Pendedahan APCO melampaui Polemik 1-Malaysia

Secara peribadi saya melihat isu APCO mestinya ditangani melampaui dan melepasi polemik samada APCO pencipta 1-Malaysia atau pun tidak.

Lebih penting dari polemik itu, ialah hakikat bahawa APCO kini secara jelasnya punya kaitan dengan regim Zionis-Israel yang bertanggungjawab melakukan pelbagai kezaliman dan pembunuhan secara ‘genocide’ terhadap Ummat Palestine.

Dewan Rakyat, secara ‘bipartisan’ atau sebulat suara melibatkan pihak Kerajaan BN dan Pembangkang Paktan Rakyat, sedikit waktu mengambil pendirian bagi menyatakan penentangan Malaysia terhadap regim Zionis-Israel khususnya dalam siri-siri serangan kejam dan pembunuhan terhadap umat Palestin di Semenanjung Gaza.

Justeru, ketika Ketua Pembangkang YB Permatang Pauh secara jelas membuktikan keterlibatan pelbagai peribadi ‘high profile’ yang terlibat dalam APCO Worldwide, samada yang berpengkalan di Tel Aviv mahupun di Malaysia dan juga penglibatan syarikat ‘sister company’nya Asero dalam hal urusan perisikan dan keselamatan, maka jelas bagi kita bahawa APCO, bukanlah sekadar firma perunding perhubungan awam yang bersifat internasonal sahaja.

ASERO dikhuatiri akan mempengaruhi dasar dasar luar negara di segi urusan keselamatan dan strategik seperti yang sedang dibahaskan di parlimen hari ini yang bersangkutan dengan Rang Undang –Undang (RUU) Perdagangan Strategik 2010. RUU Perdagangan Strategik ini dilihat sebagai satu akta yang semacam meletakkan negara di bawah telunjuk Amerika Syarikat yang jelas memberikan perlindungan kepada regim Zionis-Israel.

Isyarat-isyarat awal ini sungguh menakutkan walaupun sukar untuk kita buktikan buat hari ini. Yang jelasnya ahli ahli parlimen Pakatan Rakyat keliru dan tertanya-tanya mengapa dengan tiba-tiba RUU ini dibentang dan apakah APCO ada peranan atau ASERO yang memberikan input strategik atas isu-isu besar seperti seluruh urusan kawalan dan pengurusan barang strategik termasuk senjata dan bahan yang berkaitan juga ‘Weapon of Mass Destruction’ atau Senjata Pemusnah Berskala Besar.

APCO Worldwide berpengkalan di Washington, juga mempunyai 23 pejabat di seluruh dunia termasuk Tel Aviv. Adalah diketahui umum bahawa penasihat-penasihat kanan yang terlibat dengan APCO termasuklah personaliti seperti Shimon Shein, bekas Duta Israel ke Germany dan Itamar Rabinovich, bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat.

Nama-nama besar termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif APCO di Tel Aviv iaitu Gad Ben-Ari, penasihat peribadi kepada mantan Perdana Menteri Israel Yishak Rabin. Juga salah seorang ahli Badan Penasihat Antarabangsa APCO ialah Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Keselamatan Kerajaan Zionis-Israel.

Khidmat cemerlang beliau kepada Perkhidmatan Risik Israel (ISS) telah melayakkan beliau dinobatkan sebagai pemegang ‘Director’s Recognition Award’ oleh Badan Perisik Amerika Syarikat.

Jelas dan tegasnya APCO tidak lagi hanya polemik Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Bahkan ia sekaligus berpotensi menjejaskan aspek keselamatan negara dan juga serentak mampu menjejaskan nama baik dan kedaulatan negara disegi kaca mata dunia amnya dan negara umat Islam khususnya.

Kerjaan BN di bawah pentadbiran Najib dinasihatkan jangan terlalu ambil ringan dalam hal ini dan jangan menguji kesabaran dan tidak mengendahkan keprihatinan seluruh rakyat dalam hal hubungkait berurusan dengan pihak yang punya kaitan dengan Zionis -Israel. Sennsitiviti rakyat seluruhnya adalah amat tinggi dalam hal ini, khususnya umat Islam.

Justeru kerana keprihatinan ummat Islam khususnya dan seluruh warga negara Malaysia amnya terhadap isu kekejaman Zionis-Israel terhadap Zionis-Israel dan segala rangkaian dan kepentingannya, maka amat wajar bagi PAS, melalui MP-MPnya supaya membawa dan mengadapkan isu ini ke bawah Duli Yang DiPertuan Agung dan Majlis Raja-Raja yang sekaligus bertanggungjawab ke atas keselamtan dan kedualatan negara ini.

APCO: PAS rayu Majlis Raja-raja campurtangan
Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 5 April: Majlis Raja-raja Malaysia dirayu untuk campur tangan dalam pembabitan syarikat perunding antarabangsa APCO Worldwide (APCO) dalam pentadbiran negara kerana ia disifatkan mengajak orang luar ceroboh negara.Mewakili Ahli Parlimen PAS, Nasharuddin Mat Isa (Bachok) berkata, perlantikan APCO tersebut seolah-olah mendedahkan keselamatan negara pada pihak asing.”Kita minta Majlis Raja-Raja segera campurtangan (supaya) perjanjian ini dibatalkan kerana ia (seolah-olah) mengajak orang luar menceroboh Malaysia),” jelas beliau dalam suatu kenyataan media di Pejabat Majlis Penyimpan Mohor Raja-Raja Malaysia.Beliau turut menafikan bahawa insiatif Ahli Parlimen PAS tersebut bertujuan untuk strategi politik sempena pilihan raya kecil di Hulu Selangor tidak lama lagi.Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kemudiannya menjelaskan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu seharusnya melihat isu tersebut sebagai isu keselamatan negara, bukan sekadar isu politik peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena meminta Apco segera diusir keluar dari Malaysia.

Sebelum pada itu, Nasharuddin yang juga Timbalan Presiden PAS memaklumkan kepada Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Malaysia, Datuk Sabtu Awwab bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa lalu di Dewan Rakyat bahawa APCO mempunyai hubungan langsung dengan beberapa pemimpin strategik Zionis Israel.

Tambahnya, perlantikan APCO sebagai syarikat perundingan komunikasi nasional boleh mendedahkan keselamatan dalam negara kepada pihak luar.

Kata Nasharuddin lagi, Sabtu berkata, YM  Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohon Besar Raja-raja Malaysia tidak boleh menyertai majlis tertutup tersebut kerana uzur.

Ujar Nasharuddin lagi, Sabtu telah menerima memorandum yang diserahkannya itu hari ini bagi pihak Ungku Ibrahim.

Sabtu berjanji untuk memanjangkan hasrat Ahli Parlimen PAS pada Majlis Raja-Raja Malaysia kelak.


5 thoughts on “Pendedahan APCO melampaui Polemik 1-Malaysia

  1. Dear Dr Dzul,

    kalau saya tak silap, INTEL, IBM dan banyak lagi syarikat america yang ada research facilities di israel. kalau nak boycott, APCO, maka tidak adil lah! Mesti boycott semua, atau jangan boycott langsung.

    Kita patut menegaskan kepada pihak amerika, bahawa, Israel bukanlah negara demokrasi yang diheboh-hebohkan oleh ketua negara mereka.

    Sesebuah negara demokrasi, tidak akan menghalang tuan punya tanah bangsa arab menuntut balik harta mereka, dan juga menyertai dalam pengundian untuk memilih DUN dalam israel.

    Sistem pentadbiran israel adalah saperti apartheid., dimana orang yang berbangsa dan beragama lain didiskriminasikan.

    malangnya, masaalah yang sama kian meningkat dimalaysia juga. Saya harap pihak Dr. Dzul dapat menegakkan keadilan untuk kesemua dalam negara ini.

    1. sdr sputjam kena baca artikel betul2. APCO bukan badan research israel yg biasa. Ia adalah badan perisik israel yg berselindung di belakang sykt consultant.

  2. Adalah merbahaya untuk bersubahat dengan APCO. Anggota Parlimen Pakatan Rakyat mesti bertungkus-lumus menentang perkara ini dan memberitahu rakyat mengenai hal ini supaya rakyat boleh turut sama membantah juga.

    Nampaknya BN hanya mengemukakan jawapan yang remeh sahaja di Parlimen berkenaan dengan topik ini.

  3. Your anti-Semitism is unbelievable Mr. Anwar! Not once, you mentioned the Jews who are bombed and murdered by Muslims, including by the Iranian/al-Qaeda-sponsored Hamas terrorists in Israel! Non-Arabic Muslims must stop supporting Dark Age, uncivilized and violent Arabic-culture originated ideology and Arabic-led terrorist actions that deceitfully uses Islam and God, to oppress and murder especially women/girls, gays, converts from Islam and non-Muslims!

    Katharina Sri (former: Noor Aza)

    Germany

  4. The Nazi`s when they were in their height of “POWER“ had a reprisal policy of shooting 20 locals (innocent) for any attack on any german soldier at the local place.[ The local place was not in Germany ,but rightfully belong to an independent and soverign country occupied/conquered] Sometimes wonder whether this policy is being practised by Israel, but in more subtle ways. Give the Palestenians what is rightfully theirs, and there should be minimal terrorist attacks on Israel/Jews by hamas/muslims. Israel is and in position to level the field and as one thing leads to another, many good can be created for harmony among all races/religion in the region/worldwide.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s