PRN Sarawak: Najib harus panik, tapi PAS…

Lim Hong Siang | Apr 18, 2011 05:29:07 pm (Merdeka Review).

 Sesungguhnya, matlamat Pakatan Rakyat untuk menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional gagal pada malam 16 April 2011.  Namun demikian, seandainya ditelitikan keputusan PRN Sarawak, Pengerusi BN Najib Razak seharusnya berasa lebih tertekan dan panik, lebih-lebih lagi apabila (upsides-potensi PR) dipersetujui oleh statistik menunjukkan (antara lain) bahawa BN hanya memperolehi 55% undi popular.Demikianlah komentar daripada AJK Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad (gambar kiri)ketika dihubungi MerdekaReviewuntuk mengulas keputusan PRN Sarawak.  Secara lebih terperinci, dua etnik besar, iaitu kaum Cina dan Iban memberi isyarat kepada BN bahawa mereka berpotensi untuk mencetuskan perubahan yang lebih besar dalam PRU yang akan datang, kata Dzulkefly Ahmad.Dengan segala yang berlaku, beliau yakin bahawa rakyat lebih bersedia untuk memberi ruang kepada pembangkang dalam pertandingan kerusi parlimen menjelang PRU ke-13, lantas beliau meramalkan bahawa Najib tidak akan mengadakan PRU ke-13 dalam tahun ini.  Jikalau inilah situasinya, maka PR bakal mempunyai masa dan ruang yang lebih, malah peluang yang lebih cerah dalam gandingan PAS, DAP dan PKR untuk melakukan pecutan, katanya.

Komitmen pimpinan DAP mengundang kemenangan

Ahli parlimen Kuala Selangor ini juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakan partinya, DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.  Sungguhpun sesetengah menganggap DAP bertanding di kawasan bandar, yang sudah menunjukkan kecenderungan untuk menyokong PR, namun Dzulkefly Ahmad menganggap jentera penerangan DAP cukup hebat – dengan banner, billboard, poster, aktiviti lawatan dan sebagainya yang cukup menarik.

Keputusan PRN Sarawak 2011 sebenarnya sejajar dengan keupayaan parti komponen yang berkempen dengan pendekatan sendiri, hampir secara terpisah.  Beliau mengakui, DAP menumpaskan SUPP dengan kekuatan parti tersebut yang sudah 30 tahun bertapak di bumi kenyalang, selain sokongan daripada masyarakat Cina di bandar.

Lebih penting, pimpinan tertinggi DAP dilihat begitu komited untuk berkempen sepanjang PRN Sarawak.  Dzulkefly sendiri melalui Stutong, Kuching pada malam 15 April, terkagum dengan perhimpunan puluhan ribu orang di situ – seolah-olah pesta yang besar.  “DAP mendapat sentuhan terbaiknya,” kata Dzulkefly Ahmad.

Bagaimana pula “sentuhan PAS”?  Persoalan menyusul kemudian, diajukan kepada Dzulkefly Ahmad – mengapa PAS gagal “memanfaatkan” sentimen “Undur Taib” untuk memenangkan kerusi bagi partinya?

Baca seterusnya….

Advertisements

6 thoughts on “PRN Sarawak: Najib harus panik, tapi PAS…

  1. Ya, masa berkempen terlalu singkat dan untuk sebuah parti seperti PAS yang belum mempunyai tapak yang kukuh di Sarawak, adalah sukar untuk menang sebab mesej PAS perlu menembusi minda rakyat di kawasan pendalaman dan kampung yang telah dididik dan dikongkong oleh media BN sebegitu lama.

    Walaupun demikian, prestasi PAS juga ada meningkat sebab di setiap kerusi terdapat undi lebih dari seribu manakala masa dulu, hanya beberapa ratus sahaja.

    Jelas disini bahawa untuk mengubah minda rakyat akan memakan masa sebab PR sedang berhadapan dengan bukan sahaja jentera BN tetapi juga jentera Kerajaan Pusat.

  2. I still cannot understand why PAS waste time, money and effort to contest in sarawak state election. The wackies (sarawakian) are not interested in religious or race based party.
    Plus anwar should have allowed SNAP the 27 seats they demanded. That way, pakatan can focus on the balance 14 seats (out of 41 they contested) and could probably win several more.

    1. Hi, despite our recent apperance in Sarawak, our performance could well be seen positively:

      fyi we have not lost any deposit for our 5 seats. We won 10 streams out of 19 in Beting Maro and reduce SUPP’s majority to 391 from 890 in the last outing in 2006.
      In N22 Sebuyau we garnered 1,769 votes against SUPP 4045, in N20 Sadong Jaya, PAS got 1072 against SUPP of 3909, in N15 Muara Tuang PAS-2683 and SUPP-9941 and lastly our weakest N03 Tanjong Datu (as to avoid a walk-over, we put a gallant fight and achieved ) PAS-1000 against SUPP-4063.
      So care to judge for yourselves, while Dap has been there in Sarawak for over 30 years, our performance should be seen perspectively and especially in facing an impervious Malay-Melanau constituencies,whose greatest fear is the lost of Malay power as made a bogey by Taib and his cahoots. Thnx again for commenting.

      1. Hi YB Dzulkefly,

        Syabas atas pencapaian PAS walaupun tidak menang sebarang kerusi pada PRN Sarawak kali ini! Mesej PR melalui PAS telah disampaikan kepada rakyat di kawasan-kawasan yang ditandingi PAS.

        Dengan PAS telah mendapat sokongan di 5 kawasan DUN itu, saya harap sangat jentera PAS lebih giat lagi, bukan sahaja di 5 kawasan itu sahaja tetapi juga perluaskannya ke kawasan-kawasan pedalaman yang lain sebagai persediaan bagi PRU ke-13 nanti dan juga selepas PRU ini.

  3. setuju dengan black arrow.

    pada masa yang sama juga diperhatikan pas gagal menggunakan ‘politcal tools’ yang ada pada nya. pas lebih ghairah dengan polemik “kepimpinan ulama”. tidak dapat dinafikan umno memiliki seribu satu jenis “political tools” terhadap lawannya. ia bukan perkara baru. “political tools” yang dimiliki pas mampu mengkantoikan “polical tools” milik umno.

    pas berlawan dengan umno banyak di kawasan majoriti pengundi melayu. kenapa ketepikan “political tools” yang ada di tangan pas tetapi memilih isu2 untuk mengubah pengundi? jika pengundi melayu tidak faham dengan islam, kenapa salahkan umno? apakah hanya dengan berceramah dalam kempen pilihanraya selama 10 hari mampu merngubah pandangan, emosi serta sikap orang2 melayu? di mana peranan pas sebagai “gerakan islam” yang diwar2kan?

    isu hanya mungkin berjaya menyentuh hati pengundi pada waktu mendengar ceramah. ia akan berubah sekelip mata apabila disogokkan dengan $$$, beras, gula, beg sekolah, basikal, jalan bertar, letrik dan lain2 yang sangat diperlukan. kedaifan rakyat adalah aset kepada umno.

    wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s