Skip to content

Allah Untuk Semua!

January 7, 2010

Perdebatan AP Kuala Selangor/Shah Alam di Parlimen bekaitan Isu penggunaan Kalimah “ALLAH”. Anda hakimi sendiri. Dengar dan fikirkan berdasarkan hujjah nas, bukan perhitungan emosi dan pegangan agama yang sempit dan melulu. (dari U-tube hantaran pakagenda.blogspot.com yang mendakwa Erdoghan menjual nama Allah).

Petikan daripada  Merdeka Review (Dzulkefly Ahmad)

Saya amat insaf isu penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut Katolik Kristian di negara ini bakal menimbulkan pelbagai reaksi buruk seandainya penganut Islam dan penganut agama lain khususnya Kristian gagal mengawal emosi dan tidak faham isunya yang sebenar.

Perasan tersebut menghantui penulis, selaku ahli Lujnah Politik PAS Pusat ketika melangkah masuk ke dewan mesyuarat, Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut pada malam Isnin, 4 Januari 2010.  Silap haribulan, dalam PAS pun boleh berlaku kebrentakan.
Bermain di minda penulis adalah kesan impak dan senario, akan akibat keputusan yang bakal diambil.  Berlatarbelakangkan demografi negara atau kependudukan dan pengundi yang bersifat ‘bercampur’ 60-40 atau “Mixed”, kesan “senjata dua mata” atau “double-edged sword” ini tidak dapat dielakkan.  Sementara ada yang suka dan menyokong, tentunya ada yang akan kecewa dan marah. Itu cabaran politik plural yang mesti didepani.


Namun, penulis berazam dan mahukan keputusan yang bakal dicapai adalah satu yang dirumuskan dengan segala pertanggungjawabannya.  Ya, betul perhitungan politik yang bijak dan waras itu penting, tetapi dasar yang berpaksikan hujjah dan sandaran Al-Quran mesti jelas dan teguh dahulu.

Penulis benar-benar menarik nafas lega dengan keputusan.  Keputusan lujnah telah pun diumumkan dan tentunya penulis tak boleh menceritakan apa yang yang berlaku di sebalik dewan tertutup itu untuk hampir tiga jam.  Berikut adalah penulisan secara separa- ilmiah sebagai perkongsian untuk tatapan umum.

Kerana kekangan ruang, isu ini wajar dilihat penulis dari 2 aspek penting.
i. Perspektif Al-Quran atau Hukum dan
ii. Perspektif Pentadbiran atau Perundangan dan kalau sisi pandang PAS apa yang dikatakan sebagai perkiraan Siasah Syariah atau Siasah dari kacamata Syariah atau tegasnya kesan baikburuk mengikut pandangan Syariah.

Isu ini timbul kerana pengharaman yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penerbitan mingguan Herald Katolik yang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya dalam Bahasa Malaysia.  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan bahawa KDN salah dalam pengharaman itu berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.Saya cuba huraikan kemudian secara ringkas.

Untuk pengetahuan umum, penganut agama Kristian Katolik di Sabah dan Sarawak telah menggunakan kalimah “Allah” sejak 150 tahun lalu.  Kalimah Allah juga digunakan oleh penganut-penganut Sikh Gudwara.  Dalam konteks negara timur tengah dan negara umat Islam lain, penggunaan nama “Allah” oleh penganut lain, tidak menimbulkan masalah sejak berzaman.

Persoalan penting yang ummat Islam di negara ini perlu faham ialah, Apakah Al-Quran mengizinkan kalimah Allah digunakan oleh penganut selain Ummat Islam?  Dan apa pula pendirian ulama-ulama besar terkini atau kontemporari terhadap isu ini, khususnya dalam konteks Islam dalam dunia kini?
Jawapan ini penting dan dapat mengelakkan isu ini dipolitikkan bahkan diekspolitasi sehingga mengeruhkan suasana perhubungan baik antara-agama dan antara-budaya.

Para Ulama kerap merujuk kepada beberapa ayat di dalam Al-Quran yang menyebutkan bahawa Allah SWT sendiri mengiktiraf, bahawa orang-orang muskrik (yang menyembah berhala) pun mengakui bahawa Allah adalah Rabb atau Tuhan yang Mencipta atau Al-Khaliq.  Bermakna mereka menerima Tuhan Yang Menjadikan Semesta Alam ini (Tauhid Rububiyah).  Islam secara lengkapnya dalam bab Keimanan atau Aqidah Tauhid menerima Allah selaku Pencipta (Ar-Rububiyah) dan Pentadbir/Pemberi Hukum (Al-Uluhiyah).

Contohnya ayat dalam Surah Luqman ayat 25 : “Dan jika (Muhammad) tanyakan mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi?”, Tentu mereka akan jawab “Allah”.  Katakanlah “Segala Puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”.
Tegasnya mereka mengiktiraf Allah tetapi hanya dari sifat “Rububiyah”(Pencipta) dan tidak selengkapnya termasuk Allah selaku Yang Mentadbir dan Memberi Hukum  (Tauhid Al-Uluhiyah).

