Skip to content

Wawancara @ Selangor dan KL (Sinar Harian)

October 10, 2008

Sinar Harian – Isnin, 29 September 2008

 

Wawancara @ Selangor dan KL

 

Dalam hal memberi khidmat kepada rakyat, saya tidak kenal garis-garis seperti anutan fahaman politik, agama, kaum,dan budaya.

Dr Dzulkefly turun padang bela nasib penduduk

MUKADIMAH

Dr Dzulkefly Ahmad bukan nama baru dalam bidang politik kerana beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Lujnah Pas sejak dari tahun 2004 lagi. Kini pemilik ijazah falsafah kedoktoktoran dalam bidang Sains Perubatan (Keracunan) dari Imperial College (St. Mary’s Hospital), Universiti London ini memikul tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor.

            Bekas pensyarah di Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dan HUSM, Kelantan ini komited membangunkan kawasannya sejak memenangi pilihan raya umum yang lalu. Biarpun beberapa kali pertemuan ditangguhkan kerana kesibukan waktunya, namun wawancara dapat berjalan dengan baik pada masa yang ditetapkan, iaitu sejam sebelum beliau bergegas ke mesyuarat parti di Shah Alam. Dengan persediaan sedikit nota ringkas, beliau petah bercakap mengenai kawasan yang diterajui.

 

Ceritakan kawasan Parlimen Kuala Selangor dan hala tuju yang dibawa oleh YB?

 

Dr Dzulkefly: Di bawah Parlimen Kuala Selangor, saya ada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Jeram, Bukit Melawati dan Ijok. Seramai dua Ahli Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang lagi ialah ADUN dari Barisan Nasional (BN) di Jeram. Secara peribadi, saya ada hubungan baik dengan ADUN Jeram dan kami pernah menghadiri program yang sama beberapa kali.

            Saya selalu tegaskan prinsip yang dipegang oleh saya apabila berucap kepada masyarakat umum, tanpa mengira tempat mahupun naik mimbar di masjid. Saya menyatakan dalam hal memberi khidmat kepada rakyat, saya sudah tidak kenal garis-garis seperti anutan fahaman politik, agama, kaum, dan budaya.

            Pakatan Rakyat (PR) amalkan prinsip urus tadbir dan membela hak semua rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah, miskin dan kurang mampu membela dirinya sendiri, tambahan kini mereka berada dalam keadaan kegawatan ekonomi dan inflasi. Keduanya. Kami  sebagai PR mengamalkan ‘kerajaan terbuka’ iaitu kami bersikap terbuka kepada kritikan, teguran, muhasabah dan cadangan-cadangan.

            Sebagai kerajaan terbuka, kita mahu bertanggungjawab kepada rakyat secara langsung tanpa ada agenda atau rahsia yang menyebabkan rakyat tidak tahu atau faham. Pandangan saya, apa-apa jua isu hangat di Selangor seperti isu babi dan segala-galanya, kami terbuka untuk menerangkan bagaimana merumuskannya.

 

Selama enam bulan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di Kuala Selangor, bagaimana hubungan YB dengan pihak pengurusan dan masyarakat setempat?

 

Dr Dzulkefly: Saya mengamalkan satu urus tadbir dan pengurusan kawasan yang terbuka melalui gandingan baik kalangan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ini. Sejak berkhidat enam bulan yang lalu, saya mendapat kerjasama yang cukup baik daripada agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya hormati dan hargai kerjasama itu yang dapat memudahkan kerja saya.

 

Rakyat sering keliru tugas Parlimen

Apakah YB menjalankan peranan sebagai Ahli Parlimen sebenar?

 

Dr Dzulkefly: Ahli Parlimen berfungsi sebagai pembuat Undang-undang. Kami dipilih rakyat untuk mewakili rakyat bukan hanya di kawasan tertentu, bahkan seluruh rakyat Malaysia. Dari sudut membuat undang-undang, kita bertanggungjawab kepada seluruh rakyat di negara. Bagi saya, itu peranan utama sebagai Ahli Parlimen, berbeza dengan ADUN. Namun ada Ahli Parlimen turun padang untuk dekati, memahami, salami dan hayati masalah rakyat di kawasan itu.

            Khususnya di Kuala Selangor dan amnya kawasan parlimen itu bersifat luar Bandar atau pinggir Bandar, rakyat di kawasan itu tidak dapat membezakan antara peranan Ahli Parlimen dan ADUN. Mereka menganggap Ahli Parlimen menjaga kawasan mereka sebagaimana ADUN seperti di Ijok, Jeram dan Bukit Melawati di bawah kasan saya, tetapi setiap kawasan tersebut ada ADUN masing-masing.

            Sekiranya ada masalah setempat berlaku, rakyat membuat andaian saya mesti turun sama. Terus-terang saya katakana saya tidak ada masalah dengan itu, bahkan saya bersama ADUN turun padang mendengar masalah rakyat. Saya akan lakukan selagi punya kesempatan dan waktu. Namun, saya pun ada peranan di peringkat Pusat di Dewan Rakyat.

            Contohnya, apabila persidangan berjalan, saya tidak dapat bersama rakyat di kawasan saya. Kadangkala rakyat terlepas pandang dan anggap saya Ahli Parlimen sama seperti ADUN. Tetapi di Bandar, fahaman rakyat berbeza dan mereka Nampak perbezaan peranan ADUN dan Ahli Parlimen.

            Di samping agensi kerajaan negeri, saya juga dapati penting untuk saya jalinkan hubungan baik dengan pihak berkuasa tempatan, Penghulu Mukim dan mutakhir, bermulanya Kesultanan Selangor. Pada masa kini, saya dibantu oleh isteri untuk membuat penyelidikan di kawasan tersebut. Kami bercadang mahu mengeluarkan satu dokumentari berbentuk pendidikan dan hiburan yang mesra generasi muda.

            Saya harap dalam masa terdekat, iaitu dalam masa enam bulan hingga setahun untuk menghasilkan dokumentari tersebut bagi mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai titik mula kerajaan Sultan Selangor. Saya harap dokumentari tersebut merapatkan jurang generasi baru terhadap sejarah tempatan. Di sana ada salasilah kesultanan kerajaan Selangor.

 

 

Apakah isu setempat yang perlu ditangani?

           

Dr Dzulkefly: Janji saya ketika bertanding dalam pilihan raya yang lalu, pertamanya meningkatkan golongan yang berpendapatan rendah khususnya nelayan, petani dan pekerja astet. Di Kuala Selangor ada banyak estet, keduanya, saya dalam rangka beri khidmat terbaik. Saya mahu lihat generasi muda khususnya mereka yang terperangkap dalam satu pola kehidupan yang tidak berpendidikan dan tidak mempunyai kerja. Saya mahu focus kumpulan sasar ini untuk membebaskan mereka dari belenggu tersebut. Mereka ini terabai dan mudah terdedah dengan gejala social.

           

Advertisements
2 Comments leave one →
  1. No Azhar Bin Jamil permalink
    October 31, 2011 3:32 pm

    Terima kasih YB Dr Dzul Ahli Parlimen Kuala Selangor yang begitu prihatin terhadap apa jua masaalah rakyat. Sy kagum dengan kehebatan YB, Syukur terhadap Allah SWT telah menganugerahkan kepada rakyat Kuala Selangor seorang Ahli Parlimen Dr Dzulkifli Ahmad.

  2. Nor Azhar Bin Jamil permalink
    October 31, 2011 3:40 pm

    Kepada pengundi di Parlimen Kuala Selangor izinkan saya memberi ingatan bahawasanya dari hukum syarak kita wajib memilih pemimpin yang lebih baik akhlaknya yang lebih baik budipekertinya yang tidak melakukan yang dilarang oleh agama, jesteru itu Dr Dzul Ahli Parlimen Kuala Selangor adalah insan yang dimaksudkan. sama2lah kita mempetahan YB Dr Dzul sebgai Ahli Parlimen Kuala Selangor dlm PRU 13 nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: