Kerajaan Pakatan Pulau Pinang Memangsakan Islam dan Melayu?

Pakatan Rakyat sedang mengalami serangan paling hebat mutakhir ini. Setelah berjaya menumbangkan kerajaan Pakatan di negeri Perak, kerajaan bersekutu Umno/BN mendapat suntikan semangat untuk menjayakan cita-cita seterusnya. Sedikit waktu lalu Kerajaan Pakatan Selangor pula menjadi sasarannya jahat mereka. Bedilan bertubi-tubi dihala ke arah Selangor. MB merupakan target utama dengan ahli Exconya pun tidak kurang diterjah pelbagai tohmahan dan dakwaan. Meraka sedang menjalankan strategi kejutan bagi mencetuskan ‘destabilisasi’ dan kekecewaan atau ‘despair’. Mereka mahu rakyat keluh-kesah, lemas, rimas dan naik marah.

Pelbagai taktik kotor digunakan bagi mencetuskan ketidakstabilan serta pertentangan agama dan ketegangan kaum. Sehingga kini Selangor berjaya menangkis seluruh serangan Umno/BN. Mereka masih mencuba dan tidak mahu berhenti menyerang. Mereka memunggah kesemua ruang dan peluang termasuk unsur-unsur dalam Pakatan yang lemah iltizamnya.

Kini tumpuan tampak sedikit beraleh kepada kerajaan negeri Pulau Pinang. Penulis telah menerima pelbagai sms, samada yang inginkan penerangan serta penjelasan, disamping tak kurang yang menyatakan sokongan dan mengingatkan supaya Pakatan jangan mudah goyah dn hilang arah.

Bersama dengan YB Senator Tengku Aziz dan YB Sivarasa pada hari jumaat lalu, penulis telah menggunakan sembang-sembang forum bagi merungkaikan pelbagai isu yang bermain di pemikiran kelompok ‘Ruang tengah’. Jelas amat kurang penyertaan kelompok Melayu Islam yang sehingga kini mendakwa dipinggirkan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Pulau Pinang. Bahkan ada juga yang mengecam bahawa Ketua Menterinya anti-Melayu dan anti-Islam. Kini, beliau berdepan dengan asakan dan kritikan dari ‘kawan’ dalam Pakatan yang cukup tajam dan amat ganas. Kalau dari seteru politik itu biasa.

Sedang saya mengumpul bahan-bahan untuk memberi sedikit penjelasan kepada rakan’well-, wishers’ kami dan juga kelompok segmen rakyat ruang tengah yang ingin tahu, saya diemail kewujudan bahan interview harakah ini dengan LGE. Harap ia mampu perjelaskan pelbagai persoalan.

Lim Guan Eng menjawab segala tohmahan kawan dan lawan 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s