Kawasan Parlimen
Jumlah Pengundi: 47,203
Peratusan Kaum: M:60.96% C:15.64% I:23.30% L:0.10%
1. Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas) (18,796)
2. Jahaya Ibrahim (BN) (17,936)
Majoriti: 860
Jumlah undi: 37,626
Peratus mengundi: 79.71%
Undi rosak: 894
Penyandang: Mohd. Daud Tarihep (BN)
(Majoriti: 13,662 undi)
N10 BUKIT MELAWATI
Jumlah Pengundi: 12,897
Peratusan Kaum: M:56.5% C:12.5% I:30.9% L:0.1%
1. M.P. Multhiah (PKR) (4,741)
2. K. Parthiban (BN) (4,444)
Majoriti: 297
Jumlah undi: 9,669
Penyandang: Mohamed Sayuti Said (BN)
(Majoriti: 3,881 undi)
Peratus mengundi: 74.97%
Undi rosak: 484
N11 IJOK
Jumlah Pengundi: 15,467
Peratusan Kaum: M:49.9% C:18.4% I:31.6% L:0.1%
1. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) (7,196)
2. Datuk Mohamad Sayuti Said (BN) (5,276)
Majoriti: 1,920
Jumlah undi: 12,676
Peratus mengundi: 81.96%
Undi rosak: 204
Penyandang: K. R Parthiban (BN)
(Majoriti: 1,850 undi)
N12 JERAM
Jumlah Pengundi: 18,839
Peratusan Kaum: M:73.1% C:15.5% I:11.3% L:0.1%
1. Amiruddin Setero (BN) (8,299)
2. Hairi @ Maruji Darmo (Pas) (6,733)
Majoriti: 1,566
Jumlah undi: 15,365
Peratus mengundi: 81.56%
Undi rosak: 333
Penyandang: Amiruddin Sutero (BN)
(Majoriti: 5,527 undi)












































A’kum YB Dr. Dzul,
Saya ingin menarik perhatian Dr. Dzul berkenaan dengan isu yang telah lama menimbulkan ketidak puasan hati para penduduk di kawasan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), dan juga antara penyumbang kepada kekalahan pihak BN di kawasan ini.
Isu yang saya maksudkan itu ialah isu cukai taksiran yang dikenakan oleh MDKS sebanyak 6% adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan di kawasan lain. Sebagai contoh, MPSJ hanya mengenakan cukai taksiran sebanyak 5% sahaja.
Jadi, dimanakan letaknya rasional bagi pihak MDKS, yang mana hanya berstatus sebagai Majlis Daerah sahaja, berbanding pihak MPSJ yang berstatus Majlis Perbandaran, tetapi telah meletakkan cukai taksiran yang jauh lebih tinggi dan tidak setimpal dengan status kawasan luar bandar, dimana kemudahan infrastructur di kawasan luar bandar sudah semestinya lebih rendah berbanding dengan kawasan bandar. Oleh itu, logiknya kadar cukai taksiran dikawasan luar bandar sudah sepatutnya lebih rendah memandangkan kos infrastructur yang perlu di selenggarakan adalah lebih kurang berbanding dengan di kawasan bandar.
Saya harap pihak YB akan dapat memanjangkan isu ini kepada pihak yang berkenaan dan saya juga yakin, jika pihak MDKS dapat mengawal perbelanjaan mereka dengan berhemat, kadar cukai taksiran ini akan dapat diturunkan supaya ianya tidak akan membebankan pihak penduduk yang rata-ratanya berpendapatan rendah. Saya juga telah membuat salinan aduan ini untuk dimajukan kepada pihak ADUN kawasan saya yang berkenaan.