Saya merujuk kepada pandangan dua tokoh besar ulama terkini, Sheikh Yusuf Qardhawi, penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431H dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili Tokoh Maal Hijrah 1429H.  Kedua-dua berpandangan bahawa penggunaan nama “Allah” adalah dibolehkan kepada penganut-penganut agama Nabi Allah Ibrahim yakni Islam, Kristian dan Judaism.
Kedua-dua berpandangan bahawa ia adalah baik untuk menjalinkan kesatuan dan perpaduan di peringkat “persaudaraan agama samawiyat”, paling tidaknya.

Mereka tidak mengambil sikap sempit macam sesetengah orang Islam di negara ini, bahawa Allah hanya untuk orang Islam secara eksklusif dan penganut lain tak boleh guna nama Allah atau semacam memaksa mereka cari Tuhan yang lain.  Berapa banyak Tuhan yang ada?  Bukankah Islam menganjurkan semua ummat manusia mengiktiraf Tuhan itu Esa atau Satu.

Perhatikan ayat di seterusnya ini.  Allah sebutkan dalam Al-Quran: “….kami beriman kepada Kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu, Tuhan kami dan Tuhan kamu, satu dan hanya kepadanya kami berserah diri”…..Surah Al-Ankabut:46.
Bukankah lebih baik, mengikut logik akal waras, di samping hujah dari al-Quran dan kata Ulama tadi, supaya kita galakkan mereka juga menerima “Allah”, walaupun Tauhid dan Aqidah mereka tak sempurna macam kita.  Memanglah, itulah sebabnya mereka Kristian atau Yahudi atau selainnya.

Kalau mereka percaya macam aqidah kita tentang Allah, jadilah mereka orang Islam, bukanlah lagi Kristian dan Yahudi.  Namun bolehkah kita paksa Aqidah kita itu kepada mereka?  Tentunya tidak.  Tidak ada paksaan dalam Islam.
Setelah mengizinkan agama lain menggunakan nama “Allah”, maka yang lebih penting adalah supaya tidak menyalahgunakan nama “Allah” itu.  Ini perlu diberikan peraturan dan keterangan seperti yang ditegaskan oleh keputusan PAS, supaya jangan ada yang menyalahgunakan perkatan Allah.

Hal ini juga dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri (gambar kiri).  Ini aspek pengurusannya atau Siyasah Syariahnya, supaya dijaga maslahahnya dan dijauhkan mafsadah atau kemudharatanya.  Jelasnya begitu.
Sebenarnya, perkara itulah yang dimaksudkan dengan Perkara 11(4) dan 11(5) dalam Perlembagaan Persekutuan supaya di pihak berwajib menjaga pentadbiran kebebasan bergama supaya tidak timbul huru-hara dan ketidakstabilan dan dikekalkan keharmonian.  Pada waktu yang sama agama lain tidak boleh berdakwah kepada orang Islam seperti terkandung Perkara 11 (4). Semuanya telah diperuntukkan.

Ini wajib dijaga dan perlu juga peraturan.  Adakan peraturan.  Jangan haramkan penggunaan nama Allah, tak selesai masalah.
Sebab itu juga keputusan PAS menekankan supaya jangan ada pihak yang terlalu agresif dan melakukan provakasi sehingga mencetuskan huru-hara dan menjejaskan keharmonian antara agama dan konflik antara kaum-budaya.
Itu saja.  Mengapa sampai nak berperang?  Mengapa sampai nak berdemonstrasi?  Kata 1-Malaysia?  Mengapa perlu menimbulkan kesangsian dan syak wasangka sehingga menjejaskan keharmonian antara agama?  Siapa yang mempolitikkan isu ini?
Dari sekadar memperjuangkan isu penggunaan eksklusif nama “Allah” itu, adalah lebih penting untuk ummat Islam memperjuangkan Apa yang Allah perintahkan ke atas kita, yakni menganjurkan kebaikan dan melarang kemungkaran termasuk membenteras rasuah, salah guna kuasa, pembaziran, membasmi kemiskinan, keruntuhan moral dan akhlak serta kezaliman yang diinstitusikan.

Dengan mempertegaskan sikap dan pendirian yang jauh berbeza dengan Umno, PAS telah benar-benar membawa kesedaran rakyat dalam “Politik  Baru’ bahawa Agama mampu menyatukan dan tidak memecahkan ummat manusia. PAS mahukan supaya dianjurkan dialog dan diskusi bagi mengangkat dan mendalami lagi persefahaman antara-agama dan budaya supaya ‘Politik LiTa’arafu’ atau Politik Saling Mengenali-menghormati akan dapat dibudayakan.

Andainya PAS konsisten dan terus iltizam dengan kerangkan pemikiran (fikrah) ini, maka tajribah atau eksperimen ini jelasnya adalah satu pengalaman baru dalam “Political Islam” yang sekaligus akan meletakkan PAS dan Gerakan Islam dipersada politik global bagi menyumbang kepada kebangunan semula tamaddun manusia yang berteraskan nilai moral serta integriti yang tinggi yang bersendikan tuntutan agama dan wahyu.

*Dr.Dzulkefly Ahmad ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Advertisements
34 Comments leave one →
  1. goay teck chong permalink
    January 7, 2010 1:02 pm

    Hanya Pas lah harapan Malaysia.
    Tiada agama yang menhalang kita bersatu padu.
    Hanya manusia yang menghasut dan membakar sentimen agama itu syitan.

    Pas memaparkan hala tujuan Malayasia yang cerah.

  2. jokersland permalink
    January 7, 2010 1:31 pm

    Syabas Dr. Zul dan juga kepada semua ahli PAS. Sebenarnya perkara ini tidak patut di jadikan sebagai isu pada dasarnya. UMNO sudah ketandusan idea untuk menarik balik sokongan mereka yang kian semakin berkurangan dan sanggup menjadikan agama sebagai bahan politik mereka.
    Apa yang rakyat mahukan ialah sebuah kerajaan yang dapat memberikan kebebasan dan mengambil berat kepada rakyatnya dari segi pelajaran, ekonomi, infrastuktur, kesihatan, sistem kahakiman yang telus dll. Seorang pemimpin yang dapat menjalin keharmonian rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat yang dapat saling hormat menghormati antara satu sama lain dan bukannya berdendam. Dapat membawa negara kita ke mercu yang lebih tinggi dan bukannya sebagai bahan ketawa bagi dunia seperti yang di tulis oleh Wall Street Journal, di mana pengarangnya telah pun mempelekehkan konsep I Malaysia yang di heboh hebohkan oleh PM kita.

  3. January 7, 2010 1:51 pm

    kupasan yang mantap….padat ringkas….tepat…wajar….bersanad……melopong mulut orang UMNO kalau dia baca…..tahniah!!!!!!

    • admin permalink*
      January 7, 2010 2:27 pm

      Salam Sdr Hamzid, TK.
      Namun saya mengingatkan diri saya dan semua supaya “Jangan Hidup Dek Puji dan Mati Dek Keji”.

  4. January 7, 2010 3:08 pm

    Bro Zul,
    kekacauan ini dimulakan olih Syed Hamid semasa Abdullah badawi PM. Jadi sekarang, orang bukan islam hanya menyebut Abdul badawi, kerana pengharaman ini.
    Nampak sangat UMNo memperbodohkan orang melayu dikalangan semua umat. Mahathir patut ditegur kerana pandangan perkaumannya.
    Bukankah menmbantah keputusan mahkamah melanggar undang-undang(contempt of court)? kenapa polis semua senyap?

  5. MalaysianMan permalink
    January 7, 2010 3:22 pm

    jokersland said:……bahan ketawa bagi dunia seperti yang di tulis oleh Wall Street Journal, di mana pengarangnya telah pun mempelekehkan konsep I Malaysia yang di heboh hebohkan oleh PM kita.
    Bagus la tu sebab selama lebih dari 50 puluh tahun bolehland tak la famous sangat, yang famous pada ketika itu orang barat ingat rakyat bolehland semua spesis sakai yang berumah di atas pokok, tak bertamadun, kais pagi makan malam, kais malam makan pagi…tapi sekarang abad ke-21,, hebat la sekarang bolehland, sudah famous pasal orang umno suka sangat nak cari gaduh, selalu ingat mereka ini boleh buat apa saja untuk menundukkan kaum lain dengan konsep ketuanan meLAYUnya, depa ingat dia saje yang suka cari gaduh, orang lain takut sama dia…sama sekali tidak…kalu orang umno suka sangat bolehland ini tidak aman dan tenteram, kita orang sambut saje la… ha apa macam! Yang famous bukan pasal negara maju, pandai dan sebagainya tetapi mempolitikkan nama “Allah”…orang umno ingat bolehland ni berkuasa sangat ke sehingga boleh menguasai dunia…majority orang umno ini semua katak di bawah ketiak, badannya busuk dengan bau ketiak, berlagak macam pemimpin dunia bila berucap didepan RAKYATnya, tapi pada hakikatnya boleh digelar sebagai dunia ke-4, dengan rakyatnya berjumlah 25 juta bertaraf dunia ke-4 tapi selalu membandingkannya dengan Amerika la, England la, Negara Barat lain dan lain-lain negara maju. Kami RAKYAT sudah betui-betui jemu, muntah dan letih pasal perangai yang gelar diri sebagai pemimpin bolehland . Mereka hanya pakar dalam bagaimana untuk mengkayadiri dengan kaedah rasuah dan salahguna kuasa yang diberikan oleh RAKYAT…Mereka seharusnya dihukum pancung…sekiranya demo esok oleh perkosa menimbulkan keadaan yang mungkin mencetuskan sesuatu yang berbau perkauman maka orang perkosa inilah akan dicari dan dipertanggungjawab termasuk juga menteri dalam negeri hisapputing dan musang asan serta paling dikehendaki ialah orang paling atas yang pernah memberikan green light untuk menghalalkan perbuatan syaitan ini….INGAT!!!!

