Skip to content

Ekonomi negara diambang ngeri, pemimpin leka rebut jawatan!

November 20, 2008

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor ditemui Wan Nordin Wan Yaacob pada 17 November lalu di Parlimen bagi mengupas persoalan keparahan ekonomi global dan impaknya kepada negara serta mencari langkah penyelesaiannya.

Soalan : Boleh Dr kupaskan permasalah ekonomi global hari ini dan kesannya kepada negara, dan soal pengumuman Belanjawan 2009 yang diumumkan Menteri Kewangan yang baru?

Dzulkefly : Saya telah tegaskan dan bincang tentang kepentingan ekonomi seperti mana kepentingan agama Islam ia mesti di luar kepentingan politik dan kepartian semata-mata. saya tegaskan dalam artikel saya bahawa kepentingan ekonomi seperti juga kepentingan Islam mesti digalas dan diperjuangkan oleh semua dan kita dalam PAS dan Pakatan Rakyat tidak anggap dan eksploitasi isu ekonomi hari ini untuk kepentingan politik semata-mata sebab itu saya dengan penuh tanggungjawab buat penulisan isu ekonomi akhir-ahkir ini dan diambil oleh pelbagai website.

Memang ekonomi kita di ambang satu keadaan yang cukup mencemaskan.Baru-baru ini Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Razak menolak dakwaan bahawa krisis ‘subprima kewangan di Barat dapat kita elak sebab kita dikatakan ekonomi yang ‘decouple'(boleh terungkai dari sistem ekonmi barat) sehingga mereka tak setuju untuk bentang semula belanjawan, tetapi hari ini mereka sudah sampai peringkat keluar dari sindrom penafian mereka dan dengan stimulus atau pakej ekonomi yang mereka bentangkan baru-baru ini mereka sudah akui yang stimulus ini diakui. Soalan saya sejauh mana stimulus itu dengan hanya RM7 billion mampu mengelak negara terjerumus dalam satu unjuran ekonomi yang cukup mengerikan.

Dzulkefly : Saya boleh sebut secara terus terang memanglah kita telah sedikit belajar melalui krisis ekonomi 1998, saya sedia akui yang fundamental negara ini adalah kukuh, trade surplus, internatioanl reserve kita, currents acount surplus kita yang baik semua ini letakkan keselesaan kepada kerajaan. Namun saya nak tegaskan hari ini apabila melandanya krisis kewangan antarabangsa ini kesemua ini akan pupus dan hilang begitu sahaja.Bayangkan saya sebutkan seperti contoh negara China yang menggunakan stimulus pakej seperti yang kita lakukan, mereka suntik RM2.1 trillion untuk ransangan tetapi keghairahan dalam bursa-bursa Asia hanya bertahan tak sampai dua hari.Ini satu isyarat yang cukup merbahaya, kerana apa, kerana suntikan sebesar itu banyakkan hanya boleh bawa rally dalam bursa Asia termasuk Jepun, China dan sebagainya hanya untuk dua hari kemudian menjunam semula, maknanya penyakit ini dah parah, justeru saya ramalkan RM7 billion yang disebut nak disuntik itu tak mampu mengelakkan ekonomi negara ke satu keadaan krisis yang dijangkakan akan diharungi selama 18 bulan yang mana unjuran krisis ini ‘U Shape’ (dua tahun lamanya), d tidak an’V Shape’ (singkat).

Menteri kewangan dalam dua tiga hari ini mengakui kita dalam krisis kewangan yang berbentu ‘U shape’ paling tidak dalam masa 18 hingga 24 bulan kesannya.Persoalan saya ialah sejauh mana RM7 billion ini mampu menyuntik ransangan itu.Pertamanya saya nak bertanya dari mana wang RM 7 billion itu datang? Keduanya apakah cukup RM7 billion saya difahamkan baru-baru ini DAP mengemukakan cadangan jumlah 48 billion baru boleh mendepani cabaran ini. Dari segi jumlah sebenarnya kita perlukan kepada kaukus khas di Parlimen yang berbentuk forum ahli Parlimen dan semua pihak perlu dilibatkan bagi membincangkan berapa jumlah stimulus yang ingin diinject, dimana sektor kritikal yang boleh meransang.Jangan letak dana tersebut di sektor spekulatif seperti share market, spekulatif market, ini semua akan meranapkan.Seterusnya berapa lama kita boleh bertahan dalam krisis ini, dan akhir sekali isunya yang penting bagaimana melaksanakankan stimulus ini, jangan ulangi pengurusan yang tempang tiris dan bocor atau khianat kepada pengurusan ekonomi negara.Jangan mudah-mudah ambil, persoalan dimana datangnya, hari ini mereka kata RM7 bilion itu datangnya daripada penjimatan subsidi minyak, saya menyatakan dengan terus-terang betul ada pejimatan, tetapi pendapatan minyak sudah jatuh lebih 50 peratus minyak mentah.Jadi sebelum kita cakap pasal penjimatan kita dah hilang pendapatan, dan pada hakikatnya kerajaan hari ini patutnya mengakui mereka akan meminjam, mereka kena mengakuinya caranya macam mana raise bon, atau ambil daripada simpanan wang negara atau wang rakyat yang disimpan kerana rakyat negara ini bagusnya mereka menyimpan dengan pelbagai dana termasuk KWSP dan unit amanah. Jangan hanya ekploitasi simpanan negara dan rakyat ini.Kerajaan kena bertanggungjawab kalau ambil simpanan ini mereka kena bercakap soal pertanggungjawaban, mereka ambil dari KWSP baru-baru ini untuk suntik dana kepada Valuecap Sdn Bhd dengan cara pinjaman. Betul ia tidak timbul soal investment kerana ia pinjaman yang akan dibayar balik tak kira untung atau rugiValuecap.Benar kerajaan akan bayar balik RM 7 juta, tetapi jangan anggap dana-dana ini tidak kira KWSP atau KAWP atau apa sahaja dana wang rakyat ini jangan mudah-mudah diambil begitu sahaja, perlu ada pertanggungjawaban, kalau tidak kerajaan perlu meminjam kalau kita meminjam ia akan membuatkan hutang atau debt nisbah GDP meningkat.

Soalan : Pandangan Pakatan Rakyat terhadap stimulus yang bakal dibelanjakan kerajaan?


Dzulkefly : Seterusnya, Pakatan Rakyat tidak nampak ketelusan kerajaan untuk menyatakan darimana dana ini diperolehi, atau diambil, dan jangan lupoa bila kita kekurangan pendapat ini defisit fiskal Belanjawan akan melebar, dan apabila defisit fiskal melebar bermakna ini akan menjejaskan ‘souverign rating’ kita, dan hari ini telah diturunkan daripada A+ kepada A-. Antara lainnya adalah kerana persepsi sebuah kerajan kalau defisit melebalr trahun demi tahun akan berlakunya keterjejasan ‘souverign rating’.Ini penting untuk sebuah kerajaan menentukan bon yang dikeluarkan daripada luar negara (hutang) kalau ‘rating’ kita rendah harganya mahal, dan ini akan mebujatkan kos berhutang itu lebih tinggi., keseluruhann isu ini meninggalkan senario yang parah.

Mengapa saya kata Ekonomi akan menjadi lebih kritikal, pertamanya stimulus pakej tidak tahu mana datangnya, jumlahnya tidak tahu cukup tak cukup, yang ini penting untuk kita ransang ekonomik, kalau kita tak ransang ekonomi, rakyat tidak akan ada pendapatan yang selesa bermakna rakyat tidak ada wang untuk berbelanja dan rakyat akan menjadi semakin miskin (gaji boleh belanja menurun)kerana inflasi yang tinggi, pendapat tidak berubah. Ini akan menyebabkan rakyat semakin tertekan, sementara pengilang pula jika mereka mengekalkan ‘profit marginnya’ mereka akan membuang pekerja.Bila mereka kurangkan pekerja ini akan menambah kepada pengangguran, bila ekonomi semakin menurun, dan bila dalam dua suku keadaan kita semakin menurun, kita dalam keadan parah sebenarnya.Singapura sendiri mangakui mereka dalam keadaan recession/kemelesetan negara-negara yang lebih hebat mengakui hal ini, tetapi negara kita tidak mengakui hal ini, tak apalah negara nak akui atau tidak, tetapi akan terbukti kalau kita tak urus hal ini pastinya kita akan tentunya lebih parah dalam krisis ini.

Soalan : Kesan langkah pakej stimulus, dan kesan jika tidak suntik?


Dzulkefly : Kesannya jika kita tidak menyuntik (stimulus), pertama pertumbuhan akan menurun, permintaan mengurang, bila permintaan mengurang pengilang akan tentunya tidak akan dapat mengajikan pekerja dalam jumlah yang seperti sebelum ini kerana pengeluaran dan permintaan yang mengurang ini ini untuk mengurangkan kos mereka, mereka akan memangsakan pekerjaan.Semua senario ini berpuluh ribu pekerja akan dimangsakan, bila pengganguran naik ekonomi jatuh, dan seterusnya apa yang dikatakan menyuntik permintaan domestik tetapi orang nak berbelanja macam mana sebab mereka dan tidak bekerja dan tidak ada duit.Semua ini akan akhirnya memparahkan.

Pada waktu yang sama Bank Negara telah menggunakan ‘Foreign Reserve’ kita untuk defence situasi semasa kita, sebanyak RM42.4 billion sejak bulan September untuk mempertahankan ringgit, mengikut maklumat Moody economy.com.
Sebagai sebuah kerajan mungkin jika Pakatan Rakyat memerintah mungkin kita akan menbuat perkara yang sama, ini saya kata mungkin.Apabila nilai ringgit kita jatuh kalau kita tak defence, import kita akan menjadi mahal, mungkin eksport kita murah sikit. Bila ada orang menjual ringgit yang menyebabkan nilai kita jatuh (pasaran tak mahu, mudahnya), dengan pertukaran wang asing, kita terpaksa beli, untuk membuat pertukaran kita satbil. Bila nilai ringgit kita jatuh dalam keadaan ekonomi amerika sedang krisis, ini isyarat tak baik. Bila nilai ringgit terjejas dan permintaan terjejas, dua benda yang akan terkesan, satu ‘trade balance’ dan dua foreign reserve akan terjejas. kita hari ini ada ‘surplus trade balance’ yang boleh menangani sembilan bulan import tertangguh. Cumanya semua ini akan menjadi mengecut, oleh itu sebuah kerajaan dia akan cuba defend nilai mata wang mereka .

Non Performing Loan (NPL) yang pada tahap rendah iaitu 2.5 peratus ini bagus, ini kita puji, kita tidak hentam jika ia adalah satu kebaikan, tetapi yang lebih mustahak sejak krisis ekonomi hal NPL ini tak berapa penting yang lebih mustahak ialah hutang atau pinjaman seluruh isi rumah (household debt) yang membebankan.Ini adalah pinjaman yang dibuat oleh isi rumah, peratusnya ialah 66.7 peratus nisbah KDNK (GDP) pada akhir 2007, berbanding pada tahun 1998 hanya 44.4 peratus nisbah KDNK maknanya ini satu hal yang lebih serius yang menunjukkan ekonomi dah semakin serius.

Salah satu lagi ‘stimulus’ yang diumumkan kerajaan untuk mengatasi kelemahan ekonomi ini ialah dengan mengwujudkan sistem tender terbuka.Kerajaan nak komited terhadap hal ini, namun kita nak pastinya supaya kerajana jangan hanya menyebut sahaja tetapi melaksanakannya, kita bimbang akan berlakunya ketirisan biar banyak manapun tender kononnya dibuat secara terbuka akhirnya ia akan gagal jika ketirisan berlaku. Pakar ekonomi menganggarkan ketirisan menyebabkan negara kehilangan lebih 20% dari peruntukan pembangunan budget yakni RM8-10 bilion. Ini angkara pengurusan pincang.

Kita sendiri akan menerima kesan besar kepada kemelesetan ekonomi Amerika kerana kita sendiri adalah rakan dagangan utama kerana kita mengeksport dalam pelbagai produk; Elektrikal/Elektronik, semikonduktor, produk kimia, kelapa sawit dsbnya. Ini mengundang kesan bahaya kepada kita.Krisis 1998 tidak separah krisis kali ini. Mungkin kita terkena aspek kewangan (financial) sebab kita tak membeli papers atau sekuriti dan segala derivatif canggih nmereka, Amerika seperti Singapura atau Cina, tetapi kesan impak kedua yakni aspek ekonomi dan perdagangan pasti akan tiba. Ini kita tak boleh rungkai atau ‘decouple’.

Soalan : Mesej kepada rakyat?
Kita sedang menyaksikan ekonomi dan kewangan negara diambang satu krisis yang cukup ngeri, dan ia lebih ngeri daripada tahun 1998, di sini PAS dan Pakatan Rakyat terpanggil untuk turut serta memainkan peranan mengatasi krisis ini, seperti Tun Dr Mahathir kata Najib tidak boleh mengatasi krisis ini tidak ada kemampuan.Jadi kita kena ada pengembelengan seluruh tenaga kita, kepakaran dalam Pakatan Raktat dan BN atau akademik, pemikir, ekonomist, kena sekali menyelesaikan isu ini.Kita perlu secara terbuk,a satu untuk kembali mempertikaikan ekonomic stimulus yang Najib bentang, dari mana datang jumlah dan bagaimana nak dibelanjakan.
Setersunya berapa lama kita akan bertahan begini?Sebab itu kita nasihatkan semua hal perlu dilakukan secara telus, jangan ada ketirisan, jangan ada penyelewengan dan semua mesti memikirkan jangan kita bergaduh antara sama sendiri siapa lebih hebat dalam hal ini.Saya tak nafikan kali ini kita mendepani krisis ini kjita belum benar-benar bersedia menghadapi hal ini.

Soalan : Dalam kita sibuk membincangkan kerosakan ekonomi ini,namun kepimpinan kerajaan Umno/BN hanya memikirkan soal pemil9ihan jawatan dalaman parti itu dari memikirkan hal rakyat, apa sebenarnya sikap mereka ini?


Dzulkefly : Saya ingin tegaskan di sinilah letakknya kepimpinan yang membezakan kepimpinan yang bertanggungjawab atau sebaliknya.Dikatakan bahawa dalam suasana krisis lah kepimpinan itu bakal terserlah dan teruji, kali ini memang menguji kepimpina negara samada yang memimpin hari ini mahupun yang sentiasa menanti untuk ambil alih kerajaan.Saya lihat terus terang kesibukan dan tak nampak kesungguhan politik kepimpinan Umno/BN tangani krisis ini tetapi mereka lebih sibuk pastinya jawatan selesa dalam parti mereka yang memberi kelangsungan kepada survival politik mereka.

Mereka tidaks segan silu amalkan rasuah untuk beli jawatan yang akhirnya meninggalkan impak negatif kepada rakyat yang melihat, sedangkan negara sedang hadpi krisis mereka ini bertarung dengan apa juga cara untuk memang.Inilah masa yangpentingnya kepada kepimpimpinan Pakatan Rakyat tampil dengan satu visi dan penyelesaian yang tuntas dan mantap bukan retorik sedia menyelamatkan krisis ekonomi negara yang bakal menjadi lebih parah.

Soalan : Apa pun yang kita bincangkan, persoalannya rakyat yang tertekan di bawah ini mengharapkan satu formula atau cara penyelesaian yang cepat dan baik kerana rakyat telah mengalami kesan krisis kewangan itu sendiri secara beransur-ansur.Apakah tindakan yang pantas yang boleh diambil dalam keadaan ini untuk melegakan perasaan ketakutan rakyat?

Dzulkefly : Ini satu soalan yang cukup kemuncak dan menguji saya, tetapi saya kena jawab juga kerana kepentingan rakyat adalah penting.Saya takut berteori tetapi kena jawab, saya akui kepentingan kepada Belanjawan Tambahan, saya pada awal lagi dengan pimpinan Pakatan Rakyat menegaskan kepentingan untuk suntik dana meransang dana ekonomi yang lembap.Ini perlu dibuat secara telus bertanggungjawab dan jujur dan kerajaan kena jelaskan dari mana datangnya duit ini, ke mana ia akan dibelanjakan, dan segera mungkin suntikan bukan hanya RM7 billion, tetapi ia segera perlu dilakukan.Perlu diketahui, sementara kita berdebat di Parlimen, kita saksikan IKS gulung tikar, pekerja diberhentikan, ekonomi semakin menurun, foreign reserve semakin mengecut dan trade surplus semkain mengurang, ringgit semakin menurun nilainya, semlua ini jangan kita berlengah, secara segera kita kena ada komitmen menyelesaikan.Kalau kita perlu pinjam kita kena nyatakan kita pinjam jangan berlindung, kalau kita perlu jual beli bon kita buat jangan selindungkan, jangan kata ia datang dengan penjimatan kerana kita dah alami kekurangan, jangan temberang rakyat.Kalau Pakatan Rakyat segera sedia untuk membuat pengumuman langkah ini stimulus injenction, bagaiamana akan diperolehi dan bagaimana dibelanjakan. Memanglah sesiapa pun akui jika kita dalam kerajaan kita akan hadapi keperitan ini, tetapi apa yang penting sikap yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan hari ini mereka lebih mementingkan soal perebutan dalaman jawatan berebanding membincangkan permasalahan ekonomi yang mencengkam rakyat.

Advertisements
One Comment leave one →
  1. azhari hamzah permalink
    January 22, 2010 11:44 am

    Kalau pun ada cara yang belum dicuba lagi untuk meyelamatkan keadaan ialah dengan menilai semula Ringgit Malaysia.(devaluation) Selain dari itu ALLAH juga yang tahu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: