Sukar Menolak Dakwaan Perolehan 6 SGPV-LCS Penuh Tandatanya

(Kenyataan akhbar ini sepatutnya di buat bersama YB Tony Pua dan YB Nurul Izzah pagi tadi di Ibu Pej DAP, KL. Atas sebab tertentu saya tidak dapat hadir). 

Mengikut seorang tokoh integriti dunia Jeremy David Pope yang juga salah seorang pengasas Transparency International, perolehan pertahanan adalah lubuk rasuah paling besar dalam sesebuah pentadbiran kerajaan.

 Sekali lagi perolehan mega peralatan ketenteraan Kementerian Pertahanan mencetuskan kontroversi sementara kemelut akibat pembelian kapal selam Scorpene atas dakwaan rasuah masih belum lagi selesai. Kelulusan perbelanjaan yang menelan belanja RM6 bilion untuk memperolehi enam kapal peronda generasi kedua untuk Tentera laut Di Raja Malaysia (TLDM) kini adalah sangat dipertikaikan rakyat amnya dan para analis khususnya.

Beberapa persoalan besar perlu dijawab segera oleh Kementerian Pertahanan dan PM Najib setelah perolehan ini menginggalkan impak yang parah kepada kewangan rakyat sekaligus meningkat hutang kerajaan awam dan Kerajaan Pusat.

(i)                 Mengapakah kerajaan memberikan kontrak pembinaan dengan mengeluarkan Surat Hasrat (Letter of Intent) secara tergesa-gesa kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd?

(ii)                Mengapakah kontrak sebesar ini tidak dilakukan dengan kaedah Tender Terbuka (Open Tender) dengan specifikasi yang diperlukan ditentukan terlebih dahulu, bagi mempastikan TLDM mendapat sebutharga yang terbaik dari pelbagai pihak termasuk dari pembida internasional?

(iii)               Adalah dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan sendiri bahawa BNS akan mendapat vendor-vendor untuk kerja-kerja sub-kontrakt secara tender terbuka. Ini akan menguntungkan BNS. Persoalanya ialah mengapakah kerajaan sendiri tidak melakukan sedemikian?

(iv)              Mengapakah kerajaan ghairah sangat untuk berbelanja besar dalam suasana hutang awam terus meningkat, defisit melebar dan subsidi kepada rakyat ditarik balik kerana kononnya kerajaaan tidak punya kemampuan untuk menampung subsidi ini rakyat?

(v)                Mengapa tidak diperolehi kuantiti yang lebih menasabah yakni 3 dan bukannya 6, kerana tidak timbul isu ’economy of scale’ atau discount kalau dibina lebih banyak dalam perolehan ini?

(vi)              Mengapakah harga perolehan ini dipertikaikan pelbagai pihak kerana ditanggapi sebagai tidak menasabah atau jauh lebih mahal dari perolehan negara-negara lain yang membeli model yang lebih baik dan besar dari model ini. Julat harga sememang diakui luas, dari RM100 juta sehingga RM 1 bilion mengikut specifikasi produk seperti Irish Roisin class berharga RM103m, Greek Super Vita  RM329 juta , the German Type 130 RM572 juta atau Israeli Saar V RM 780 juta.

(vii)             Mengapakah urusan perolehan tidak memasukkan sekaligus tentang tentang pakej ’Maintenance, Repair and Overhaul” termasuk hal spare parts, yang kesemua menelan belanja yang mahal dan apakah ianya dilupakan juga sekali lagi dan telah beberapa kali dipertikaikan tentang kesemua pembelian mega seperti ini termasuk keretapi-keretapi KTMB.

(viii)           Betulkah pengkritik tidak adil kerana tidak membandingkan produk yang sama dan bagaimanakah hendak ditentukan dakwaan ini salah semcama membanding apel dan oren, sekiranya specifikasi tidak didedahkan pihak TLDM?

(ix)              Apakah ia adalah peronda peisisir untuk patrol dan pemantauan sahaja ataukah untuk perang atau kombat tidak diketahui umum. Didakwa hari ini bahawa ia adalah Littoral Combat Ships (LCS) bermakna bukan hanya untuk pemantauan atau surveillance.

(x)                Mengapakah kerajaan dibawah PM Najib masih enggan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Parlimen khas untuk melakukan penyaringan wajib atas perolehan besar ketenteraan atau selainnya di mana ia melibatkan perbelanjaan lebih RM 100 juta seperti yang dilakukan oleh semua negara maju seperti di Amerika Syarikat atau United Kingdom seperti yang disyorkan oleh Jeremy David Pope semasa menjadi konsultan kepada kerajaan dahulu dan anjuran ’best practice’ yang dimajukan oleh Transparency International kini? Termasuk dalam bidang kerja JK seperti ini juga boleh dilebarkan kepada bertanggungjawab tentang bagaimana perolehan tersebut adalah dalam kerangka strategik dan keperluan negara.

Sekali lagi kerajaan BN di bawah Najib mesti lebih bertanggungjawab atas perolehan sebesar ini. Belum lagi isu tentang harga pembelian 38 EMU tren 6-koc untuk KMTB dari South China Locomotive secara terus, yang menelan belanja RM500 juta lebih mahal dari harga sebutharga selesai disiasat oleh SPRM dan juga dakwaan rasuah terhadap pembelian kapal selam Scorpene masih lagi dalam Mahkamah di Perancis, apakah perolehan 6 kapal peronda pesisir pantai generasi kedua ini juga akan berakhir dengan nasib yang sama?

Amat keterlaluan, andainya ada yang menuduh bahawa segala kesegeraan ini, bukahlah kerana negara berada di ambang perang, tetapi di ambang pilihanraya. Namun adalah amat sukar untuk kami menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa segala ’urgency’ dan kesegeraan ini adalah untuk ’wang komisyen’ digunakan kerajaan BN membiayai kos menanggung pilihanraya umum ke-13 yang dikatakan berkemungkinan besar diadakan tahun 2011 ini juga.

 Dr Dzulkefly Ahmad,

Ahli Parlimen Kuala Selangor.

10 Februari 2011.


32 thoughts on “Sukar Menolak Dakwaan Perolehan 6 SGPV-LCS Penuh Tandatanya

  1. Salam YB Dr Dzul

    1. Islam membahagikan kontrak jual beli kepada, pertama, jual beli mutlak iaitu
    barangan yang hendak ditransaksi wujud ketika akad sperti pen dan pemutar skrew, dan
    kedua, barangan yang hendak transaksi tidak wujud atau belum siap ketika akad. Maksud modennya ialah projek pembinaan yang meliputi perolehan 6 SGPV-LCS yang YB timbulkan ini.

    2. Kontrak Jual beli pertama di atas diharuskan oleh kesemua 4 mazhab Islam -Hambali, Maliki, Shafi’e dan Hanafi.

    3. Tetapi untuk kontrak jual beli kedua di atas, wujud percanggahan pendapat di kalangan 4 mazhab Islam di atas hingga melahirkan dua jenis kontrak pembinaan Islam ( istilah modennya al-Muqawalah) berikut: A) Al-Ijarah (Melayunya Upahan ) dan B) Al-Istisna’ (Melayunya Tempahan).

    4. Kesemua 4 mazhab Islam mengharuskan kontrak Upahan di atas.

    5. Hanya mazhab Hanfi mengharus kontrak Tempahan sebagai kontrak pembinaan Islam. Namun meletakkan beberpa syarat ketat yang saya tidak berhajat menghuraikannya.

    6. Dua hujah diberikan oleh mazhab Hambali, Maliki dan Shafi’e mengapa mereka tidak mengharuskan kontrak Tempahan sebagai kontrak pembinaan Islam seperti berikut:

    a) Tempahan bukan kontrak tetapi sekadar tanggungjawab pihak2 berkontrak iaitu pemberi dan penerima tempahan melunaskan amanah masing2 ketika berkontrak.

    b) Kesukaran menetukan kos, kualiti dan masa penyerahan barangan yang hendak ditransaksikan ketika berakad

    Hujah modennya ialah seperti berikut:

    Kontrak pembinaan Tempahan hanya sesuai bagi negara2 yang index rasuahnya rendah atau kesemua pemain2 industri pembinaannya benar2 amanh dan bertanggungjawab atau tinggi integritinya.

    7. Untuk memudahkan kefahaman saya jelaskan perkaitan dua jenis kontrak pembinaan Islam di atas dengan kontrak pembinaan konvensional ciptaan Barat.

    8. Kajian perbandingan di antara kontrak pembinaan Barat dan Islam menunjukan bahawa wujud perkaitan yang jelas diantara kontrak pembinaan Islam jenis Upahan di atas dengan kontrak pembinaan Barat jenis Cost Reimbursement dan diantara kontrak pembinaan Islam jenis Tempahan dengan kontrak pembinaan Barat jenis Price-in-advance.

    9. Dari sudut kontrak pembinaan Barat, pembinaan 6 buak kapal peronda generasi kedua menggunakan sistem kontrak pembinaan Barat bentuk Design and Build with contractor’s design input dan diletakkan di bawah jenis kontrak Price-in-advance di atas. Ia memunyai kebaikan dan kekurangan. Antara kebaikannya ialah jenis fast traking, tiada masalah tempoh siap dan tiada VO atau harga kontrak boleh dimatikan. Manakala kekurangannya ialah kualiti rekabentuk dan binaan rendah, disamping masalah harga kontrak yang rendah atau value for money yang hanya boleh diperolehi melalui open tender.

    10. Mengenai idea pengwujudan vendor-vendor untuk kerja2 sub-kontrak bagi pembinaan 6 kapal peronda tersebut ia lebih berkesan di bawah pengaturan kontrak menggunakan Management Contract yang juga merupakan jenis fast traking. Hujahnya iala;

    a) Kedudukan perjanjian kontrak diantara main contractor dan sub-contractor sudah diformalkan dan diiktiraf di seluruh dunia, berbanding dengan kontrak Design and Build di atas.

    b) Perlantikan subcontractor dilakukan menerusi open tender.

    c) Akaun main contractor di semak oleh perunding jurukur bahan pemilik projek dari semasa ke semasa

  2. YB Dr. Dzulkefly,
    Jelaslah Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boros dan tidak berprihatin terhadap rakyat yang miskin. Subsidi barang keperluan asas dipotong dan BN membazirkan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya. Ekonomi negara akan turut terjejas. Malangnya rakyat Malaysia masih lagi mengundi BN!

    1. Agak2 saudara berapa ringgit harga patut untuk beli 6 buah LCS tu? Nak bina kapal bukan macam nak beli buah temikai. Boleh letak harga RM2 sekilo.

      Sesekali bila kapal navy buat open to visitors tu, jenguk2 la ke dalam dan tanya orang yang arif. Menatang apa yang dipasang dan apa guna dia. Dan cuba renung dalam2 ke anak mata anak2 kapal tu yang majoritinya anak bangsa kita yang bersekang siang malam demi keselamtan negara kita.

      Cuba berintraksi dengan mereka berapa jam mereka tidur semasa belayar. Patutkah kita yang lena sepanjang malam ni beri kepada mereka benda2 yang tiada kualiti utk mereka keluar berperang?

      Sekali datang benda baru mereka kena study hard. So costing utk memahirkan mereka tu pun termasuk dalam pakej tu jugak. Bukan sehari dua malah memakan masa 3,4 tahun.

      Harga sayur kat pasar pun dah naik berkali ganda, takkan nak beli kapal perang boleh nilai dengan timbang kilo.. fikir2 kan lah kalau nak bangkang pun..

      1. Sdr jebat

        1.Memang sukar hendak letakkan harga 6 buah LCS tu, berbanding dengan harga buah tembikai seperti apa yang sdr komenkan tu.

        2. Tetapi Islam danBarat sudah mudahkannya berdasarkan apa yang saya sudah bincangkan di atas dan penjelasan tambahan di bawah

        Cara Barat dan Islam tentukan harga barang dari jenis transaksi barangan yang tidak wujud ketika akad seperti LCS tu ialah;

        a) Dengan melakukan proses tender terbuka, dimana Islam meletakkannya dibawah kontrak jual beli Lelong yang wajib dipatuhi jika membabitkan wang awam.

        b) Barat dan Islam mencadangkan penggunaan kontrak pembinaan jenis BQ (bills of quantities)tetapi jenis with firm quantities. Maksudnya, bukannya BQ jenis with provisional or lump sum quantities seperti yang diamalkan oleh MOD. Bahkan Islam melarangnya kerana wujud elemen ketidakpastian. Di mana, dalam Islam, kontrak BQ tersebut dikategorikan sebagi kontrak pembinaan al-Istisna’ atau Tempahan yang tidak diharuskan oleh mazhab Hambali, Maliki dan Shafi;e-rujuk perbincangan saya di atas.

        c) Yang digalakan Islam dan Barat era globalisasi ini ialah penggunaan Management Contract -rujuk perbincangan saya di atas.

      2. Salam saudara Subahir Taib….
        1) berkenaan soal tender, saya bagi satu contoh, anda pakai kereta apa???jika anda memakai honda civic 2.o, kenapa anda memilih kereta itu sedangkan banyak lagi pilihan kereta yang kuasa enjin seperti itu dengan variasi yang lebih menarik dan kos yang berpatutan seperti dari mitsubishi, toyota, proton dsb…kenapa???
        2) dalam setiap urusniaga pasti ada broker atau runner, pergi negara mana skli pun, ini kerana pembeli dan pembekal tak semestinya mempunyai connection ataupun kerjasama…contoh lah dalam urusniaga di sebuah pasar ikan,kenapa anda tak tanya nelayan, kenapa mereka tak jual terus kepada pembeli atupun peniaga???kenapa perlu melalui pemborong terlebih dahulu???

  3. Salam eric

    1.Terima kasih kerana memberi respon

    2. Sdr kena faham baik2 lecture note saya di atas.

    3. Kereta dan ikan ialah barangan yang wujud ketika tranaksi dilakukan yang isu jual belinya tidak sekompleks transaksi barangan yang tidak wujud ketika akad seperti kes pembelian 6 kapal peronda TLDM tu. Tambah kompelks ia membabitkan wang rakyat awam sebagai satu amanah yang Islam mensyaratkan sah jual belinya melalui tender terbuka berdasarkan suber hukum Hadis yang merujuk kisah Nabi SAW pernah meleong pelana kedua dan cawan pakir miskin.

    4. Maksudnya isunya ialah penggunaan dana awam bukan persendirian. Kalau guna wang poket sendiri tak perlu tender.

    5. Kalau sdr pergi ke pasar2 yang ada mendaratkan ikan, sdr akan dapati masih ada upacara jual beli ikan secara lelong. Dapat pahala bagi umat Islam yang melakukannya.

    6. Tender mengikut pengkaji kontrak Islam merupakan pinjaman daripada kontrak jual beli lelong Islam.

  4. Saudara Subahir ….

    Menjurus kepada perkara pokok persoalan sebenar polemic harga 1 bilion sebuah LCS adalah terlalu mahal dibelanjakan oleh kerajaan dari kacamata YB Tony Pua dan kepada sesetengah kumpulan yang menyokong satu perbandingan umpama pembelian sebuah produa kancil dengan Proton Waja.

    Apa yang saudara Subahir cuba lakukan adalah dengan pelbagaikan isu ini dalam konteks hukum bermuamalat yang selama ini apa yang telah kerajaan membuat perolehan untuk pembangunan dalam Negara tidak menjadi satu pertikaian pun.

    Saya Sebagai rakyat terbanyak yang cintakan keamanan, perolehan secara pembelian BQ samada with firm maupun lump sum bukanlah perlu dilihat sampai kedalam kerana jika kedua2 kaedah itu dilaksanakan oleh kerajaan pun, hakikatnya layout terperinci kaedah2 tersebut tidak akan dipamirkan kepada umum. Maka memadailah satu angka besar spt yang semua telah maklum diberitahu.

    Sebagai entity keselamatan, pengumuman tersebut adalah satu impak besar kepada satu bentuk sokongan moral sebagai pembentuk semangat untuk terus berjuang di dalam kesinambungan melunaskan amanah Negara untuk menjaga kedaulatan perairan maritime Negara dari diceroboh.

    Sebagai Negara pembeli, Malaysia tidak banyak pilihan untuk memperolehi kelengkapan pertahanan dari negara2 pengeluar yang rata2 mempunyai agenda permusuhan dalaman dengan negara2 islam yang tidak member komitmen kpd mereka.

    Dalam konteks pembinaan kapal dalam Negara, syarikat2 pembinaan kita hanya mampu membuat kerangka badan sedangkan sistem2 lain yang lebih penting terpaksa meminjam atau membeli teknologi orang yang lain yang melihat islam sebagai musuh utama mereka. Contoh yang paling dekat ialah peruncit melayu yang membeli barangan dengan pemborong tionghua, yang lazimnya akan membayar harga yang berbeza berbanding dengan bangsa mereka. Itu hakikat.
    Sekadar ini dulu… allahuallam.

  5. Sdr jebat

    1. Hari ini malumat mengenai kelengkapan peperangan mudah diperolehi. Tidak ada rahsia lagi, melainkan kelangkapan yang baru dicipta. Itupun ada yang cuba mengintip dan menjualnya.

    2. Sdr kena faham, era globalisasi adalah era telus setelus kaca jerneh.

    3. Sdr boleh lihat kebanyakan bangunan2 yang baru dibina di Malaysia akhir2 ini dibanyakan permukaan kaca jernih berbanding dinding plastar. Ia juga berlaku diserata dunia. Itu cara arkitek menterjemahkan prinsip ketelusan dalam karya senibina di era globalisasi ini yang menghasilan senibina bentuk baru yang saya namakan bentuk enrich modernism. Ini berbeza dengan senibina sebelumnya yang dinamakan bentuk pascamoden atau postmodernisam yang bukan sahaja tidak menggambarkan imej ketelusan malah menonjolkan imej kepalsuan seperti rekabentuk dan binaan tiang2 klasikal yang saiznya berganda2 lebih besar daripada sepatutnya dari segi kejuruteraan struktur. Kebetulan ia berlaku diera mantan PM, TDM yang jika sdr perhalusi banyak persamaannya dengan senibina pascamoden tadi. Maksudnya, mengenai paparan idea2 tidak telus dan palsu.

    4.Ambil contoh dasar pensyarikatan beliau yang terkenal dengan program penswastaan. Benar, penswastaan boleh cepat membangunakan negara. Tetapi tahukah sdr ia merupakan cara beliau mengelak pemberian tenderkepada kroninya melalui proses tender terbuka yang berlainan dengan apa yang dilaksanakan oleh pihak JKR sebelumnya, khasnya? Tidak cukup dengan mengelak tender terbuka beliau dan keroninya menggunakan kontrak pembinaan Design and Build with contractor’s input design yang banyak elemen tidak telus. Padahal wujud kontrak pembinaan yang sejenis dengannya yang dinamakan Design and Build with client’s input design yang bersih daripada elemen tidak telus dan palsu.

    5. Bukankah PM, DSN anak didik TDM jika kita kaitkan dengan perbincangan ini?

    1. Menteri Pertahanan turut menjelaskan….

      “Setakat ini, sebanyak 2,389 syarikat berdaftar dengan BNS dan daripada jumlah itu sebanyak 632 vendor atau subkontraktor terlibat secara aktif dalam projek ini”.

      Saya tidak tahu untuk membandingkan bangunan bercermin sebagai penanda aras kepada suatu ketelusan apatah lagi untuk menjamin orang2 yang ada di dalam bangunan kaca itu bersifat telus.

      Cuma apa yang saya mampu katakan dengan angka syarikat berdaftar yang dinyatakan oleh MP di atas, jika kita meletakkan setiap syarikat mempunyai 10 orang pekerja, ianya sudah memberi manfaat kepada 23,890 orang pekerja bagi mengerumuni sebuah atau 6 buah LCS .

      jika saudara subahir pernah menjejak kaki ke BNS dockyard di lumut, dengan angka 23,890 orang itu boleh menutupi semua tanah kosong kawasan dockyard tsb.

      Apakah masih tiada ketelusan dalam pembahagian work scope?

  6. Apa sebenarnya agenda di belakang pembinaan kapal perang LCS ni? Apa yang saya faham, agendanya bukan hanya untuk membekalkan TLDM dengan aset yang amat diperlukan tetapi juga untuk meningkatkan keupayaan industri tempatan di dalam teknologi pembinaan kapal perang. Ini sekaligus akan menjana ekonomi negara dimana pembinaan secara tempatan akan membolehkan setiap Ringgit yang dilaburkan oleh Kerajaan dapat memberi faedah maksimum terhadap pembangunan dan peningkatan keupayaan industri dan membawa banyak spin-off kepada industri sokongan yang lain.

    Ini tidak dapat dikecapi dengan membeli kapal terus dari luar negara. Cuba lihat keadaan di negara2 yg tidak berkebolehan untuk membina atau memberi sokongan kepada sebuah kapal perang. Mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada negara pengeluar yang hampir kesemuanya negara Barat.

    Penglibatan industri tempatan amat penting bagi memastikan keupayaan yang ada dalam negara dapat membawa pulangan sebanyak mungkin kepada negara. Sebagai contoh, tahukah anda bahawa bagi peralatan Fire Control System (Sistem Kawalan Menembak), hasil dari projek NGPV, teknologi sudah ada di dalam negara bagi membuat bahagian2 elektronik. memasang, menguji dan mengintegrasikan sistem buatan Switzerland ini? Kepakaran dalam negara sudah cukup tinggi sehingga ujian dan integrasi sistem serupa di negara jiran, Thailand, dilaksanakan oleh syarikat Malaysia dengan tenagakerja tempatan? Ini antara contoh kejayaan pelaksanaan program Pemindahan Teknologi yang dicapai melalui projek NGPV. Banyak lagi contoh yang ada…

    Seperkara lagi, hanya satu limbungan kapal saja di dalam negara yang mempunyai keupayaan untuk melaksanakan projek sebegini disamping Boustead iaitu MMHE di Pasir Gudang. Bagaimanapun, infrastruktur dan fasilitet di MMHE tidak ada untuk kerja2 elektronik dan persenjataan. Tambahan lagi, core business MMHE adalah bagi menyokong industri Minyak & Gas. Syarikat NGV Tech pula belum terbukti lagi di dalam membina kapal perang. Oleh itu, hanya Boustead yang mempunyai kelayakan teknikal dan fasilitet yang mencukupi pada masa ini.

    Ingin saya tekankan di sini bahawa industri pembinaan kapal perang di negara maju juga tidak mengikut konsep open tender. Contohnya, tiada tender terbuka untuk pembinaan kapal F124, K130 dan F125 untuk Tentera Laut Jerman. Kerajaan Jerman telah melantik terus pembina-pembina yang terlibat sebagai satu konsortium untuk membina kapal2 ini. Ini sama dengan pembinaan LCS untuk Tentera Laut USA, dimana 2 limbungan besar ini telah dilantik terus oleh Kerajaan USA untuk membina LCS tersebut. Ini sama dengan pembinaan Air Warfare Destroyer yang sedang dibina di Australia. Sama juga di Korea Selatan.

    Satu dari pemerhatian yang dapat kita lihat adalah kesemua negara2 yang tersebut di atas membina kapal perang sendiri dengan menggunakan limbungan tempatan. Mungkin ada yang menyatakan ini kerana industri mereka telah cukup maju untuk membolehkan limbungan2 tempatan mereka untuk melaksanakannya. Ini memang betul, dan di situlah arah tuju projek SGPV-LCS ini. Untuk meningkatkan keupayaan dan kompetensi industri tempatan supaya ki8ta mempunyai kebolehan yang sama seperti negara2 maju tersebut.

    Perolehan kapal perang adalah perolehan yang nilainya paling tinggi berbanding aset2 lain. Ia juga adalah aktivit pembuatan (manufacturing) yang paling banyak melibatkan dan memberi kesan kepada penumbuhan industri. Jadi, adalah wajar bagi pembinaanSGPV-LCS ini dilaksanakan di dalam negara oleh organisasi yang mempunyai kebolehan teknikal yang paling tinggi. Pada ketika ini, hanya Boustead saja yang layak dan oleh itu, keperluan untuk tender terbuka dikalangan limbungan2 di dalam negara hanya akan merugikan masa dan melambatkan pelaksanaan projek.

  7. Ingin saya cuba beri jawapan kepada persoalan2 YB:

    (i) Mengapakah kerajaan memberikan kontrak pembinaan dengan mengeluarkan Surat Hasrat (Letter of Intent) secara tergesa-gesa kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd? => Saya rasa tidak tergesa2. Projek ini telah lama dirancang. Saya pasti YB tentu maklum tentang keperluan untuk 27 kapal ronda TLDM sejak tahun 90’an lagi. Dan dengan terserahnya 6 NGPV, adalah logik untuk pembinaan 6 buah kapal follow-on ini dilaksanakan.

    (ii) Mengapakah kontrak sebesar ini tidak dilakukan dengan kaedah Tender Terbuka (Open Tender) dengan specifikasi yang diperlukan ditentukan terlebih dahulu, bagi mempastikan TLDM mendapat sebutharga yang terbaik dari pelbagai pihak termasuk dari pembida internasional? => Saya dah jelaskan di dalam post saya sebelum ini.

    (iii) Adalah dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan sendiri bahawa BNS akan mendapat vendor-vendor untuk kerja-kerja sub-kontrakt secara tender terbuka. Ini akan menguntungkan BNS. Persoalanya ialah mengapakah kerajaan sendiri tidak melakukan sedemikian? => Kerajaan tidak ada keupayaan untuk melaksanakan kerja sebegini. Lagipun, mana ada kontrak di mana Kerajaan melantik subkontraktor kepada kontraktor utama? Siapa yang akan bertanggungawab jikalau ada kelewatan dsb? Kontraktor utama akan menyalahkan subkontraktor pilihan Kerajaan dan tuduh-menuduh akan berlaku. At the end, kontraktor utama akan lepas dari tanggungjawab! Saya rasa soalan YB ini kurang bernas dan tak perlu ditanya lansung.

    (iv) Mengapakah kerajaan ghairah sangat untuk berbelanja besar dalam suasana hutang awam terus meningkat, defisit melebar dan subsidi kepada rakyat ditarik balik kerana kononnya kerajaaan tidak punya kemampuan untuk menampung subsidi ini rakyat? => Ini projek untuk menjana ekonomi dan meningkatkan keupayaan nagara di dalam bidang baru.

    (v) Mengapa tidak diperolehi kuantiti yang lebih menasabah yakni 3 dan bukannya 6, kerana tidak timbul isu ’economy of scale’ atau discount kalau dibina lebih banyak dalam perolehan ini? => Ini keperluan TLDM. Kan Panglima Tentera Laut dah jelaskan. Dan siapa kata tiada economies of scale atau discount? Statement YB ini tidak masuk akal. Jikalau satu kapal ada 4 enjin, secara logiknya, tentu ada diskaun dengan membeli 24 enjin berbanding 12! YB pun expect dapat dikaun kalau beli 2 kereta sekaligus kan!

    (vi) Mengapakah harga perolehan ini dipertikaikan pelbagai pihak kerana ditanggapi sebagai tidak menasabah atau jauh lebih mahal dari perolehan negara-negara lain yang membeli model yang lebih baik dan besar dari model ini. Julat harga sememang diakui luas, dari RM100 juta sehingga RM 1 bilion mengikut specifikasi produk seperti Irish Roisin class berharga RM103m, Greek Super Vita RM329 juta , the German Type 130 RM572 juta atau Israeli Saar V RM 780 juta. => Soalan ini sudah dijawab di dalam berbagai2 blog lain. Bagaimanapun, ingin dijelaskan bahawa sepsifikasi am kapal ini telah diterangkan oleh Boustead semasa ia melaksanakan taklimat kepada industri tempatan tempohari. Jadi, tiada soal patut timbul dari segi jenis apa kapal yang nak dibina! Paling kurang pun sama dengan NGPV yang harganya hampir 1 billion sebuah pada masa ditandatangani pada 1998. Ini dah 2011!!!! Saya kagum jikalau Boustead dapat membekalkan kapal yang lebih canggih dari NGPV dengan hanya 1 billion sebuah dengan Ringgit 2011!!!

    (vii) Mengapakah urusan perolehan tidak memasukkan sekaligus tentang tentang pakej ’Maintenance, Repair and Overhaul” termasuk hal spare parts, yang kesemua menelan belanja yang mahal dan apakah ianya dilupakan juga sekali lagi dan telah beberapa kali dipertikaikan tentang kesemua pembelian mega seperti ini termasuk keretapi-keretapi KTMB. => Mana YB tahu tak masuk? Tolong jelaskan.

    (viii) Betulkah pengkritik tidak adil kerana tidak membandingkan produk yang sama dan bagaimanakah hendak ditentukan dakwaan ini salah semcama membanding apel dan oren, sekiranya specifikasi tidak didedahkan pihak TLDM?
    => Dah dijawab para (vi) di atas.

    (ix) Apakah ia adalah peronda peisisir untuk patrol dan pemantauan sahaja ataukah untuk perang atau kombat tidak diketahui umum. Didakwa hari ini bahawa ia adalah Littoral Combat Ships (LCS) bermakna bukan hanya untuk pemantauan atau surveillance. => SUdah dijawab para (vi) di atas.

    (x) Mengapakah kerajaan dibawah PM Najib masih enggan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Parlimen khas untuk melakukan penyaringan wajib atas perolehan besar ketenteraan atau selainnya di mana ia melibatkan perbelanjaan lebih RM 100 juta seperti yang dilakukan oleh semua negara maju seperti di Amerika Syarikat atau United Kingdom seperti yang disyorkan oleh Jeremy David Pope semasa menjadi konsultan kepada kerajaan dahulu dan anjuran ’best practice’ yang dimajukan oleh Transparency International kini? Termasuk dalam bidang kerja JK seperti ini juga boleh dilebarkan kepada bertanggungjawab tentang bagaimana perolehan tersebut adalah dalam kerangka strategik dan keperluan negara. => Keperluan dari TLDM untuk SGPV ni dah lama semua orang tahu. Dari 1990’an lagi. Kenapa nak timbul soalan sebegini sekarang? Lagipun, adakah Singapura mempraktikkan ‘best practise’ sebegini? Korea? Semua orang tahu bagi perolehan defence patut approachnya lain. Habis semua spesifikasi rahsia TLDM seperti keperluan infrared signature, noise signature, radar cross section, EM interference dsb akan tersebar kepada civilians!

  8. mesti ramai yg mengatakan, dengan saper kita nak berperang kan… ayat zaman kirong dulu2, sampai kan jiran sebelah selatan sentiasa menghambur kan slogan itu, sambil2 depa sendiri memperkasa kan angkatan tentera mereka, cakap tak surupa bikin… laaa niii, apa yg ada di dlm tgn kita, jauh ketinggalan dgn depa…. nak bersaing sebelah menyeblah pun malu woooooo……

  9. Sdr jebat

    Fakta Kontrak pembelian 6 buah kapal peronda generasi kedua TLDM:

    1. Jenis Kontrak Pembinaan – Design & Build with Contractor’s input design
    2. Kaedah Tender – Direct Negotiation
    3. Kontraktor Utama -Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd?
    4/ Harga kontrak – A = RM6 bilion
    5/ Jumlah Harga Sub-kontrak (Ditawarkan
    Kepada 632 Vendor / Sub-kontraktor)- B =RM ?
    6/ Kos pengurusan Main Con (BSN) – C =RM ?
    7/Jangkaan Keuntungan Kasar pihak BSN ialah :A( RM 6 billion) – (B +C) = ?

    8/ Tolong sdr jebat berikan maklumat harga B dan C diatas untuk ulasan saya
    selanjutnya.

    Nota: Kalau maklumat B dan C sdr jebat tidak tahu atau MP kata ianya rahsia, maknanya masih tidak telus lagi. Saya cuma setuju yang wajib direhsiakan ialah a) lukisan pembinaan
    atau shop drawing dan b) Spesifikasi perlatan, pembinaan dan sebgainya

    9/ Dalam Islam keuntungan projek sekali sekala tidak boleh melebihi 40%

  10. Sdr jebat

    Fakta Kontrak pembelian 6 buah kapal peronda generasi kedua TLDM:

    1. Jenis Kontrak Pembinaan – D & B with Contractor’s input design
    2. Kaedah Tender – Direct Negotiation
    3. Kontraktor Utama -Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd?
    4/ Harga kontrak – A = RM6 bilion
    5/ Jumlah Harga Sub-kontrak (Ditawarkan
    Kepada 632 Vendor / Sub-kontraktor)- B =RM ?
    6/ Kos pengurusan Main Con (BSN) – C =RM ?
    7/Jangkaan Keuntungan Kasar pihak BSN ialah :A( RM 6 billion) – (B +C) = ?

    8/ Tolong sdr jebat berikan maklumat harga B dan C diatas untuk ulasan saya
    selanjutnya.

    Nota: Kalau maklumat B dan C sdr jebat tidak tahu atau MP kata ianya rahsia, maknanya masih tidak telus lagi. Saya cuma setuju yang wajib direhsiakan ialah a) lukisan pembinaan
    atau shop drawing dan b) Spesifikasi perlatan, pembinaan dan sebgainya

    9/ Dalam Islam keuntungan projek sekali sekala tidak boleh melebihi 40%

  11. Sdr Subahir,

    Formula tu simplistik sangat. Masukkan sekali harga pembelian peralatan dan sistem dari luar negara = D, harga risiko = E, harga pembiayaan (finance cost) = F, harga kontingensi = G, harga konsultansi rekabentuk = H, harga latihan = I, harga infrastruktur dan perkakasan = J dan macam2 lagi….. Baru le boleh estimate keuntungan….

    Bagaimanapun, sebagai anak syarikat GLC, saya yakin kadar keuntungan takkan sampai 40%. Ingat lah saudara, ahli lembaga syarikat Boustead Naval Shipyard termasuk wakil dari Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan dan Panglima Tentera Laut sendiri. Managing Directornya pula ex-Panglima Tentera Laut, bukannya orang sebarangan. Saya rasa ketelusan akan lebih terjamin.

    1. Sdr Api

      1. Terima kasih kerana memerikan respon
      2. Memang nampak simpisitik formula saya itu. Bagi saya biar orang faham asasnya dahulu. Kemudiannya baru bagi formula yang kompleks seperti yang sdrcuba tunjukan itu atas sebab2 yang saya tidak perlu jelaskan.
      3. Yang penting, saya berjaya menghuraikan perbezaan di antara aspek pemerolehan yang wajib dirahsiakan dan yang mana tidak wajib dirahsiakan bagi menjawab pertanyaan sdr jebat berkenaan.
      4.Tetapi bagaimaana jika saya katakan kos-kos tambahan seperti yang sdr unjurkan itu iaitu D, E,F, G,H,I dan J memeng perlu saya huraikan, tetapi yang sdr huraikan itu terlalu simplisitik dan saya khuatir akan ditegur oleh jurukira atau jurukur bahan jika membacanya. Maksudnya, banyak yang sdr tidak tahu cara -cara kosting projek yang sistematik meliputi apa itu kos perojek, apa itu kos pembinaan, apatah lagi menyediakan cash flownya membabitkan inflow dan outflow costs.

  12. Saudara subahir,
    8/ “Tolong sdr jebat berikan maklumat harga B dan C diatas untuk ulasan saya
    selanjutnya. ”

    -Sebagai rakyat marhaen mana mungkin untuk memberi maklumat spt yang saudara minta dan kelihatan saudara lebih arif dalam perkara ini, maka molek benar jika saudara yang bentangkan maklumat tsb.

    Nota: “Kalau maklumat B dan C sdr jebat tidak tahu atau MP kata ianya rahsia, maknanya masih tidak telus lagi. Saya cuma setuju yang wajib direhsiakan ialah a) lukisan pembinaan
    atau shop drawing dan b) Spesifikasi perlatan, pembinaan dan sebgainya”

    -Pada saya apa yang saudara kata rahsia di atas adalah bukan rahsia sebenarnya kerana drawing sudah pun keluar 2 tahun lepas semasa LIMA09. Spesifikasi peralatan pun bukan rahsia kerana selepas ini ia akan terpamir di dalam janes fighting dan penerbitan umum pertahanan.

    1. Sdr jebat

      1/Saya cuma arif tentan kontrak pembinaan membabitkan kontrak Islam dan Barat. Malah dalam satu seminar di USM 31 Dis 2010 saya bentangkan format BQ (bills of quantities ) Islam, demi membuktikan Islam menekankan ketelusan dalam berkontrak membabitkan transaksi barangan yang tidak wujud ketika akad seperti projek pembinaan 6 buah LCS yang kita bincangkan ini.

      2/Saya lebih cenderung pembinaan LCS menggunakan Managemant Contract berbanding dengan Design & Build with Contractor’ s input design iaitu kontrak pembinaan yang digunakan untuk pembinaan LCS tersebut kerana mempunyai kelemahan dari segi kesukaran mencapai sasaran kualiti pembinaan, bahan, reka bentuk dan functionality berbanding dengan Management Contract.

      Lebih dari itu Management Contract mempunyai kelebihan lain dari segi perjanjian kontrak diantara main con BSN dengan sub-kontraktor /vendor2 nya lebih telus, tak berat sebelah dan diiktiraf bank, main con BSN hanya menerima bayaran fee macam consultant yang banyak mengurangkan kos pembinaan di samping harga yang ditawarkan kepada vendor2 lebih baik berbanding di bawah pengaturan kontrak Design and Build.

      3/Saya tanyakan kepada sdr Jumlah Harga Sub-kontrak (Ditawarkan Kepada 632 Vendor / Sub-kontraktor) iaitu B dan Jumlah Harga Kos pengurusan Main Contractor (BSN) iaitu C kot-kot sdr tahu. Kot-kot pelayar lain tahu. Tanpa mengetahui harga B dan C tersebut orang seperti YB Tony Pua tidak boleh mudah2 kritik harga pembelian RM 6 bilion untuk kerajaan membeli 6buah LCS tersebut terlalu mahal.

      1. alhamdulillah … hasil dari diskusi ini saya seakan sudah menemui titik pertemuan hujah saudara. Jika hujjah saudara bersandarkan tanggungjawab untuk memertabatkan sistem muamalat islam dalam setiap perolehan, saya sangat bersetuju dan menyokong 100% dan teruskan kajian dan persefahaman antara islam dan bukan islam (barat) dalam konteks ini pemangkin kepada keredhoaan syariat yang kita dambakan.

        Apa yang penting semua peringkat warganegara mempunyai roh untuk menyokong pembangunan pertahanan dan mengkritik bukan untuk menggagalkannya tetapi menjurus kepada koreksi kepada pentadbir ke arah pencapaian yang lebih baik bukan semata2 untuk keuntungan politik. Terima kasih saudara subahir. Allahuallam.

  13. Assalamualikum Dr Zul…. Ulasan saya adalah sekadar berdiskusi.

    Soalan-Beberapa persoalan besar perlu dijawab segera oleh Kementerian Pertahanan dan PM Najib setelah perolehan ini menginggalkan impak yang parah kepada kewangan rakyat sekaligus meningkat hutang kerajaan awam dan Kerajaan Pusat.

    Jawapan-Hutang akan beransur boleh dilangsaikan selagi keamanan dalam Negara terjamin. Apakah akan ada jaminan keamanan jika persediaan ketenteraan tidak dioptimumkan?

    S-(i) Mengapakah kerajaan memberikan kontrak pembinaan dengan mengeluarkan Surat Hasrat (Letter of Intent) secara tergesa-gesa kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd?

    J-Pembinaan LCS ini adalah kesinambungan kepada perolehan NGPV yang berjumlah 27 buah yang telah diluluskan sudah berapa lama dulu. Setelah selesai bac pertama NGPV, perolehan diteruskan mengikut keperluan TLDM . Samada SGPV atau LCS hanyalah sekadar nama yang boleh di tukar mengikut teknologi semasa. SGPV/LCS ini juga telahpun disebut2 pada LIMA yang lepas tentang kesinambungan ini. Untuk projek yang besar ini selayaknya BNS diberi tanggungjawab bukan sahaja berdasarkan keupayaan dan kemampuan menyiapkan apa yang disuruh malah sebagai anak syarikat LTAT yang mana pencarum tetap bulanannya adalah terdiri dari anggota ATM. Maka amat wajar jika BNS diberi tanggongjawab tsb sebagai tanda terima kasih terhadap pengorbanannya.

    S- (iii) Adalah dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan sendiri bahawa BNS akan mendapat vendor-vendor untuk kerja-kerja sub-kontrakt secara tender terbuka. Ini akan menguntungkan BNS. Persoalanya ialah mengapakah kerajaan sendiri tidak melakukan sedemikian?

    J-Perlantikan BNS sebagai payung adalah wajar kerajaan sendiri tidak ada limbungan untuk membina kapal bermakna jika kerajaan (TLDM) yang menjadi payung , berapa ramai anggota bahagian senggaraan akan dikerah untuk menjaga projek ini kerana setiap sekecil2 job akan dibuka tender dan sangat tidak praktikal sama sekali. Sedangkan anggota yang sama mempunyai komitmen terhadap senggaraan lain dan operasi.

    S- (iv) Mengapakah kerajaan ghairah sangat untuk berbelanja besar dalam suasana hutang awam terus meningkat, defisit melebar dan subsidi kepada rakyat ditarik balik kerana kononnya kerajaaan tidak punya kemampuan untuk menampung subsidi ini rakyat?

    J-Saya juga sebagai rakyat yang membayar cukai lebih rela membayar lebih sedikit harga barang2 bersubsidi drp kelaparan berhadapan dengan bencana perang yang tidak ada upaya untuk melawan dek tiada kelengkapan.

    S-(v) Mengapa tidak diperolehi kuantiti yang lebih menasabah yakni 3 dan bukannya 6, kerana tidak timbul isu ’economy of scale’ atau discount kalau dibina lebih banyak dalam perolehan ini?

    J-Untuk mencapai pertahanan mapan dalam konteks perairan Negara malaysia, 6 buah bagi setiap kombatan skuadron adalah sangat praktikal.

    S-(viii) Betulkah pengkritik tidak adil kerana tidak membandingkan produk yang sama dan bagaimanakah hendak ditentukan dakwaan ini salah semcama membanding apel dan oren, sekiranya specifikasi tidak didedahkan pihak TLDM?

    J-Lebih adil jika mengkritik bukan untuk mencari saham politik dan jika spesifikasi belum diketahui sepenuhnya elok jangan kritik kerana TLDM juga menjaga sensitivity negara2 serantau tentang perolehan ini.

    S-(ix) Apakah ia adalah peronda peisisir untuk patrol dan pemantauan sahaja ataukah untuk perang atau kombat tidak diketahui umum. Didakwa hari ini bahawa ia adalah Littoral Combat Ships (LCS) bermakna bukan hanya untuk pemantauan atau surveillance.

    J-Jangan terpengaruh dengan jenis kapal selagi ianya kapal tentera laut yang dibekalkan dengan persenjtaan dan penderia, maka ianya akan terlibat dengan apa2 jua aktiviti samada patrol maupun berperang bila tiba masanya. Memantau, meninjau berarti mencari dan menjejak possibility musuh dan menghalang dengan apa cara sekali pun supaya mereka tidak menceroboh jajahan Negara. Itu lah betapa pentingnya rakyat member sokongan supaya pembelian diberi tumpuan kepada keampuhan sesebuah platform bukan pada harganya. Fitrahnya jika kita mahu sesuatu benda yang berkualiti dan canggih tentunya akan membayar dgn harga yang mahal.

    1. S- Dr Dzul: (iii) Adalah dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan sendiri bahawa BNS akan mendapat vendor-vendor untuk kerja-kerja sub-kontrakt secara tender terbuka. Ini akan menguntungkan BNS. Persoalanya ialah mengapakah kerajaan sendiri tidak melakukan sedemikian?

      J- jebat:Perlantikan BNS sebagai payung adalah wajar kerajaan sendiri tidak ada limbungan untuk membina kapal bermakna jika kerajaan (TLDM) yang menjadi payung , berapa ramai anggota bahagian senggaraan akan dikerah untuk menjaga projek ini kerana setiap sekecil2 job akan dibuka tender dan sangat tidak praktikal sama sekali. Sedangkan anggota yang sama mempunyai komitmen terhadap senggaraan lain dan operasi.

      J-Saya:

      1. Hujah sdr jebat memang msuk akal, tetapi tidak tepat dari sudut amalan kontrak pembinaan konvensional dan Islam
      2. Hujah saya bagaimana nak pastikan produk 6 buah LCS boleh dipatikan ada nilai harga atau value for money yang sekarang sedang dicari formulanya dikalangan prof -prof bidang kontrak pembinaan di UK, Amerika, Singapura, Austarlia, Afrika Selatan, Tanzania dan Bagladesh, Philippines dan Malaysia (USM)membabitkan sistem pemerolehan projek kerajaan
      3. Pendirian kajian saya dengan USM ialah Management Contract mampu menjadi payung lebih baik berbanding dengan Design and Build with contractors input design yang digunakan oleh BSN untuk memayungi vendor2nya itu.

      1

  14. Apa yang saya faham, Management Contract memerlukan pembeli mengambil risiko. Design & Build risikonya ditanggung oleh kontraktor. Oleh kerana skop kerja mungkin tidak 100% jelas semasa kontrak ditandatangani, saya prefer kontrak jenis Fixed Fee with Incentive untuk projek ini.

    BTW, memang formula yg saya bentangkan tu simplistik dan tidak menyeluruh sebab tak perlu buat begitu dalam forum sebegini. Tetapi jgnlah anggap saya tak mengetahui tentak project costing dsb. Saya rasa besar kemungkinan saya dah direct dan manage projek yang nilainya jauh lebih tinggi dari apa yg saudara pernah experience.

    1. Management Contract :

      -Liabilities dan risks – ditanggung bersama oleh Management Contractor dan Work Contractors back to back.
      – Keuntungan -berdasarkan fee /upah (maksud kontrak Islamnya)secara bidaan. Kalau di UK project sebesar RM 6 billion bidaan feenya antara 1% hingga 6%. Incentives jika akaun terakhir kurang daripada kos prima projek. Banyak kuaranyakan jika kita anggarkan keuntungan BSN sekitar 40% berdasarkan pengaturan Design & Build, berbanding 6% maksima di bawah pengaturan Management Contract.
      -Yang pasti, Management Contract diharuskan oleh kesemua 4 mazhab Islam, berbanding dengan Design & Build hanya mazhab Hanafi yang mengharuskannya.

  15. Tapi skop Management Contract adalah pada hemat saya bersesuaian untuk pembekalan management services sahaja. Kadar untung max 6% mungkin boleh dijadikan sempadan, walaupun saya musykil samada ada syarikat yang sanggup ambil kerja dengan untung 6% sahaja! Jikalau design, pembekalan peralatan, pembinaan dan ujian dimasukkan sekali ke dalam skop kerja, risikonya berganda dan saya rasa tiada kontraktor sanggup mengambil kerja berkonsepkan begini melainkan dia minta di-absolvekan dari apa jua penalti. Saya pasti pendekatan sebegini tidak dapat diterima.

    Sebenarnya, Management Contract ni similar dengan konsep Cost Plus Fixed Fee. Tiada risiko di pihak kontraktor dimana kontraktor dibayar a predetermined fixed fee (samada nilai wang atau peratus dari kos). Risiko turun naik kos berada di tangan pembeli. Ini berlainan dengan kontrak Fixed Fee plus Incentive, dimana harga kontrak ditentukan awal dan dipersetujui. Jikalau kontraktor dapat menyiapkan projek lebih awal contohnya, satu formula untuk pembayaran insentif akan digunapakai untuk memberi bonus kepada kontraktor tersebut. Of course, nilai insentif ini akan dihadkan! Dan jikalau kontraktor gagal, insentif negatif akan dikenakan. Ini juga dihadkan nilainya, i.e. capped.

  16. 1. Di Malaysia mungkin tidak syarikat berminat dengan Management Contract (MC). Tetapi di UK ia semakian popular dan hampir mengatasi lawannya Design and Build (D&B), atas alasan mempunyai kelebihan pencapaian sasaran kualiti (rekabentuk, pembinaan dan peralatan), kos dan tempoh siap serta risikonya yang rendah berbanding dengan D&B.

