Jangan Sampai Tabung Budi dipertikaikan ’Nawaitu’nya

Dr Dzulkefly Ahmad – Ahli Panel Air Selangor.

Dalam keadaan yang cukup tertekan dengan situasi yang melingkunginya, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mutakhir ini menjalankan satu kegiatan yang didakwa dalam rangka Tanggung Sosial Korporat atau CSRnya.

Diberi nama Tabung Budi, Syabas sedang menggalakkan pengguna dan khususnya kakitangannya untuk menyerahkan wang RM11.40 sebagai nilai harga air percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada rakyatnya untuk Tabung Budi Syabas.

Mengikut Enakmen Bekalan Air Selangor 1997 atau Selangor Water Suply Enactment, 1997, Syabas diberi lessen untuk menjalankan kegiatan dalam hal mengurus dan membekal air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Adalah difahamkan bahawa Syabas tidak dimandatkan dan juga tidak diberi kuasa untuk membuat apa-apa pungutan wang dari pengguna-pengguna dan tidak sama sekali diberi mandat untuk mengumpul dana dan tidak dari wang yang hasil dari air percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada pengguna-pengguna di Selangor.

Justeru kegiataan Syabas menggalakkan pengguna-pengguna menyerahkan wang sebanyak RM11.40 sebagai nilai air percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor adalah bertentangan dengan mandat dan terma perjanjian tiga pihak – Federal, kerajaan Negeri dan Syabas sendiri seperti juga terkeluar dari bidang kuasa Enakmen Bekalan Air Selangor 1997.

Tambahan, Tabung Budi yang diselenggarakan oleh Syabas ini jelasnya tidak dapat ditentukan ketelusannya dan juga tidak ada pertanggungjawabannya kepada pihak lain selain Syabas. Jelasnya Syabas telah terlibat dalam membuat dua kali kutipan dari pengguna dan dana itu pula tidak dapat dijamin akan sampai seluruhnya kepada golongan miskin dan kumpulan sasaran.

Syabas tidak dihalang untuk menunaikan CSRnya kepada masyarakat kurang berkemampuan dengan keuntungan yang dilaba sekian lama ini. Akan tetapi cara yang dilakukannya ini jelasnya menimbulkan pelbagai pertikaikan bahkan bercanggah dengan peruntukan undang-undang khususnya Enakmen Bekalan Air Selangor 1997.

Syabas digesa supaya tidak memburukkan lagi hubungan dengan kerajaan negeri Selangor dengan segara memberhentikan kegiatan tidak bertanggungjawab ini bagi memurnikan keadaan untuk mencari jalan penyelesaian baik bagi krisis air di Selangor.

Syabas boleh terbudi dan beramal dengan apa jua cara dengan hasil keuntungan bersih dari kegiatan pengurusan air tetapi jangan sampai Tabung Budi dipertikaikan kebersihannya dan ’nawaitu’nya.


4 thoughts on “Jangan Sampai Tabung Budi dipertikaikan ’Nawaitu’nya

  1. i hope there will be no water shortage in the years to come and all water problems be resolved amicably to the benefit of the consumers, which definitely, not syabas’s priority.

  2. APASAL BURUK DAN HODOHNYA MAINAN POLITIK DI MALAYSIA. TOLONGLAH AMBIL PERHATIAN. KEBANYAKAN PEMAIN2 UTAMA POLITIK MALAYSIA, NAMA2 MEREKA UNIVESALNYA MENUNJUKKAN MEREKA ORANG ISLAM. DUNIA SEDANG MEMERHATI TELATAH KEJI DAN KEBODOHAN DAN KEBEBALAN POLITIK MELAYU. JIKA KITA DILIHAT SEBAGAI KAUM YANG HILANG ADAB KETAMADUNAN JANGAN SALAHKAN MEREKA, SALAHKAN DIRI SENDIRI ATAS SIKAP KITA YANG MEREMEHKAN SYARIAT ISLAM. KEMBALILAH KEPADA ISLAM SECARA SYUMUL JIKA INGINKAN KEMULIAAN BANGSA MELAYU… INGAT! ISLAM YANG LENGKAP SEPERTI YANG DI SYARIATKAN… JIKA TIDAK, DI DUNIA KEHINAAN DAN DI AKHIRAT AZAB YANG DAHSYAT… MOHON DIJAUHKAN ALLAH SWT… ALLAHUAKBAR

  3. YB Dr Dzul, salam.

    Dalam respons kpd tulisan Dr sebulan dulu saya telah mendedahkan bagaimana Syabas telah menipu pengguna air secara senyap dan tersembunyi. Mereka telah menggunakan formula kiraan yang memihak kpd mereka sendiri yang susah dikesan oleh pengguna. Walau pun penipuan itu nampaknya telah dihentikan bermula bulan ini, soal penipuan, namun, masih belum terjawab. Pertamanya mereka belum memulangkan kembali wang yang ditipu. Keduanya, mereka tidak pernah memohon maaf terhadap kesalahan mereka. Dengan perlakuan mereka tersebut, bolehkah dipercayai Tabung BUDI yang mereka anjurkan itu benar-benar dijalankan kejalan ALLAH ? Saya bukan saja kurang yakin. Tapi, berani mengatakannya sebagai USAHA MENIPU.

Leave a Reply to ALIAS DASUKI Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s