Skip to content

Jika masa kuat Umno buat, apa lagi masa sekarang…

January 21, 2013

Harakahdaily 21 Jan 2013

1. Menyebutkan bahawa Umno dan Tun Mahathir sedang menggelabah menangani isu RCI Projek IC adalah terlalu lunak. Umum sedang memantau gelagat mereka sekarang ini. Bukanlah apa yang telah berlaku itu yang menjadi tumpuan utama, tetapi lebih penting bagi rakyat ialah mungkinkah sedang  berulang segala episod perbuatan khianat dan jahat itu, menjelang pilihanraya umum ke-13 ini?

2. Dalam keadaan mereka kuat dulu pun mereka lakukan segala rencana jahat ini, maka apa yang akan menghalang mereka dari mengulagi perbuatan terkutuk ini menjelang PRU ke-13 ini yang bakal merupakan satu pertempuran yang paling sengit dan getir kerana Umno-BN mungkin sahaja akan kehilangan kuasa di peringkat kerajaan Pusat.

3. Inilah yang tersirat dalam desakan supaya RCI Projek IC Sabah ini dilangsungkan juga, meskipun kerajaan Umno-BN di peringkat Persekutuan sangat sangsi akan kesudahannya dan risiko bencana yang bakal menimpa mereka kelak setelah semuanya terdedah.

4. Dalam kegelabahan itu Umno akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan. Umno telah terkena badi perbuatan buruk  mereka sendiri. Penulis meramalkan RCI Projek IC Sabah ini, tampaknya akan menjadi lebih parah lagi dari pendedahan Deepak terhadap PM Najib dan isterinya Rosmah. RCI telah pun tampak membibitkan perpecahan di antara parti-parti komponen BN akibat mulut celupar Tun Mahathir.

5. Terkini anak mantan Presiden MIC, S Vell Paari telah mengecam dan menyelar Tun akan hasutan yang dihamburkannya tentang kaum India dan Cina bersabitan kerakyatan semasa era kemerdekaan dahulu. Vell Paari adalah Pengarah Strategik MIC. Pimpinan tertinggi MCA, MIC serta Gerakan sebagai parti komponen BN didesak untuk menyatakan pendirian secara berani dan tegas.

6. Dalam kegelabahan menangani pendedahan RCI Sabah ini, Tun Mahathir ternyata sangat kaget dan hilang sentuhan berbisanya sebagai seorang yang lazimnya mendapat jolokan sebagai “Master Strategist”. Pun begitu Tun pantas membuat ‘forward defence’ atau tindakan serangan ‘preemptif’ lalu terus menembak peluru pertamanya. Namun langkahnya sumbang bahkan mengundang kecelakaan untuknya dirinya dan Umno itu sendiri.

7. Dalam keadaan diaibkan ini Tun Mahathir yang satu ketika dahulu menafikan kesemua tuduhan kewujudan Pojek IC ini, menuding jadi kearah pihak lain bagi merasionalisasikan perbuatannya itu dan cuba sekali lagi memperbodohkan rakyat.

8. Amat malang orang yang menjadi sasarannya adalah seorang yang tidak lagi mampu mempertahankan dirinya kerana peribadi itu adalah Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

9. Tun berhujjah kalau apa yang dilakukan itu salah, maka Tunku juga salah dan melakukan ‘lebih teruk’ lagi dari beliau kerana memberi kerakyatan kepada 1 juta warga asing Tanah Melayu semasa sebelum kemerdekaan dulu.

10. Bukan sahaja tuduhan terhadap Al-Marhum Tunku sebagai paling tidak sopan dan biadap, Tun ini lupa bahawa beliau mengundang dua kali kecelakaan atau ‘double-whammy’.

11. Pertama, pendedahan laporan andainya disahkan benar benar berlaku oleh RCI akan secara langsung berlanggaran dengan peraturan pemberian kerakyatan kepada warga asing akan mengakibatkan Umno-BN dan PM Najib dan Tun sendiri serta kesemua yang terlibat tertakluk kepada jenayah melakukan satu ‘treason’ yakni khianat kepada negara dan

12. Kedua, menuduh Tunku dengan apa yang sebenarnya adalah sebahagian syarat dalam ‘Kontrak Sosial’ yang disepakati sebelum Malaya mendapat kemerdekaan dahulu yang serentak memberikan kedudukan istimewa orang Melayu di bawah perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dan pengukuhan kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja adalah perbuatan biadap dan tidak amanah kepada fakta sejarah.

13. Lebih parah lagi dalam hal ini adalah sebutan bahawa orang Melayu telah banyak berkorban dan bertolak ansur serta menghasut suasana perkauman dengan menyebutkan bahawa kaum Cina dan India tidak bersyukur. Perbuatan itu adalah sangat tidak bertanggungjawab selaku seorag mantan Perdana Menteri sekaligus mencetuskan kebrentakan antara kaum seperti terserlah dalam ledakan anak Samy Vellu yang melenting dan menyelarnya.

14. Kembali kepada pokok perbahasan, bahawa rakyat kini matang dan celik pengetahuan. Umum sangat boleh membezakan kedua-dua hal ini, kerakyatan yang diberikan kepada warga asing dan tahu tentang fakta sejarahya.

15. Jelasnya bahawa tidak ada unsur untuk menipu dalam pilihanraya dalam proses pemberian kerakyatan semesa era Tunku dahulu. Tun sendiri tahu bahawa kerakyatan yang diberikan dua minggu sebelum pilihanraya negeri Sabah itu tentunya mempunyai perbezaan motif dan objektif yang ketara.

16. Apakah RCI Projek IC Sabah akan terus mencalar kredibiliti Najib dan bakal mencetuskan puting beliung serta kebrentakan dalam BN? Mampukah rakyat memberikannya sekali lagi peluang untuk Umno-BN dan Najib?

17. Belum pun sempat untuk menangani serangan Deepak kini Najib yang berada di luar negara, terpaksa membuat ‘damage control’ akibat gelagat tak berkesudahan serta ‘tantrum’ Tun Mahathir di saat-saat menemui garis penamat dihujung parlimen ke-12 ini. Amat malang buat Najib!

Pakatan Rakyat wajar bersiap menggalas amanah besar mengurus Putrajaya sebelum negara tercinta ini musnah dan lebur secara sempurna dek perbuatan pimpinan Umno-BN!

Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Penyelidikan Pas Pusat.

About these ads
5 Comments leave one →
  1. Ace permalink
    January 21, 2013 11:48 pm

    So Ambiga is right. This skeleton comes out of the closet because of the bickering I should say of two men, one in power and the other to show he still got power. I am rather apprehensive that this power showdown has some hidden agenda.. Bear with me.
    They know BEEnd is going down. They are not stupid. So why not make history repeat itself? So who is going to be the chairman of MAGERAN? Think….

    • encikmohamad permalink
      January 22, 2013 8:18 am

      Ace, jika Ambiga berbuat tindakan betul, maka tiadalah huru hara di Kuala Lumpur semasa BERSHIT 3.0 di Kuala Lumpur seperti sebelum ini, malahan peniaga-peniaga tidak akan kerugian jutaan ringgit akibat perhimpunan liar berkenaan. Tetapi lihatlah huru hara di Kuala Lumpur, keganasan di sana sini, kenderaan polis dirosakkan, motosikal orang awam dirosakkan, petugas keselamatan dipukul dengan kejam, malahan orang ramai menjadi panik dan peniaga ramai yang rugi akibat orang ramai tidak keluar bersiar-siar di Kuala Lumpur pada hari itu kerana bimbang tindakan ganas dan tidak bertamadun puak-puak Pakatan Rakyat yang tidak bertanggungjawab inilah.

      Dalam isu kewarganegaraan di Sabah, pihak berkuasa membuat penelitian bukannya sehari dua, malahan permohonan dibuat sebelum itu lagi, malahan penduduk yang diberikan kewarganegaraan itu didapati layak kerana memenuhi syarat yang ditetapkan, jadi, apa lagi masalahnya?

      Pakatan Rakyat hanya suka menimbulkan isu, kemudian mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat, lihatlah sebelum ini isu Kalimah Allah, dipolitikkan dengan begitu keji hinggakan nama Allah yang mulia pun dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat, berbagai-bagai versi ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat, ada yang seperti Kenyataan Bersama PKR, DAP dan PAS yang diumumkan oleh Anwar, Lim Kit Siang dan Hadi Awang yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam ibadat mereka walaupun tidak mencapai maksud sebenar di dalam Al-Quran, kemudian timbul pula versi Majlis Syura, tak boleh pula bukan Islam gunakan Kalimah Allah dalam ibadat mereka. Mat Sabu dan Nik Aziz yang sebelum ini bersama dengan Hadi Awang menyokong bukan Islam gunakan kalimah Allah telah buat konar baring dengan bersetuju pula dengan keputusan Majlis Syura, malahan dalam keputusan Majlis Syura, Hadi Awang tidak tandatangan pun keputusan mesyuarat tersebut, ini menjadi persoalan iaitu apakah keputusan itu sah atau tidak mengikut undang-undang kerana Hadi Awang sebagai Presiden PAS tidak menandatangani keputusan tersebut, yang ada hanyalah tandatangan Nik Aziz dan Dr. Haron Din, apa ini semua? Apakah Hadi Awang adalah peon di pejabat Nik Aziz? Apakah Nik Aziz adalah pencuci tandas di rumah Nik Aziz? Malahan apakah Hadi Awang adalah tukang kebun di Pejabat PAS hinggakan beliau tidak layak menandatangani kenyataan Majlis Syura tersebut? Malahan entah Hadi Awang dijemput hadir pun kita pun tak tahu, apa ini semua?

      Drs. Dzul tuduh UMNO mengkhianati negara, saya ingin tanya, apakah pengkhianatan UMNO kepada negara kerana hasil usaha UMNO dan rakan-rakan dalam Barisan Nasional dan kerana izin Allah jua, maka negara ini menjadi begitu maju hingga berbagai kemudahan dan kemajuan diperolehi kini termasuk yang digunakan oleh pimpinan PAS sekarang ini?

      Malahan sebenarnya Pakatan Rakyat adalah pengkhianat negara, tak habis-habis nak porak perandakan negara, lepas satu masalah, timbulkan masalah lain pula, itu bukan pengkhianat ke? Macam BERSHIT 1, 2, dan 3 yang mencetuskan huru hara, menyusahkan masyarakat, menindas peniaga, pemandu teksi terainaya, memburukkan imej negara di kalangan pelancong, itu bukan pengkhianatankah? Mana dia akal fikiran dan hati budi puak-puak Pakatan Rakyat sebagai manusia hinggakan sanggup berbuat sedemikian rupa? Apakah puak-puak Pakatan Rakyat bukannya manusia hingga sanggup berbuat demikian? Jawablah!!!!!

      Kemudian Anwar Ibrahim memburukkan industri batik negara di Indonesia, apakah itu bukannya pengkhianatan kepada Malaysia? Anwar Ibrahim semasa berceramah di Indonesia, dia telah menghina Batik Malaysia, dituduhnya Batik Malaysia berkualiti rendah dan sangat jelik atau jijik, kononnya kerana dia sangat jelik dan jijik kepada Batik Malaysia sebab itulah baju yang dipakainya semasa ceramah itu dibuat dari Batik Indonesia, sangat memalukan sikap Anwar hingga sanggup menghina produk negara, usaha oleh rakyat Malaysia hingga sedemikian rupa. Apakah lagi yang boleh diulas mengenai tindakan Anwar itu jika bukannya kurang ajar?

      Drs. Dzul perlu sedar bahawa partinya iaitu PAS dan sekutu mereka dari PKR dan DAP itulah yang sebenarnya pengkhianat kepada Malaysia dan pengkhianat kepada rakyat Malaysia berdasarkan fakta yang saya huraikan di atas. Apakah Dr. Zul dan Ace serta puak-puak Pakatan Rakyat boleh menidakkan apa yang saya hujahkan itu?

      Sedarlah rakyat Malaysia sekalian, berhati-hatilah dengan golongan manusia berhati serigala yang senyum sinis di hadapan tetapi sangat keji dan menjijikkan di belakang kita semua. Berhati-hatilah dengan segala pembohongan yang dibuat olah Pakatan Rakyat ini, jangan terpedaya denga tipu hela mereka, kerana mereka ini sangat tidak tahu malu kerana mereka sanggup buat apa saja untuk kepentingan diri walaupun merosakkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air kita yang tercinta ini. Sedarlah semua rakyat Malaysia.

      Sekian, terima kasih.

      Encik Mohamad.
      Nasionalis Melayu

      • Ace permalink
        January 22, 2013 9:08 am

        Mad, Mengapa la kau kuat sangat membohong. Apa kerosakan yang berlaku? Aku orang KL nampak dengan mata kepala sendiri apa yang terjadi. Peniaga seronok dapat ramai pelanggan, Yang merosak adalah petualang dari kumpulan lain, ada orang cakap mata mata gelap, aku tak percaya. Kau ada baca laporan lengkap dari akhbar yang boleh dipercayai pasal Royal Commission tu? Ada yang tak sampai setahun jadi rakyat dan di himpun dan diarah mengundi BN. Mengapa kau tak buka minda dan hati kau tu? I have nothing against UMNO. Saya berjuang dalam parti masa zaman Tun Razak. But Umno has changed for the worse, especially bila Tun M berkuasa dan perlembagaan dipinda. Kita harap Abdullah will make the change but not him, Najib pun sama, so the PEOPLE will make the change. Yang kau sokong membabi buta tu parti penipu. maknanya kau pun macam tu lah ya. Dah . aku malas nak layan orang macam kau tu, Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada pendidikan baca dan analyze, ada mulut sebar kebaikan, ada internet jangan salah guna.

      • January 23, 2013 1:40 am

        Ace, siapa yang membohong? Apakah keganasan dan huru hara semasa BERSHIT 1, 2, dan 3 adalah pembohongan? Apakah perbuatan ganas gerombolan BERSHIT 3 merosakkan keamanan, merosakkan kenderaan polis adalah suatu pembohongan? Apakah kerugian yang dialami oleh peniaga akibat demontrasi liar itu suatu pembohongan? Seronok kepala otak kau sajalah, hanya orang yang mental tak betul sahaja akan seronok, disiarkan di sana sini hinggakan media asing mengenai rusuhan liar BERSHIT 3, itu kau kata peniaga seronok? Yang seronok yang kau nampak itu bukannya peniaga, tetapi gerombolan BERSHIT 3 yang jenis tak ada hati budi, tak tahu berfikir sebagai manusia hingga sanggup bertindak liar sedemikian rupa.

        Kau nak mengarut apa lagi Ace? Sudah terang lagi bersuluh pengkhianat negara dan pengkhianat rakyat Malaysia adalah Pakatan Rakyat, dasar jahanam yang tak ada hati perut, jenis berperangai lebih buruk dari haiwan, malahan jika haiwan boleh bercakap, sudah tentu mereka akan menasihati Pakatan Rakyat supaya insaf dan janganlah bersikap buruk sedemikian rupa.

        Ace, kau boleh jawab kau berjuang pada zaman Tun Razak atau pun di zaman Parameswara pun kau boleh kata, kerana Pakatan Rakyat adalah golongan pembohong, akan mengaku apa saja untuk kepentingan diri, itu adalah taktik kotor pembangkang, jangan kau nak berpura-pura lagilah.

