Skip to content

Biodata

Biodata Dr Dzulkefly Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor dalam bentuk video

Nama: Dr Hj Dzulkefly Ahmad

Asal : Rembau, Negeri Sembilan

Kediaman : 12, Jalan Topaz, 7/4, Shah Alam, Selangor

Umur : 53 tahun

Kerjaya : Ahli Politik dan Ahli Perniagaan.

Status: Berkahwin, seorang isteri Puan Azlin Hj Hezri. Dikurniakan 7 orang anak dan 4 orang cucu. 

Latarbelakang Pendidikan:Mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Imperial College (St. Mary’s Hospital Medical School), Universiti London (1993) dalam bidang Sains Perubatan (Toksikologi) dan Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Surrey dan Ijazah pertama dari Universiti Birmingham, England (1980) dalam bidang yang sama. Mengikuti kursus dalam Ekonomi dan Kewangan Islam dalam tahun 1998-99. 

Pengalaman Kerjaya dalam Pendidikan dan Perniagaan:    Bekas pensyarah di Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang (1984-1989) dan HUSM, Kelantan (1993-1997). Bekas Pensyarah tamadun Islam di USM (1987-1997).Bekas anggota British Toxicology Society (BTS) dan bekas Asia Pacific Association of Medical Toxicology (APAMT).Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Jaiputra, Kelantan (1999-2003), IPTS pertama berakreditasi penuh oleh Kementerian Pendidikan menjalankan kursus bersepadu ciptaan sendiri gandingan profesional dan agama. Bekas Konsultan di sebuah syarikat pengurus asset di Kuala Lumpur (1999-2001), Bekas Pengarah (2003-2004) sebuah Syarikat Awam Tersenari (PLC-Main Board). Penasihat Kanan sebuah syarikat hartanah milik rakyat Saudi di Kuala Lumpur (2005-2007).  

Peranan Beliau Di Pentas Masyarakat Sivil dan Politik: 

·         Bekas pemimpin Pergerakan Mahasiswa di United Kingdom (70an dan 80an).

·         Bekas Aktivis Masyarakat dalam sebuah badan bukan-kerajaan (JIM) 1997-1998).

·         Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (1998-2009)

·         Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (2004 sehingga kini)

·         Ahli Jawantankuasa Lujnah Politik PAS Pusat (2004 sehingga kini)

·         Ahli Jawatankuasa Pemandu Gabungann Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH, 2006 sehingga kini).

·         Penganalisis Politik dan Penulis di halaman media (sehingga kini) dan juga diundang membentang kerta kerja di peringkat nasional dan antarabangsa (pembangunan ekonomi, perhubungan kaum dan pertembungan tamadun Islam-Barat, Political Islam dll).

·         Menerbit sebuah buku himpunan analisis politik berjudul ”BLIND SPOT” – 2008.

 KOMITMEN  SAYA: ” MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK AGAMA, RAKYAT DAN NEGARA. 

80 Comments leave one →
  1. November 6, 2008 4:04 am

    Salam Doc…

    Keep up the good work!

  2. November 6, 2008 7:43 am

    Teruskan perjuangan sampai syahid… Amin.

  3. aziz bakar permalink
    November 11, 2008 10:20 am

    Dr bersekolah di TBS Tampin ke? Tahun 1973 form 5 dan tinggal di asrama. Saya rasa saya ada senior yg nama serupa dgn Dr. Masa tu saya Form 4. Saya selalu teman Dr belajar sampai pagi.Saya ucap terima kasih. bila saya naik form 5 saya pun baca buku giler sampai pagi.Tapi saya tak lepas ke England. Headboy Salihin tu dimana sekarang? Adik comel dia nama zainon tu dah ada berapa anak sekarang? Nice to know U. Mampus UMNO!

  4. gunaa permalink
    November 14, 2008 10:57 pm

    sir when is your birthday [date month and year] very good article sir we appreciate your kindself we people of ladang tuan mee love u sir because u are kind and caring may god bless u sir from guna tuan mee estate 15.11.2008

  5. November 15, 2008 8:25 am

    A bless for people of Kuala Selangor and Malaysia. Well done..superb performance in parliment…keep up a good job..

    Rizal
    Canberra

  6. November 27, 2008 2:02 am

    Salam Dr Dzul, saya Razlan, salah seorang warga industri yang menguruskan soal Halal. Saya ada menyalurkan usul kepada 2 MP PAS untuk tindakan, iaitu MP Shah Alam & MP Pokok Sena, namun masih tiada respon. Sibuk agaknya, dan saya ingin menyalurkan usul ini kpd Tuan YB jika boleh. Boleh saya emelkan?

    • admin permalink
      March 11, 2009 12:32 am

      Salaam Razlan, memang sibuk tapi tlng email apa yg sdr dapat membantu kai di parlimen. Alaf Syukran.

  7. November 27, 2008 11:41 am

    teruskan berkhidmat untuk agama, rakyat dan negara!:)

  8. December 14, 2008 5:59 am

    hi uncle dzul,
    a friend’s of ur son-in-law shaharuddin. keep up the good work! god bless u.

  9. December 17, 2008 12:10 pm

    u r most welkam.. :)

  10. zahid permalink
    December 21, 2008 10:23 pm

    im responding to your article i read somewhere ages ago. it was about how to save the small kedai runcit with tesco popping up everywhere.
    if you havent thought, why not set up an independent P.R grocery distributor? PAS got money, at the same time can sell to peruncit at cheaper price. at least the price difference between tesco and small retailer isnt that big.

  11. January 25, 2009 11:03 am

    Salam Ukhuwah
    Major (rtd) Ramli Abdul Rahim RMAF AMN
    Principal Consultant
    Magenta Communication
    016-6220603

  12. March 17, 2009 8:54 am

    assalamualaikum dr.
    saya ketua pemuda pas kawasan pt sulong,boleh tak saya minta tarikh utk berceramah di kaw saya dlm bulan 4 selepas prkbkt gantang.?
    harap sy mendapat respon

    • admin permalink
      March 27, 2009 2:13 am

      Sdr Ismail, Salaam!
      Saya cadang 11 atau 13 hb April, lps PRK insyaallah, (klu tidak diarah Presiden tugasan lain yang urgent).
      Tingkatkan usaha bersama Media Baru-Media Perdana Rakyat!
      Alaf Syukran! Dr Dzul, Kuala Selangor.

    • admin permalink
      April 28, 2009 11:23 am

      Wa alaikummus salaam, Sdr Ismail, Maaf lewat respons mail. Cuba hubungi Pej Khidmat Rakyat Kuala Selangor, untuk confirm 9 hb Mei (Sabtu mlm). tel: 0332896575 (Maskor atau Cgu Siva).

  13. April 4, 2009 2:33 pm

    Assalamualaikum..

    Teruskan usaha membantu ummah, semuga Allah beri kekuatan.

    Jangan lupa doakan untuk JAIPUTRA,

    JASAMU TETAP DIKENANG

    Salam dari seluruh warga JAIPUTRA

  14. liyana, ILDAS permalink
    April 10, 2009 1:25 am

    salam dr..terima kasih atas kerjasama dan sudi dtg bceramah di ILDAS…hrp dr. dpt beri kerjasama lg pd masa akan dtg…

  15. June 11, 2009 2:35 am

    salam ziarah!!

    • admin permalink
      June 30, 2009 3:43 pm

      Salam Perjuangan. Dr dzul.

  16. August 3, 2009 3:34 pm

    salam kasih sayang,
    didoakan moga akhi dilindungi allah hendaknya.
    ana zaidi. bekas tenaga pengajar UNITI kolej.
    Sekarang masih belum boleh aktif spt akhi lagi. InsyaAllah selepas Okt 09. Ana bersama akhi dlm perjuangan lebih terbuka.

    Sama2 memburu mardhotillah.

  17. August 30, 2009 4:30 pm

    Salam…
    Yb kalau boleh tolong buat akaun facebook… kami golongan muda sentiasa haus maklumat terkini… Tolong maklumkan kepada pemimpin2 pas yg lain… Kebanyakannya pemimpin PKR yg mempunyai facebook… Hidup PAS.. TAkbir!!!

    • admin permalink
      September 2, 2009 6:02 am

      Salaam Sdr Mohd haikal.
      Beri saya sedikit waktu lg, saya cuba usahakan termasuk twitter.

  18. farahwati bt ahmad permalink
    September 1, 2009 4:13 am

    Assalamualaikum..

    Teruskan usaha membantu ummah, semuga Allah beri kekuatan.

    • admin permalink
      September 2, 2009 6:00 am

      Wa alaikumus salaam, TK atas sokongan dan dua.

    • admin permalink
      September 25, 2009 8:46 am

      TK Farahwati, sokongan dan dua anda sentiasa disanjungi. Anda jg wajar menyumbang dalamperjuangan ini dengan apa jua cara yg menasabah.

  19. yusra permalink
    September 27, 2009 12:38 am

    selamat berjuang!
    we are beside you no matter what it takes!

  20. jat permalink
    September 28, 2009 8:47 am

    yb ade facebook x?

  21. V Yap permalink
    October 31, 2009 1:56 pm

    I strongly support Dr DZul though I am a Sarawakian Chinese. Keep up your rightful spirit and continue your good work. God Bless You.

  22. fairuz permalink
    November 3, 2009 3:54 am

    Dr Dzul,
    Thanks for officially closed Festival of Wings ’09 ceremony last weekend. I was one of d audience who heard ur speech & it really amazing.
    Proud to have PAS leader like U.
    Keep up the good work Dr..!!

  23. Alumi UNITI permalink
    November 6, 2009 1:48 am

    Salam,

    Dr. Dzul aka Abu Iman

    Sudah ada akaun twitter ke? I want 2b one of your follower. Jzkk.

    • admin permalink*
      November 6, 2009 2:43 pm

      Salaam, belum lagi Alumni Uniti. jzkk.

  24. Dr Accountant LLB permalink
    November 6, 2009 2:16 am

    Hi Dr Zul,

    I’m impress with your ability to lay out current Malaysian politic scene at the recent DAP book launch.
    You have changed my view on PAS member being incapable candidates.

    A word of testimonial
    1)To those who has been brought up with a mindset of “don’t vote for PAS” due to their extreme Islamic approach.
    2)It’s time for you to revisit your believe to alter the perception.
    3)I’ve observer the capability of PAS lawmakers & the cooperation ties between DAP/PKR & PAS during the book launch where the PR critically answered the tough questions pose to them as one strong team.
    4)It’s as always been propaganda of media owners to down play the strength of opposition.
    5)Here we have an alternate party with less experience in many ways ready to serve the nation (inexperience includes corruptions, money politics, power crazy)
    6)The alternative choice stands in front you are capable to run the country & things have change since the inception of past GE.
    7)Lots of accusation & new concepts of propaganda are thrown to them to distract them from doing their duty.
    8)Give them a chance in your constitution and you will see a better Malaysian for our children.
    9)Exercise your right & cast your vote for a worker who will not fail to serve you.

  25. Raghu permalink
    January 2, 2010 9:59 pm

    Dear Sir

    I am not a political activist but i have been following things back home from afar. I was plesently suprised to read the article below today pertaining to your comments specifically:
    (http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/48263-khir-toyo-says-in-mourning-over-allah-ruling)

    Its refreshing to hear open dialogue on religion happening without someone foaming at the mouth. I believe that open communications will better foster racial/religious relationships rather than the ‘sensitive – cant discuss’ approach.

    The pity is that Malaysia seems to have an abundance of Toyo’s and a scarcity of Dzuls.

    Keep up the good work and inspire the change.

  26. Gabriel Gilbert permalink
    January 8, 2010 2:56 pm

    Dr. Dzul, I saw a video of your Parliamentary debate mere moments ago regarding the Allah issue (or non-issue) and was rather heartwarmed by the fact that I’ve finally heard from someone from the Islam faith in the parliament that truly has a solid understanding of his own religion, and promotes and practices a tolerant brand of it without having to label it as moderate, hardcore or otherwise. I have nothing but appreciation for your gumption, sincerity and kind words towards putting an end to this rather unnecessary drama.

    And when I read a bit about your background it all made sense; a very educated and worldy man leading his rakyat with the conscience of his faith. Serving for the purpose of making a difference in the lives of the rakyat, and nothing else.

    I am a Catholic from Sarawak living in Newcastle, Australia for the better part of my adulthood, and words can’t express my gratitude for your actions.

    Alas, thank you.

  27. Anpa permalink
    January 23, 2010 5:59 pm

    Dear Dr Dzul

    Please continue the excellent work and realise your vision for all Malaysians. Malaysia will be a truly developed and harmonious place with Dr as one of the Key leaders. My support is with you , always.
    BTW , really appreciate your `Commitment `, which is an excellecent Tag Line. Hope to meet one of this days, God Willing..

  28. Shazly Abdullah permalink
    January 30, 2010 9:10 pm

    Assalamualaikum,

    Merujuk kepada artikel Dr. dlm Harakah, ini respon saya : (harap jgn buang respon saya dari ruang ini atau masukkan dalam Harakah)

    1. Dr Haron Din lebih berautoriti dari aspek profesionalisme keilmuan dalam membahaskan isu nama Allah berbanding Dr. Dzul.

    2. Ayat dlm Surah Al-Haj ayat 40:
    *Saya merujuk kpd “Sofwatut Tafasir” karangan Syeikh Ali As-Sobuni versi bahasa Arab hal 292 : Dlm tafsirnya beliau memisahkan pengertian gereja,rumah ibadat yahudi dan masjid.Bahkan menyatakan pengertian masjid secara khusus tempat menyebut nama Allah tanda keagungan dan kemuliaan masjid sebagai tempat ibadah yang SEBENARNYA !
    *Saya merujuk Tafsir Al-Quranil Adzim oleh Ibnu Kathir versi bahasa arab Hal 226 : “Kata Ibn Jarir : pendapat yg lebih tepat hanya masjid tempat disebut nama Allah. Ayat ini juga mengisahkan keindahan dan toleransi Islam, walau dalam peperangan Islam tak benar roboh rumah ibadat ugama lain. Amerika ? Israel ? Jadi pendapat Dr. yang bersandar kpd tafsir Qurtubi bukan muktamad !. Saya akan susuli dengan kitab tafsir lain.
    3. Ayat 25 surah Luqman mengisahkan fitrah bertuhan. contoh : Orang athies berpaut pada kayu tengah lautan bila kapal pecah. Masa tu terdetik dlm hatinya rasa bertuhan sebab tiada siapa lagi untuk diharapkan di tengah lautan. Dr salah tafsir ayat ini, ayat ini bukan menyokong penggunaan nama Allah oleh Kristian !
    4. Dalil-dalil nas yang Dr Dzul kemukakan bukan dalil Qat’ie, dalil Dzanni.Bila dalil dzanni kena rujuk pandangan ulama. Jgn main buang senang-senang qawa’id Fiqhiyyah Sadduzzarai’ atau lainnya.
    5.Rasulullah tidak toleransi pada perkara aqidah. Surat -surat dakwah Rasulullah kepada raja-raja tegas menyebut ‘Aslim Taslam’ ‘Islamlah nescaya kamu selamat !’ Berdasar uslub nabi ini apakah nabi termasuk dalam ‘disengagment’ seperti dakwaan Dr. ? 6.Orang Kristian,yahudi hidup aman damai bebas beribadat selama seribu tahun hasil toleransi Salahuddin al-Ayyubi memerintah Baitul Maqdis ! Tonton Kingdom of Heaven ! Ini fakta sejarah toleransi Islam !
    7.Dr. Dzul tak hayati ciri sifat Rasulullah dalam surah Al-Fath ayat 29 firman Allah : ‘Muhammad Rasulullah dan orang (beriman) bersamanya tegas (soal prinsip,toleran soal muamalah) ke atas orang kafir, berkasih sayang sesama muslim.” Sepatutnya perasaan saudara muslimin lebih diutamakan dari kristian yang mensyirikkan Allah! Dr. Dzul dan kumpulan pluralisme bercanggah dengan sifat Rasulullah dalam Al-Quran dalam bertoleransi terhadap nama Allah! Insaflah! Saya boleh beri tunjuk ajar bagaimana mindset dakwah dan Islam universal tanpa kongsi nama Allah.
    8.Dr Yusuf dan Dr Wahbah tak memahami waqi’ Malaysia. Mereka lebih cenderung kepada ulama Fekah. Itu kelemahan mereka. Bukan juga hujah muktamad. Kenapa Dr. bertaqlid ? Kenapa tak baca ayat surah Fatihah dan tafsir sampai habis?Tuhan sekalian alam itu sifat umum Allah. Pengkhususannya dalam ayat berikutnya ! Baca tafsir ayat ‘maghdubi ‘alaihim wa ladhollin’ ! Siapa golongan itu ?
    9.Andaian saya,mungkin juga ulama dahulu di Mesir lalai berdakwah dengan prinsip ‘Aslim Taslam’ hingga membenarkan Tauhid nama Allah dikongsi oleh Kristian Triniti yang mensyirikkan Allah ? Eh sesekali renung, betul jugak ye? Di Indonesia dan Malaysia Timur samalah. Kita lalai dakwah mereka ! PAS laksana dakwah ‘Aslim Taslam’ ?Kewajipan dakwah ialah menyampaikan, mereka nak beriman atau tidak terserah. Allah berfirman “Tiada paksaan dalam beragama’.
    10.Politik Islam wajib, tapi terlalu berpolitik yang menyebabkan PAS lupa sisi mengajak mereka beriman. Bahkan ‘melacurkan’ Iman. Sampaikan kebenaran dakwah Rasulullah dalam persoalan aqidah ! Sambil senyum-senyum minum teh pun boleh.
    11. Allah hanya mengiktiraf agama Islam seperti firmannya dalam surah Aali ‘Imran ayat 19. Inilah pengertian dakwah ! Sebab inilah Rasulullah dan nabi terdahulu ditentang sebab ajak sembah Allah yang sebenar ! Bukan kompromi dengan mereka yang syirik dengan Allah.
    11.Secara profesional dan autoritinya ulama Usuluddin, Dakwah dan Tasauf lebih memahami dan menghayati Dzat, Sifat dan Nama Allah serta dakwah Rasulullah ! Dr Maza ? Dr. Mujahid ? Mohd Rashidi Hasan ?

    Kesimpulannya,saya menegaskan pendirian PAS dalam isu ini adalah tidak menepati syarak, sunnah Rasululah s.a.w. dan aspirasi ummat Islam. Harakah akhir-akhir ini juga cuba memaksa masyarakat menelan idealisme kalian. Ramai yang kecewa ! Pandangan kontra kena blok ! Sikap macam Utusan Malaysia pulak. Sila hayati falsafah solat imam makmum bila jadi pimpinan atasan : Imam hendaklah melihat keadaan makmum yg tua yg sakit, jgn syok sendiri baca panjang. Dr. Dzul dan pimpinan PAS kuat iman takpalah. Bagaimana Iman remaja muda mudi, ratus ribu dah murtad. jangan tambah kekeliruan mereka ! Ini cara dan adab dalam membuat penilaian. Begitulah pemimpin, dapatkan sama pandangan ahli dan masyarakat bawahan. Jangan ikut tahap iman sendiri sahaja. Itu sifat Individualistik. Kalau berani Harakah buka perbahasan dan buat undian isu nama Allah. Paderi Besar Sabah Dato Clarence lebih bijaksana dan memahami realiti sensitiviti agama dari kalian. Semoga hujah dan pandangan ini membawa kebaikan kepada masadepan PAS dan masyarakat amnya. Ikhwah Fillah…Wassalam.

  29. Abu Gamat permalink
    February 10, 2010 1:49 am

    Buatlah yang terbaik untuk Malaysia.

  30. Harun permalink
    March 8, 2010 7:32 am

    Salam…. ‘ PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM’ – PERKIS .Adakah ini namanya yang Dr Dzul beritahu dalam perjumpaan tempohari di Jaya Setia dimana YB Hassan Ali ada memperuntukkan dana untuk persatuan tersebut.

    • admin permalink*
      March 9, 2010 12:18 am

      Salam Sahabat Sdra Harun, Ok cantik jg nama tu boleh lah atau nama2 lain yg seumpama itu pun ok. harap segerakan majukan. Gerakkan cawangan utk bertindak, insyaallah masalah dalaman akan selesai secara sendiri ketika kita sibuk berjuang dan berdakwah. TK

  31. SABM Sarawak permalink
    March 16, 2010 3:28 am

    Doc,
    Pakatan Rakyaat especially PAS need to established itself in Sarawak, to counter the PBB insult to the masses. It seem PAS are not that eager to make any inroad to Sarawak previously. We need to get hold of PBB & Taib and it is only then we are able to have a glimpse of the Putra Jaya and counting our step toward the Hall of Fame in Malaysian Political scenery after the GE13.

    PAS brand of Islam all these while are really changing a lot and that is what we are looking for and as a non Muslim, I am expecting that so much from your end and we had seen that is not available in UMNO/BN. So make good use of the approached and capitalized on that for the Political gain.

    PBB had been dominating the Malay and Muslim masses in Sarawak, do poke a punch and create a hole in their defense.

    Tqvm

  32. yavuzsultan permalink
    July 8, 2010 8:47 pm

    beruang Recep, lilin regaib anda mendapat berkat, menguntungkan, berbuah mendapatkan.

    recep bears, candles regaib you get blessed, auspicious, fruitful get.

    recep ayı,regaib kandiliniz mübarek olsun,hayırlı,bereketli olsun.

    We congratulate all of Islam, respect for people because of your success in work I am from Turkey=sizleri tebrik ederim islam,insanlar saygınızdan dolayı çalışmalarda başarılar ben türküm

  33. Faridahanom Hamdan permalink
    July 17, 2010 2:46 pm

    Salam Dr Dzul. Terima kasih atas lawatan Dr Dzul kerumah ibu saya Sanaah binti Muhammad. Saya amat terharu dengan kesudian dr bertandang kerumah ibu saya.

    • Dr. Dzul permalink*
      July 18, 2010 1:49 am

      Salam Puan Faridah,

      La syukran ‘alal wajib..itu tanggungjawab saya, cuma saya khuatir terkadangkali banyak lagi yang kami terlepas pandang. Program turun-padang dan ziarah ini sememang cuba kami lakukan setiap hunjung minggu.. ziarah yg sakit, OKU, ibu tunggal yg memerlukan bantuan, golongan asnaf yg memerlukan perhatian dsbnya.

      Semoga Allah SWT terus memberi kesihatan kepada Che Gu Sana’ah dan menerima segala amal bonda puan yg telah banyak mencurah khidmat-bakti mendidik anak bangsa dan membimbing ummat.

      Dr Dzul, Kuala Sngor.

  34. Ron Miranda permalink
    August 4, 2010 1:00 pm

    Keep up the excellent work Dr. you have certainly changed my view of PAS. Unfortunately I did not appreciate the politics and your righteous views when we’re together in Surrey.

  35. fatheque permalink
    August 20, 2010 6:57 am

    saya memohon untuk mendapatkan resolusi Muktamar Pas 2010 daripada YB kerana saya tidak dapat menemuinya dalam mana2 carian.Saya ingin mengetahui kebenaran samada dalam resolusi itu telah diputuskan bahawa Pas hanya kan bertanding sebanyak 63 kerusi Parlimen.

    Anak tanjung karang

    • Dr. Dzul permalink*
      August 21, 2010 8:38 am

      Salam, Urusan kerusi hanya akan dibincang oleh pimpinan ketika mengahmpiri PRU, bukam dalam muktamar.

  36. Ishak Mohd Ibrahim permalink
    August 21, 2010 6:19 am

    Salam Dr, Saya selalu baca column dr. Bila gambar dr kelaur dalam Malaysia Today, baru saya perasan yang kita sama sama belajar di Birmingham University UK tamat 1980. Saya pun duduk kat Shah Alam di No 9, Jalan Tengku Ampuan Jemaah 9/13. Bila senang, boleh kita berjumpa.

    • Dr. Dzul permalink*
      August 21, 2010 8:42 am

      Salam sdr Ishak, nama tu mcm perasaan tp klu jumpa mesti kenal punya..saya sembahyang subuh di masjid negeri, pls tegur.

  37. Ishak Mohd Ibrahim permalink
    August 21, 2010 9:24 am

    Salam Dr, saya solat subuh kat surau Sek 9. Kalau saya sempat bangun esok, mungkin saya akan ke solat kiamulail di Masjid Negeri esok pagi. Tapi malam memang saya bertarawih di Masjid Negeri. Saya selalu di row depan sebelah kanan (memandang qiblat) mimbar. Sebelah tangga.
    Kalau Dr ada facebook account, connect to facebook saya @ Ishak Muhammad Ibrahim. Di situ ada saya simpan gambar2 lama kat Birmingham. Tapi gambar Dr tidak ada. Dr masa tu kan dah kawin dan tidak duduk dengan budak2 single kat Griffin Close. Saya cuba connect ke FB dr, tapi dia hanya option “Like” sahaja.
    Salam.

  38. azwar permalink
    August 22, 2010 7:26 am

    Salam..Ana ada 2 cadangan utk dipertimbangkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di p.096..Bukan utk mempertikaikan apa jua kerja/tugas yg selama ini Dr laksanakan..cumanya mau jadikan kemenangan p13 lebih baik dari p12..Kalau dilihat sekarang ini…byk tugas2 diparlimen yg tertanggung oleh hanya beberapa individu saja..Cangan ana:
    1)Lahirkan pelapis dlm parlimen p.096 utk mengalas tugas2 selepas p13.
    2)Rakyat tdk mau apa yg ada pd pemimpin..Rakyat cuma mau kenapa masalh mereka masih belum selesai..Justeru itu cadangan ana yg ke 2…bykkan sesi dialog bersama pengundi p.096..
    Utk cadangan ke 2 ni..DR kena kurangkan masa diperingkat pusat..Tinjauan yg ana buat..masyarakat sudah boleh terima kehadiran PR dlm hidup mereka w/pun ada juga yg masih bebal..nmun yg penting pandangan dari mereka yg ada pengaruh dlm masyarakat..So..kemenangan PR adalah kemaahuan mereka..

  39. drrita permalink
    September 18, 2010 2:36 am

    salam doc..
    PAS perlu gugurkan nama ISLAM dari parti..
    PAS sekarang hanyalah seperti UMNO
    saya dah jelek dgan PAS..setelah bersama-sama DAP..

  40. November 10, 2010 5:11 am

    salam perjuangan Dr, saya tertarik dengan gaya pemikiran Dr sebagai ahli politik, tahniah, moga Allah merahmati :)

  41. Alvin permalink
    November 11, 2010 1:53 pm

    YB Dr. Dzul,

    I thank you for your principle in standing up against MP Kulim…

    I hope, I can see a better Malaysia, within my lifetime…not for my own sake, but so that I can go with peace knowing my future generations are heading towards a brighter future.

    I am sad that I have to grow up in a period where racial tension is high, just as it was before in the past. Where are we heading to, after 50 years of nation building.

    I always get comments from fellow M’sians, “eh, you pandai cakap Melayu eh”. Usually I would reply “terima kasih”. But now, all I wanted to say is, “sebab saya orang Malaysia”.

    It’s not how well my Bahasa that matters, it is how well I want & wish for my country that does. I am proud to be Malaysian, I just wish the country is just as proud of us, the citizens.

    That’s all from me.

    Thank you for reading Dr. Dzul.

  42. Navin permalink
    November 14, 2010 12:30 pm

    Sir, I really wish a calibre person like you to lead the country someday

  43. ma'som permalink
    November 19, 2010 3:41 am

    Salam, saya ada terbaca ttg kejayaan dr mendidik anak tentang kretiviti, keluarga dan karier. Saya sangat berminat hendak berguru dengan dr. Adakah isteri dr ada menganjurkan siri motivasi pada cuti sekolah dis tahun 2010.
    wassalam

    • Dr. Dzul permalink*
      November 25, 2010 9:38 am

      Salam Ma’som. Harap berhubung langsung dgn pejabat saya utk disusun pertemuan.

  44. Mohan K permalink
    November 26, 2010 6:22 am

    YB, keep up the good work, your ideas and espoused vision is something I look forward to.

  45. muhammad firdaus abdullah permalink
    January 6, 2011 1:02 am

    Solat hajat atau qunut nazilah?

    Bila berlaku musibah yang besar, difahamkan kita disarankan untuk membaca doa qunut nazilah bagi solat 5 waktu selama sebulan. tidak dipastikan dari mana pula datangnya punca saranan untuk solat hajat perdana walaupun ada ulama’ yang menganjurkannya.

    Merujuk kepada situasi yang berlaku di negeri selangor, kelihatannya negeri selangor sedang menghadapi ancaman besar apabila Dato’ Khusrin dilantik menjadi SUK, mungkin untuk tujuan ‘coup’ atau mengganggu gugat kerajaan selangor. itu cuma tanggapan dan andaian atau mungkin kajian politik semasa yang benar.

    oleh itu, sukalah ana mencadangkan agar kerajaan negeri selangor dan kerajaan2 negeri di bawah pakatan rakyat yang lain dan mana2 masjid dan surau di bawah kawalan kita di suluruh malaysia, mengadakan bacaan doa qunut nazilah, bagi solat 5 waktu selama sebulan, itupun sekiranya ada kesatuan, kesanggupan dan kebolehan untuk semua imam-imam yang bertugas, untuk membaca doa qunut nazilah (teks qunut nazilah mesti disediakan dalam bentuk print) agar Allah Ta’ala memelihara kerajaan negeri selangor dari segala bentuk musibah dan memberi keinsafan kepada pihak yang cuba untuk mengganggu gugat kerajaan PR selangor.

  46. Alex permalink
    January 11, 2011 6:33 am

    Salam Dr

    jika Dr ingin tahu masalah sebenar KTMB sila layari

    http://omargemas.blogspot.com/2010/04/sistem-perkeretapian-masalah.html

    pembelian 38 set EMU dari Zhuzhou ZELC perlu diteruskan

  47. Alex permalink
    January 11, 2011 6:36 am

    Dr Zul,

    *keadaan perkhidmatan komuter semakin parah. Saya percaya Dr bukan pengguna tetap komuter KTMB. Cuba luangkan masa naik komuter pada hari kerja antara jam 4-7 petang Dr akan dpt gambaran sebenar betapa parahnya perkhidmatan komuter

    *saya pengguna tetap komuter KTMB. Ketika keputusan pembelian set DMU dari spain dibuat, saya menarik nafas lega. Munkin ini solution short term memandangkan itu sahaja pilihan yang KTMB ada. Tren KTMB adalah custom made, order 2 tahun baru boleh pakai, bukan readily made. Pada ketika itu DMU spain ini walaupun second hand api masih boleh beroperasi dgn baik dan boleh terus letak atas trek KTMB kerana gauge sama 1000mm. Tetapi apabila seorang MP ni buat kecoh pembelian terus dibatalkan. Yang jadi mangsa adalah pengguna2 komuter mcm kami ni. MP ni buat kecoh langsung tidak guna otak. Kalaupun betul harga mahal, jgnlah batalkan terus pembelian DMU tu. Sekarang ni pengguna2 komuter terpaksa menunggu hingga akhir tahun 2011 untuk perkhidmatan komuter yg lebih baik. Itu pun kalau pembelian 38 set emu dari ZELC ini tidak dibatalkan.

    *apa2 pun isu yang timbul melibatkan rasuah tak ketidakjujuran mausia, pembelian set EMU Zhuzhou ini mesti tetap diteruskan. Set2 komuter yang ada sekarang sangat uzur dan mencapai tahap bahaya untuk digunakan. Jika Dr menjadi spt kami pengguna harian komuter Dr akan tau betapa azabnya menjadi golongan pertengahan di Msia ini. Golongan politik seperti Dr perlu lebih kerap mendekatkan diri dengan masyarakat golongan pertengahan spt pengguna2 komuter ini. Senanag shj, naik komuter setiap hari dan Dr akan dpt tahu keadaan sebenar.

  48. Tabula Rasa permalink
    February 16, 2011 9:36 am

    Harap YB Dr. dapat menjawab atau memberi komentar mengenai perkara yang dibangkitkan oleh saudara Shazly. Ianya amat bermakna dan berssfat substantif. Adab dan disiplin ilmu dalam kerangka memahami kebenaran dan shubhat serta kepalsuan amat penting terutamanya bagi mereka yang mengishtiharkan diri mereka memperjuangkan Islam sebagai asas perjuangan. Kita khuatir apa yang dijaja dan diwarwarkan itu hanya bersifat luaran sahaja dan gagal untuk menghidupkan Islam dan ajaran Muhammadi.

  49. Mie permalink
    February 16, 2011 6:03 pm

    ASSALAMUALAIKUM Dr..
    Di hrp DR terus bertanding di kawasan kuala selangor utk PRU akan dtg.. Kuala selangor kini Jauh lebih maju berbanding dulu.. Teruskan lg usaha memajukan kuala selangor.. Tahniah Dan syabas di ucapkan.. Saya sebagai penduduk di kuala selangor sntiasa menyokong DR..

  50. Selasa bin Jumaat permalink
    February 21, 2011 2:42 am

    Sebagai YB Parti Islam, saya amat kecewa kerana apabila isu dan masalah ikhwan lain dalam Islam seperti isu Syiah dan penangkapan mereka serta tindakan mahkamah yang diambil, tidak sedikit pun diambil kisah oleh PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam. Bagaimana nak memerintah dalam masyarakat berbilang agama dan mazhab? Begitu juga pemuzik Iran, Mohsein Namjoo yang menolak dan menghina Islam dan Al Quran, pun pemimpin2 PAS membisu…tanpa tentangan……Tapi kalau membela DAP dan org lain….laju aje

    • Ah Pek Kong permalink
      May 20, 2011 9:53 am

      Tuesday son of Friday,

      U mesti tau, ini negara majmuk. JAIS,JAWI dan sebagainya di mata orang bukan-Muslim adalah duri dalam daging. Kes merampas jeanazah saudara baru telah mendatangkan imej buruk kepada PAS, sedangkan itu semua kerja UMNO dan BN.

      Look at the big picture, DAP itu parti yang menegakkan keadilan untuk semua kaum di Malaysia. PAS boleh dikatakan utk Islam sahaja.
      Adakalanya bersikap membisu itu banyak kebaikannya. Tak perlulah
      membuat isu perkara2 yg tidak penting.

      Ingat: Diam ubi berisi….

  51. Saidi permalink
    March 6, 2011 5:06 am

    congratulation Dr. Please continue your struggle. From your good writing and bio-data presentation, I strongly believe Dr have the right ingredients to become a true leader for all. Let us not segregate by race. It is a matter of time when % the Malays are more educated and look at the important of mankind the current federal government will fall.

  52. Razalee Abu Samah permalink
    June 24, 2011 4:09 pm

    Salam Dr,

    Kami anak beranak menonton Dr berdebat dengan Lokman Adam dan Dr Ridhuan Tee di TV1.

    Teringat akan pesan Rasullullah – diakhir zaman nanti manusia terlalu cintakan dunia dan bencikan akhirat. Mereka akan buat apa sahaja hatta melanggar batasan agama untuk keuntungan duniawi yang sedikit. Sesungguhnya azab Allah itu amat pedih dan dahsyat.

    Kami melihat sendiri kedengkilan Lokman dan Dr Rhiduan Tee bersama mederator Syed berhujah cuba menafikan fakta dari denyutan nadi rakyat yang cintakan negara ini untuk diwariskan kepada anak cucu bukannya nadi rakyat yang mempunyai nafsu untuk mengaut keuntungan diri seperti di gambarkan olih Rasullullah.

    Tahniah diatas kebijaksanaan Dr mematahkan hujah-hujah mereka serta pengawalan emosi yang cukup tinggi walaupun semua yang berada didalam dewan menentang Dr.

    Lahir keluhuran serta keikhlasan perjuangan Dr dan pertolongan Allah itu datang dalam berbagai cara kepada mereka yang menegakkan Islam.

    Teruskan perjuangan dan belalah rakyat yang telah lama dibelenggu olih pemerintah yang rasuah, salahguna kuasa, mengayakan kroni dan kini rakyat dihimpit kesempitan hidup kerana kenaikkan harga barangan keperluan harian.

    Kami doakan semoga PAS dan PR dapat memerintah Malaysia selepas PRU13 nanti.

    Wasallam
    Razalee Abu Samah

    • Dr. Dzul permalink*
      June 24, 2011 5:04 pm

      Salam Sahabatku, Doakan agar saya istiqamah utk menjunjung tinggi Kalimah Allah meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan. TK atas sokongan dan doa. Semoga sdraku juga diberkati Allah SWT dan dipermudahkan urusan dunia ini. Amin. TK.

  53. June 24, 2011 8:50 pm

    Salam YB dr dzul,
    syabas saya ucapkan kepada YB dr kerana berjaya berdebat secara mempertahan dan menyerang dengan fakta yang begitu bernas dan relevan berpandukan Al-Quran, hadis dan sunnah. Saya berharap agar BERSIH 2.0 akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. InsyaAllah.

    Izinkan saya perkenal kan diri demi meneruskan niat di hati.
    Saya Ahmad Hauna bin Muha, anak kepada Allahyarham dr Muha b. Pandak Ahmad, rakan seperjuangan YB dr di UK dan di dalam pertubuhan JIM. Jikalau YB dr masih mengingati dan tidak keberatan, saya ingin meminta nombor telefon utk dihubungi. Kerana saya ingin mendapatkan t-shirt bagi BERSIH 2.0 untuk diedarkan kepada rakan2 seperjuangan dan anak2 muda di Bandar Baru Bangi. Saya telah diberitahu oleh pihak tertentu tentang tshirt tersebut boleh didapati di markas PAS. Harap YB dr boleh membantu saya.

    Syabas sekali lagi saya ucapkan atas usaha YB dr.
    Kerjasama YB dr amat saya hargai. Terima kasih. Salam.

    Saya boleh dihubungi di Facebook : Hawmya1709@yahoo.com.

  54. Mohamad permalink
    September 8, 2011 11:21 am

    Drs. Dzul, nak tanya masa belajar di United Kingdom dulu guna biasiswa kerajaan atau tidak? Kalau tidak tak apalah, tapi kalau guna menunjukkan anda tak tahu bersyukur, orang beri peluang pada anda, tapi anda tikam belakang pula. Ramai anak Melayu yang pada mulanya miskin tapi diberi peluang oleh kerajaan melalui pendidikan yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, tapi bila berjaya mereka menuduh yang bukan-bukan pada kerajaan. Bila kita tegur dia kata itu adalah tanggungawab kerajaan, tapi lihatlah tanggungjawab orang yang terima budi itu, kenalah berterima kasih pada yang memberi budi, ini tidak menghasut orang ramai membenci kerajaan pula sedangkan kerajaan banyak membantu dia hingga berjaya. Inilah jenis Melayu lupa daratan dan tak tahu malu.

    • Nabila permalink
      September 23, 2011 2:08 am

      Salam…

      Mohamad, pada pendapat saya…rasa bersyukur itu sepatutnya hanya untuk Allah s.w.t sahaja bukan pada manusia/organisasi…..

      Terima kasih atas bantuan yang dihulurkan mungkin lebih sesuai kot… Pemimpin2 Kerajaan/ mana individu/manusia bila dikurniakan nikmat oleh Allah s.w.t samaada dalam bentuk harta, kebahgiaan, keamanan , kesihatan yang baik dll seharusnya bersyukur kepada Allah akan apa yang dikurniakan dan dalam masa yang sama berterima kasih kepada manusia disekelilingnya samaada ibubapa/ahli keluarga/rakan/guru dan masyarakat sekeliling atas bantuan yang diberikan samaada secara langsung atau tidak..

      Wassalam………..
      MawarPuteh

  55. Zalifudin bin Md. Arshad permalink
    September 13, 2011 9:53 am

    Assalamualaikum YB, semoga Allah merahmati kehidupan kita sentiasa. Saya tak berapa pasti samada boleh menggunakan ruang ini untuk memohon jasa baik YB untuk meninjau keadaan kawasan saya. Saya daripada Saujana Utama dan telah berkali-kali menyuarakan komen tentang keadaan jalan Saujana Utama ke Shah Alam-Puncak Alam Expressway yang terlalu teruk, berlubang-lubang sehinggakan membahayakan terutama pernunggang motosikal. Untuk makluman, saya telah menghubungi Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan mereka memberitahu bahawa jalan tersebut masih di bawah seliaan pemaju Glomac yang masih belum diserahkan kepada MDKS. JKR pun telah saya hubungi. Untuk pengetahuan, saya telah setahun berpindah ke Saujana Utama ini. Semenjak tempoh itu banyak komunikasi berlaku antara saya dengan MDKS, Glomac dan JKR. Saya pernah membuat aduan tentang jalan yang tida berlampu yang saya rasakan amat patut diberi perhatian atas faktpr-faktor keselamatan. Justeru saya memohon kerjasama YB untuk meninjau permasalahan ini kerana keadaan jalan raya yang baik menjamin keselamatan & keselesaan pengguna dan penduduk .

  56. aqilah permalink
    October 9, 2011 3:00 am

    Assalamualaikum dr…moga dr. dlm keadaan sihat sejahtera dan terus meneruskan perjuangan islam di malaysia ini. Dr. saya ingin bertanya adakah ahli parlimen diberi peruntukan bagi membantu para pelajar dalam bidang pendidikan? Saya merupakan pelajar fakulti farmasi di UiTM Puncak Alam. Saya terlibat dalam program simposium pendidikan kesihatan antarabangsa di Republik Chech. Justeru, saya ingin memohon sedikit dana bagi membantu saya menampung kos dalam menyertai program terbabit. Jika ada disediakan peruntukan, boleh saya tahu bagaiman cara untuk memohon dan sebagainya. Harap pihak dr. dapat membantu. Kerjasama daripada Dr. amat saya hargai. Terima kasih.

  57. Wan Shamsudin permalink
    November 15, 2011 1:13 pm

    SALAM,

    TERUSKAN NIAT MURNI BRO. KAMI MENYOKONG PENUH.

  58. kamsina permalink
    March 31, 2012 12:50 pm

    Assalammualaikum Dr. .. mendengar sendiri ucapan Dr secara langsung petang tadi di SRA Kg Api Api memang menakjubkan dan mengangguk kepala tanda setuju .. kejayaan bukan saja dengan genggaman sijil tetapi sahsiah diri tidak dilupakan. Saya ada terdengar dan membaca artikel orang yang ternama juga mengatakan sijil bukan segalanya.. namun kejayaan kedua-duanya saya perlu terapkan lebih.. akhir sekali jutaan terima kasih diatas sumbangan yang dihulurkan

  59. Kenneth Khong permalink
    July 13, 2012 4:42 am

    Dear Dr Dzul, We need outstanding leader with integrity and capability to lead our country. I hope one day, you will avail yourself to run for the top office in our beloved country.

    • Dr. Dzul permalink*
      July 14, 2012 12:05 am

      HI Kenneth Khong, thnx for your kind thought but im not ambitious and would be very happy to serve in any capacity as long as i could contribute to nation rebuliding and civilization remaking.

  60. Muhammad Azman permalink
    December 5, 2012 1:58 pm

    Surfing your blog for the first time. Refreshing.

    • Dr. Dzul permalink*
      December 6, 2012 12:35 am

      Thx for ur gracious words…cant find enuf time to write update..Salam

  61. Muhammad Azman permalink
    December 8, 2012 3:08 am

    Dear Dr. Dzul,

    Kindly enlighten on the following:

    1. The pro opposition political parties have more or less been together since 1999, with DSAI leading the pact. But I am yet to come across a common platform, blue print or such iniatives till today.

    2. Is the pro opposition strategy mainly in capturing Putrajaya or the States or both.

    Salam Doktor Saab.

  62. admin permalink
    December 17, 2008 2:24 am

    dear izali, thanks for the post. -admin-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 47,475 other followers