  6. January 7, 2010 3:42 pm

    Salam,
    Dr Dzul, terima kasih diatas penjelasan ini. Iye bagus dan merupakan satu ilmu buat saya. Saya tidak pernah menolak apa-apa jua pandangan yang dinyatakan blog ini.
    Tetapi penentang ini adalah kerana;

    Pendakyah kristian akan mempergunakan nama ALLAH ini bagi tujuan dakyah mereka kepada kanak-kanak serta kepada semua umat islam yang lemah pegangannya.

    Saya tidak mahu mengulas panjang, Jika dr mempunyai kesempatan cari buku yang bertajuk KEBESARAN ALLAH..
    Buku ini telah dicetak dengan begitu baik sekali dari segi bahasanya dan ilustrasi yang boleh membuatkan kanak-kanak yang lebih terpengaruh. Buku ini telah dicetak semula sejak akhir-akhir ini serta diberikan secara percuma. Penentang ini adalah kerana mereka mempunyai agenda tersembunyi yang nyata mempunyai niat yang amat jahat buat umat islam bagi jangka masa panjang….

    • dusun boy permalink
      January 8, 2010 2:16 am

      Saya adalah katolik berasal dari Sabah. Selama saya bergelar katolik, saya tidak pernah dengar mana2 diosis atau pertubuhan katolik di Sabah membuat dakwah ke atas orang muslim apatah lagi proses kristianisasi seperti yang didakwah oleh setengah pihak muslim. Harus ingat, kami katolik tidak pentingkan kuantiti, kami lebih penting kualiti iman kami. Sepatutnya, dengan bantuan banyak pihak, islam seharusnya sudah sangat kuat dan teguh serta tidak takut kepada persekitaran semasa. Bagi saya islam itu amat indah sekali tetapi dengan masalah2 yg ditimbul penganutnya sendiri, islam menjadi satu agama yg amat dahsyat/ngeri untuk dianuti melalui pandangan saya, bukan islam. Mengenai kalimah Allah, saya tidak mahu komen banyak kerana saya telah berdoa kepada Allah sejak saya menajadi kristian. Allah itu satu, maha esa dan terdapat dlm 3 persona (menurut katolik). APa pun saya doakan anda semua diberkati oleh Allah yang maha kuasa.

      Sekian.

  7. roy permalink
    January 7, 2010 4:27 pm

    Thanks Dr Zul…tp another Zul (ZulkifliNordin) marah sgt dgn isu ni….Pandangan Dr Haron Din juga agak keras menentang. Harap u all semua dapat sit down together n come out with more consistent statement. Kalau tak lebih ramai yg keliru.

  8. WJS permalink
    January 7, 2010 5:27 pm

    Dr Zul, syabas atas pemerhatian dan pengsyoran Dr terhormat.

    Saya bukan orang Muslim, dan juga bukan Kristian, tetapi saya rasa bahawa adalah baik kalimah Allah ini boleh diguna secara bebas oleh sesiapa sahaja yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu bagi merujuk kepada Tuhan yang benar, Tuhan maha pencipta mahupun Tuhan yang teragung.

    Di dalam setiap agama sama ada politheistik ataupun monotheistik, pasti terdapat satu Tuhan yang benar. Sebagai contoh, di dalam agama Hindu, Mahabrahma adalah Tuhan yang Satu, yang Esa, di mana ciri-ciriNya yang berbeza dilihat atau disembah sebagai watak-watak atau Tuhan/Dewa yang berbeza. Ia seakan-akan 99 nama Allah di dalam Islam dijadikan 99 Tuhan yang berperangai atau berciri-ciri berbeza, tetapi masih merupakan sebahagian (atau segi-segi lain) daripada hanya SATU Tuhan yang Esa. Oleh itu, pada terasnya, agama Hindu ini bersifat monotheistik walaupun kaedah penyembahan dan pemujaan Tuhan ini jauh berbeza berbanding dengan penganut-penganut agama Islam.

    Adalah tidak salah sekiranya penganut agama Hindu merujuk kepada Mahabrahma dalam Bahasa Melayu sebagai “Allah”, oleh kerana konsepnya dan theologi adalah selari.

    Begitu juga dengan penganut agama Kristian. Adalah salah untuk menyimpulkan bahawa penganut Kristian ini terpesong dari kepercayaan tauhid cuma kerana mereka merujuk kepada Tuhan yang Satu dan Esa melalui tiga ciri-ciriNya yang berbeza menurut kepercayaan Kristian, iaitu Tuhan sebagai Bapa, Tuhan sebagai Anak/Zuriat, dan Tuhan sebagai Semangat Kudus atau Roh Suci. Ketiga-tiga istilah ini masih merujuk kepada Tuhan yang Esa dan tidak bermaksud Tuhan yang Esa telah dibahagikan kepada tiga watak berasingan yang dipuja secara berasingan. Ia tidak lain dari penganut Islam melafazkan “Atas nama Allah yang Maha Pemurah, yang Maha Pengasih”. Lafasan tersebut tidak bererti penganut Islam membahagikan Allah yang Esa kepada dua watak berasingan, iaitu Tuhan yang Pemurah, dan Tuhan yang Pengasih. Ia masih merujuk kepada Tuhan yang benar, satu dan esa.

    Segi pemujaan Allah oleh penganut Kristian berbeza dari cara orang Islam, tetapi ia tidak bermaksud penganut Kristian tiada konsep tauhid, ataupun tidak mengamalkan kepercayaan tauhid terhadap hanya satu Tuhan yang benar dan Maha Esa.

    Begitu jugalah dengan agama Yahudi, yang theologinya sangat serupa dengan Islam berbanding dengan Kristian. Orang Yahudi tidak menyembah atau memuja nabi-nabi mahupun watak-watak keramat (saint). Tuhan Yahweh penganut Yahudi juga adalah bersamaan dengan Allah yang Maha Esa dari semua segi.

    Kucar-kacir mengenai isu pengunaan kalimah Allah ini mempamerkan sifat pessimis penganut Islam di negara ini. Ingatkah lagi tentang persoalaan “Adakah gelas ini separuh penuh, atau separuh kosong”?

    Adalah ketara kini bahawa ramai orang Muslim di Malaysia ini terdiri daripada golongan “separuh kosong”.

    Lihatlah situasi dari segi ini – sesetengah orang Islam ini bimbang bahawa pengunaan kalimah Allah oleh Muslim dan bukan-Muslim akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam sehingga menyebabkan orang Islam murtad secara perlahan-lahan (ataupun secara besar-besaran).

    Mengapa tanggapan bodoh ini boleh tertimbul? Adakah pemahaman agama dan aqidah orang Islam sebegitu cetek hinggakan pendidikan dan penerapan agama Islam selama beberapa dekad boleh meruap secara tiba-tiba selepas beberapa bulan pengunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan-Islam?

    Bukankah wujudnya juga kebarangkalian masyarakat bukan-Islam akan menerima hakikat bahawa Allah merujuk kepada Tuhan yang benar dan Maha Esa selepas mereka biasa dengan pengunaan kalimah Allah dalam kegunaan harian? Dan bukankah wujudnya kebarangkalian bahawa pendekatan ini lebih berkesan dalam mendampingkan masyarakat umum terhadap konsep tauhid dan Tuhan yang Maha Esa berbanding dengan pendakwahan melalui media massa dan perbualan?

    Masyarakat Islam di Malaysia tidak patut bersikap begitu refleksif ke arah negatif terhadap setiap kejadian atau peristiwa yang menindihkan orang Islam dan bukan-Islam. Bukan kesemua kejadian dan peristiwa ini akan membawa kepada penewasan masyarakat Islam di tangan orang bukan-Islam.

    Sikap paranoid dan negatif inilah yang mengakibatkan sesetengah orang bukan-Islam mempunyai pandangan bahawa masyarakat Islam ini kelompok yang lemah, yang tidak kuat semangat, yang mudah tertewas dan sentiasa takut ditewas. Secara langsung ia mengakibatkan tertimbulnya persepsi negatif bahawa umat Islam di Malaysia ni mundur dan tiada keyakinan diri.

    Tetapi, jika sebaliknya berlaku.. Sekiranya umat Islam tidak takut akan aqidah mereka “terhakis” oleh pengunaan bebas kalimah Allah.. sekiranya umat Islam bersikap optimis dan menyambar peluang ini untuk melanjutkan kegiatan dakwah (yang telah dipermudahkan oleh kemungkinan bahawa orang ramai akan lebih memahami konsep tauhid melalui pengunaan nama Allah).. masyarakat-masyarakat lain akan lebih menghormati dan mengkagumi keyakinan diri dan kekuatan aqidah umat Islam di Malaysia.

    Malangnya, berdasarkan apa yang sedang berlaku, nampaknya pembangunan sikap positif umat Islam berhubung peristiwa ini masih belum kelihatan.

    Semoga Dr yang terhormat serta rakan-rakan seperjuangan di dalam parti PAS boleh mengubah mentaliti dan sikap negatif di kalangan rakyat Malaysia, serta berjaya menerapkan konsep keagamaan dan tauhid di kalangan orang ramai.

    Sekian.

  9. January 7, 2010 9:10 pm

    dunia tempat sementara .. jgn pertikaikan yg buruk. Yg buruk dr kita yg baik dari ilahi dan seharus bersyukur.. jgn menyidir dan menyalahkan org lain.. selalulah menyalahkan diri sendiri.. insha allah…

  10. Ajip permalink
    January 8, 2010 2:24 am

    Saya memang menunggu jawapan dari Dr, dan nampaknya penantian saya membenarkan pemikiran saya mengenai isu ini..

    Buat Ali baba, mengapa takut dengan buku KEBESARAN ALLAH yang membawa dakyah kristian sedangkan kita sepatutnya memastikan anak muda sekarang mempunyai akidah yang betul dengan memiliki KERAJAAN yang betul..

    1 VOTE for PAS!

  11. Apao saloi permalink
    January 8, 2010 2:28 am

    Saya rasakan isu ini timbul disebabkan Herald mahu menerbitkan cetakan yang mempunyai nama Allah di dalam cetakan mereka itu. Sebenarnya di dalam buku-buku edisi bahasa Melayu Indonesia, perkataan Allah ini digunakan sangat meluas. Jadi, Herald tidak payahlah untuk mencetaknya di Malaysia. Cetak sahaja di Indonesia dan terpulang kepada mereka untuk dipasarkan di Malaysia. Masalahnya di sini, orang muslim dari segi akidah sememangnya tidak menerima Allah itu beranak dan diperanakkan. Allah itu ahad….

  12. OrgKelantan permalink
    January 8, 2010 2:44 am

    Salam Dr Dzul,

    Pendirian PAS adalah amat dialu2kan. Kekecohan yg ditimbulkn oleh UMNO hanya utk memperlihatkn mereka adalh hero dlm isu ini sedangkn mereka tidak mengendahkn kelonggaran undang2 murtad yg digubal oleh pemimpin mereka selama ini dan keangkuhan mereka utk menolak undang2 syariah.

  13. mak jun yeen permalink
    January 8, 2010 2:56 am

    Saudara Ali Baba.

    Tanggung jawab memperkuatkan IMAN dan AQIDAH kanak-kanak Muslim terletak di atas bahu ibubapa atau wali terdekat mereka.

    Saya yakin kalau tanggung jawab dipikul dengan baik nescaya kanak-kanak Muslim tahu membezakan antara berlian dengan intan.

    Kenapa pula pihak Nasrani di negara kita ini pula tak risau kepercayaan kanak-kanak mereka akan terkeliru dengan penggunaan kalimah suci itu, adakah iman mereka lebih perwaja dan kental?

    Negara jiran kita yang menjadi negara Muslim yang terbesar di dunia tak berfiil seperti pihak pemerintah kami dan tidak melarang AL-Kitab dan juga penggunaan kalimah suci itu.

    Adakah pihak Muslim pesisir selat seberang mempunyai IMAN yang lebih kental daripada saudara serumpun mereka di Semenanjung?

    Tepuklah dada dan tanya selera

  14. OrgKelantan permalink
    January 8, 2010 3:09 am

    Salam Dr Dzul,

    Saya amat dukacita apabila membaca tulisan sdr. Raja Petra Kamarudin dlm blognya yg bertajuk ‘Allah was originally a Pagan God’. Pada pandangan saya, tulisan beliau boleh dianggap menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. kerana menyatakn yg baginda menyembah berhala sebelum kedatangan wahyu Allah SWT.

    Diharapkan saudara atau ulama2 didlm PAS dpt menegur RPK dan mengulas tulisannya ini utk kebaikan semua pihak khususnya umat Islam. Terdapat banyak komen2 yg disiarkn di bwh tajuk ini di dlm blog tersebut, yg pada pandangan saya merperlekehkn Allah SWT dan Islam..Nauzubillah..

    Bagi saya PAS adalah jemaah yg memperjuangkan dan membela kesucian agama Islam dan saya juga beranggapan PAS akan menegur, memprotes dan melawan sesiapa sahaja yg mengganggu gugat kesucian Islam tidak kira kawan ataupun lawan.

  15. Bryant permalink
    January 8, 2010 3:58 am

    Im a non-muslim and im totally impressed. We need more leaders like Dr Dzul in a multi racial country. Pas for All Malaysian !!!!!

  16. joe permalink
    January 8, 2010 4:44 am

    sdra ali baba..maksud sdra di sini ialah kristian mempergunakan nama ALLAH untuk memurtadkan golongan Muslim…act, semua itu bergantung dengan keimanan individu…

  17. January 8, 2010 6:02 am

    yang saya faham kata-kata di akhir video tadi ialah menggalak orang bukan Islam di barat menggunakan Allah sebab kita menyembah tuhan yang sama. Jadi logiknya bila kristian guna Allah tak perlulah lagi nak convert ke Islam. Tapi buat masa sekarang Allah digunakan oleh orang barat untuk memomokkan atau mengejek tuhan orang Islam. bila orang kristian disini nak menggunakan Allah dalam penerbitan majalah maka nampak sangat satu hipokrit agung. di sana mereka mencerca Allah disini mereka kata “itu tuhan kami juga”

    • taufan permalink
      January 17, 2010 1:05 am

      FC,
      tak perlulah nak sibuk2 utk ‘convert’ orang masuk Islam kalau diri sendiri pun xberapa Islam. Betul kan akidah awak tu dulu, baru orang bukan Islam tertarik dgn Islam.

  18. tok ayah permalink
    January 8, 2010 7:06 am

    salam.

    bersetuju pandangan dr. pohon pas panjangkan perkara ini kepada ngos dan individu muslim berpenagruh, sebab ramai yang nampak emosi dan berhujah secara tak terkawal.

    pada saya al-haj 40, al-zukhruf 87-89, al-ankabut 63, dan lain2 ayat termasuk insiden penulisan nama Allah masa perjanjian hudaibiah (w/pun kesnya ialah dgn mushrik makkah) jelas menunjukkan allah tidak menempelak penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam.

    yang ditolak quran ualah konsep Tuhannya dan bukan penamaan tuhan oleh bukan Islam.

    memang ada kebimbangan ttg salah guna dan dakyah kristian kpd umat islam …. tp itu isu lain. setuju, ia masuk dalam kategori siyasah syariyyah…..

    dalam hubungan pihak lain (dgn non muslim dalam kes ini ) teringat firman Allah : ولا يجرمنكم شنئان قوم على أن لا تعدلوا اعدلوا هو أقرب للتقوى

    Allahu a’lam.

  19. January 8, 2010 7:45 am

    Dr Dzul;

    Terima kasih diatas artikel diatas. Issu Allh ini adalah lebih kepada issu politik dan emosi.

    Kepada saudara Islam, buka lah minda, lapanglah dada. Katakanlah kebenaran walaupun pahit. Jika dalam Islam tiada ayat yang melarang orang bukan Islam menggunakan Allah, maka tiada timbul isu.

    Kepada yang bertekak disana, kembalilah kepada Alquran dan Sunnah. Setiap keputusan mesti di sandarkan kepada AlQuran dan Sunnah dan bukannya emosi.

  20. Oplos permalink
    January 8, 2010 11:21 am

    Here is the perfect game for you who likes politics, economy and wars! And what is best, it is FREE !!!

    eRepublik creates multiplayer global strategy game” – The New York Times

    eRepublik offers a real second life” – guardian.co.uk

    Just click here and register in few easy steps, and try it, it’s free!
    301,700 Players can’t be wrong!

    Good Luck!

  21. Saya permalink
    January 8, 2010 1:59 pm

    Adalah baik untuk mendalami penggunaan “Allah” dari kedua-dua belah pihak. Sejarah penggunaannya dan martabatnya dalam keagamaan..pelajari bagaimana umat Kristian tidak akan pernah memperlekehkan nama Allah. Malah menjadi salah satu hukum hakiki dalam ’10 commandments”..jangan menyebut nama Allah dengan sembarangan! Jadi bagaimana? ada yg suka menyebut “Ya Allah” ketika melatah, ketika marah, ketika terkejut….perkara seperti ini lutsinar di mata (Dibolehkan!), tapi umat kristian menggunakan nama Allah sebagai penghormatan terbesar kepada prinsip KETUHANAN, masakan ia salah???? Fikirkanlah….

  22. WJS permalink
    January 10, 2010 9:38 am

    Sdr Org Kelantan, saya tidak tahu sama ada anda pembacaan anda tidak seberapa baik, ataupun anda dalam keadaan kekeliruan disebabkan emosi berkenaan isu ini.

    Fakta yang dikemukan adalah seperti berikut – nama Abdullah (hamba Allah) telahpun wujud sebelum Muhammad menerima wahyu.

    Siapakah “Allah” ini, yang namanya kerap digunakan sebelum kedatangan Islam?

    Di dalam hadith, jelas tertulis bahawa ahli keluarga Muhammad adalah pemuja berhala. Muhammad sendiri juga memuja berhala sebelum diturunkan wahyu. Lebih lebih lagi, apabila Muhammad baru-baru menerima wahyu, beliau ketakutan dan ingin membunuh diri kerana beliau ingatkan kejadian itu adalah gangguan syaitan.

    Kisah kisah ini boleh dibaca di dalam hadith dan jilid-jilid seperti Sirah Rasul Allah.

    Cuma kerana kisah-kisah ini membuat anda dukacita tidak bermaksud ia patut dipadamkan dari catatan-catatan yang mempunyai unsur sejarah seperti hadith dan Sirat Rasul Allah. Terima sahaja hakikat apa yang telah berlaku dan dicatat.

  23. tok ayah from selangor permalink
    January 11, 2010 1:57 am

    “WJS, on January 10th, 2010 at 9:38 am Said:

    …Muhammad sendiri juga memuja berhala sebelum diturunkan wahyu. …”

    kenyataan ini bertentangan dengan keyakinan umat islam (unless if you are a non muslim – then i rest my case) …. sebab sumber otentik umat islam tidak pernah menyebut seperti ini…

    kalau tuan/puan WJS is muslim, then we do not know which denomination of akidah he or she belongs to ….

    Allah is god for all…

  24. syamsul permalink
    January 11, 2010 9:31 am

    ini semua politik..

    senang je kalau semua umat islam di malaysia tak kira fahaman politik kata pada Kristian “TIDAK” maka perkara ini tak akan berlaku…
    ini tidak ada yg setuju ada yang tak setuju akhirnya musuh ISLAM tahu bahawa UMAT ISLAM di MALAYSIA memang tak bersatu…

    INGAT!! MUSUH ISLAM memang menunggu saaat begini untuk menjatuhkan ISLAM..

    DI MALAYSIA hanya dengan KUASA POLITIK kita mampu menjaga KESUCIAN ISLAM..

    Ada orang buat research berapa ramai umat MELAYU Islam yg MURTAD atas KEBEBASAN AGAMA??

    FIKIR-FIKIR lah sendiri..

  25. syamsul permalink
    January 11, 2010 9:33 am

    satu lagi..ketahuilah bahawa masyarakat kristian arab adalah kristian unitarian tetapi di malaysia dan di Vatican adalah Kristian Trinity.. itu yg kristian arab tetap mengaku bahawa tuhan itu satu tetapi vatican kata tuhan ada anak..

    • ana111165 permalink
      August 21, 2010 6:47 am

      syukran,syabas tuan…soal berpolitik kita tak leh lari dari sistem kehidupan ini..sudah satu fitrah atas penciptaan manusia itu sendiri..kerana ILMU dan ilmiah-Nya

      Bila politik jadi berlebihan ..itu yang menjadi ancaman-Nya..manusia itu sendiri tahu kelemahan diri dan masing-masing..ada pakar mengkaji kelemahan manusia,budaya dan cara hidupnya…pada Permukaan semuanya nampak cantik dan biasa aje,rupa-rupanya pada niat tak baik….akal berpusing macam bumi..masalahnya hendak dipusing lawan arus !!! itu yang cerca merba jadinya..yang pandai pun terlingkup kerana terpedaya.

  26. January 12, 2010 10:12 am

    saya juga berkongsi setuju dgn hujah dr.dzul dan yg lain2
    http://showyourmiles.blogspot.com/2010/01/empunya-nama.html

  27. sara permalink
    January 15, 2010 6:08 am

    Salam,

    sangat PENING dengan isu ini..

    dari hati kecil saya amat takut jika mereka menggunakan perkataan ALLAH dalam kitab2 mereka/risalah mereka untuk memesongkan umat islam. Saya rasa tidak ada orang yang hendak mengaku niat jahat mereka. Dimulut lain tetapi dihati lain.

    saya risau terhadap generasi akan datang.
    contohnya sekarang berapa ramai yang murtad? dan berapa ramai yang ISLAM tetapi hanya pada MYKAD bukan pada MYHEART. Anda mungkin akan menyalahkan ibu bapa mereka kerana tidak mendidik mereka dengan betul. kita selalu mendengar mencegah lebih baik daripada merawat.

    Kekeliruan pasti akan berlaku. kerana Allah dalam islam adalah berbeza dengan Allah dalam agama lain. Tapi kedua2nya tetap digelar Allah. nanti bila kanak kecil bertanya :

    macam mana rupa Allah/ Allah macam mana? kalau soalan ini ditanya kepada rakan yang berlainan agama sudah tentu jawapannya berbeza.

    satu Allah berbentuk patung, dan satu Allah lagi kita tidak nampak. tapi kita yakin Allah itu ada sebab kewujudan alam semesta ini langit dan bumi.
    (mana mungkin patung yang keras itu boleh mencipta langit dan bumi)

    sedangkan Allah itu satu!!!

    atau selepas ini kita perlu memberi jawapan ada Allah islam dan ada Allah kafir.

    tapi sy tidak menolak yang bahawa agama lain boleh menggunakan Allah.

    cuma yang sy risaukan adalah kesan & akibatnya.

    tidak cukup aman kah mereka hidup dibumi MALASYIA sekarang ini?
    mati kelaparankah mereka sekarang ini?

    sudah termaktub agama islam adalah agama rasmi di malaysia.

    sebagai contoh negara jiran kita indonesia. kalau dulu negara mereka boleh melahirkan tokoh ulamak seperti Hamka. tapi lihat sekarang apa yang terjadi kepada negara mereka? mereka boleh berkahwin campur agama (silap2 akan dtg ini akan terjadi kepada Malaysia)..mengapa tidak boleh bukan? kerana tuhan kafir panggil Allah tuhan islam pun Allah. begitu juga dengan negara Arab sesama agama pun berpecah dan berperang..

    Adakah anda mahu Malaysia jadi seperti itu?

    kalau dari sudut positifnya pula.

    Mungkin kita mengharapkan mereka mudah menerima islam. Dan mereka akan mengangap orang islam tidak kejam & berfikiran tertutup.

    makin lama fikiran kita makin terbuka menerima apa sahaja..

    makin keliru fikiran saya.

    saya memberi komen disini bukan dr sudup politik. tp dari sudut jiwa anak muda yang makin keliru.

    Akhir kata andai ada salah dan silap dalam komen ini harap diperbetulkan dan saya memohon maaf andai ada yang terasa.

  28. taufan permalink
    January 17, 2010 1:35 am

    YB Taib Azamuddin berhujah mengatakan dia takut nanti bila dia tanya sahabat India dan Sahabat Islam,.. ‘sahabat, kemana nak pergi’? Sahabat menjawab ‘sya nak pergi sembah Allah’..
    mana ada orang cakap ‘sembah Allah’, Muslim melayu pun xsebut sembah Allah. yang saya tahu biasanya kita cakap; ‘nak pergi SEMBAHYANG’. baik Islam mau pun bukan Islam. Tak tau lah kalau YB cakap bila ditanya..’sya nak pi sembah Allah..’
    Kenapa YB tak ‘confuse’ plak sembahyang tuhan yang mana satu?
    maaf YB, saya tak setuju dgn hujah YB dan Menteri. saya rasa ianya lebih kepada pilotiking. Meraih sokongan Melayu dgn memainkan sentimen Agama.
    Elok lagi politik Melayu ni tangani isu kelemahan rohai anak-anak melayu dari dok takut dengan siapa boleh siapa tak bolehguna nama Allah.

Trackbacks

  1. What’s in God’s Name? » rearrange-inc.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: