Skip to content

Air Selangor- Najib bakal dihukum kalau terus khianati rakyat?

February 6, 2013

 

  1. Tindakan PM Najib ‘menghadiahkan’ SYABAS pinjaman RM120 juta ditanggapi umum sebagai satu usaha menyelamatkan syarikat tersebut. SYABAS, pemilik konsesi edaran air dan Puncak Niaga, salah satu dari tiga pemilik konsesi rawatan air di Selangor, adalah milik majoriti Tan Sri Rozali Ismail. Tuduhan ‘bailout’ atau ‘tindakan menyelamat’ sebuah syarikat kroni Umno tidak kerlaluan bahkan amat menasabah, mentelahan Tan Sri Rozali adalah juga mantan bendahari Umno Selangor.
  2. ‘Keberanian’ Najib memberi pinjaman kepada Syabas tidak lagi mengejutkan ramai. Najib mungkin berpandangan bahawa rakyat tak faham selok-belok dan sebab-musabab isu krisis air Selangor. Kejahilannya tentang tahap pengetahuan dan pencerahan minda rakyat masakini menggalakkan Najib cuba membohongi rakyat sekali lagi bahawa pinjaman untuk Syabas adalah kerana kegagalan tadbir-urus kerajaan negeri. Sangat dangkal bahkan bangsat sekali alasan Najib ini.
  3. Untuk ingatan Najib, rakyat tahu bahawa kerajaannya memberi pinjaman mudah (softloan) kepada Syabas pada Disember 2009, sebanyak RM320 juta berbentuk pinjaman tanpa faedah (interest-free), tanpa cagaran (non-collatarised) dan boleh dibayar 20 tahun kemudian (back-loaded). Pernahkah mana-mana pihak mendapat pemberian ‘hadiah’ seperti itu termasuk peminjam golongan dhaif seperti dalam program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan lain lain.
  4. Mungkin Najib juga lupa bahawa rakyat sekali lagi tahu bahawa kerajaan telah memberi satu lagi pinjaman bayaran balik 20 tahun sebanyak RM110 juta pada Oktober 2011. Senang-senang sahaja dilakukan pentadbiran Najib!
  5. Seoalah-olah rakyat buta dan tuli, Najib pada bulan berikutnya yakni November 2011, telah membayar pinjaman bon Syabas yang telah matang (facing payment) sebanyak RM2.9 bilion. Nah itu sahaja telah menelan sejumlah RM3.41 bilion, dengan tidak mengambil pelbagai pemberian geran dan pinjaman terdahulunya sejak penswastaan.
  6. Najib tidak perlu diamarankan bahawa Laporan Ketua Audit Negara telah secara tajam dan kritis mengingatkan tadbir-urus korporat Syabas yang sangat dipertikaikan termasuk membuat iklan berjuta ringgit, pembelian asset-aset yang tidak punya hubungkait dengan urusan mengurangkan air-tak berfaedah atau Non-Revenue Water (NRW).
  7. Segala dakwaan tentang kelemahan kerajaan negeri dan halangan-halangan yang kononnya dicetuskan oleh kerajaan negeri adalah meleset.  Tegasnya SYABAS gagal memenuhi sasaran KPI yakni 20%  pada tahun 2011  dan sehingga kini masih di tahap  pada 32%. SYABAS gagal telah kononya berbelanja berbilion ringgit sebagai perbelanjaan kapital (Capex) untuk tambahbaik paip dan sebagainya bagi tujuan tersebut bagi menurukan NRW. Syabas gagal dan Najib tahu hakikat ini.
  8. Amaran pihak kerajaan negeri untuk mengambil alih Syabas dalam 14 hari bukan ditanggapi beberapa pihak sebagai sangat wajar dan menasabah. Keupayaan Syabas dalam membekalkan air kepada lebih 5 juta pengguna di Selangor, Wilayah dan Putrajaya sudah tidak dapat lagi dijamin khasnya di ambang pilihanraya. Kekhuatiran berdepan dengan krisis akibat ‘sabotaj’ seperti yang berlaku baru-baru ini kerana faktor penyelenggaran pam adalah sangat serius

..Baca seterusnya di sini..

 

About these ads
3 Comments leave one →
  1. February 6, 2013 9:39 am

    Beginilah Pakatan Rakyat, sibuk berpolitik siang dan malam tanpa rasa malu dan tak sedar diri. Mengapa pula dipolitikkan usaha kerajaan Barisan Nasional hendak bantu rakyat Selangor bagi mengatasi krisis air di Lembah Klang? Pakatan Rakyat sendiri di Selangor tak tau nak buat kerja, lembab dalam tindakan hingga masalah serius pun mereka buat tak peduli saja, nasib baiklah Barisan Nasional dengan penuh prihatin membantu rakyat dengan memberikan bantuan kepada SYABAS bagi meningkatkan kualiti infrastruk bekalan air kerana Pakatan Rakyat sibuk membohong di sana sini tanpa tahu menolong rakyat.

    Dalam isu masalah air ini, mengapakah Pakatan Rakyat Selangor begitu beria-ia menentang pembinaan loji air Langat 2 sedangkan loji air Langat 2 adalah untuk mengatasi masalah bekalan air di Lembah Klang? Sebenarnya Pakatan Rakyat jenis dengki, mereka tidak ada kualiti pemikiran sebagaimana Barisan Nasional yang mampu menganalisis masalah hingga peringkat akar umbi, Pakatan Rakyat hanyalah golongan tukang salak yang sibuk berpolitik siang malam tanpa mempedulikan masalah rakyat, itu adalah sebabnya, iaitu Pakatan Rakyat adalah golongan pendengki.

    Dalam isu loji air Langat 2, Pakatan Rakyat sebelum ini menentang pembinaan itu kerana ianya pembaziran dan kalau tidak salah saya, Pakatan Rakyat hendak buat loji yang dinamakan Mitigasi1 dan 2 untuk menyaingi Langat 2, tetapi hingga kini tak ada perkembangan mengenai Loji Mitigasi 1 dan 2 yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.

    Biasalah Pakatan Rakyat, sibuk membohong sajalah, saya tak terkejut dengan segala penipuan Pakatan Rakyat kerana mereka memangnya golongan penipu!

    Kepada Drs. Dzul, bagaimana dengan loji air Mitigasi 1 dan 2 yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini?

    Lihat ini :http://www.selangorku.com/?p=13108.

    Sebagaimana Projek Lebuhraya Tanpa Tol dan Projek Keretapi Laju di Kelantan, projek Loji Air Mitigasi 1 dan 2 juga adalah gimik politik murahan untuk membohongi orang ramai. Tidak ketinggalan juga pengumuman oleh PAS Kelantan melalui Husam Musa mengenai keberadaan petroleum di daratan Kelantan, khabarnya kajian telah dibuat pada tahun 2006, tetapi hingga kini tak ada kertas kajian berkenaan untuk dipaparkan kepada umum. Baru-baru ini nyanyi lagu lama lagi iaitu kononnya di Tumpat dan di Kota Bharu ada petroleum, tetapi tiada bukti sahih, sekadar pembohong sajalah.

    Tuan-tuan dan puan-puan, cik-cik, abang-abang, kakak-kakak, bapa-bapa, ibu-ibu, datuk-datuk, nenek-nenek, moyang-moyang, dan anak-anak sekalian, sedarlah Pakatan Rakyat bukannya tahu apa, mereka hanyalah golongan perosak yang suka mencetuskan masalah, membuat huru hara, menghasut di sana sini untuk mengelirukan masyarakat supaya masyarakat berpecah belah, kemudian mereka akan mengambil tindakan, perbuatan mereka ini adalah seperti mengaut keuntungan di atas penderitaan orang lain. Sungguh keji perbuatan mereka ini.

    Sedarlah segala usaha pembangunan diusahakan oleh Barisan Nasional dengan program Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk golongan pendapatan rendah dan sederhana rendah. Begitu juga dengan program Kedai Rakyat 1Malaysia untuk memberikan peluang kepada orang ramai dapat membeli barangan dengan harga yang lebih murah dan berpatutan. Menu Rakyat 1Malaysia untuk golongan pendapatan rendah dan sederhana rendah dapat menikmati menu yang berkualiti di kedai-kedai makan dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM 2 untuk sarapan pagi dan RM 3 untuk makan tengah hari siap dengan minuman lagi. Kemudian usaha Barisan Nasioal seperti program Akhiri Zaman Miskin atau AZAM adalah bertujuan untuk membasmi kemiskinan tegar dengan berbagai bantuan untuk seperti bantuan kemahiran untuk mendapat kerja atau untuk memulakan perniagaan yang sesuai. Kemudian kerajaan juga mengadakan Bantuan Lesen 1Malaysia yang hanya RM 199.00 sahaja sedangkan kalau kadar biasa yang dikenakan oleh sekolah memandu adalah hampir RM 400.00. Ini semua untuk membantu rakyat selain usaha pembangunan infrasturktur yang juga turut digunakan oleh Drs. Dzul dan pimpinan PAS serta ahli PAS sendiri. Itu pun mereka tak sedar diri sibuk politikkan itu dan ini menyalahkan kerajaan macam-macam sedangkan PAS dan sekutunya bukannya ada jasa pun kepada negara, mereka hanya menjadi perosak kepada negara sajalah.

    Kita lihat ‘projek-projek’ perosak Pakatan Rakyat seperti demontrasi liar, hasutan di sana sini, membohong dalam akhbar sesat mereka seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket, itu semua adalah perbuatan mungkar yang sangat berdosa, tetapi mereka tidak peduli kerana mereka adalah golongan yang tidak pedulikan halal haram dan dosa pahala dalam berpolitik hinggakan sanggup memusnahkan negara dan merosakkan masyarakat demi kepentingan politik liar dan kotor mereka itu. Dalam siri demontrasi liar, ribuan peniaga, pemandu teksi mengalami kerugiaan berjuta ringgit akibat perbuatan liar dan tidak bertamadun Pakatan Rakyat ini.

    Oleh itu, rakyat sekalian, sedarlah bahawa Pakatan Rakyat adalah perosak kepada Malaysia dan perosak kepada keamanan rakyat di negara ini. Mereka perlu diperangi dan ditentang habis-habisan demi untuk menyelamatkan Malaysia supaya kita semua dan anak cucu kita sekarang ini dan masa akan datang terselamat dari bahana politik liar dan tolol Pakatan Rakyat yang tak ada kualiti ini. Sedarlah Rakyat Malaysia sekalian, berhati-hatilah dengan golongan sesat dan perosak seperti Pakatan Rakyat ini, marilah kita semua berjuang bersama-sama Barisan Nasional yang telah terbukti selama ini berjaya membangunkan negara ini secara konsisten dan berjaya menjaga keamanan negara ini berdasarkan kaedah pentadbiran yang berkualiti. Sedarlah semua. Sekian, terima kasih.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

  2. encikmohamad permalink
    February 6, 2013 9:57 am

    Diharap Drs. Dzul dapat buat analisis berkenaan Pakatan Rakyat Selangor buat bail-out untuk Talam Corporation yang dah tukar jadi Trinity Corporation dengan kos hampir RM 500 juta. Jika Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional membantu SYABAS untuk memulihkan infrasturktur bekalan air untuk membaiki prestasi bekalan air yang sebenarnya untuk kepentingan rakyat, mengapakah Pakatan Rakyat sibuk menyalak siang dan malam mempolitikan isu ini?

    Dalam isu Talam Corporation @ Trinity Corporation, bail-out oleh Pakatan Rakyat di Selangor terhadap hutan Talam Corporation @ Trinity Corporation itu ada kepentingan untuk rakyat jugakah? Mengapakah Drs. Dzul hanya buat tak peduli pasal isu ini tetapi sibuk menyalak pasal isu bantuan Kerajaan Persekutuan kepada SYABAS?

    Perlu diingat bahawa Pakatan Rakyat Selangor berhutang dengan SYABAS lebih kurang RM 1.05 bilion, bila mau bayar? Apakah dengan taktik untuk menindas SYABAS supaya Pakatan Rakyat dapat menguasai SYABAS dan segala hutang Pakatan Rakyat Selangor akan dilupuskan begitu sahaja?

    Rakyat perlu jelas dengan mainan politik keji Pakatan Rakyat yang sanggup buat apa saja hatta perbuatan mungkar dan kejam pun mereka sanggup buat demi untuk mengekalkan kuasa politik mereka itu. Dalam isu SYABAS ini, jika tiadanya bantuan dari Kerajaan Pusat, maka Pakatan Rakyat akan terus menindas SYABAS hingga SYABAS terainaya dengan begitu teruknya dan mudahlah Pakatan Rakyat hendak merampas SYABAS dan segala hutang Pakatan Rakyat Selangor terhadap SYABAS akan dilupuskan begitu sahaja, akhirnya SYABAS juga yang terainaya.

    Pakatan Rakyat tidak peduli masalah krisis air di Lembah Klang dan Putrajaya kerana matlamat mereka adalah untuk menindas SYABAS dan menguasai SYABAS demi kepentingan politik liar mereka itu. Rakyat jangan terpedaya dengan mainan politik liar dan murahan Pakatan Rakyat ini kerana bukan sahaja SYABAS yang akan terainaya, malahan rakyat juga akan teraianaya bila SYABAS dikuasai oleh Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat yang teruk rekodnya di Selangor dan di negeri yang dikuasai mereka, maka jika SYABAS berjaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat, maka krisis air akan jadi lebih buruk kerana Pakatan Rakyat memang tak tau untuk atasi masalah ini kerana mereka hanya tahu menyalahkan orang lain atas kelemahan mereka sendiri.

    Oleh itu sedarlah semua rakyat Malaysia sekalian akan bahaya yang sedang mengancam kita semua iaitu Pakatan Rakyat yang tak guna ini. Sedarlah semua. Sekian, terima kasih.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

  3. encikmohamad permalink
    February 6, 2013 10:06 am

    Semoga Drs. Dzul juga dapat menganalisis bagaimanakan Rafizi Ramli yang bukannya kakitangan atau pegawai Kerajaan Negeri Selangor dapat menggunakan dana negeri sebanyak RM 500,000.00 bagi membiayai kes peribadi beliau berkaitan dengan BAFIA. Malahan siasat sekali mengapakah hanya Rafizi seorang saja yang dapat bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor dalam kes berkenaan sedangkan rakan subahat Rafizi iaitu bekas kerani Public Bank itu tidak mendapat walau satu sen pun bantuan dari Pakatan Rakyat Selangor sedangkan mereka menghadapi kes yang sama. Mengapakah boleh terjadi sedemikian rupa? Apakah kerana Rafizi adalah ahli PKR dan antara orang kesayangan Anwar maka dia diberikan keistimewaan secara ultra-vires hinggakan wang negeri digunakan untuk kes peribadinya. Apakah bekas kerani Public Bank itu sudah dipergunakan sepuas-puasnya dan tidak berguna lagi kepada Pakatan Rakyat Selangor, maka dia dibiarkan terkontang kanting begitu sahaja? Drs. Dzul perlu menganalisis isu ini dengan penuh komitmen kerana ini melibatkan intergriti, Pakatan Rakyat sibuk tuduh Barisan Nasional dengan berbagai tuduhan keji, tetapi Pakatan Rakyat sebenarnya yang sangat keji itu. Sedarlah semua. Sekian, terima kasih.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 47,524 other followers