Sekian Terima Kasih
Saya adalah salah seorang penduduk di Jalan masjid batu 8 Ijok. Saya menetap disini lebih daripada 12 tahun. Sebelum ini saya menetap di bandar Baru kuala Selangor . Apa yang saya ingin pohon di sini ialah kurangnya lampu jalan disepanjang jalan masjid hingga ke bukit badong. Pohon jasa baik YB agar dapat diusahakan lampu jalan dengan kerjasama MDKS kerana sebahagian jalan masjid ini hingga ke rizab dua adalah kawasan yang diwartakan di bawah MDKS. Permohonan ini telah saya beritahu kepada pegawai khas YB saudara Maskor lama dulu. Harap dapat pertimbangkan daripada YB. Cuba YB bandingkan dengan kampung bukit badong yang rasanya berlebihan lampu jalan daripada rumah jika dibandingkan dengan tempat saya. Penduduk bukannya apa YB bukannya nak projek yang besar-besar cuma lampu jalan sahaja. Janganlah disebabkan perkara yang sekecil ini menyebabkan PR hanya dapat memerintah untuk satu penggal sahaja. Harap dapat perhatian daripada YB.
Salam Sdr Abu Hassan,
TK atas makluman sdra. Saya telah bertemu (minggu lalu) dgn YDP MDKS baru-baru ini, juga Tuan JD dan Tuan DO dan membangkitkan kesemua komplain rakyat di KS. Saya cukup sedar dgn kekangan kewangan dan peruntukan dana oleh pihak2 berwajib ini. Saya mendapat sokongan yg baik dari mereka semua dan tindakan mereka juga telus dan cepat. Mudah2an akan dapat dilaksanakan dlm waktu yg terdekat.
TK atas input ini dan saya harap sdra akan dapat terus memantau dan memberi input yg baik seperti ini. Dr Dzul.
dr dzul……teruskan usaha memimpin kuala selangor dengan jayanya……
insyaAllah…..
Mohon agar pihak YB dapat menyuarakan tentang masalah jalan berlubang dari Teluk Piai hingga ke Bestari Jaya. Jalan berlubang dan tiada lampu jalan. Agak merbahaya bagi rakyat bawahan yang menggunakan motosikal. Jangan disebabkan kesalahan pihak lain, PR tidak dapat meneruskan pemerintahan di Selangor.
Salam Mohamad Rani, telah pun saya bangkit dalam parbahasan saya di parlimen semasa dlm tahap Jawatankuasa. Menteri pun telah menjawab
kalau berusaha demi menegakkan agama, pasti yang lain pon tertegak..kerana islam itu fitrah.. insyaallah, la tahzan wa la takhaf, innallah ma’ana. selamat menjalankan tugas..saya lapar~ =(
Assalamualaikum YB, semoga Allah merahmati kehidupan kita sentiasa. Saya tak berapa pasti samada boleh saya gunakan ruang ini utk memohon jasa baik YB utk meninjau keadaan kawasan saya. Saya daripada Saujana Utama. Saya telah berkali2 menyuarakan komen tentang keadaan jalan Saujana Utama ke Shah Alam-PuncakAlam Expressway yang terlalu teruk, berlubang2 sehinggakan membahayakan terutama penunggang motor. Untuk makluman saya telah menghubungi Majlis Daerah Kuala Selangor dan meraka memberitahu jalan tersebut masih di bawah pemaju Glomac dan masih belum diserahkan kepada MDKS. JKR pun telah saya hubungi. Untuk pengetahuan, saya telah setahun berpindah ke Saujana Utama ini. Semenjak tempoh itu banyak komunikasi berlaku antara saya dan MDKS dan Glomac berkenaan lampu jalan di persimpangan walaupun saya rasakan sudah tentu ada orang lama di Saujana Utama yang berbuat demikian, namun atas dasar mancari penyelesaian untuk semua saya lakukan walaupun bergerak secara individual. Justeru saya memohon jasa baik YB untuk membantu kami menangani masalah tersebut. Setahu saya perkara ni telah lama diutarakan semenjak tahun lalu. Mengadakan lampu isyarat di persimpangan tersebut juga baik memandangkan kenderaan bergerak laju menuruni bukit dari arah Puncak Alam. Sekali lagi saya memohon maaf sekiranya aduan dan permohonan pertolongan dari YB tidak melalui saluran yang betul, namun niat saya adalah baik. Terima kasih dan salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin to YB dan semua muslimin dan muslimat.
Wassalam
Dengan sikap lembab Pakatan Rakyat di Selangor, maka mereka berkemungkinan besar akan tumbang pada PRU 13 akan datang. Sekarang ini pun Selangor penuh dengan masalah, DAP begitu berkuasa menentukan itu dan ini, PAS pula sekadar menjadi ‘anjing suruhan ‘ DAP saja, terkedek-kedek berlari ke sana ke mari menyalak sambil terlelir lidah hingga meleleh air liur dan menggoyangkan ekor membela segala tindakan DAP. Malahan Dr. Hassan Ali pun disingkirkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor kerana PAS tunduk dan patuh kepada perintah dari DAP. Sudah jelas bahawa PAS hanyalah ‘anjing suruhan’ DAP sahaja. PAS = Parti Anjing Suruhan (DAP). PAS penyokong komunis, PAS pembela kezaliman komunis dan suka hati dengan kesengsaraan rakyat negara ini yang menderita akibat keganasan komunis.
Dengan sikap lembab Pakatan Rakyat di Selangor, maka mereka berkemungkinan besar akan tumbang pada PRU 13 akan datang. Sekarang ini pun Selangor penuh dengan masalah, DAP begitu berkuasa menentukan itu dan ini, PAS pula sekadar menjadi ‘anjing suruhan ‘ DAP saja, terkedek-kedek berlari ke sana ke mari menyalak sambil terjelir lidah hingga meleleh air liur dan menggoyangkan ekor membela segala tindakan DAP. Malahan Dr. Hassan Ali pun disingkirkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor kerana PAS tunduk dan patuh kepada perintah dari DAP. Sudah jelas bahawa PAS hanyalah ‘anjing suruhan’ DAP sahaja. PAS = Parti Anjing Suruhan (DAP). PAS penyokong komunis, PAS pembela kezaliman komunis dan suka hati dengan kesengsaraan rakyat negara ini yang menderita akibat keganasan komunis.
Assalamualaikum dr…moga dr. dlm keadaan sihat sejahtera dan terus meneruskan perjuangan islam di malaysia ini. Dr. saya ingin bertanya adakah ahli parlimen diberi peruntukan bagi membantu para pelajar dalam bidang pendidikan? Saya merupakan pelajar fakulti farmasi di UiTM Puncak Alam. Saya terlibat dalam program simposium pendidikan kesihatan antarabangsa di Republik Chech. Justeru, saya ingin memohon sedikit dana bagi membantu saya menampung kos dalam menyertai program terbabit. Jika ada disediakan peruntukan, boleh saya tahu bagaiman cara untuk memohon dan sebagainya. Harap pihak dr. dapat membantu. Kerjasama daripada Dr. amat saya hargai. Terima kasih.
YB Dr Dzul yang sangat2 disenangi rakyat khususnya dalam Kawasan Parlimen K Sel. Berdasarkan pandangan saya YB secara umumnya telah diterima sebahagian besar rakyat di K Sel, penerimaan ini adalah disebabkan YB seorang yang berjiwa rakyat walaupun YB adalah Ahli Parlimen tetapi sifat rendah diri dan senantiasa menghormati insan lain tertanam dalam jiwa YB, boleh dikatakan YB pelengkap kami di K Sel dan boleh dikatakan tiada cacat celanya YB sebagai Ahli Parlimen kami selama 4 tahun ini.Izinkanlah YB saya yang hina ini untuk melahirkan beberapa cadangan bagi penambahbaikan agar YB dapat merealisasikannya menjadi kenyataan. Pertamanya hal hal berkaitan rakyat/pengundi di DUN Bkt Melawati iaitu salah satu DUN yang berada di bawah Parlimen K Sel,tiada wakil Ahli Majlis dari Parti Keadilan yang tinggal di DUN Bkt Melawati dan gabungan jentera PRU antara PAS & Keadilan di DUN Bkt Melawati yang mana hampir 15,000 pengundi DUN ini adalah pengundi Parlimen K Sel.Ketiadaan wakil Keadilan dari jentera PRU DUN Bkt Melawati sebagai Ahli Majlis di bawah Parlimen YB mendatangkan persepsi negatif kerana ketiadaan saluran untuk disampaikan kepada ahli majlis hal hal berbangkit di DUN Bkt Melawati dan menyukarkan jentera utk menyelesaikan masaalah atau aduan rakyat, mohon YB memperjuangkannya menjadi kenyataan selaku YB sebagai Ahli Parlimen PR. Gabungan jentera antara PAS dan Keadilan di DUN Bkt Melawati mohon YB camputangan demi 1 matlamat iaitu mempertahankan kemenagan DUN. Percayalah 2 permohonan ini bisa mengekalkan kemenagan kita dalam PRU 13 kelak.
