Skip to content

Majlis Syura: Semua boleh guna tetapi tidak boleh terjemah nama Allah

January 14, 2013
Harakahdaily, 14 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.
“Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.
“Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah,” kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.
Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak.

Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1)    Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2)    Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3)    Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
Tuan Guru Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

About these ads
7 Comments leave one →
  1. January 14, 2013 5:05 am

    YB

    How la??

    One day boleh, next day cannot….why didn’t anyone tell us this before last Saturday? Unless I have misunderstood it, PAS is basically taking the same stand as UMNO has – non-muslims cannot use the word Allah in translations of the holy books.

    What gives? Is it PAS senses a shift in the political floor since last “agreed” that they had no issues?

    Please give us a break, many of are all cari makan types. We hardly have time to listen to contradicting statements from politicians, especially after we have decided where our votes in the coming GE should go.

    • Peacemaker permalink
      January 19, 2013 2:48 pm

      Dear Jay,

      Let us take a look from linguistic perspective. You will then shall see why muslim community in West Malaysia take this issue, which was champion YB LGE and KS and church community, as a provocative and political in nature, and not bona fide a true wisdom in handling local culture sensitivity and understanding.

      1. Old Testament Bible was translated from Aramaic Language to Greek Language circa 250 BC. Greek Language at that time was de facto lingua franca during it zenith (Helenestic and as well Byzantine era of Roman Empire that rules mediteranean)

      2. In view of the Greek as preferred language in the near east countries, it is natural that New Testament Bible was also then, written in Greek in mid 1st century AD.

      3. Towards the late 2nd century AD, Greek Bible (Both Old and New Testament) has been translated into Latin, Syriac and Coptic (Arabic bible use in Egypt was originally from Greek. Coptic church then use “Allah” when translating it from Greek)

      4. When English took center stage of language of civilization, Christian Church which was previously rely on Latin Bible (earlier translated from Greek), have rapidly under force to embraced English as a new medium of communication in its services and its associated literature.

      5. Please noted that the arabic words ALLAH has never in anytime exist in the Bible of Aramaic, Greek, Latin, Syriac and English (Except Coptic Arabic Bible)

      6. Bahasa Indonesia or Bahasa Melayu Bible that available in East Malaysia was never been translated from Arabic bible (Coptic Bible) and words of Allah in arabic is a foreign words in Aramaic, Greek, Latin, Syriac and English bible.

      7. Any attempt by Church community to reason out its justification to use Allah in Bahasa Melayu Bible has no locus standi, thus it was perceived by Muslim community as the act of transgression.

      8. From my humble opinion, It is not a wise move by YB LGE or YB Karpal or Church Community to claim “Allah” usage justification in bible as this issue can be blown out of proportion by parties who want to destabilized the harmony and religious tolerant of this country.

      9. They could not take cue from Indonesia or East Malaysia or even Coptic Church as a “judgement precedence” that would allow them to campaign the usage of the word “Allah” in Bahasa Melayu bible in West Malaysia because it was “wrong” translation in the 1st place from Greek, Latin or English “God” which have its feminine word “Goddess” or plural “Gods”

      10. In fact it was irony that Bahasa Melayu bible with “Allah” in it was not targeted for Chinese or Indian dominated church followers which generally dont like to communicate in bahasa or cannot speak or read in bahasa correctly. This is why the church intention was seen by Muslim community as a sinister moved against their community.

      Say: Call upon Allah, or call upon Al-Rahman (the Almighty), by whatever name you call upon Him, for to Him belong the most beautiful names.” (17.110)

      Best regards and peace..

  2. Mohamed Said permalink
    January 14, 2013 7:15 am

    Kami kagum dengan kebijaksanaan Majlis Syura Ulamak PAS yang mematahkan sentiment dengan ilmu.

  3. Noruddin Haji Idris permalink
    January 14, 2013 11:19 am

    I may be wrong but from what I understand, TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz clearly stated that everybody can use the word Allah which still stands as the statement mentioned. However it cannot be use to translate the word God or Lord as used in the bible. Allowing the use of the term Allah doesn’t necessary mean that it can be used to translated the word God or Lord, as Allah is ONE and not THREE or thrinity as believed by the Christians. Therefore translating GOD or LORD with the attribute of three into ALLAH which ONE, is just not right because it carries different attributes or different meaning.

  4. Syed Othman bin Syed Abdurrahman permalink
    January 14, 2013 4:55 pm

    Katanya tkleh terjemah kalimah god atau lord sbg Allah utk di tulis dlm bible, tp boleh plak di sebut god atau lord yg tertera dlm bible dgn menggunakan kalimah Allah…??? mcm mana nie…konfius lah???

    Jd yg nk sebut kalimah Allah tkde dlm kitab mereka atas larang Majlis Syura,…mcm mana nak sebut???

  5. January 15, 2013 3:41 am

    Hadi Awang dah dimangsakan, Nik Aziz pula cuci tangan dengan memberi sokongan pula kepada geng-geng ulama PAS, sekarang terkontang kantinglah Hadi Awang pertahankan diri, tak disangka-sangka dirinya dah dijadikan mangsa pihak tertentu dalam PAS untuk kepentingan politik golongan tersebut, dirinya dijadikan mangsa untuk menyokong pendirian DAP dan PKR yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, malahan sebelum ini dia juga disokong oleh Nik Aziz sendiri.
    Bila Nik Aziz lihat geng-geng ulama dah makin marah dengan pendirian rasmi PAS yang dibuat oleh Hadi Awang itu, maka Nik Aziz pun buat konar baring ala Batman hingga terlentang dan terguling-guling atas jalan dengan tidak bersetuju pula dengan persetujuan yang dibuat oleh Hadi Awang dengan PKR dan DAP itu, sekarang Nik Aziz dah bersama geng ulama PAS, dia dah cuci tangan sebab dia ada tandatangan keputusan mesyuarat Majlis Syurat Ulama PAS yang menentang penggunakan kalimah Allah oleh bukan Islam.
    Nasib mu terkena dengan geng sendiri Hadi Awang, geng mu bukan setakat tikam belakang mu, tapi mereka dah baling batu bata, selipar, tunggul kayu, malahan mungkin sampai simbah asid kepada mu Hadi, mu dah dimangsakan, dah dipergunakan untuk kepentingan golongan tertentu, itulah berpolitik lagi secara keterlaluan, akhirnya terpelanting ke muka sendiri, sekarang mu terkontang kanting sendirianlah, nak harapkan puak sekular dalam PAS memang tak boleh diharap, mereka lebih setia dengan PKR dan DAP walaupun berada dalam PAS, sedarlah.
    Sedarlah semua akan mainan politik Pakatan Rakyat ini, mereka sudah keliru, jangan biarkan diri kita dikelirukan oleh golongan politik keterlaluan seperti Pakatan Rakyat ini pula. Selamatkan Malaysia, jauhi Pakatan Rakyat dan sokonglah Barisan Nasional yang telah terbukti lebih 50 tahun telah berjaya membangunkan negara ini menjadi negara contoh di seluruh dunia dengan usaha gigih antara kerajaan dan rakyat serta dengan keizinan Allah jua, sedarlah semua dan insaflah. Sekian, terima kasih.
    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

  6. abir permalink
    January 15, 2013 1:14 pm

    Well,PAS can stick their version.In the meantime,Rakyat has the rights and freedom to explore on their own the true meaning of ALLAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 55,568 other followers