaysia, kelakuan dan sikap Pakatan Rakyat adalah 1000 kali lebih buruk dan teruk kerana menghasut orang membenci kerajaan setiap hari, menyiarkan berita-berita palsu dan berunsur khianat terhadap perpaduan negara dalam akhbar sampah milik Pakatan Rakyat, mengajarkan unsur-unsur tidak sihat seperti biadap dan kurang ajar terhadap golongan muda melalui ceramah maki hamun dan demontrasi liar dan banyak lagi hingga tak larat nak tulis. ISA sewajarnya dikenakan terhadap Pakatan Rakyat termasuk Drs. Dzulkefly yang telah berdemontrasi liar bersama pimpinan Pakatan Rakyat yang lain sebagaimana dalam gambar yang telah disiarkan dalam blog ini juga. Tak payahlah nak kutuk orang pakai baju koyak sedangkan diri sendiri penuh dengan sopak, panau, kurap, mulut berbau busuk dan kain baju yang dikutip dari dicuri, ini semua perumpamaanlah. Sedarlah diri. Sekian, terima kasih.

  22. Drs. Dzul dan Pakatan Rakyat tak payahlah nak beria-ia nak menghina kerajaan kerana kerajaan tahulah apa yang mereka buat kerana setiap yang dibuat dengan kajian yang mendalam, bukannya macam Pakatan Rakyat buat Buku Jingga, pergi berborak sambil mengumpat kerajaan di kedai kopi terus buat Buku Jingga itu. Pakatan Rakyat sibuk berjanji itu dan ini sedangkan menifesto PRU 12 dahulu pun lebih dari 80% tak dilaksanakan. Itulah menunjukkan Pakatan Rakyat berfikir menggunakan nafsu serakah untuk mencapai apa yang dikehendaki tanpa mempunyai pemikiran yang jelas dan mendalam berkenaan kesan dan akibat perbuatan mereka itu. Insaflah, sekian, terima kasih.

  23. Dinsaujani mana, telah pengsankah melihat pendedahan demi pendedahan yang saya bongkarkan ini? Begitu juga dengan Sputjam, Emanuel John, Abu Usman dan Kamal AB serta penyokong tegar Pakatan Rakyat lain yang selama ini begitu ganas dan sesuka hati menghentam kerajaan? Apakah tengah meraung-raung dalam tandas kerana merasa kecewa dengan keadaan Pakatan Rakyat yang teruk ini? Semoga anda semua insaf dan tidak besekongkol dengan Pakatan Rakyat yang hanya tahu beretorik yang bukan-bukan tapi kepentingan negara dan rakyat mereka tak pedulikan. Insaflah, sekian, terima kasih.

  24. Berdasarkan sikap Pakatan Rakyat dan kualiti rendah Pakatan Rakyat serta kelakuan pelik Pakatan Rakyat yang tidak tahu mentadbir negeri tadbiran mereka, wajarnya Pakatan Rakyat ditumbangkan pada PRU 13 akan datang. Malahan DAP telah menggelabah tidak mahu membubarkan DUN Pulau Pinang sekiranya PRU 13 diadakan pada tahun ini, malah menghasut PKR dan PAS juga jangan membubarkan DUN masing-masing di Selangor, Kedah dan Kelantan sekiranya PRU 13 diadakan pada tahun ini kerana banyak kebobrokan Pakatan Rakyat telah terserlah, maka pada pemikiran DAP sekiranya mereka kalah di kerusi parlimen, paling kurang mereka masih berkuasa di DUN yang tidak dibubarkan itu. Apa ini, dulu terkinja-kinja sangat nak bubarkan DUN Perak dan nak bubarkan parlimen, tapi kini takut pulakah? Memang penakut pun Pakatan Rakyat, sebab itulah sampai begini jadinya. Drs. Dzul, bersiap sedialah untuk PRU 13 akan datang kerana di Kuala Selangor sepanjang anda jadi ahli parlimennya tak ada perkembangan yang memberangsangkan di Kuala Selangor. Berkemungkinan besar dengan majoriti kecil yang anda perolehi dalam PRU 12 lepas, anda mungkin akan kalah teruk pada PRU 13 akan datang berdasarkan situasi semasa. Insaflah, sekian, terima kasih.

  25. Salam Dr Dzul,

    Apa kata Dr Dzul cuba kemukakan soalan-soalan ini semasa sidang parlimen? Untung-untung YDP speaker akan benarkan dan untung-untung lagi Najib akan jawab. Rakyat boleh nilai pada masa itu setakat mana kemampuan/kredibiliti PM, itu pun kalau disiarkan/dilaporkan di akhbar dan media perdana. Kalau tidak pun kita baca atau tengok di Malaysiakini ke, Malaysian Insider ke atau blog Dr Dzul sendiri.

    Keep up the good work! I for one enjoy reading your writings as well as those posted on your blog.

    1. Dr. Dzul,

      Adalah baik juga utarakan kepada parlimen agar transparency dewan rakyat dan dewan negara dpt dilakukan spt di sweden.

      Pada saya, saya tidak kisah jika gaji Perdana Menteri dinaikkan sehingga RM 300k sebulan cthnya dgn syarat PM tiada pendapatan sampingan…dan seterusnya.

      Transparency yg dimaksudkan juga merangkumi:

      1. Detail maklumat subsidi yg telah dikeluarkan oleh kerajaan
      2. Laporan audit yg jelas spt di singapura
      3. Dll

      Spt di Jepun, reformasi yg berlaku menjadikan yakuza di sana kurg penguasaannya jika dibandingkan pada sedekat yg lalu.

      Spt juga di Malaysia, ekonomi kita dikuasai oleh “yakuza Malaysia” yg sudah lebih dari separuh abad sehinggakan polis Malaysia masih dikuasai oleh mereka.

      Ini merupakan perjuangan yg baik yg harus diteruskan.

      Wallahualam.

    2. InsyaAllah, Perdana Menteri boleh menjawabnya dalam sidang parlimen sekiranya dikemukakan soalan ini. Itulah yang sepatutnya, kerana Perdana Menteri punya laporan lengkap berkenaan sesuatu perkara.

      Kalau nak siarkan dalam akhbar untuk dijawab oleh Perdana Menteri pun tidak apa kerana Perdana Menteri ada laporan lengkap, malahan jawapan saya di atas pun dikira telah menjawab banyak perkara sebagaimana yang ditanya oleh Drs. Dzul itu.

      Malahan Drs. Dzul juga perlu nilaikan dirinya sebagai ahli parlimen di Kuala Selangor, apakah sumbangan beliau kepada masyarakat, negeri dan negara sebagai ahli parlimen, lebih-lebih lagi di Kuala Selangor. Dalam bidang sosial apakah yang dibuat untuk membentuk akhlak yang murni dikalangan masyarakat terutama golongan muda? Kalau diri sendiri pun melalak dan terkinja-kinja tak tentu pasal di jalanan hingga ditangkap oleh polis, akhlak apa yang boleh ditunjukkan? Begitu juga dengan bidang ekonomi, majoriti penduduk kampung di Kuala Selangor masih berpendapatan rendah, kalau Kerajaan Barisan Nasional membantu penduduk dengan memberikan latihan kemahiran, memberikan bantuan modal melalui pinjaman TEKUN dan Amanah Ikhtiar serta lain-lain lagi, apakah sumbangan Drs. Dzul dalam bidang ekonomi kepada masyarakat Kuala Selangor? Begitu juga dalam isu penagihan dadah, apakah usaha Drs. Dzul untuk membasmi gejala penagihan dadah dikalangan masyarakat terutama golongan muda di Kuala Selangor? Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis DiRaja Malaysia, Rela, Kementerian Kesihatan telah menangkap penagih dan pengedar dadah, merawat, memberikan khidmat nasihat, memberikan penerangan yang jitu kepada masyarakat betapa bahayanya penyalahgunaan dadah ini malahan menteri dan ahli parlimen BN sering memberikan perhatian serius dengan berkerjasama dengan masyarakat dan agensi kerajaan bagi membasmi gejala penyalahgunaan dadah ini? Drs. Dzul jangan nak hentam orang saja, lihat diri sendiri dulu. Kalau saya boleh jawab soalan yang diutarakan oleh Drs. Dzul seperti dalam artikel di atas, maka sewajarnya Drs. Dzul menjawab soalan saya ini, sekurang-kurangnya untuk membuktikan apakah Drs. Dzul ini ahli parlimen yang proaktif atau sekadar ahli parlimen untuk dapat gelaran ahli parlimen saja. Saya menantikannya, sekian, terima kasih.

    3. Abu Usman, anda ada buktikah Barisan Nasional menggunakan samseng seperti Yakuza di Jepun untuk memerintah negara ini? Anda buka mata luas-luas dan jernihkan pemikiran anda dengan situasi di Selangor di mana sejak penguasaan Pakatan Rakyat di Selangor bersepah-sepah kelab malam tak berlesen dan terbabit dengan gejala pelacuran serta GRO makin berleluasa. Apahal kedai-kedai bumiputera dan India yang menjual barangan keperluan harian dan makanan dirobohkan sedangkan kelab malam berlesen yang ada perniagaan pelacuran dan rumah urut ada perniagaan maksiat dibiarkan bermaharajalela? Begitu juga dengan isu penyelewengan projek kerajaan negeri di Seri Kembangan apa cerita? Patutnya Drs. Dzul sebagai ahli parlimen di Selangor menjelaskan perkara ini apakah ada unsur-unsur yang tidak patut dalam menguatkuasakan sesuatu perkara hinggakan terdapat banyak perkara yang mencurigakan ini. Begitu juga di Pulau Pinang, macam Selangor juga bila kedai-kedai bumiputera dan India yang jual makanan dan barangan keperluan harian dirobohkan, tapi kelab malam tak berlesen yang melanggar peraturan serta ada sediakan GRO untuk maksiat serta kelab malam homoseks seperti di Pulau Tikus dan rumah-rumah urut yang ada menjalankan perniagaan maksiat tidak dirobohkan pula, malahan lesen mereka dibiarkan beroperasi dan mungkin juga sudah banyak kali diluluskan. Abu Usman ada jawapan berkenaan perkara ini? Saya nak dengarlah pula macam mana Abu Usman jawab bila perkara berkaitan Pakatan Rakyat yang menyeleweng ini. Insaflah, sedarlah diri. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s