    Yang pasti, ia merupakan kontrak berteraskan konsep divide and rule untuk era globalisasi ini (berdasarkan kajian saya) , yang boleh dieksploit oleh kerajaan Malaysia untuk mengelak kontraktor luar negara memasuki tender pembinaan LCS tersebut iaitu jika perolehannya dilakukan secara tender terbuka. Inilah hujah pokok saya sebenarnya.

    2. MC bukan sahaja semilar dengan kontrak pembinaan Cost Plus with fixed fee (CPWFF) bahkan ia ‘sejenis’ dengan MC dan ‘abang’ kepada CPWFF. Di mana, maksud ‘sejenis’ ialah keduanya di bawah jenis kontrak pembinaan Cost Reimbursement Barat atau Islamnya al-Ijarah atau Melayunya Upahan yang diharuskan oleh kesemua 4 mazhab Islam. Maksud ‘abang’ pula, ia diwujukan untuk memenuhi kehendak pemilik projek yang semakin meningkat dan mencabar di samping mengatasi kelemahan kontrak CPWFF tersebut.

  17. Ya, memang similar. Tetapi saya rasa acceptance-nya di Malaysia ni masih tak meluas disebabkan untuk kontrak jenis MC ni perlu cost transparency yang betul2 transparent. Malah, acceptancenya di ASEAN juga amat kurang, termasuk di Singapura. Ini pada firasat saya adalah kerana ia meletakkan banyak bebanan verifikasi kos kepada pembeli. Tambahan lagi, adakah pembeli perlu mengodit setiap pembelian yang dibuat olek kontraktor? Ini berpuluh ribu line item…. too much for most customers. Sebab itu acceptance contracting mode ni kurang.

    Bagaimanapun, Firm & Fixed contract seperti yang biasa diamalkan pula mempunyai kelemahan di mana pembeli perlu mempunyai satu estimate tentang kos sebelum kontrak ditandatangani. Bagaimanapun, oleh sebab skop kerja pada masa itu mungkin belum 100% lengkap, akan ada margin of error di dalam estimation itu. Advantagenya adalah pembeli akan tahu up front akan dana yang diperlukan dan boleh merancang funding sewajarnya. Kontraktor juga boleh merancang cash flow dengan lebih baik.

    So, both ada pro dan con. Hanya yang mana lebih pro saja perlu ditentukan!

    1. 1. Peraturan yang ditetapkan dalam penggunaan Management Contract tetapi sering dilannggar oleh pemilik projek bagi mengelak COST OVER-RUN ATAU VO ialah

      A) JANGAN MEMULAKAN KERJA2 PEMBINAAN SEHINGGA SEMUA SEBUT HARGA /QUOTATION BAGI WORKS CONTRACT PACKAGES MEMBABITKAN PEMBELIAN BAHAN, PERALATAN DAN SUBKONTRAKTOR PEMASANGAN DIHIMPUNKAN.

      B) JANGAN BUAT BQ (Bills of Quantities ) SECARA LUMP SUM TERMASUK APPROX QUANTITIES.

      C) JANGAN MEMULAKAN KERJA2 PEMBINAAN SEHINGGA SEMUA ISU2 FUNDEMANTAL REKA BENTUK DISELESAIKAN.

  18. Tu yang sebenarnya menjadi masalah di dalam typical construction contracts, especially kalau ia involve a unique product, di mana banyak perkara masih di drawing board. Apa yang ada hanya keperluan pelanggan secara am. Contohnya SGPV-LCS ini. Setahu saya, TLDM hanya tahu apa yang dia perlu, iaitu sebuah kapal perang yang mempunyai keupayaan tertentu, seperti laju perlu XX knots. Bagaimanapun, untuk mengenalpasti enjin, kotak giar, aci dan kipas yang perlu dipasang bagi membolehkan kapal tersebut mencapai kelajuan tersebut, rekabentuk badan kapal dan sasarannya perlu diketahui dahulu. Kemudian, pemilihan enjin dan sebagainya perlu mengambil kira ruang yang ada dalam kapal dan implikasi berat enjin dsb kepada kapal. Ini pula memberi impak kepada saiz tangki minyak, tangki air, keupayaan menyedut air masin bagi sistem penyejukan dsb.

    Oleh itu, rekabentuk perlu betul-betul siap sebelum pembinaan dapat dimulakan. Proses rekabentuk bagi satu produk se-kompleks SGPV-LCS akan mengambil masa (tipikal) kuranglebih satu tahun, tidak termasuk proses rekabentuk semasa pembinaan (production engineering). Ini juga akan melibatkan kos yang tinggi, mungkin beratus juta RM. Risiko cost overrun sentiasa ada. Dengan MC contract, risiko ini akan ditanggung oleh pembeli. Tidak mungkin kontraktor sanggup mengambil risiko ini. Kontraktor bagi projek sebegini perlu menggunakan konsep Design & Build kerana ia memberi satu avenue untuk risk mitigation. Ingat, the risk NEEDS TO BE PRICED!

    Jadi, kesimpulannya, amat sukar bagi mendapat tahu particulars secara detail pada peringkat menandatangani kontrak. Oleh itu, konsep Design & Build digunapakai sehingga kini untuk kontrak sebegini. Untuk MC pula, mungkin untuk kerja seperti membekalkan Tim Pengurusan Kontrak satu contoh yang sesuai seperti yang digunakan oleh banyak syarikat Oil & Gas di dalam kerja seperti conversion kapal kepada FPSO.

  19. Tak jemu ke bincang dengan saya?

    1. Kekuatan Design and Build ialah single line responsibility -designer dengan kontraktor satu team, berbanding dengan Management Contract dual line responsibility- designer dengan kontraktor terpisah. Ini berdasarkan JCT Management Contract 1987. Tetapi telah diperbaiki/direform yang menghasilkan JCT 2008 di mana kelemahan dual line responsibility tersebut diatasi dengan memastikan pihak pemilik projek melantik management contractor seawal penyediaan prime cost atau construction cost dan setelah rakabentuk konsep dimatikan untuk penyediaan costruction drawaing.

    2. Yang sedang dibincang dan dikaji dikalangan academic circle sekarang ialah cabaran dua jenis kontrak di atas mencapai sasaran value for money product. Agak2 sdr yang mana lebih mampu mencapai sasaran value for money?

    3. Bagi saya

  20. hehehe… saja nak borak2.. tak salah kan? Bagus juga berbincang konsep sekali sekala, especially with academicians. Saya dari mula kerja memang dalam industry aje…

    Anyway, hopefully academicians will factor in the time value of money semasa memikirkan jenis kontrak mana yang lebih efektif untuk jenis projek.

    Wassalam!

  21. Sdr jebat,

    Maaf saya sambung perbincangan kita ini di artikal terbaru YB Dr Dzul -Kovensyen nasional pengupayaan bangsa untuk saya sesuaikan dengan idealisme politik semasa antara PAS dengan UMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s