Terpaksa Tampung GLC, Punca KWSP Beri Dividen Rendah

 
 

 

Ditulis oleh Najib, TV Selangor.com

 SHAH ALAM 22 FEB :Terpaksa menampung kegagalan syarikat berkaitan kerajaan(GLC) merupakan antara punca utama dividen oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak berada pada kadar yang sepatutnya, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad. 

Katanya, tindakan kerajaan yang sering menggunakan KWSP untuk menjadi penyelamat kepada projek-projek besar GLC yang gagal dilaksanakan, mengakibatkan beban besar terpaksa ditanggung oleh KWSP yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan awam. 

“Kalau kita lihat kembali bagaimana KWSP seolah-seolah dipaksa menyelamatkan dan membawa keluar syarikat berkaitan kerajaan. Ini sebenarnya punca kerugian KWSP dan di sinilah ketirisannya. Di sinilah berlakunya pulangan yang agak buruk.     “Keuntungan dalam pasaran ekuiti dimakan oleh pelaburan dalam GLC. Kita masih boleh ingat suatu ketika dahulu ia (membiaya) Pos Malaysia, Sime Darby, Bakun,” kata Dr Dzul ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.     

Semalam KWSP mengumumkan dividen 5.8 peratus kepada 11 juta pencarum di negara ini walaupun pendapatan kasarnya telah meningkat 40 peratus. Pulangan dividen itu dilihat tidak wajar memandangkan peningkatan bursa saham adalah sebanyak 19.3 peratus sedangkan dividen KWSP hanya naik 0.15 peratus dari tahun 2009.

Semalam penasihat DAP, Lim Kit Sing turut melahirkan rasa terkejutnya dengan pengumuman itu kerana ia tidak selaras dengan kenaikan 40 peratus pendapatan KWSP sebanyak RM24.06 bilion berbanding RM17.22 bilion pada tahun 2009.

Malah perkara tersebut diakui oleh Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman bahawa pencapaian itu menggambarkan tahun memberangsangkan yang mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan tersebut mencecah rekod tertinggi dalam sejarah. 

Hal ini kata Dr Dzul, menguatkan lagi hujahnya bahawa keuntungan KWSP tidak dapat disalurkan melalui dividen kerana beban yang ditanggung oleh KWSP. 

“Kalau lah pelaburan itu dalam aset ekuiti atau dalam saham, sepatutnya pulangan mesti tinggi. Ini jelas menunjukkan pelaburan KWSP dalam pelaburan-pelaburan yang mana KWSP terpaksa melabur dan wang KWSP digunakan. Ini yang menjadi pertikaian ketika ini.       

“Saya mendapati negara-negara yang lain memberikan pulangan yang jauh lebih tinggi,” katanya lagi.   

Antara projek yang dikatakan terpaksa dibiayai oleh KWSP ialah projek Empangan Bakun. Dalam projek ini yang berjumlah RM7.3 bilion, RM5.75 bilion daripadanya dibiayai oleh KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

Penggunaan akaun KWSP itu menimbulkan kegusaran banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat dan mahukan supaya tanggungjawab terhadap pencarum atau peranan fudisiarina mesti dilipatgandakan bagi mempasti kan pulangan yang baik khususnya sekarang ini pelaburan luar negara telah dizinkan oleh kerajaan.

 

 

 

 

Advertisements

4 thoughts on “Terpaksa Tampung GLC, Punca KWSP Beri Dividen Rendah

  1. Dr Zul;

    Saya ada simpanan di CPF Singapore dari tahun 1988. Rata rata dividen tidak lebih dari 3% setahun. Tahun ini 1.3 %.

    Boleh komen?

  2. Dividen 5.8 itu memanglah amat rendah sangat. Dulu dalam tahun 1980an dividen adalah 8.5 dan sebelumnya lebih tinggi dari kadar itu pun ada. Adalah amat jelas disini bahawa dana KWSP telah disalahgunakan oleh kerajaan utk menampung GLC.

  3. The comments made by dr dzul is a purely political statement devoid of real facts and at most an echoing of the blinkered views of DAP Lim kit Siang. Not a surprise.

    First the opposition experts must request a report on the cash-flow of EPF forth relevant year. That is most critical when dividends are to be considered. An organization may make a lot of profit but it’s capital commitment may not allow it to give good dividends. It may be required for investments and as far as EPF is concern cash reserves for future withdrawals by members is also very important. There are many other factors that i can relate but a short reply of this nature cannot accommodate.
    EPF announced bigger profits. But the opposition article should be intelligent enough to understand that profits is not necessarily cash. A big chunk of the profits are unrealized profits not yet translated in cash. If they hold a big chunk of say shares definitely they will make a lot of profits because the KLSE index rose by more than 40%. But the cash is not there because the shares are still held by EPF. So don’t just assume big profits just more dividends.
    To argue that investments in GLC is a major contributing factor to the low dividend is bringing argument to a gutter level. I am in total agreement that EPF funds may have been abused in supporting some investments in GLCs. But an intelligent analysis will show that the GLC investments made by EPF that ran into trouble is minuscule compared to the EPF investment portfolio. EPF investments like in MRCB and RHB Bank are now in a position that if EPF is to sell such investments now whatever losses is already fully recovered and perhaps gains are already made. The only major investment still with a question mark is it’s investments in Time .com.
    What baffles me as a citizen who has no party affiliation is the quality and depth of analysis and debate that the opposition brings to the fore especially from such a revered PAS personality like DR Dzul. The end result is total misrepresentation , deception and arousal of conflicts under the guise of freedom of speech, blogs etc.
    Both sides of the the divide needs more transparency and honesty in their debate. It is high time that the opposition set up it’s own shadow cabinet so every shadow minister is tasked with the responsibility of articulating to the Malaysian society primarily to disseminate the truth. Leaving all these so call experts like Tony Phua, dr Zul , LKS, LGE etc to talk about economic affairs without taking responsibility and be accountable for facts and truth is adding confusion to the polemics created by the opposition. So at the end of the day can I trust them to run the country one day in the future.? At the end of of the day all of you are just politicking not serious articulation of issues of utmost important to the raakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s