Kemana Proton Selepas AFTA 2015?

Sekali lagi persoalan kesiapsagaan negara khususnya kereta nasional Proton dan Perodua menjadi satu yang dipertikaikan. Persoalan besar rakyat yang menantikan jawapan dari kerajaan masih tidak lagi terjawab.

 Umum tahu bagaimana selama ini kerajaan telah melindung kereta nasional dengan mengenakan regim tarif dan eksais yang tinggi atas kereta-kereta impot dan tempatan  sehingga harga kereta-kereta impot termasuk kereta nasional kita contohnya model Waja tempatan adalah dua kali ganda berbanding di saudi Arabia.

 Perlindungan itu juga datang dalam bentuk grant R&D dari kerajaan. Tinjauan laporan kewangan untuk tiga tahun mutakhir PROTON mendapati bahawa andainya tidak dibantu dengan pemberian grant, maka PROTON akan berada dalam defisit dan kerugian (in the red).

 Dalam tahun 2008, laporan tahunan menyebutkan keuntungan bersih (nett profit) sebanyak RM184.5 juta tetapi melaporkan juga tentang grant R&D dari kerajaan sebanyak RM193.7juta. Kalau tidak tentunya rugi sebanyak RM9.2juta.

 Tahun 2009 melaporkan keuntungan  bersih sebanyak RM301.8juta. Gran R&D diberikan sebanyak RM80.7 juta. Tahun 2010 melaporkan keuntungan bersih RM289juta tetapi dalam waktu yang sama mendapat gran R&D sebanyak RM143 juta yakni setengah dari keuntungan bersihnya.

 Kerajaan diingatkan bahawa negara-negara jiran telah pun besiap dengan pelbagai pendekatan. Malaysia sehingga kini masih belum nampak bersedia.

Thailand contohnya, akan meningkatkan dan bakal mengeluarkan sebanyak 3 juta unit kereta dalam tahun 2015. 2 juta adalah keperluan ekspot dan 1 juta unutk keperluan domestik. Terdapat 7 syarikat antarabangsa – 2 dari Amerika Syarikat (Ford dan General Motor) dan 5 dari Jepun (Toyota, Nissan, Mitsubishi, Honda dan Isuzu). Mereka jelas memilikki dayasaing dan berjaya mendapat penglibatan pengeluar-pengeluar besar automobil antarabangsa.

Begitu juga Indonesia yang telah merangka langkah-langkah konkrit untuk berdepan dengan persaingan yang lebih sengit selepas penguatkuasaan AFTA nanti. Indonesia akan meningkatkan pengeluaran mereka sebanyak 2 juta unit – 1juta untuk ekspot dan 1juta untuk keperluan domestik.

Perlu diketahui bahawa peningkatan ini dipacu sebagai pemangkin utamanya oleh SMEs dari negara Jepun dan bukan syarikat-syarikat besarnya seperti yang disebut tadi. Jelasnya Indonesia juga telah berjaya mengamit pelaburan dari SMEs dari Jepun sekaligus membuktikan bahawa mereka lebih ’kompetitif’ atau berdaya saing berbanding kita sendiri.

Persoalan besar dan strategik yang menjadi kritikal kepada kereta nasional sekarang ini adalah tergantung kepada faktor ’economy of scale’ atau faktor ’skala ekonomi’. Persaingan selepas penguatkuasaan AFTA pada tahun 2015 tidak lagi akan mengizinkan kereta nasional dilindungi dengan dasar ”Protectionism” samada dengan kaedah Tariff dan Eksais mahupun pemeberian gran termasuk pelbagai lagi cara.

Saya juga menyedari akan usaha kerajaan meningkatkan daya saing pengeluar komponen dan alat ganti serta meningkatkan sumbangannya dalam industri automotif dan ekonomi, dana Pembangunan Automotif (ADF) dan Dana Penyelarasan Industri (IAF) akan diteruskan.

Namun persoalan besar sehingga kini adalah kegagalan Proton mendapatkan rakan strategik yang sekaligus akan mampu melonjakkan sektor automobil ini menjana ’skala ekonomi’ atau economy of scale’ dengan memenafaatkan keupayaan teknologi ’niche’ rakan strategiknya seperti kereta elektrik contohnya, serta rangkaian pasaran yang lebih luas dan ’branding’ global rakan berkenaan..

Malaysia diingatakan bahawa kita hanya mampu menjual sejumalah 620,000 unit tahun lalu. Tuntutan ’economy of scale’ menuntut supaya kita mengeluarkan paling tidaknya 10,000 unit sebulan. Kalau benar-benar kita mahu mendayasaingkan kereta nasional kita selepas AFTA 2015, maka tidak ada caranya untuk kita lakukan kecuali dengan mendapatkan rakan strategikyang hebat sekaligus menyelamatkan 250 syarikat vendor dan ’dealers’ dalam sektor automobil nasional ini.

Berdepan dengan penguatkuasaan AFTA, saya dari PAS dan Pakatan Rakyat, tidak nampak kerajaan mengambil langkah-langkah konkrit ke arah mendepani cabaran AFTA-2015 dan menggesa kerajaan supaya memberi fokas kepada penyelesaian ini termasuk menganjurkan kaedah ”Merger dan Acquisition” samada di antara Proton dan Perodua serta juga di antara syarikat-syarikat vendors dan ‘dealers’ bagi meningkatkan dayasaing dalam memenuhi matlamat rasionalisasi dan konsolidasi.

 Dr Dzulkefly Ahmad

Ahli Parlimen Kuala Selangor

17 hb Mac 2011.

Advertisements

20 thoughts on “Kemana Proton Selepas AFTA 2015?

    1. Jangan cakap macam itu. Saya bukan sahaja mahu Proton survive tetapi juga cemerlang. Tapi kita perlu satu strategy yang bijak dan rakan strategikyang hebat!

  1. Dear Dr Zul, Assalamualaikum.

    Tentang keperluan Proton berdaya saing saya setuju. tetapi bagi saya yang berada dlm industri automotif ini saya nampak kepentingan Proton pada perkembangan ilmu dan juga kelangsungan survival ‘heavy industry’ di Malaysia.
    Kita perlu ingat R&D tidak murah. Saya melihat industri automotif di Malaysia tidak berada pada asas yang kukuh. Kita masih lemah dari segi R&D dan juga industri asas seperti raw material supply. Bayangkan getah (getah sintetik) pun kena import dari Jepun oleh supplier2 hos di Malaysia padahal kita pengeluar getah.
    Sebagai contoh senario bencana yang berlaku di Jepun baru-baru ini. Boleh dikatakan jika Jepun tidak bangkit selepas ini, Rakyat tidak akan dapat pakai kereta baru Jepun malah Proton pun mungkin akan menghadapi masalah hendak buat kereta.
    Di Thai dan Indon apatah lagi, mereka juga akan berdepan nasib sama, walaupun komponen supplier dah banyak di Thai sebagai contoh, kita perlu ingat semuanya adalah milik syarikat asing (100% foreign equity). Sebagai contoh ‘supplier’ Jepun ni akan beli raw material dan beberapa komponen lain hanya dari negara jepun dan mereka dgn sengaja membayar harga ‘consultation’ yang sgt mahal kepada jurutera yang didatangkan khas mereka hanya untuk “setting machine”.
    Adakah kerana Thailand dikatakan ‘detroit of the east’ kita perlu mencontohi model automotif mereka? Saya rasa tidak, kerana orang Thai sampai sekarang hanya pandai menjadi pekerja dan pemasang sahaja. Segala ilmu pembuatan kereta masih lagi di tangan Negara asing. Jadi apakah akan berlaku jika Jepun sudah tidak boleh buat komponen disebabkan tragedi tersebut? Bayangkan jika Negara matahari terbit tersebut lumpuh sepenuhnya disebabkan tsunami, dimana kilang mereka di sana sudah tidak berupaya lagi mengeluarkan produk, begitu jugalah akan berlaku pada industry auto di Thai, mereka juga lumpuh.
    Jadi kita perlu ada inisiatif utk lebih mengembangkan daya saing Proton dan mengubah cara Proton beroperasi. Bagi saya masalah Proton bukan pada syarikat atau konsep, tetapi pada campurtangan politik yang hanya pandai nak buat duit dgn alasan indsutri tempatan. Banyak lagi maklumat dalam industri automotif yang mesti kaji dan kita perlu ingat syarikat automotif asing ini adalah sgt patriotik dan mendahulukan ‘business’ kaum dan Negara mereka dulu.
    Bila pula kita hendak jadi seperti syarikat auto asing tersebut? iaitu kita menjadi pelabur dan memasang di Negara asing dimana kita memastikan orang Malaysia didahulukan dalam apa jua keadaan.

    Harap2 jika PR ambil alih Putrajaya kena ingatlah industri automotif tempatan juga. Kena ambil pendapat orang yang dh baca ‘game’ syarikat Negara-negara asing ni. Jangan la semata-mata nak popular, kita sanggup turunkan harga kereta import menjejaskan industri komponen tempatan yang sememangnya sekarang dimiliki oleh anak2 tempatan (tak kirala kaum apapun).

    Saya adalah penyokong PR yang betul2 berada dlm industri.

    1. Salam Sdra Kay,
      Saya cukup menginsafi apa yg sdra katakan. Saya juga punya kenalan yg terlibat dlm industri ini. Saya tahu kita perlu satu political will yg kukuh utk benar-benar melonjakkan sektor ini ke taraf selayaknya. Kita perlu dana, talent dan brains dan kesemua itu mesti dilaburkan dengan komitmen jangka panjang. RD&C memerlukan iklim-eco-systemnya dan kepimpinan yg punya akumen serta komitmen tingi. Saya juga sedar yg industri ini menampong workforce yg tinggi bahkan sumbangan dalam GDP juga tinggi dan lebih tinggi lagi dinegara2 maju.

      Semua kita mesti bertindak dalam kapasiti masing masing bagi menjayakan objektif ini. TK.

  2. Assalamulaikum Dr,
    The way i look at it,the loss is to the people bcos they were forced to buy smthng that is substandard at higher price whereas imported car are actually affordable to the people if not for the ridiculously high taxes.for every ringgit they spent is for smthng less bcos car technology is very cheap now.Other car makers have long ventured into green tech and started producing whereas proton still struggle with their gear box n faulty windows.after years of making cars and spent millions on r&d,d best we can do is to put a proton logo on a mitsubishi..very ironic..kia and hyundai can boast their achievement fot getting into d US market,but our greatest achievement is only when can sell more cars in Indon..even that is tough.my point is,why punish d people when they r d one who screwed up..my 2 cents thought.Good day Doc..

  3. saya melihat terlalu banyak politiking sama ada dlm pengurusan proton itu ataupun pihak2 lain yg berkepentingan dalam proton yg saya rasa kebanyakkannya orang2 politik..lihat saja Hyundai yg baru setahun jagung jika dibandingkn dgn proton mampu menembusi pasaran antarabangsa tanpa perlukn tongkat nenek kebayan tu…cuba pelajari drp kejayaan org lain dan buatlah sesuatu yg ada nilai tambah (add-on value)..nak berjaya kena ada determination dan KESANGGUPAN…

  4. Kay. Ridz 1,

    Apa yang diutarakan oleh kamu adalah pandangan “one-way ticket”. Kamu hanya mementingkan survival Proton (atau termasuk vendor2 kronies). Proton sudah wujud hampir 25 tahun, dan ianya masih perlu perlindungan kerajaan melalui NAP!

    Lihatlah pengeluar terkenal di dunia seperti Toyota, Honda, Nissan, GM, Ford, VW, BMW, Mercs DLL. Mereka tak pernah minta status atau kerajaan mereka bagi “projek kereta nasional”. Tetapi mereka ada budaya R & D yang tinggi dan mengamalkan dasar “private enterprise” yang objektif utama mengeluarkan barangan kuality bertaraf dunia pada harga pasaran, dan dalam masa yang sama membuat keuntungan untuk menjaga kepenting stakeholder.

    Proton sebagai syarikat GLC sepatutnya merasa malu masih perlu perlindungan melalui NAP. Syarikat GLC sepatutnya melindungan rakyat dengan memberikan perkhidmatan yang menjaga kepentingan kebajikan masyarakat. Akan tetapi, NAP “memaksa” rakyat pula yang “berkorban” dan membayar lebih untuk survival Proton. Inilah aspek yang selalu tidak dititik-beratkan. Kalau Proton tak mampu jaga kepentingan rakyat, dan membazir cukai rakyat atas nama kereta nasional, lebih baik tutup kedai.

    Kalau pandai cakap model automotif Thai atau Indon, pekerja hanya pandai pasang kereta, tapi tak ada teknologi transfer, bagimana pula Proton semasa penubuhan ada perjanjian “technology transfer” dengan Mitsubishi? Apa kualiti yang ada pada Proton? “Milo Tin on the wheel”? Kalau Proton pandai, buatlah macam pengeluar lain, pergi Thai buka kilang, biar pekerja mereka pasang kereta, dan buat R & D kat Malaysia? Mana pula cita-cita atau cakap kosong Proton semasa pembinaan kilang Proton di Tg Malim pada 90s, Proton merancang nak keluar 1 juta kereta. Pada hakikatnya, sudah lebih sepuluh tahun Protnon hanya mampu keluar tak sampai 200,000 unit.

    Proton hanya satu projek yang menguntungkan kroni-kroni dan menekan rakyat biasa. Masa lebih 20 tahun kewujudan sesebuah syarikat sudah cukup lama untuk buat kesimpulan samada ianya “viable”. Dalam kes Proton, lebih baik ianya diambil alih oleh syarikat maju lain seperti VW. Dalam kes Skoda dan Seat, ianya membantu syarikat ini berkembang dan vendor mereka masih hidup.

  5. Lagi memalukan semasa pelancaran Inspira, MD Proton mengatakan Mitsubishi adalah OEM. Pada hakikinya, Inspira adalah rebadge dari Lancer!

  6. Apa susah, inject je fund Petronas, KWSP ke dalam Proton untuk memastikan “industri” tempatan terus “maju”. Jangan jadi seperti Britain, terpaksa menjual Land Rover, Vauxhall, Jaguar kepada Tata Group, GM dan sebagainya. Mereka Britain tidak ada wang kerana mereka negara bangsat dan miskin. jangan jadi seperti mereka, nanti jatuh maruah dan darjat bangsa kita. Hidup Mahathir!

  7. Lagi pun rakyat kita sanggup berkorban demi untuk melihat industri kereta tempatan maju. Kalau boleh, naikkan sedikit lagi harga kereta dalam 20%.

  8. Ape kate kalau semua staff proton berenti carik kerje kat syarikat lain? saye dah berumur 30++ tapi x pernah beli keta sebab saye rase buang duit beli kereta dalam Malaysia ni.

    saye cadangkan kalau proton dah memang x boleh bersaing, baik bungkus sekarang, turunkan harga kereta semua dekat malaysia. Hapuskan AP. Yang tak berkerja dgn prton pun akan untung jugak sebab akhirnye kereta yang nak di beli murah2.

    Rakyat malaysia ni sebebnar nye di beban dengan hutang yang banyak. hutang yang paling tak munasabah ialah hutang kereta. Beli kereta will never be value for your money. dahlah depreciate pulak tu. lainla kalau berhutang beli rumah, hutang bayar student loan, hutang nak kawin…hutang beli keta tak berbaloi langsung.

    bungkus je proton sekarang, semua rakyat gembira. termasuk la dengan pekerja2 proton. memang la xde keje mule2, tapi sekejap je tu. Carik la kerja kat syarikat lain. InsyaAllah, kereta murah, duit kita pun boleh digunakan untuk beli bende2 lain selain dari bayar duit hutang kereta. So secara tak langsung boleh menjana ekonomi.

    saye memang dari dulu nak cadangkan rayat malaysia semua boikot beli kereta sebab keadaan harga kereta yg tak munasabah yg membebnkan rakyat, tapi xde orang nak sokong. semua kawan2 cakap keperluanlah, sokong protonlah…kalo membeban kan diri sendiri buat ape? akhir2, saye sorang je yg tak beli kereta. takpe la. dah umur 30++, sabar je, Bile AFTA karang saye beli kereta pertama saya.

    Bayangkan kalo takde orang kat Malaysia beli kereta? Kerajaan terus tukar polisi lindung Proton dan pemberian AP ni semua. Iyela, takde orng beli kereta bungkus la Proton. Macam Mahatma Gandhi buat dekat kerajaan British dulu, mogok besar besaran. semua rakyat India 1 billion orang India tak pergi kerja, ape British nak buat? Itula kuasa rakyat namenye

    dari beli kereta baik beli rumah. dan memang saya beli rumah dulu.

    teknologi makin canggih, barang2 elektronok makin murah seperti, peti ais, komputer, handphone etc etc. tapi yg tetap dari dulu kini dan selamanye masih mahal ialah harga kereta. Tak ke bangang? Komputer canggih dulu 5000, sekarang 2000++ je boleh beli komputer yang dahsyat2 hebat. cuba bandingkan dengan kereta? nampak tak? ini semua sebab pemberian AP dan nak lindung Proton. Kereta kat luar negara semua murah2, malaysia je mahal nak mampus.