YB, just want to say that your men (En. Mohd Fakaruddin Ismail) is doing a GREAT job here in the vicinity of Saujana Utama (SU), Sg Buloh. He is very visible & I know is doing his very best to see to things/needs of everyone here. This may be impossible but I can sense his sincere intention.
Incase you are wondering, no one has put me to this (posting), especially not ‘Din’ (as he is fondly known here). It’s just my way of acknowledging good things people do when I see one. I do pray that one day I could afford the time & money to contribute as much to the community like what Din & his friends (like Azrul) have done. These are fine men you have here in SU. Seeing as I can’t do what they are doing, I thought this is the least I could do & that is to acknowledge & promote because there is a saying, “You can’t promote yourself…”
Lastly, why I’m doing this is to highlight that before (2008), I didn’t really know our (SU) Rep at MDKS. Not sure if there really was one. There couldn’t have one been but I really didn’t know if there was. So let’s analyse how I got to know Din & his role as Rep at MDKS.
I was involved in the PIBG of SKSU where I got to know Azrul & from him go to know Din. This was before 2008. I would meet him from time to time & it was after he became Rep @ MDKS that I saw his banner, giving out leaflets & goodies during the Ramadan bazaar etc. Later, I connected to him via FB & am more aware of the activities he & his fellow supporters are up to.
Anyway, once again I want to say SYABAS! & keep up the good work.
Warmest regards,
Hussein Mohd Ariff from Sg Buloh Country Resort, Saujana Utama, Sg Buloh.
ps. You are more than welcome to FB search my name to see if I’m for real of just a ficticious character
Salam Sdra Hussein, AlhamdulilLah, Im v priviliged by a dedicated team that Allah sent esp in Saujana and Puncak Alam and other arears in my KS constituency. Pls give us good feedback, esp on our failures. Thnx again.
Salam…maaf dr nak ganggu skjp..saya penduduk kgbkt kuching dan biasa ke puncak alam..tp sjk kbkgn ini jalan yg menghubungkan dr kg ke puncak alam telah rosak teruk.jadi saya mohon pd jasa baik dr dzul utk ajukan masalah pd phk yg berkenaan…trm kasih…..
Salam Mohd Jani, hari jumaatnanti saya turun tengok sendiri insyaAllah dan akansusuli dgn tindakan. TK atas info ini.
Salam.. Y.B mohon supaya Y.B bangkitkan tentang simpanan KWSP. Keran saya dimaklumkan bahawa untuk pengeluaran bagi umur 50 tahun telah dibekukan.. kenapa perkara ini terjadi. mohon supaya pihak KWSP membentangkan berapa jumlah yang telah dikeluarkan untuk membiayayi projek-projek Kerajaan Pusat dan berapa jumlah (hutang)yang telah dipulangkan semula kepada KWSP dan sehingga kini berapa jumlah simpanan KWSP.. kenapa berbagai-bagai syarat di kenakan kerana simpanan tersebut adalah milik pekerja (Penyimpan). Pekerja diwajibkan jadi ahli.. tapi bila sampai masanya untuk dikeluarkan berbagai larangan dikenakan.. mohon bantuan.
Mohon Y.B meninjau lampu jalan di jalan utama sepanjang 5 KM dari jalan besar Puncak Alam ke kawasan apartmen fasa 3 tidak berfungsi.. keadaan terlalu gelap. Terima kasih harap mendapat perhatian Y.B.
Salam Saharudin, Saya akan bangkitkan dalam sesi 24 sept akan datang insyaAllah..saya faham. TK. Salam Ramadhan!
Salam.. Terima kasih atas keperihatinan YB. Terima kasih juga diatas berfungsinya lampu jalan di Bandar Puncak Alam..
Salam…. Y.B. saya cuma nak berkongsi pandangan mengenai 400 orang Imam dan Ketua Kampung menunaikan Fardhu Haji secara percuma dengan jumlah peruntukkan RM6 juta (RM15,000.00 seorang) yang di anjurkan oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama dengan Tabung Haji. Untuk makluman Y.B saya dan isteri telah mendaftar untuk menunaikan haji namun hasrat kami hanya akan terlaksana mungkin pada tahun 2045 sebagaimana yang telah didaftaekan oleh pihak Tabung Haji. Kini umur saya 48 tahun dan mungkin pada ketika itu sekiranya umur saya panjang sudah tidak larat untuk ke sana. cuma komen saya mengenai perkara diatas bersyukur kepada mereka yang terpilih dan saya juga adalah penyimpan di tabung haji cuma kadang-kadang saya merasa kecewa mengenai pemilihan untuk menunaikan fardhu haji oleh pihak tabung haji. kadang-kadang apabila selesai musim haji pihak TV akan menemuramah mereka yang balik dari Mekah dan ada dikalangan mereka merasa bersyukur kerana sudah 3-4 kali menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. cuma saya cadangkan kepada mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan Tabung haji, gunakan lah perkhidmatan swasta supaya kouta tersebut boleh digunakan oleh mereka yang sangat-sangat memerlukan. Mohom Y.B bangkitkan di sidang Parlimen sekiranya bersesuaian dengan penambahan baikan daripada Y.B. sekian. Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir batin.
Y.B… salam.. mohon pertanyaan di Parlimen jumlah sebenar perbandingan harga purata petrol di dunia per liter. perbandingan ini perlu untuk diketahui oleh pengguna kerana selama ini harga petrol di Malaysia dikatakan adalah yang termurah di Asia. mengapa ada perbezaan harga antara RON 97 (RM3.00/liter) dengan 95 (RM1.90/liter) sedangkan kini harga pasaran minyak sedang menurun… siapakan yang menentukan harga petrol di Malaysia. sekiranya Pakatan Rakyat memerintah berapa jumlah harga minyak per liter yang akan dinikmati oleh pengguna..?. Pengguna semakin terbeban dengan kenaikan harga petrol yang berkemungkinan akan meningkat lagi… TQ
Y.B mohon buat penerangan mengenai penggunaan air di selangor kepada penduduk selangor dan lain-lain negeri di Malaysia supaya mereka faham situasi sebenar. saya membayar bil setiap bulan di Kuala Lumpur, saya merasa bangga kerana ada ketikanya orang bertanya “kenapa encik hanya bayar bil eletrik sahaja, air macamana”, “kerajaan Selangor berhutang air dengan saya sebanyak RM10.00 sebulan dan akan mungkin hutang tersebut akan meningkat” jawab saya. Tahniah dan syabas dan saya sentiasa bersama Kerajaan PR. TQ
Assalamualaikum Dr. Dzul,
Akibat pertambahan penduduk dan pembangunan kawasan perumahan yg pesat disepanjang Jalan Batu Arang, kesesakan terutama di waktu pagi sangat menyusahkan rakyat untuk pergi kerja di Kuala Lumpur & Shah Alam. Jalan ini perlu ditingkatkan kepada piawaian lebuhraya untuk atasi masalah yang semakin teruk ini. Mohon YB Dr Dzul untuk usulkan pada pihak yang menanganinya.