Skip to content

PM baru umum perkara yang sudah lama – Husam Musa

March 12, 2013
Harakahdaily, 12 Mac 2013

 

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menaikkan taraf pangkat dalam tentera dan polis semalam hanya perkara lama yang baru diumumkan sahaja.

 

 

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, perkara ini hanya perkara lama yang baru diumumkan kerana mulai tahun 2010, perkhidmatan polis mensyaratkan ijazah sarjana muda  bagi kemasukan ke pangkat inspektor sedangkan sebelum itu, mereka yang lulus SPM layak untuk menjawat jawatan inspektor.

 

Husam berkata demikian ketika mengulas pengumuman Najib semalam yang kononnya ia satu perkara baru yang dibuat untuk kepentingan tentera dan polis.

 

Berikut adalah kenyataan penuh Husam.

 

Saya merujuk kenyataan PM semalam mengenai perkhidmatan awam, polis dan tentera.

 

Antara lain, PM mengumumkan “Sementara itu, bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44. Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.”.

 

Seperti dilaporkan oleh Sinar Harian :  http://www.sinarharian.com.my/nasional/pangkat-dalam-atm-pdrm-disetara-dengan-perkhidmatan-awam-1.138619

 

Penjelasan saya: Pada masa lalu, entry point kemasukan graduan ke dalam perkhidmatan tentera dan polis ialah di pangkat Kapten(tentera) dan ASP (polis), jadi mereka ini diberi point kemasukan mata gaji gred 41.

 

Mulai tahun 2010, perkhidmatan polis mensyaratkan ijazah sarjana muda  bagi kemasukan ke pangkat inspektor. Sebelum ini, kemasukan ke pangkat inspektor hanya perlukan SPM dan latihan di Kuala Kubu Baru sahaja.

 

(rujuk di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm)

 

Kemudian mulai Januari tahun ini, perkhidmatan tentera juga mengubah syarat kemasukan dengan meletakkan ijazah sarjana muda bagi lantikan ke pangkat leftenan muda (yang sebelum ini hanya memerlukan SPM dan latihan di Maktab Tentera Diraja (rujuk http://www.malaysiakini.com/news/220867)

 

Dengan perubahan ini, secara automatik berarti entry point bagi Leftenan Muda dan Inspektor ialah gred gaji 41, iaitu entry point lazim bagi kemasukan pemegang ijazah ke dalam perkhidmatan awam.     Sehubungan dengan itu, pelarasan yang sama akan berlaku kepada pangkat kapten dan ASP.

 

Dahulunya pangkat kapten diberi gred gaji 41, dan sekarang oleh kerana gred gaji 41 telah diperuntukkan kepada Leftenan Muda, maka Kapten diberikan gred gaji 44. Pelarasan yang sama dipakai untuk jawatan ASP (Penolong Penguasa Polis).

 

Oleh yang demikian, secara hakiki sebenarnya pengumuman yang dibuat oleh PM semalam hanyalah pengumuman terhadap sesuatu yang memang telah sedia digunapakai di dalam perkhidmatan polis dan tentera  sejak 2010. Pada hakikatnya tidak ada apa-apa INSENTIF baru yang diperolehi oleh tentera dan polis.

CADANGAN

Saya mencadangkan penjawat tertinggi dalam tentera dan polis juga menikmati gred gaji turus 1,2 dan 3 SPA dinikmati oleh KSN / KPPA dan sebahagian KSU sekarang memandangkan perkhidmatan tentera dan polis diurus oleh dua suruhanjaya tersendiri dan bukannya SPA.

Penjawat tertinggi di bawah ketiga-tiga suruhanjaya sepatutnya layak kepada terma perkhidmatan yang selari.     Saya  sebaliknya  mencadangkan agar perkhidmatan tentera dan polis dikira sebagai perkhidmatan kritikal dan mendapat elaun perkhidmatan kritikal seperti doktor dan sebagainya kerana mereka mendedahkan diri   kepada bahaya  sepanjang masa bertugas.

Bagi menarik lebih banyak graduan yang berkualiti ke dalam perkhidmatan tentera dan polis, sepatutnya skim perkhidmatan graduan tentera dan polis disamakan dengan perkhidmatan PTD. Sementara itu, bagi pegawai-pegawai lain-lain pangkat (Leftenan Muda dan Inspektor ke bawah), mereka juga sepatutnya mendapat kelayakan elaun dan skim perumahan yang sama tarafnya dengan pegawai2 pelaksana di dalam perkhidmatan awam.

Menyanyikan lagu lama untuk tentera dan polis jelas mempermainkan anggota tulang belakang keamanan negara.     Ia juga menunjukkan terputusnya PM dengan isu dan masalah yang dihadapi khususnya oleh anggota tentera.

Pada hal, antara perubahan yang ditunggu-tunggu oleh anggota tentera antara lain penetapan band gaji yang sama iaitu band 5. Pada waktu ini, kor infantri ditetapkan dalam band 5 sedangkan kor yang lain sehingga band 5.

Begitu juga kenbaikan pangkat yang lambat sedangkan bagi kor MP, selepas rekrut terus diberikan pangkat LKPL.     Bagi anggota tentera yang bertukar ketukangan kepada ketukangan baru, mereka diturunkan umpamanya dari ketukangan 4 kepada ketukangan 3. Begitu juga pangkat, diturunkan dari KPL kepada LKPL. Mereka mencadangkan anggota yang menukar ketukangan dikekalkan dalam band dan pangkat yang sama.

Banyak lagi cadangan penambah baikan skim perkhidmatan tentera yang ditunggu oleh anggota tetapi langsung tidak disentuh oleh PM.

Di bawah saya perturunkan jadual perbandingan Skim Asal dan Skim Baru yang telah diguna pakai sejak beberapa tahun yang lalu bagi menunjukkan apa yang diumumkan oleh PM adalah perkara lama yang telah diamalkan;

Skim Asal:

Polis Tentera Awam
ASP (Penolong Penguasa) Kapten 41
DSP (Timbalan Penguasa) Major 44
Superintenden (Penguasa) Leftenan Kolonel 48
ACP (Asisten Komisioner/Penolong Pesuruhjaya) Kolonel 52
SAC (Senior Assistant Commisioner) Brigadier General   (1 star general) 54
Deputy Commissioner Major General   (2 star general) Jusa C
Commisioner Leftenan General   (3 star general) Jusa B
IGP dan Timbalan IGP General Penuh   (4 star general) Jusa A

 

 

Skim Baru (Yang digunapakai sejak sekian lama ekoran kemasukan Ijazah ke Inspektor dan Leftenan Muda):

Polis Tentera Awam
Inspektor Leftenan Muda 41
ASP (Penolong Penguasa) Kapten 44
DSP (Timbalan Penguasa) Major 46A
Superintenden (Penguasa) Leftenan Kolonel 48
ACP (Asisten    Komisioner/Penolong Pesuruhjaya) Kolonel 52
SAC (Senior Assistant Commisioner) Brigadier General   (1 star general) 54
Deputy Commissioner Major General   (2 star general) Jusa C
Commisioner Leftenan General   (3 star general) Jusa B
IGP dan Timbalan IGP General Penuh   (4 star general) Jusa A

 

Husam Musa

13 Mac 2013

About these ads
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 47,524 other followers