        Sudah berpuluh tahun aku melihat perlakuan PAS dan sekutunya, memang jenis indah khabar dari rupa, ceramah ke hulu ke hilir, tetapi haram apa tak tahu nak buat bagi membangunkan negara. Apakah PAS dan sekutunya ingat dengan berceramah siang dan malam tanpa usaha pembangunan, kemudian buat pembohongan di sana sini, membuat hasutan di sana sini, buat huru hara di sana sini boleh beri rakyat jaminan kehidupan yang baikkah? Apakah faedahnya perbuatan mungkar sedemikian kepada rakyat? Semuanya dasar perosak, pemusnah keamanan dan menyebabkan rakyat mendapat masalah yang begitu teruk, inilah angkara Pakatan Rakyat dari dahulu hingga sekarang ini, jika dahulu mereka bergerak sendirian pun dah macam-macam masalah, sekarang dah bergabung pula, lagi banyak masalahnya, bertimbun-timbun masalah, jenis pemusnah keamanan adalah Pakatan Rakyat yang tak berhati perut!!!!!!!

        Apakah perjuangan PAS yang merosakkan masyarakat dengan hasutan dan pembohongan serta memutar belitkan agama untuk kepentingan PAS itu suatu yang bagus?

        Apakah perbuatan Anwar Ibrahim dan PKR yang suka memburukkan negara sendiri dan merosakkan keamanan itu suatu yang memberi faedah kepada rakyat?

        Apakah tindakan perkauman dan menghasut kebencian yang diamalkan oleh DAP itu suatu yang boleh membawa perpaduan?

        Sememangnya Pakatan Rakyat adalah golongan perosak, golongan penjahat, dan golongan keji yang tidak bertanggungjawab dan tidak berhati perut.

        Kau boleh membohong itu dan ini Ace, tetapi kebenaran akan tetap muncul, itu adalah Sunnatullah. Ingatlah bahawa kebenaran akan mengatasi kebatilan, yang hak akan memusnahkan yang batil, itu adalah ajaran agama Islam. Sedarlah semua, berhati-hatilah dengan golongan berhati serigala seperti Pakatan Rakyat, mereka akan mereka cerita itu dan ini untuk membohongi rakyat, berhati-hatilah supaya tidak terpedaya, sedarlah semua.

        Sekian, terima kasih.

        Encik Mohamad.
        Nasionalis Melayu

  2. encikmohamad permalink
    January 23, 2013 1:47 am

    Pakatan Rakyat akan terus dengan pembohongan mereka, rakyat sekalian perlu berhati-hati supaya tidak terjerumus ke lubang biawak untuk kali kedua selepas terpedaya pada PRU 12, sedarlah semua, rakyat Terengganu yang menerima PAS pada tahun 1999 telah membuat penolakkan besar-besaran kepada parti itu pada tahun 2004 dan pada tahun 2008 meskipun beberapa negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat, tetapi Terengganu terus kekal bersama Barisan Nasional kerana mereka telah serik akan politik liar dan keji PAS yang ketika itu bersekutu juga dengan PKR dan DAP yang dikenali sebagai Barisan Alternatif, sedarlah semua, jangan termasuk ke lubang biawak untuk kali kedua.

    Hargailah keamanan yang kita ada sekarang ini, kalau sekadar ceramah maki hamun dan menghasut ke hulu ke hilir serta demontrasi liar di sana sini yang dibuat oleh Pakatan Rakyat, kita tidak akan dapat apa-apa faedah kerana sangat jelas Pakatan Rakyat tak ada kualiti, mereka hendak menang dengan menggunakan sentimen kotor untuk diracuni kepada pemikiran rakyat sedangkan mereka sendiri tak tahu nak buat apa selepas menang kerana masing-masing tamak nak itu dan ini. Sedarlah semua rakyat Malaysia sekalian, selama lebih 50 tahun kita hidup aman damai, penuh pembangunan dan kemajuan, kemudian bila ada Pakatan Rakyat, negara kita jadi kacau bilau, huru hara, tunggang langgang akibat perbuatan buruk Pakatan Rakyat, oleh itu sedarlah semua. PRU 13 nanti Pakatan Rakyat mesti kita hancurkan kerana itu adalah agen perosak keamanan dan golongan yang sangat berbahaya kepada kehidupan kita semua. Selamatkan Malaysia, Tolak Pakatan Rakyat, Undi Barisan Nasional untuk kesejahteraan negara dan rakyat demi agama, bangsa, dan tanah air.

    Sekian, terima kasih.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 56,173 other followers