    dah banyak pulak saye cakap. Sekian

  9. There have been many debates about Proton. The fact 20 years ago we have chosen the route to develop the motor industry via the Proton route. Ie to develope our own car in every aspect of it not just as pure assemblers like many ASEAN countries. The debate was already done with. There is no question both routes have it’s good points and negatives. Both models have shown success elsewhere depending on our national objectives. We have chosen a route that cannot also be faulted. But what can we faulted is our lack of national and citizenry willpower to support and make a success of it. There are even malaysians who find every fault possible on Proton and make a big issue out of it. This includes government ministers and Pakatan state govt. There is no national spirit to support it and as a result a self fulfilling negative perception has been created about Proton.
    If all of us keep on doing this Proton will obviously fail.
    We must be like the Japanese and Koreans. Till today Japanese even overseas still support their cars. We use to laugh in the early days when we joked that they are made of ovaltine tin cans. But where they are today. It is because they fully support their cars. Let it be clear they in japan pay for their cars more than us. Their protection is even higher than us. But they do not squeal, complain and criticize Toyota, Honda etc but they support them.
    If there are quality issues resolve it and do not make mountain out of it. Which company that does not has quality issues. Even toyota has to recall million of cars.
    But in Malaysia it is different. We tend to be over cynical. We make a big issue out of it, publicize and laugh over it all over the world. Even a cabinet minister ridicule it just because some of Her AP friends were affected. Pakatan govt in the states change from Proton to others. Even a BN MB tried to undermine the mandatory use of Proton.
    Basically we malaysians must wake up and move on to wholeheartedly implement what was decided 20 years ago. That is sorely needed now.
    Resolve the current weaknesses in the implementation and move on. We have already the basic skill to develope more than just and assembler. Stop criticizing but fine-tune the effort. For the Pakatan show your professionalism and patriotism. Use PROTON or else you are one of the cynics malaysians are very well noted.
    E

  10. On unrelated notes, I hope Dr. Zul can take up this matter with Karpal Singh in a very civilize manner.

    PAS never question or always not highlighted their disagreement with DAP’s Malaysia-Malaysian concept, but why Karpal like to dog-fight PAS Islamic State?

    “In an apparent ultimatum, the DAP national chairman warned the Islamist party not to “play with the law” and to respect the rights of non-Malays in the state.”

    Swallow thinking Karpal, why think of evil gambling is the right of non-muslim, go and check the Bible, Buddhist teaching, Hindu teaching, do all these religions allowed gambling?

    I truely and wholeheartedly support TGNA action to ban all kind of gambling in our country. All religions in the world never said or allowed the rights to gamble. Gambling also not part of Chinese culture as most of non-Chinese perceived. Gambling calamity is very prevalent among Chinese populace at large. Actually Mahjong or the like is a past time or entertainment game, but over the time gambling elements introduced to it just like football, then non-Chinese treat it is part of Chinese gambling tools and their culture.

    We do not need KTM (Kuda, Toto & Magnum) present in our neighbourhood, these are the tools by dUMNO to enrich themselve and collect political fund. BN will laugh all the way to bank since Karpal just do a good job to them! Period ………

  11. Unless the barricades of cronyism are torn down, and new vendors are appointed, I beleive there is only one place that you can find the PROTON brand. At JURASSIC PARK. With the high cost of R&D, how can PROTON afford them if their production volume is so small. When Mahathir dreamed up the national car, globalization wasn’t around. Now with globalization, Malaysia must attuned to it; failing which the costs can be prohibitively high.

    Reneging on FTAs is the work of pariahs. Do we wanna fall into that group

  12. Dr Zul, the cause is very obvious here. It is the current that wants Proton in such a shape. It will always provide them a good reason to keep on provide protection to Proton with such grants and high tariffs on imported cars. Moreover, with unsettled corruption issues, there is certainly no way to end Proton challenge. About finding a strategic partner, don’t we all know that it is the government goal of not getting one. With such huge underutilized facilities, who doesn’t want to partner with Proton? If a partnership was sealed, do you still think that those men up there can enjoy free money? Everything has to be transparent and leakage certainly will not or can’t happen.

    The ONLY thing to solve all problem here is a change in the government.

  13. Assalamualaikum,

    Saya yakin kerajaan sedia ada pasti telah merancang yang sepatutnya sebelum mereka setuju menyertai AFTA. pada dasarnya ia akan memberikan kebaikan kepada banyak pihak kerana ia akan memberikan manfaat kepada peniaga kerana sistem perniagaan akan lebih liberal juga peniaga dan pengguna mampu untuk membuat keputusan. berkenaan proton, 1 fakta perlu kita ingat, idea kereta nasional lahir daripada pihak kerajaan . berbeza dengan negara-negara lain, mereka membagunkan idea daripada individu itu sendiri. contoh seperti toyota, honda, bmw, ferrari dan sebagainya. dan kerajaan BN pasti akan bertanggungjawab dengan keputusan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s