Skip to content

Apakah K’jaan akan kerugian RM500 juta dalam pembelian 38 EMU 6 gerabak?

June 28, 2010

Mengapa Kementerian Pengangkutan membeli 38 tren elektrik enam gerabak gandaan elektrik (EMU) dari syarikat Zhu Zhou Electric Locomotive Co. Ltd (China) dengan harga RM1.824 bilion secara runding langsung atau RM500 juta lebih mahal dari asal tender sebelumnya.

 Jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan (MOT) kepada soalan tambahan YB Tumpat tentang ‘refurbishment’ atau menaiktaraf koc lama Eletric Multiple Unit (EMU) milik KTMB tidak dijawab oleh Timbalan Menteri. Menariknya, Timbalan Menteri terus menerangkan tentang pembelian 38 EMU 6 gerabak dari sebuah consortium katanya dari negara China (tidak disebut namanya) dengan harga RM1.8 bilion.

 Saya gagal untuk mendapatkan soalan tambahan kedua dari Speaker, setelah YB Parit Sulong diberikan laluan tersebut. Saya ingin mempertikaikan jawapan kementerian, sekaligus mendedahkan bagaimana dengan pembelian rundingan langsung ini, kerajaan akan membayar pembelian ini dengan bayaran sehingga RM500 juta lebih tinggi dari sepatutnya.

  1. Perkara ini berbeza dengan isu ‘refurbishment’ atau naiktaraf EMU lama. Pada 4 Januari 2010, Presiden KTMB menyebutkan tentang hasrat untuk memanggil tender bagi pembelian 38 set EMU 6 gerabak. Dikatakan bahawa panggilan tender akan dibuat secepat mungkin kerana EMU perlu dibekalkan pada 2012. Kepentingan pengangkutan adalah sebahagian dari penambahbaikan perkhidmatan KTM Komuter dalam NKRA PM Najib menjelang 2012.
  2. Terdahulu, tender bagi membekalkan 8 set EMU 3 gerabak telah dipanggil pada 7 Mei 2008, sebelum NKRA diperkenalkan pada 11 Julai 2009. Tender tutup pada 3 September 2008 tetapi tempoh sahlaku tender (tender validity) diperbaharui 5 kali sehingga terakhir pada 26 Mei 2010.
  3. Membaca dari laporan terdahulu (cnth 2 Jun, 2010, UM), sumber industri telah pun melaporkan bahawa syarikat pengeluar Zhuzhou dari China (yang kini dilantik menjadi pembekal 38 set EMU enam gerabak di atas), telah pun berjaya memenangi satu tender membekalkan 8 EMU 3 gerabak.
  4. Syarikat Zhuzhou adalah merupakan antara 3 syarikat dari China yang menawarkan harga yang rendah dari 8 pembida dalam tender 8 EMU 3 gerabak ini. Zhuzhou menawarkan  harga Euro 2.745 juta setiap set EMU 3 gerabak atau RM13.725 juta (mengikut kadar pertukaran wang asing pada Julai 2008). Zhuzhou juga turut menawarkan pengurangan harga bagi opsyen 5 set EMU tambahan ketika itu.
  5. Bagaimana pun, keperluan baru yang ditetapkan oleh NKRA berbeda dengan keperluan tender terdahulu. Kini, KTMB memerlukan set EMU 6 gerabak berbanding keperluan asal set EMU 3 gerabak. Namun, hakikatnya, apabila diteliti keperluan KTMB melalui ’Statements of Needs’ atau ’Pernyataan Keperluan’ yang dikeluarkan, konfigurasi set EMU 6 gerabak sebenarnya mengandungi dua (2) set EMU 3 gerabak.
  6. Perbezaan paling ketara di antara spesifikasi set EMU 3 gerabak yang ditetapkan dalam tender terdahulu dengan set EMU 6 gerabak yang baru ialah keperluan mempastikan bekalan alatganti EMU adalah untuk tempoh selama 30 tahun bagi set EMU 3 gerabak dan hanya 25 tahun bagi set EMU 6 gerabak. Ini sepatutnya membabitkan pengurangan harga bagi set EMU 6 gerabak memandangkan jangka hayatnya dianggar selama
    25 tahun sahaja berbanding jangka hayat dalam tender terdahulu selama
    30 tahun.
  7. Tidak terdapat perbezaan spesifikasi yang ketara kecuali keperluan permasangan CCTV dan Side Destination Panel pada set EMU 6 gerabak yang tidak akan meningkatkan kos set EMU secara significant.
  8. Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Timbalan Menteri seperti tempoh penghantaran set EMU yang lebih cepat dalam jangka waktu 24 bulan, set EMU yang menepati International European Standard dan set EMU yang diperbuat dari aluminium maka ianya adalah lebih ringan dan menjimatkan tenaga bukanlah terma baru. Ia adalah terma sama yang turut ditawarkan Zhuzhou dalam tender terdahulu.
  9. Oleh itu, adalah munasabah jika satu set EMU 3 gerabak bernilai RM13.725 juta, maka satu set EMU 6 gerabak ialah RM27.450 juta. Bagaimana pun, mengambil kira pelbagai faktor yang boleh mempengruhi kos seperti kadar inflasi, kadar pertukaran wang asing, peningkatan kos bahan mentah, kos modal dan sebagainya, saya mengandaikan kos satu set EMU 6 gerabak bernilai RM35 juta.
  10. Berdasarkan keperluan untuk memenuhi ketetapan NKRA dengan kadar segera, MOT telah mendapat kelulusan untuk mengadakan rundingan terus kerana dikatakan juga akan mendapat penjimatan sekiranya membeli dalam kuantiti yang banyak atas faktor ’economy of scales’.
  11. Amat malang bagi rakyat dan negara, apa yang diperolehi oleh Kerajaan ialah ”Harga Tawaran” yang jauh lebih mahal dari harga yang dipersetujui MOF pada 4 Januari 2010 ketika memuktamadkan proses tender terdahulu dan memilih Zhuzhou untuk membekal 8 set EMU 3 gerabak. Ironisnya, tender membekal 8 set EMU 3 gerabak turut dibatalkan pada 27 April 2010.
  12. Rakyat kini ingin tahu, mengapa ketika berlaku rundingan terus, syarikat Zhuzhou menawarkan harga yang amat tinggi iaitu sekitar RM48 juta bagi satu set EMU 6 gerabak atau sekitar RM1.8 bilion bagi 38 set EMU
    6 gerabak berbanding harga tawaran melalui tender iaitu RM13.725 juta untuk satu set EMU 3 gerabak dan RM30 juta untuk satu set Electric Train Set (ETS) 6 gerabak (yang berspesifikasi lebih tinggi dari spesifikasi set EMU 6 gerabak) ketika membuat tawaran membekal 5 set ETS 6 gerabak pada November 2007. Harga ini, untuk pengetahuan umum, tidak termasuk maintenance, repair dan overhaul.

 

  • Sehubungan dengan perkembangan ini, kerajaan digesa membatalkan segera LOA yang telah dikeluarkan kepada syarikat Zhuzhou dan menyenaraikanhitamkan syarikat tersebut. Negara bakal kerugian sehingga RM500 juta sekiranya pembelian 38 set EMU 6 gerabak diteruskan dengan syarikat Zhuzhou ini.
  • Saya juga ingin menyarankan supaya pihak Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) mengambil tindakan supaya Menteri, Kementerian dan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan yang terlibat dalam proses rundigan dengan Zhuzhou dipertanggungjawabkan atas perolehan ini kerana jelas akan melibatkan kerugian kepada Kerajaan sehingga RM500 juta.
  • Saya juga ingin menyarankan agar SPRM menyiasat proses pembelian ini bagi mempastikan tidak ada unsur-unsur rasuah yang boleh menyebabkan pihak-pihak tertentu meraih keuntungan besar yang amat tidak munasabah, sementara sekali lagi dana rakyat dikhianati.
  • Namun, Kerajaan masih boleh meneruskan pembelian EMU 6 gerabak ini dari China dengan memilih pembida lain yang layak berdasarkan tender terdahulu. Pembida terpilih perlu bersedia menawarkan harga terendah sekitar RM35 juta setiap bagi set EMU 6 gerabak atau lebih rendah mengambil kira ”economies of scale” bagi pembelian besar iaitu 38 set EMU 6 gerabak. Keputusan ini akan mempastikan hubungan baik Kuala Lumpur – Beijing terjaga selain memenuhi tuntutan NKRA yang telah ditetapkan oleh YAB PM.

 

Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Malaysia, Kuala Selangor

28 Jun 2010.

About these ads
10 Comments leave one →
  1. Black Arrow permalink
    June 28, 2010 10:12 am

    Salam Dr. Dzul,

    Sebagai rakyat yang berpendapatan rendah, saya merasa sungguh marah apabila mengetahui bahawa Kerajaan BN ini begitu gemar membazirkan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya dan kemudian melaksanakan langkah-langkah mengurangkan subsidi pula.

    Saya berpendapat Kerajaan sebegini adalah satu Kerajaan yang amat zalim dan tidak berprihatin langsung terhadap rakyat yang miskin.

    Maklumlah, projek kerugian RM500 juta ini ialah satu lagi projek oleh Kerajaan BN.

  2. Anonymous Tipster permalink
    June 28, 2010 11:20 am

    Dr Zul, it would be great if you can also look into the Selangor-Pahang Water Transfer raw water tunnel project that has already started. This project has some involvement of Japanese consultants and the Japanese government. Apparently a part of it is being bankrolled by the Japanese government or something like that.

    The project initially has a RM6 billion budget. It has suddenly ballooned to RM9 billion and sent alarm bells ringing among the Japanese, that they rang up the local contractors to ask what the hell is going on because with an increase of RM3 billion without the knowledge of the Japanese, it would appear to the Japanese media that the Japanese government is in cohorts with the Malaysian government to use this project as a black hole for bribery and dirty money. Among the contractors involved in the project, the excess figure is said to be RM5.5 billion, and not merely RM3 billion!

    However, rumors have it that the Federal government is “footing” this additional RM5.5 billion while the Japanese just need to foot whatever amount that has been agreed upon earlier. This is nothing more than using a project as an excuse to siphon off Federal funds. RM5.5 billion being siphoned off isn’t exactly little! We are being robbed right before our eyes while the country is inching towards bankruptcy!

    I hope Dr Dzul and those in PR can bust open this water tunnel project. There’s scandal and corruption written all over it. It initially involved a George Kent linked company, and the Japanese company that the Malaysian main contractor appointed turned out to be a company that’s on the verge of bankruptcy and de-listing (it had a weird name, like Enzan Koudou or something). It was subsequently transferred to IJM and UEM, with the Japanese contractors Shimizu and Nishimatsu taking over on the Japanese side.

    While the water tunnel project has its merits, the blatant stealing of federal funds does not. Even the tender process isn’t exactly “open”, which isn’t a surprise to us. Currently there is a cloud of secrecy over portions of the project’s actual cost. Numerous costs have been revised upwards. For example, the tunnel entry near Sg Semantan will be revised because they realized that the flow rate is phenomenal.. the current is so strong that even those who went for the site survey were afraid of being swept away.

    • Dr. Dzul permalink*
      June 28, 2010 3:14 pm

      Hi,

      Spot on! Wait when it unfolds itself..this is going to be massive..it stinks. This one may rank as equal to the ‘mother of all scandals -PKFZ’. We are watching it to unravel itself first.

      • Anonymous Tipster permalink
        June 28, 2010 4:10 pm

        Thanks dear Dr!

        Another funny thing is that for those of us involved in various parts of this water tunnel project, we were actually told to provision for a project timeline of 6 years, and not the official 4 years.

        It seems that there are some delays that are already “foreseen” or “expected” which will lead to the inevitable “cost overruns”, so we were told to consider adding another 2 years to our project cost. 2 years on top of 4 years? It would seem to me that they’re already planning to steal another 50% more.

  3. sputjam permalink
    June 28, 2010 12:30 pm

    Angka RM500 juta ini sudah menjadi satu kebiasaan,dimulakan dengan komisen kapal selam scorpene yang dibayar kepada syarikat kepunyaan razak baginda., kemudan Vincent tan mengumumkan jualan syarikat ascot kepada Sports toto setelah dapat kebenaran untuk menjalankan “sports betting” dan sekarang, hal gerabak EMU KTM pula.

  4. praba permalink
    June 28, 2010 1:34 pm

    Apa sudah jadi kepada Malaysia? Rasuah semakin menjalar jauh ke dalam dan menghancurkan negara ini. Teruskan YB, don’t let the culprit off the hook.

  5. Black Arrow permalink
    June 29, 2010 12:53 am

    Nampaknya tak henti-henti rasuah yang diamalkan oleh Kerajaan BN. Pakatan Rakyat must nail the culprits. We, the rakyat will always lend our full support towards the project of cleaning out the crooks before they clean out the country.

  6. tan, tanjong bungah permalink
    June 29, 2010 4:23 am

    Hi semua,

    Bilakah ada satu projek Kerajaan Pusat BN yang dilaksanakan dengan harga yang berpatutan demi kepentingan rakyat? Kontrak yang ditandatangani senantiasa merugikan dan membebankan pembayar cukai dan rakyat Malaysia, tetapi ‘menguntungkan’ kumpulan UMNOputras, BNputras dan kroni mereka! Harga kontrak yang keterlaluan sangat berpatutan bagi kumpulan tertentu!

    Selepas 53 tahun, keadaan masih tetap sama dan tidak akan berubah, dengan pengurusan seperti biasa oleh kerajaan-kerajaan BN, baik di pusat ataupun di negeri-negeri berkenaan. Budaya memperkayakan diri masih berterusan! Projek yang lebih besar dan mega adalah sangat dipersetujui oleh mereka dengan habuan yang lebih bagi mereka! Rakyatlah yang akan menderita dengan terpaksa menerima penghapusan ‘subsidi’ !!

  7. Joe A permalink
    July 4, 2010 5:42 pm

    Salam Dr Dzul

    Culture ini di mulakan di zaman Dr Mahathir dan di teruskan kerana Rakyat kita sendiri yang tidak persoalkan HAK mereka. Apa jenis rasuah dan rompakan di maafkan dan terus mengundi BN/UMNO. Mungkin mereka akan sedar bila Negara dah muflis dan tiada duit/makanan untuk anak / keluarga. Semua ini jelas kita akan sampai ke Banana country dalam masa singkit lagi. Kita kena betul betul Bangkit dari lena selama ini. malaysia Boleh.

  8. Alex permalink
    January 11, 2011 6:27 am

    Dr Zul,

    *keadaan perkhidmatan komuter semakin parah. Saya percaya Dr bukan pengguna tetap komuter KTMB. Cuba luangkan masa naik komuter pada hari kerja antara jam 4-7 petang Dr akan dpt gambaran sebenar betapa parahnya perkhidmatan komuter

    *saya pengguna tetap komuter KTMB. Ketika keputusan pembelian set DMU dari spain dibuat, saya menarik nafas lega. Munkin ini solution short term memandangkan itu sahaja pilihan yang KTMB ada. Tren KTMB adalah custom made, order 2 tahun baru boleh pakai, bukan readily made. Pada ketika itu DMU spain ini walaupun second hand api masih boleh beroperasi dgn baik dan boleh terus letak atas trek KTMB kerana gauge sama 1000mm. Tetapi apabila seorang MP ni buat kecoh pembelian terus dibatalkan. Yang jadi mangsa adalah pengguna2 komuter mcm kami ni. MP ni buat kecoh langsung tidak guna otak. Kalaupun betul harga mahal, jgnlah batalkan terus pembelian DMU tu. Sekarang ni pengguna2 komuter terpaksa menunggu hingga akhir tahun 2011 untuk perkhidmatan komuter yg lebih baik. Itu pun kalau pembelian 38 set emu dari ZELC ini tidak dibatalkan.

    *apa2 pun isu yang timbul melibatkan rasuah tak ketidakjujuran mausia, pembelian set EMU Zhuzhou ini mesti tetap diteruskan. Set2 komuter yang ada sekarang sangat uzur dan mencapai tahap bahaya untuk digunakan. Jika Dr menjadi spt kami pengguna harian komuter Dr akan tau betapa azabnya menjadi golongan pertengahan di Msia ini. Golongan politik seperti Dr perlu lebih kerap mendekatkan diri dengan masyarakat golongan pertengahan spt pengguna2 komuter ini. Senanag shj, naik komuter setiap hari dan Dr akan dpt tahu keadaan sebenar.

    mungkin Dr sudah maklum tetapi jika ingin tahu dengan lebih lanjut masalah KTMB sila layari

    http://omargemas.blogspot.com/2010/04/sistem-perkeretapian-masalah.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 47,524 other followers