Skip to content

Resolusi Seminar Politik ”Memperkasakan Parti”.

November 8, 2009

Seminar Politik ’Memperkasakan Parti’ merakamkan bahawa:

  1. PAS dan Pakatan telah melepasi ujian setahun setengah mengurus pemerintahan 4 buah negeri  dalam penggal parlimen ke-12 ini. Baik-buruk, kejayaan-kegagalan negeri-negeri Pakatan ini telah  mula mendapat perhatian umum. Pengiktirafan kejayaan telah pun  diktiraf seperti Laporan Ketua Audit Negara 2008.
  2. PAS dan Pakatan mutakhir ini terperangkap dalam kemelut-kemelut yang merosakkan imej dan tanggapan umum terhadap kredibiliti dan kesepaduan Muafakat Politik ini. Benar media BN jahat memainkan isu-isu  ini, tetapi PAS/Pakatan wajar menginsafi bahawa punca-sumber laporan-laporan tidak wajar kita salahkan pihak lain sebab kita juga bertanggungjawab.
  3. PAS dan Pakatan sangat-sangat berhajatkan untuk terus memperbaiki “Persepsi” rakyat dan pengundi bahawa Muafakat Politik Pakatan adalah mantap dan matang, bersedia memikul tugasan menjadi Pemerintahan di peringkat Persekutuan bagi membawa Negara ini ke garis prestasi yang lebih berdayasaing, makmur dan sejahtera.
  4. Keutuhan dan kemantapan ukhuwwah dalam saff yang menjadi asset dan anasir kekuatan utama dalam jamaah dan parti telah sedikit terjejas dalam pergolakan mutakhir ini.

 
 

Seminar Politik Memperkasa Parti dengan ini menyedari bahawa:

  1. Peri-pentingnya PAS menyerlahkan keupayaan satu kepimpinan parti yang bijak, kompeten dan matang dalam mengurus perbedaan dalam parti dalam semangat musyawwarah memlalui mekanisme parti secara berkesan.
  2. Pimpinan tertinggi parti wajar melaksanakan tugasan utama pimpinan sebagai ‘ta alluf al-quluub’ yakni mempertautkan ahli-ahli dalam saff yang kukuh.
  3. PAS wajar mengingatkan kepada kepimpinan negeri yang memerintah kerajaan negeri, ahli-ahli EXCOnya yang menganggotai kerajaan negeri-negeri Pakatan yang lain supaya senantiasa memelihara semangat muafakat politik Pakatan dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh dipersepsi sebagai menjejaskan dan memudharatkan keutuhan kerajaan negeri.
  4. PAS wajar segera mempertegaskan kepada semua peringkat keahlian dari kepimpinan tertinggi sehingga ke akar umbi bahawa telah dikunci (dengan ketat) segala pintu-pintu perbincangan dalam parti tentang agenda “Kerajaan Perpaduan”.

 

 

 

Seminar Politik Memperkasakan Parti mengesyorkan dan menegaskan pimpinan tertinggi parti untuk: 

  1. Terus memperkukuhkan Pakatan dan meningkatkan persiapan untuk mengahadapi PRU ke-13 dengan sentiasa proaktif dalam memudahkan Pakatan melaksanakan serta menguruskan urusan kerajaan-kerajaan Pakatan dengan penuh keikhlasaan serta semangat setiakawan yang tinggi.
  2. Kepimpinan Kawasan yang memilikki penduduk-pengundi bukan –Islam yang ramai supaya bertindak dengan lebih agresif untuk mengaktifkan Kelab-kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.
  3. Memantapkan rumusan pendirian-pendirian parti berdasarkan maklumat dan penyelidikan (informasi), kemudian menurunkan dan menyalurkan kesemua ini dalam pengarahan yang jelas dan berkesan sehingga ke akar umbi keahlian parti di semua kawasan dan cawangan di seluruh negara.
  4. Membuat pengarahan yang jelas kepada Dewan Pemuda dan Nisa’ dengan KPIsnya, supaya segmen pengundi muda yang sedikit terjejas terhadap PAS mutakhir ini, dikembalikan keyakinan dan sokongan mereka kepada PAS. Juga dipertegaskan pentingnya untuk memugarkan kegiatan Unit ‘Amal dengan mempraktikkan modul yang telah sedia ada.
  5. Membuat satu “Pelan Tindakan” bagi menghadapi PRU ke-13, bagi memperkukuhkan sokongan yang sedia ada di kalangan orang Islam-Melayu dan memuatkan satu ‘Roadshow Nasional’ bagi menerangkan tema “Pas For All” atau PAS untuk Semua” bagi melebarkan tapak sokongan merentasi semua agama, kaum dan budaya.

Resolusi Seminar Politik Memperkasakan Parti

7 November (Ahad) 2009, 19 Zulkaedah 1430H.

Dewan Dato Fadzil Noor,

Markaz Tarbiyah PAS,

Taman Melewar, Gombak. Selangor DE.

Advertisements
19 Comments leave one →
  1. siman permalink
    November 9, 2009 4:11 am

    doc, bersungguh2 nampak doc dok promote resolusi seminar.

    mcm mana bersungguh sekalipun, doc kena tahu bahawa resolusi seminar tidak binding langsung – ini bukan “muktamar” tapi “seminar”

    memang takleh pakai pun!

    • admin permalink*
      November 9, 2009 6:37 am

      Sebab itu bersungguh-sungguh kalau tidak setelah kita bayar dengan harga yang mahal, dok diam saja macam selalu kita buat, sapu bwaah tikar, malanglah. Fikirkan, pokoknya peserta seminar dah setuju, maka AJK PAS Pusat segera bertindak. Kita sedang menghadapi penghakisan keyaknan. Jangan selesa, semua pihak AJK Pusat, Syura, Dewan2 terutama Pemuda, sedarlah. Ada masalah ke kalau bersungguh? Yang masalah kalau tak bersungguh. TK Siman.

  2. Khairul permalink
    November 9, 2009 7:25 am

    SAH, persepi YB SALAH. Kekalahan PAS di Bagan Pinang bukan atas statement yg dibuat oleh sesetengah pimpinan PAS Selangor. Mr Bala menjelaskan punca undi kaum India menyokong BN. Beliau buat kenyataan yg sma dlm 2 prog yg berasingan pd hari yg berasingan. di Melewar dan di Pej YB Azmin dlm prog seminar memperkasakan parti dan seminar laj Perpaduan nasional…any komen?????

    • admin permalink*
      November 9, 2009 11:11 am

      Sebab2 kekalahan banyak faktor – multifactorial sifatnya. Tentunya tidak boleh cara borong. Ada kaum Melayu, Cina dan India dan segmen dalam satu kaum pun ada perbezaan sebab-sebabnya. Jangan apabila sdr suka statement Bala sdr guna, seolah2 faktor itu mewakili semua kaum India. Itu sempit pemikiran namanya. Apa pula punca sebab yang menjejas sokongan kpd kaum Cina? Kaum Melayu? Banyak faktornya. Bila kita beri pandangan mesti berteraskan tinjauan dan penyelidikan. Lihat balik cara saya sebut. itu komentar saya. TK Kahirul.

  3. November 9, 2009 9:19 am

    Insyallah, kami bersama dr

    Allah Hu Akbar

  4. hamdan permalink
    November 10, 2009 2:19 am

    kenyataan Dr pasal kekalahan di bagan pinang tu atas kenytaan sesetengah pimpinan pas selangor hasil drp kajian atau apa? boleh saya tau??…sedangkan masa tu postmortem belum dibuat. lagi pun kan Dr sendiri sbg pengarah pilihanraya di sana masa tu. sapa responden kajian Dr tersebut?? atau hanya presepsi dan mungkin lamunan sendiri?

  5. Dr Paraman permalink
    November 10, 2009 3:37 am

    Dear YB Dr Dzul,

    Syabas kepada PAS.

    50 years ago it would have been unthinkable for PAS to have a seminar to analyse criticisms of itself and from within, however now it is becoming a reality. Even though there will be differences of opine on either side of any debate, the fact is it is healthy to analyse oneself to move forward. In that sense PAS need to be congratulated on taking these constructive and healthy steps in the forward direction.

  6. siman permalink
    November 10, 2009 5:00 am

    bagus tu…kena bersungguh2
    tanya sikit doc..resolusi tu resolusi seminar ke resolusi DR. ZUL????

    • admin permalink*
      November 11, 2009 11:01 pm

      Sdr Siman, Biarlah saya berterus terang, walaupun berat bagi diri saya. Saya sudah nampak lebih awal lagi kemana siman akan pergi dgn persoalan pertama yg sdr bangkitkan. Tapi hati ini belum mahu untuk buruksangka. Nah, sekarang lebih jelas. Begini cerita sebenarnya. Sejam sebelum tamat seminar, Pengarah seminar telah ‘mengarah’ saya merumuskan resolusi kerana yg dikatakan bertanggungjawab tak dpt gariskan. Maka saya mengisyaratkan kpd seorang petugas urusetia (Khairul Naim) di bawah stage, untuk membawa laptopnya ke pentas sebab saya nak guna.
      Betul, memang saya yang merangkanya. Seperti biasa merangka sesuatu, memang dibuat oleh seorang peribadi, kemudian disemak dan diedit kalau perlu. Untuk orang2 mcm Siman dan kawan2 sdr, inilah tugasan saya sejak selama jadi pengarah PPP, samada semasa Al-Marhum Usatz Fadzil dan TGHH. Samada Ucapan Dasar atau resolusi2 Seminar,kena ada yang memulakan menulis.kemudian disemak oleh sekumpulan ahli pemikir. Dibincang dan kalau sempat dibentang samada AJK Pusat dll.
      Maka ketika telah dibentang dan diedit dan diolah, jadilah penulisan itu penulisan JK atau kumpulan pemikir. Dan tatkala Presiden atau Muktamar atau Seminar menerimanya, maka jadilah ia satu yang dimilikki oleh Presisden, Muktamar, AJK PAS Pusat atau Seminar.
      Tidak timbul penulisan itu siapa punya. Perkara ini adalah amalan kelaziman parti sejak sekian lama.
      namun, dalam suasana parti yang berpenyakit seperti dewasa ini, lebih ramai yang menjadi ‘problem makers’ dan problem talkers’ dari ‘problem solvers’, maka jadilah ia seperti kemelut hari ini. Sdr pilihlah nak jadi golongan mana?
      Sdr pun nampak,kalau sdr hadir dalam seminar itu, saya mula menulis pukol berapa, Tak ramai yg besedia bagi input, Bukan senang untuk merumuskan dan menyaring ‘mutiara’, intipati dan ‘gists’nya dari banyak2 yg dibicarakan. Tak payahlah saya komen, rencam dan pelbagai ‘fikrah’ yang terserlah dan ragam tabi’at orang PAS kita. Nilailah sendiri.
      Saya rasa cukuplah. kalau sdr ada pekara ttng resolusi itu yang tidak sdr setuju, satu hal jg. Tapi rupa2nya hanya nak tahu saya ke yg menulis. Rasanya geharu cendana pula. Inilah yg disebut kata hikmat ulama’ – Kalimatul Hak Uridul Baatil – Kalimah Baik, Tapi Punya Niat yang tak Baik! Insaflah. Sdr dan pemikiran mcm sdr ini, kalau ramai dalam parti ini, hancur parti. Saya syorkan supaya salurkan dan punggah tenaga sdr2 untuk diajukan dan halakan ke musuh perjuangan dan seteru politik kita. Jngn buang masa ‘berpolemik’. Jwb soalan sdr ini pun dah habis 10 min saya. Bayangkan penulisan lain yg saya boeh hasilkan. Tlng baca penulisan saya mutakhir ttng “It’s dangerous to be right when the government is wrong’ dll.
      Allah akan bertanggungjawab bagaimana masa kita gunakan. Sedar dan insaflah. takut2 nanti, sdr boleh menjustifikasikan semua komentar2 sdr, sebagai bukti sayang parti. tapi ia hanya menjadi ‘ghibbah’, mengumpat dan buruk sangka. Semuanya dosa. Sdr banyak pahala ke untuk beri orang yang sdr umpat, mengikut mafhum hadis. Atau kalau tak bayank pahala, sdr sanggup ke, untuk tanggung dosa oarng lain. Tengoklah sikit siapa yg sdr cemuh itu. takut2 meeka itu lebuih baik dari sdr, takut2 mereka itu dikasihi Allah. , Berat tu.
      Cukuplah, harap2nya ini kali terakhir saya perlu menulis. Sdr memang berhak menulis apa saja. Tapi dengan Kebebasan itu, datangnya Pertanggungjawaban!

  7. hassan permalink
    November 10, 2009 6:45 am

    askm dr,
    selepas isu UG selesai melalui seminar, timbul pula isu bai’ah. Penyakit pemimpin pas yg membuat pelbagai kenyataan dan tidak sepakat dah menampakkan wajah. Isu yang timbul akhirnya, ada pemimpin pas akan dituduh tak bercakap benar manakala pas dituduh ekspotasi wanita @ gadai institusi keluarga. Pelik, takkan semua strategi dan isu dalaman perlu dilambakkan kepada masyarakat. Atau ada pemimpin pas cari populariti @ ‘dah tak da kerja lain nak buat’ dengan menimbul sesuatu isu dalaman.

  8. siman permalink
    November 12, 2009 2:09 am

    saya cuma memikirkan…kalau dlm UMNO mustahil sesuatu resolusi diluluskan sebelum mendapat perkenan Presiden Parti.

    say nak tanya doc, sebelum isytihar resolusi…ada tak doc tunjuk kandungan resolusi kpd presiden atau timbalan presiden utk kelulusan sebelum dibacakan?

    saya perasan ramai dikalangan pimpinan tidak bersetuju dgn resolusi express yg doc buat tu.

    • admin permalink*
      November 12, 2009 2:56 am

      Sdr Siman, saya terpaksa jawab lg nampaknya. Mengikut kata Pengarah Seminar, Salahudin Ayub, hanya Ust bakar Chik saja yang tak setuju dan bila ditanya apa dia pun sebut apa pun. Saya rujuk TP, SAgung, Ketua Penerangan dan beberapa ajk pusat lain.
      Presiden atau Murssyid selalunya tak ditunjuk kecuali ada hal-hal syar’i atau hukum.wakil,
      bayangkan kalau tak ada resolusi, balik peserta2 dgn tangan kosong, mengikut kata seorang tak boleh bawak balik.
      Saya nak tanya sdr, apa benda yang sdr tak setuju ni? letih layan kerenah sdr, kita berdepan dgn musuh ni! Jgn buang masa. Sepatutnya sdr ingatkan saya jngn habis dgn resolusi tanpa tindakan susulan, itu positif, Move forward lah!

    • khairul permalink
      November 12, 2009 2:56 am

      ko ni mmg masalah la siman. pk mcm org UMNO. zaman tok kadok nye fikiran. xda masalah pn aku tgk dgn resolusi tu. nak resolusi apa. nak bongkak mcm prnh dulu? ckp ddlm ceramah tertutup, mng kat terengganu bukn sbb Anwar. sbb tarbiyah konon. malulah sikit. rakyat bukan sokong kita sbb parti. sbb apa yg kita tawarkan pd rakyat lebih baik dari apa yg BN tawarkan. come on la. kita da menuju negara maju. kat US or UK. xda falsafah bila rakyat sokong konseravatif or republican, mereka adalah org yg traditional. tp sbb apa yg ditawarkan. begitula sebaliknya

  9. siman permalink
    November 12, 2009 6:30 am

    kenapa doc tak keluarkan komen saya tadi?

    saya cuma nak betulkan persepsi doc yang salah.

    saya ulang, Presiden parti bukan hanya tempat rujuk utk maslaah hukum atau hal2 syar’i shj. Kalau mursyid saya setuju.

    Presiden parti yang dipilih dlm muktamar bert/jawab terhadap parti dlm semua aspek. Presiden lah yg menentukan halatuju parti kita. Presiden jugalah yang menjadi kuasa eksekutif tertinggi di dalam parti.
    Bukan tempat rujuk utk hal2 syar’i atau hukum shj spt yg doc faham.

    Kefahaman dan persepsi salah yang doc pegang itulah yang menyebabkan presiden kita dilihat lemah dan tidak berfungsi.

  10. khairul permalink
    November 13, 2009 1:42 am

    tapi kalau presiden sndri x berminat mcm mana?

    • admin permalink*
      November 13, 2009 11:54 am

      kuat dan berfungsinya presiden atau sebaliknya takda kaitannya dengan kita termasuk saya presiden punya wibawa dan kebolehan tersendiri. Saya menyebutkan perkara di atas dalam konteks resolusi dan presiden juga selaku CEO kadangkali empower pimpinan pusat, resolusi ini salah satu contohnya dan beliau penutup program dan boleh sahaja menyanggah dan mengkoreksi resolusi kalau ada yang tidak kena.harap maklum.

  11. khalil permalink
    November 16, 2009 7:36 am

    nak mencelah sedikit.

    Presiden mmg bert/jawab terhadap keseluruhan aspek parti. Akan tetapi, tak bermakna Presiden perlu meneliti & meluluskan semua perkara. Sesetengah perkara perlu & boleh di’serah-tugas’ atau delegate kepada orang bawahannya. Tak mungkin seorang Presiden sebuah parti seperti PAS mampu untuk mengawasi setiap inci perjalanan parti.

    Disinilah tugas delegasi yg telah dipilih untuk melaksanakn amanah Presiden. Pada saya tak perlu Presiden meletakkan cop mohornya pada setiap resolusi. Cukup sekadar dibawa ke pengetahuannya dan mendapatkan pandangannya, jika ada.

  12. abuadil permalink
    November 18, 2009 1:36 am

    akhi YB, sekedar teringat zaman remaja,
    amir syarkib arsalan menulis, “Banyak surat2 yang aku terima dari maghribi, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan dari negeri anda sendiri (palastein), mencadangkan diadakan muktamar Islami atau memilih seorang khalifah dan yang serupa dengannya. Sentiasa jawapan aku: wajib kita mengasaskan dari bawah, wajib kita mentarbiah individu” Amir menyambung, ” Adapun kita mengadakan muktamar yang mengumpulkan orang2 yang lemah yang tiada mempunyai kemahuan yang bebas, sedang mereka tiada kekuatan untuk melaksanakan resolusi2, apakah faedahnya? apakah anda ingin mengumpulkan angka2 sifar?”

    Bagi saya tumpuan kepada gagasan presiden dalam perasmian seminar yang telah acapkali beliau tekankan ie pas adalah sebuah organisasi siasah, dakwah dan tarbiah, perlu diberikan tumpuan utama oleh YB dan pimpinan lain. Gagasan tersebut perlulah dibangunkan menjadi plan pembinaan negara yang syumuli manhaji fiqhi. Tahaluf, adalah harus sebagai strategi semasa, bukan amal qowiy. Membina negara mestilah dimulai dengan membina jamaah dan menguasai seluruh rangkaian kehidupan. Saya yakin anda mampu melakukannya. kalau bukan anda, siapa lagi?

  13. zuki mat zain permalink
    November 28, 2009 12:51 pm

    Tahniah kerana gigih berjihad untuk Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: