Jawapan saya ditanya tentang Sumpah Laknat Eskay?

1.   Kenapa Dato Eskay terdesak untuk bersumpah laknat?

Setelah hampir dua bulan video seks ini didedahkan, rakyatMalaysiaterbelah kepada 3 kelompok: yang tak percaya, yang percaya dan yang tidak kisah. Mungkin dia fikir itu cara paling baik dan berkesan untuk membuktikan bahawa dia benar. Kononnya dia bersama dua lagi rakan tahu siapa pelaku sebenar. Dia mendakwa dia bersama. Dia mahu seluruh rakyat khususnya ummat Islam percaya tuduhannya bahawa sipelaku lelaki dalam video seks yang didedah itu adalah DS Anwar Ibrahim.

Keduanya dia tahu dan kini sedar bahawa pihak berwajib tidak lagi dapat melindungi ketiga-tiga mereka kerana mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan seksyen 5(1) Akta Penafisan Filem. Mereka tertekan untuk membuat sesuatu yang tergempar sebelum tindakan diambil terhadap mereka. ‘Sumpah laknat’ mahu memintas semua ini dan membuktikan mereka benar.

2.   Benarkah sumpah laknat yang mahu Eskay lakukan itu diperuntukkan dalam Islam

Perkara ini yang kita tunggu-tunggu dari para Ulama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka membisu seribu bahasa. Namun peribadi alim seperti bekas Mufti Perlis dan Mufti Perlis sekarang ini telah menyatakan sikap mereka. Ini yang ditunggu rakyat khususnya ummat Islam.

Bagi fahaman saya, prosedur sumpah, memang ada dalam peruntukan syariat Islam dalam hal mengendalikan kes pertuduhan seperti ini atau undang-undang prosedur. Prinsipnya berbunyi: Pembuktian adalah atas orang yang membuat pertuduhan, dan sumpah adalah bagi mereka yang tertuduh. Adapun “sumpah laknat” adalah khas untuk kes pertuduhan zina di antara suami isteri sahaja dan mempunyai kaedah dan cara yang khusus di sebut dalam Al-Quran (Li’an atau prosedur Mula’anah-Surah An-Nur 6-10).

Ringkasnya, kenapa Eskay ini pulak yang nak bersumpah ini, yang membingungkan ramai pihak, terutama alim ulama. Tambahan beliau mangajak dan mencabar sama supaya Ketua pembangkang itu pun bersumpah. Sumpah laknat katanya.

Apa yang perlu Eskay tahu bahawa dia dan dua rakannya sekarang ini tertakluk kepada tuduhan Qazaf kalau perundangan Islam yang dirujuk, apabila dia gagal mendatangkan 4 saksi. Undang-undang sivil tidak punya peruntukan dalam mengendalikan kes di antara dua orang dewasa yang melakukan seks di luar nikah secara rela (illicit sexs between 2 consenting adults).

3.   Apakah kesudahan semua perkara ini pada pandangan Dr?

Saya amat insaf dengan pergolakan politik jelek dan hodoh sekarang ini yang mewarnai dan menjadi budaya politik tanah air kita. Kalau ini berterusan menjadi cara dan tata-orde dan gelagat pelaku politik di negara ini, tidak mustahil rakyat seluruhnya akan benci dan bosan kepada orang politik dan politik sendiri.

Politik yang sepatutnya menjadi urusan kepimpinan, pentadbiran dan tata-kelola yang baik dan berkesan di segi menyemak dan mengimbang sesebuah kerajaan, samada di Pusat atau Negeri, telah menjadi pentas dan ruang untuk melakukan ‘character assasination’ dan sarat perbuatan jelek dan membinasakan ummat. Lebih parah lagi kerana setiap kali ia tampil semakin lebih hodoh dan jelek, khususnya yang membawa implikasi Qazaf, zina dan pelbagai perbuatan sumbang yang merosak akhlak dan budaya masyarakat, khususnya yang golongan remaja dan bahkan anak-anak yang terdedah kepada segala ini. Sekarang ini ianya didedah dalam media seeprti TV3, akhbar-akhbar dsbnya. Ini mengaibkan dan merosakkan akhirnya seluruh ummat dan negara! Ini adalah politik yang menghancurkan – ‘destructive zero-sum game’ yang dinamakan sebagai Gutter or Smute Politics! Hentikan semua politik jelek dan keji ini!!


30 thoughts on “Jawapan saya ditanya tentang Sumpah Laknat Eskay?

  1. Sex video ni mainan politik Umno yg dibantu olih Polis dan pihak Ag. Sex video ni hanya ditujukan dan disasarkan dikalangan pengundi melayu shj, org2 kampong yg munkin bolih diperbodohkan olih Umno.

    Polis pun tahu ‘porn star’ tu bukan Anwar tapi atas arahan Umno tidak mahu menyatakan siapa sebenarnya ‘porn star’ tu atau menyatakan tu bukan Anwar. Tujuan politik mereka adalah utk mengekalkan persepsi dikalangan pengundi melayu yg bolih diperbodohkan bahawa org dlam video tu adalah Anwar. Sumpah laknat yg dibantu olih Polis adalah untuk mengekalkan dan perkuatkn persepsi tu.

    Untuk drama, 3 tolol tu akan dituduh dibawah s.292 Kanun Keseksaan dan mereka akan mengaku salah. Gani Patail akan sekongkol dng mahkamah supaya hanya hukoman denda dikenakan. Sebelum hukuman dijatuhkan mereka akan diberi peluang utk ‘ mitigation’. Ketiga2 mereka akan memberitahu mahkamah, mereka buat ini utk kepentingan negara kerana pelaku sex tu adalah Anwar. Ini akan diexploit olih Akhbar dan TV Umno.

    Jadi 3 bahlol akan terima hukuman mengedar video sex. Tetapi siapa pelaku sex tidak akan didedahkan olih pendakwa dan polis kerana tidak relevan. Haanya 3 bahlul dlm mitigation mereka akan menyatakn tu adalah Anwar. Maka persepsi dikalangan org melayu yg bolih diperbodohkan ialah pelaku sek adalah Anwar berdasarkan sumpah laknat dan ‘mitigation’ mereka kelak,

    itulah agenda Umno/Polis/ Ag dlm siasatan kes ni dan sumpah laknat. Can’t you read or anticipate their political agenda?

    1. yang demo dok maki hamun polis ngan BN wat gapo…. nok nanmboh doso hok dah sedio ado kooo……demo pun dengo dari ceramoh tepi jln jee.. kalu puok tu nipu mu pun mu terimo bulat bulat……amnya manusia yg waras akan berfikir dulu sebelum bertindak……..demo ni kureng cerodik….ya allah…..bukalah pintu hati para pengikut fanatik anwar ni……

      1. mu kate dia salah….kau tau ke kau benar….yang aku tau kita ada minyak tapi minyak mahal..orang bodoh je yang cakap nasib baik ron 95 murah….

  2. Ketiga-tiga tolol ini disokong penuh UMNO. Jika tiada sepakatan Najib-UMNO-PDRM-AG episod jenayah ini tidak akan berlaku. Maka cuma “deafening silence” daripada Ulama Majlis Fatwa Kebangsaan.

  3. Berani kerana benar,Anuar perlu bersumpah menafikan yang Dia ada lah pelaku dlm Video tersebut. YANG SERAH KPD ALLAH. Ini demi kepetingan negara.

    1. ye…teman setuju…..anwar sendiri keno BUKTIKAN…….ni hok anak anak ikan dia je dok bakin dari belake……..

      1. lepas anwar ikut sumpah ape plak jadi….puas hati mu sume la yer….buang mase betol…betul la manusia akhir zaman lagu ni

  4. Dr Zul, tolong terjemahkan pula Surah Al Imran Ayat 61, saya yang kurang agama ni kurang cerdik la…jgn ambil sekrat jer…dan jgn membodohkan umat islam…..

    1. 2 x 5 bodo….tau kurang agama gi blaja….gi denga surau malah…bodo macam ‘karung….ayat quran kene tafsir….mu jenih bace terjemohan pah tu buat conclusion sendiri ikut otak kurang agama mu…pah tu peleceh orang sume….gi dengo ustaz azhar idrus…you tube pon banyok…

  5. Orang salah memang takut nak bersumpah. Undang2 PAS dan PKR video tak boleh dijadikan bukti. Kalau kongkek depan matapun takan mengaku sebab geng sendiri…anugerah Tuhan.

    1. Ni isu politik, polemik politik untuk orang melayu yang penuh emosi, yang budaya ugama simbolik bukan intrinsik.

      Cuba pakai otak sikit pikir daaa semua ni apa objektif dier?

    2. bukan soal takut geng…..soal prinsip,
      Berani kerana nak benar….Takut kerana bijak…..wkwkwkwk

  6. ni mmg mainan politik kotor la. Korang dah lupa ke? kes liwat pertama dulu. Mahathir and the gang bantai anwar dlm meeting menteri2. Ko lupa ke Anwar telah bersumpah masa tu. Leas tu apa jd kat media esok2 nya. Tuduh anwar permainkan sumpah nama Allah. Korang mmg dah lupa.

    Korang tak nampak ke dr awal lg memang perang politik ni kotor. Ko tau tak sumpah laknat tu mainan geng2 laknak. Dah Eskay tu pun ckp mula2 lain, pas tu skrg cakap lain, polis pulak ckp lain. So nak tunjukkan Eskay ni benar, dibuatnya sesumpah laknat ni. Kalau anwar follow juga sumpah laknat tu, ko ingat kes tutup? Bro….script dia dah ada la bro. Buka mata luas2.

  7. mcm mana si tolol ni dapat gelaran dr pun aku tak tau…dr ayam tak…orang kasi video klip sebagai bukti salah…org sumpah pun salah….kau ni tinggal dalam zaman jahiliah ke?klu betul knp takut sumpah?kita skrg berada dalam era digital…nanti klu anak dan isteri kau di liwat dan di bunuh dan ada vidoe klip yang menunjuk kan orang yang melakukan nyer…korang nak buat mcm mana…kira tak bleh pakai ah video klip tu sebagai bukti?…mmg dulu perlukan 4 saksi kerana takde video klip dan sebagainye tapi skrg zaman kan dah canggih…islam tak berat kan umatnyer tapi perlu juga di ubah mengikut zaman kecuali hukum2 yg mmg tak bleh di ubah…

    1. Ary, Mamat, Bujai dll yg nak respons, tlng baca jawapan saya dalam penulisan seterusnya. Ary kalau jahil, tak apa, tapi mesti rajin dan berusaha memahami ilmu Islam kerana Islam tak boleh dilaksanakan cara-cara ikut-ikut atau bertaqlid sahaja. Saya syorkan belajarlah ilmu Islam saudara-saudara sekalian. Saudara nak ikut Umno ke atau nak tolak Umno ke, itu hak demokratik saudara. Tapi jangan jadi jahil muraqqab, dah bodoh tak tahu diri itu bodoh. Senang sangat disesatkan oleh syaitan, iblis dan manusia. Sekarang baca tulisan saya dulu.

    2. Saudara Ary,
      Daripada akhlak tulisan saudara jelas siapa sebenarnya Dr Ayam. Malah nk dapat gelaran dr ayam pun saudara belum tentu dapat. Saudara; jgn berhujah pakai logik akal ayam saudara sendiri. Jgn fikir hanya dgn video klip hitam-putih, saudara sudah melatah menghukum orang. Dan paling menjijikkan, membuat contoh keluarga Dr Dzul. Begini kah akhlak orang yang mengatakan orang lain tolol? Saya katakan ini adalah contoh manusia otak ayam!

      Bukan main lagi saudara mengokok bangga kononnya saudara ni hidup di zaman era-digital. Digital apanya kalau video hitam putih nak dibawa menjadi bahan bukti! Bahan bukti jenayah pulak tu!

      Mana fatwa yang saudara bawa untuk membolehkan video-hitam putih MACAM video anwar itu boleh dijadikan bukti, menggantikan hukum yang ditetapkan oleh Allah di dalam Al-Quran? Dan pandai-memandai ayam kau la pulak mengambil alasan Islam tidak memberatkan umat!! Ayam; kalau dengar hujah kau pun akan ketawa guling2.

      Tunjuklah bijak sikit dengan bawa fatwa daripada mana2 ulama muktabar yang membolehkan video “era-digital” hitam-putih saudara tu itu dijadikan bukti dalam kes jenayah syariah! Dan bahaslah sewarasnya. Dan kalau dah tak boleh tunjuk bijak, pegi la belajar agama seperti yang disarankan oleh Dr Dzul. Jgn jadi bodoh sombong!

      Apapun belajarlah terimalah hakikat bahawa video seks Datuk T itu hanya dapat membuktikan pelaku seks itu SEIRAS Anwar Ibrahim. Belum cukup untuk membuktikan itu Anwar Ibrahim! Kalau Anwar ditangkap oleh pegawai agama, anggota polis dan mereka yang berautoriti, barulah boleh bawa kes. Ko nak sembelih ayam buat kenduripun boleh!

      “ORANG SAUJANA, SG BULOH”

      1. mu ni cakap CARA ( bukan MACAM ) takde aqidah….HIDUP JAHIL – BLAJA MALAS – JADI BODO – TAMBAH DOSA – MUFLIS AKHIRAT – MASUK NERAKA – SIKSA ABADI….mu suke lagu ni ke ?

    3. kalau nak buat vedio sek pastikan gambarnya jelas dan hantar copy ke majallah playboy bila gambar kabur dan pelakon nya tak jelas timbul banyak persoalan dah tahu nak kenakan anwar fokuskan betul betukl ke mukanya senang rakyat tahu kecenderungan anwar si eskay dan saiful bukhari ni memang terdesak sanggup buat apa saja lagi pun upah nya pasti lumayan untuk kempen pilihanraya akan datang saya cadang umno himpun sebanyak mungkin adegan sek pemimpin nya utk ditayangkan kpd pengundi pasti menang kerana malaysia kini ketagih sek

    1. kapior masuk islam kerana kejar kekayaan mana tahu hukum dah tu belajar agama kat wat siam masuk masjid pun tak mandi wajib baru lepas berzina sumpah munafik mana boleh pakai

  8. yang bodoh same yang pandai pon same

    politik kotor

    byk buruk sangka

    tuduh menuduh tanpa bukti kukuh

    oo..lupe bukan tuduh menuduh, berpolemik saja

    yang pandai jangan nak bodoh kan orang yg dah tentu bodoh

    yang bodoh jangan tunjuk pandai dgn org pandai yg pandai memandai mandai

    kepada yang mencari jawapan

    cari lah tempat yg jauh dari orang politik

    kotor busuk bernanah

    1. politik pon ada dalam agama…ikut cara agama anjur…ko kata sume nanah dl….gi dok dalam hutan….jangan campo orang ok

  9. Dr
    Walaupun sukar macamana sekalipun harap Dr dan sahabat terus bersabar, saya dapat rasakan dakwah yang sedang Dr dan ulama lainnya lakukan amat bermakna untuk memantapkan kefahaman Islam dikalangan ummah. Penerangan tentang perkara asas dalam Islam dapat diterangkan seperti isu nama Allah, orang kafir masuk masjid dan kini isu sumpah laknat. Saya rasa isu ini perlu diterangkan secara adil oleh Majlis Fatwa – memandangkan majlis fatwa masih berbisu (mungkin inilah yang dinamakan syaitan bisu itu) dan ‘fatwa’ tentang mubahalah kes liwat2 DSAI, sebelum ini juga ada percanggahan di antara Mufti Perlis (sekarang bekas) dan Mufti Perak.

    Dewan Ulama PAS juga perlu proactive memberi pandangan mereka secara collective dalam semua isu yang timbul (sediakan capaian secara on-line) dan berlaku adillah dalam memberi pendapat tersebut.

    Semoga Dr terus bersabar dan berdoa agar lebih ramai lagi dapat memahami Islam dengan lebih mendalam. Wslm

  10. SEMOGA ALAH MEMBERI PETUNJUK DAN HIDAYAHNYA PADA KITA SEMUA …SESUNGGUHNYA HANYA ALLAH YG LEBIH MENGETAHUI,,HAKIKATNYA SYURGA DAN NERAKA ITU BENAR BUKAN DONGENG ATAU CERITA DONGENG PURBAKALA…ALLAH HU AKBARR…..BERILAH PETUNJUKMU PADA KAUM ITU SEKIRANYA MEREKA MASIH BOLEH DIBERI PETUNJUK DAN TIMPAKAN KEBINASAAN DAN AZABMU PADA MEREKA YA ALLAH SEKIRANYA MEREKA TELAH SESET SESESATNYA…AMIN

  11. Kepada pemerhati politik sekalian. Kalu tgk rupa Dato Eskay tu pun dah mirip2 Dato Sri Anwar Ibrahim. Video klip ala2 zaman P.Ramlee gelap gulita nak dijadikan bukti asas pertuduhan kpd DS Anwar amat menjengkelkan. Boleh jadi Dato Eskay sebenarnya telah memakai topeng muka yg serupa wajah DS Anwar???susuk badan lebih kurang je tuh.. Alaa…takkan tak tengok cite2 CSI (Crime Scene Investigation) kat Astro tu.. macam2 benda x logik boleh dirungkaikan..

    1. munafik bersumpah utk dapat habuan lagipun eskay ni belajar ugama katwat siam dan khusus dalam bab porno patut nya dia jadi jurujual video sek boleh jadi kaya raya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s