Skip to content

Jakim jangan melatah lah!

December 31, 2012
Dr Dzulkefly Ahmad, 31 Dis 2012 (Harakahdaily)

1. Amat mengejutkan mengapa tiba-tiba Jakim saja bangkitkan hal ‘Amanat Haji Hadi’ setelah 3 dekad berlalu.

2. Tak perlu orang macam saya pulak kena peringat orang dalam Jakim termasuk menteri agamanya..bahawa “Al-Ijtihad La Yanqudhu bi al-Ijtihad”..Sesuatu Ijtihad tidak boleh terbatal atau dipadam dengan ijtihad yang lain. Sifat ijtihad ialah ‘Maudhu’iy’ dan ‘Waqi’iy’.. dihasilkan di dalam menangani cetusan sesuatu realiti sosio-politik dan kehendak-tuntutan zaman (masa) dan makan (tempat).

3. Lantas menyuruh sesuatu itu ditarik balik adalah menafikan wujud sesuatu realiti dan kehendak yang menuntut ‘amanat’ itu diterbitkan sedemikian sifatnya, tiga dasawarsa yang lalu!

4. Samalah seperti tidak menyelami perhitungan mengapa wujudnya perbezaan Qaul Qadim (Ijtihad Lama) dan Qaul Jadid (Baru) Imam As Syafi’e di zaman Baghdad dan Mesir atas qadhiah atau maudhu (subjek-kes) yang sama ketika itu.

5. Wajar bagi Jakim menumpu tugas-salahiyat utamanya mengurus pendayaan dan pemertabatan Islam sekaligus nendepani kebejatan agama-moral ummat akibat pegangan aqidah-ibadah secara longgar dan sesetengahnya amalan Islam secara emosi-jahil-ekstreme-melulu tanpa memahami Maqasid serta Tujuan di sebalik Syariat Islam.

6. Jakim mesti mengekalkan sifatnya yang tidak berpihak dan tidak juga gelojoh menjatuhkan hukuman terhadap sesuatu atas desakan penguasa politik kalau tidak mahu terus kehilangan wibawa dan integriti.

7. Sebaiknya Jakim mewujudkan wacana ilmiah dan menghimpunkan seluruh tenaga ilmuan agama pelbagai bidang bagi memahami dan mendamaikan apa jua masalah dan kekusutan secara tuntas dan bertanggungjawab. Jakim tidak wajar menjadi alat penguasa politik lantas memudaratkan kemurnian fahaman Islam termasuk hubungan baik antara agama.

8. Tuan Guru Haji Hadi tentunya mesti diundang sama membentang mengapa beliau terpanggil untuk menerbitkan ‘Amanat’ setegas dan sekeras itu bagi menangani waqi’ dan realiti ummat yang dilingkungi pemikiran penguasa politik dengan kebejatan fahaman sekularisme ‘politik suku agama suku’ dan pengkesampingan Islam dalam tadbir-urus serta pemerintahan negara.

9. Meskipun merujuk kepada sifat-sifat dan perilaku sebuah parti Melayu yang dibincangkan ketika itu, namun Tuan Guru Haji Hadi tidak sebut pun nama parti itu dalam apa yang dikatakan amanatnya itu.

Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan Pas Pusat

About these ads
One Comment leave one →
  1. Syed Othman bin Syed Abdurrahman permalink
    December 31, 2012 5:06 pm

    Imam2 Hanafi,Maliki, Shafie dan Hanbali mereka2 adalah Mujtahid Mutlak dan adakah TGHA seorg yg mencapai taraf tersebut dlm penguasaan ilmu utk menistimbatkan hukum2?

    Sekiranya setaraf , bolehkah kita taqlid pada ijtihad yg selainnya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 47,524 other followers