Skip to content

Kelab Penyokong Pas catat peningkatan mendadak

February 4, 2009

Dipetik dari SinarHarian Edisi 04 Februari 2009

gambar_1BESTARI JAYA – Sokongan berterusan semua pihak termasuk masyarakat Cina dan India dalam pimpinan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya Pas menjadikan bilangan Kelab Penyokong Pas Kuala Se-langor terus meningkat. Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Mohd Maskor Tumiran berkata, peningkatan penubuhan Kelab Penyokong Pas untuk masyarakat India mendadak selepas Oktober tahun lalu. Menurutnya, selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), hanya enam kelab sahaja ditubuhkan namun sokongan yang diberikan berterusan sehingga mencapai keahlian lebih 1,800 orang sekali gus mengatasi keahlian Kelab Penyokong Pas Kota Raja.  “Sehingga kini, sebanyak 33 Kelab Penyokong Pas (India) dan sebuah Kelab Penyokong Pas (Cina) ditubuhkan dan dimaklumkan, penambahan penubuhan kelab penyokong daripada masyarakat Cina masih dalam proses. Mohd Maskor berkata, Pas kawasan itu akan mengadakan satu seminar sebagai usaha memberi penerangan kepada ahli-ahli kelab penyokongnya tentang dasar perjuangan Pas. “Pas kawasan Kuala Selangor dengan kerjasama Pejabat Kerja Ahli Parlimen Kuala Selangor akan menganjurkan seminar ‘Fahami Pas’ kepada semua ahli bagi mendalami kefahaman dasar perjuangan Pas,” katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sokongan yang berterusan diberikan semua masyarakat Cina dan India amat dihargai gambar_2dalam merealisasikan slogan Pas iaitu Pas untuk semua. Katanya, Pas sentiasa terbuka atas dasar keadilan Islam dan keadilan sejagat serta masyarakat Cina dan India disarankan supaya terus bersama dalam memberi sokongan padu kepada pucuk pimpinan PR. “Peningkatan bilangan Kelab Penyokong Pas bagi masyarakat Cina dan India di Kuala Selangor merupakan salah satu bukti sokongan diberikan,” katanya ketika hadir pada majlis pelancaran Kelab Penyokong Pas di Dewan Orang Ramai Taman Sri Indah di sini. Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar. Pada majlis itu, sebanyak 1,850 borang keahlian diserahkan kepada Dr Siti Mariah. Difahamkan keahlian Kelab Penyokong Pas Kuala Selangor antara penyertaan tertinggi di dalam negeri ini.

 

 

About these ads
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 56,763 other followers